Wednesday, October 2, 2013

Bajet Trip - Krabi [Part 2]

Flight aku ke Krabi jam 7 pagi waktu Malaysia. Member aku dari Seremban dah siap-siap datang malam sebelumnya tido kat rumah aku. Pastu ade sorang lagi kawan yang tukang hantar kitaorang pun tido sama kat rumah aku. Ko tau, aku ni punya lah busy sampai tak sempat langsung nak packing baju awal-awal. Bukan busy ape pun, sebulan ni kan aku banyak ke sana sini. Tau la bila berjalan sana sini memang kain baju toksah cakap la bersepah nya. Rumah pulak dah macam tongkang pecah. Jenis aku pulak, kalau nak gi travel memana, aku akan pastikan rumah aku dah siap berkemas supaya bila balik nanti takdelah stress tengok rumah bersepah. Ko tau je la bila balik travel mestilah penat. Pastu tengok rumah bersepah, boleh stress sebulan woo. Pastu pulak member aku kan tido kat rumah aku. Aku memang pantang kalau orang nak datang rumah aku tapi rumah bersepah. Mesti aku akan kemas jugak. So berkemas la aku macam nak gila sampai lupa nak packing. Malam tu kul 1 pagi baru la nak packing. Boleh pulak malam tu jugak aku tak boleh tido sebab selsema. (Sejak akhir-akhir ni aku selalu demam. Dah tua ni antibodi pun tak kuat dah). Kul 3 pagi baru aku dapat tido. Jam dah set kul 4.30 kononnya. Plan aku 4.30 bangun, pastu kul 5 dah gerak ke LCCT then breakfast kat sana. Sekali nan hadoo dek non oi. Kul 5 baru kitaorang semua terjaga. Memang kelam kabut la dibuatnya. Pehtu tunggu kawan aku yang nak antar kitaorang tu mandi lagi. Pheww, kul 5.30 baru gerak dari rumah. Sampai LCCT dah dekat 6.20. Masa ni dah berlari-lari kitaorang kat LCCT. Tak penah aku kelam kabut macam ni. Masa cop passport tu flight kitaorang dah announce for last call. Kecut perut aku dok fikir kalau tertinggal flight. Dah la aku excited macam nak mampus. Kalau kena tggal flight, mau meraung aku kat situ. Pastu sampai kastam check tu, boleh pulak abang kastam tu nak check semua beg. Boleh dikatakan semua beg dia suruh bukak. Memang lama gila weh kat situ. Aku rasa masa tu memang dah takde harapan dah nak naik flight. Nasib baik tiba tima aku, dia tak suruh bukak beg. Berlari-lari kitaorang macam dah amazing race kat airport tu. Nasib baik gate belum closed. Lepas tu berlari lagi nak naik kapalterbang. Dah la parking jauhhhhhhhhhhhhh gilaaaaaaaaaaaaaaaa kat hujung nun. Sampai je atas kapalterbang tu, terus rasa nak pengsan. Masa lari tu aku tggal je laki aku ngan kawan aku kat belakang. Hahahaha. Nasib baik la semua sempat naik. Kalau tak memang naya. 

Sempat lagi nak berposing kat airport padahal dah lambat ni.

Boleh lagi senyum padahal dah cuak nak mampus masa ni.

Wah belum sampai Krabi lagi dah panjang berjela entry aku. Hahaha. Sorry la aku memang tak reti weh nak buat ayat-ayat singkat-singkat. Sekali update mesti panjang berjela. Ok la dipendekkan cerita kitaorang selamat sampai Krabi jam 7.30 waktu Thailand. Sampai je terus amek teksi ke Aonang. Tambang teksi RM60 per taxi. Kalau share 4 orang kira RM15 je la sorang. TIPS : Kalau ramai-ramai boleh la amek teksi. Kalau korang berdua je, elok naik bas je. Tambang bas lebih kurang RM15 sorang. 

Sampai kat Aonang Goodwill lebih kurang kul 8 pagi. Nasib baik boleh check in awal. Kalau ikut itinerary aku, untuk first day ni kalau boleh kitaorang tak nak buang masa, nak terus buat aktiviti. Kalau ikut itinerary aku, lepas check in terus nak buat Elephant Tracking, ATV, Water Rafting & Flying Fox. Malangnya kalau nak buat semua aktiviti tu kena amek full day package. Sebab aktiviti camtu buat dari awal pagi start kul 8. Walaupun kitaorang sampai awal kul 8, tapi tak sempat dah sempat dah sebab biasanya tourist guide tu akan sampai tepat kul 8. So nak tak nak kitaorang just amek Elephant Tracking and Elephant Baby Show yang start kul 2 petang. ATV, Water Rafting Flying Fox bagai tu lupakan je la. Aku amek pakej dengan hotel je terus. Senang. Cost untuk elephant tracking & baby elephant show tu THB500. Lebih kurang RM50 sorang.

Sementara nak buang masa tunggu kul 2 petang tu, kitaorang jalan-jalan dulu sekitar Aonang tu. Jalan kaki je usha-usha tengok barang.





Sekitar Aonang.



Aonang beach. Masa ni baru kul 11 pagi.

Lepas buang masa jalan-jalan sekitar pantai tu, kitaorang balik semula ke hotel. Tapi malas nak berjalan kitaorang naik tuk tuk je. Kena 80THB naik tuk-tuk dari pantai Aonang tu ke hotel. Tapi kitaorang terus suruh dia hantar ke restoran muslim untuk lunch. Atas sikit dari Aonang Goodwill tu. Lupa la apa nama tempat makan tu. Tak sempat nak amek gambar. Tapi makan ok la. Harga standard je macam makan kat Malaysia. Orang tuk tuk siap tunggu kitaorang habis makan konon nak hantar balik. Pastu nak charga 80THB gak. Mestilah kitaorang tak nak. Bukan jauh pun restoran tu dari hotel. So kitaorang decide jalan kaki je. Sempat singgah kat makcik jual pisang goreng sebelum sampai hotel tu. Serius aku cakap, pisang goreng dia sangat la sedappppppppppppp! Sebab pisang nya manis. Tapi lupa lagi nak amek gambar. Hihihi. TIPS : Jangan lupa beli pisang goreng tepi jalan tu. Sedap gila hokey. Lokasi tak bape jauh dari Aonang Goodwill menuju ke atas ke masjid. Bukan ke bawah nak ke pantai tu. Kalau dari Goodwill Hotel tu, gerai pisang goreang tu belah kanan ok. 

Lepas makan, kitaorang balik hotel kejap. Mandi-mandi n bersiap nak pergi elephant tracking. Yang tu sambung next entry la ye.

No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..