Thursday, September 19, 2013

Monstagram - Print Out Your Instagram Photo.



Korang tau pasal Monstagram tak? Ke aku yang baru tau. Hihihi. Kesian betul. Monstagram ni website yang boleh print gambar Instagram kita. Sape sini takde akaun Instagram? Kesian korang. Mak aku pun ada akaun Instagram tau. Aku memang addicted dengan Instagram ni. Suka filter Instagram ni sebab kadang-kadang gambar tak bape cantik pun boleh jadi cantik. Selalu berangan nak print out gambar Instagram aku then buat satu frame besar untuk aku gantung gambar-gambar tu. Contoh macam kat bawah ni;

Cantik kan? Sumber : Photogmommie.com

Tapi aku tak tau kat mana nak print gambar-gambar Instagram aku. Boleh je nak print sendiri tapi takut hasilnya tak berapa cantik pulak la. Sampai la satu hari tu adik aku upload kat IG dia pasal Monstagram ni. Terus aku meroyan sebab teruja sangat. Hahahaha. Paling aku suka Monstagram ni dia print gambar tu ala-ala polaroid gitu. Aku memang suka polaroid. Nampaknya lepas ni boleh jual la semua kamera polaroid aku tu. Tak payah susah-susah nak bawak besar gedabak. Upload je kat IG, then print kat Monstagram ni. Cantik jugak macam polaroid. 

Monstagram ni bukan setakat boleh print gambar Instagram korang macam polaroid tu je, tapi korang boleh pilih ade tiga option. 


Nampak?? Best kan. Harga pun tak mahal sangat. RM36 untuk 20 keping gambar aku rasa sangat berbaloi. Kualiti, aku tak dapat nak bagi review sebab aku baru je sumbit order semalam. Hahaha. Tapi mengikut kata adik aku, kualiti sangat superb! Nanti aku punya dah sampai, aku update kat sini ye.

Ha siapa yang suka magnet boleh la pilih yang magnet tu. Aku tak buat magnet ni sebab fridge aku dah penuh dengan magnet. Kang tak tau nak lekat celah mana pulak. Lagipun magnet ni cam biasa je pada aku sebab takde ala-ala polaroid. Just gambar macam tu je. Tak syok sebab takleh letak caption. Lagipun aku dah berangan nak buat Wall of Instagram aku. Nak buat besar-besar sampai penuh dinding. Hihihi (itu pun kalau laki aku nak buatkan la frame tu). Kalau tak, aku tampal je la kat dinding macam ni ;


Cantik jugak kan? Dah macam wallpaper. 

Amacam teruja tak? Apa lagi, pergi la usha website Monstagram ni. 


2 comments:

  1. haluwww cujen (balas lambaian dari depan umah) kikiki...

    hepi weekend cujen...have a nice weekend...

    ReplyDelete
  2. thanks cujen for the info...
    gigih i buat utk pics insta i..hikhik

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..