Thursday, October 3, 2013

Bajet Trip - Krabi [Part 3]

Dah part 3 tapi day one pun tak habis-habis lagi. Hihihi. Sorry.

Ok sambung balik entry semalam. Lepas dah siap mandi-mandi semua tu, dalam kul 2 kitaorang turun tunggu tourist guide yang akan bawak ke tempat elephant tracking tu. Tengah dok lepak depan hotel tu, nampak pulak ade orang jual teh tarik kat tepi jalan. Seberang jalan dari Aonang Goodwill tu. Kitaorang pun apa lagi, tengok cam best je pekena teh ais time-time panas camtu.

Tu dia travel partner kitaorang muka cam dah tak sabo-sabo nak menikmati teh ais orang Thailand.

Harga aku tak ingat la berapa. Dalam 35THB kot. Tapi siyes sumpah sedap teh ais dia. Teh tarik mamak kat Malaysia pun sedap jugak. Tapi yang ni lagi sedap. Rasa lemak berkrim tapi tak manis sangat. Aku tengok diorang guna susu pekat Carnation. Ade ek jual susu pekat Carnation? Kat Malaysia aku tak pernah nampak pulak. Aku syak pakai susu tu buat lagi sedap kot teh ais ni. 

Sambil menikmati teh ais sedap, lori yang nak bawak kitaorang ke elephant tracking tu pun sampai. Bukan lori beso, kecik je. Hehehe. 


Kat Krabi ni memang banyak kenderaan camni. Kenderaan untuk angkut orang ramai-ramai. Macam-macam size ada. Yang ni kecik sebab tak ramai kot yang join. Macam biasalah, dia gi angkut dulu pelancong-pelancong kat hotel lain then baru bergerak ke tempat elephant tracking tu. Tak berapa jauh dari Aonang tu, tapi masuk ke dalam hutan sket. Ye la, gajah mestilah duduk dalam hutan takkan duduk kat tepi pantai ye dak? Hihihi. Perjalanan lebih kurang 20 minit.

Layan perasaan. Suka betul aku naik menatang ni. Berangin je.

Perjalanan menuju ke elephant tracking. Lalu kebun getah. Baunyaaaa mak ai, menusuk di kalbu.

Yay dah nampak gajah. Tu tandanya kitaorang dah sampai ke tempat yang dituju.

Memula sampai tu aku jakun jugak la tengok gajah-gajah ni semua. Maklumlah selalu tengok kat zoo je, dalam tv la. Mana penah tengok depan-depan siap boleh pegang lagi. Teruja mak tau! Walaupun takut-takut dan geli jugak nak pegang mula-mula tu. Tapi tengok gajah tu cam baik je. Aku pun memberanikan diri la jugak.

Ni anak gajah yang baru berusia 4 tahun. 4 tahun pun dah beso cenggini??? Ish ish ish.

Laki aku dok jauh-jauh je. Takut letewwww!

Tengok aku relax je siap pegang gajah tu.


Sebelum start elephant tracking, diorang buat babay elephant show kejap. Takde apa yang best sangat pun tapi aku kagum la tengok anak gajah tu paham apa yang disuruh buat. Macam-macam aksi ade. Duduk la, buat vikang la, main hula hup la. Nasib baik gajah tu tak buat breakdance. Kalau tau, mau aku pengsan sebab terkejut dan teruja sangat. Hahaha. Tapi gambar tak banyak kat aku. Ade dalam kamera kawan aku.

Ni je sempat amek. Aku ade amek video tapi tak boleh upload pulak.

Kadang aku terfikir jugak, macam mana la diorang training gajah-gajah ni semua ek? Mesti diorang ade seksa gajah ni kan? Bila fikir balik, kesian gajah-gajah tu semua. Tapi apakan dayaku. Aku pun teruja jugak tengok dan nak naik gajah walaupun kesiannnn sangat kat gajah tu.

Lepas habis show, terus diorang kasi naik gajah untuk elephant tracking. Tapi bukan anak gajah. Naik yang bapak gajah punya. Besooo woo. Nak naik atas gajah tu pun kena naik menara dulu. Ye la gajah kan tinggi. Ko nak panjat naik apa pulak kat atas gajah tu. Memula naik atas gajah tu risaunya aku takut terjatuh. Dah la bergoyang-goyang atas gajah tu. Tracking gajah tu pun aku ingat jalan mendatar je, rupanya jalan berliku-liku siap berlopak sana sini. Naik bukit turun bukit bagai. Aku punya la cuak dok atas gajah tu. Pegang erat-erat kat kerusi yang diorang letak atas gajah tu. Kesian sangat weh aku tengok gajah tu. Masa naik bukit tu bawak kitaorang berat-berat. Huwaaaa, tak sampai hati tau sebenarnya. Pastu kalau gajah tu takmo jalan, nanti pemandu gajah tu pukul kat kepala dia. Bukan pakai kayu biasa-biasa tau. Kat hujung kayu tu dah macam hammer ko tau. Relax je dia pukul kepala gajah tu. Aku beria la cakap "don't! don't hurt him". Hahaha Poyo tak? 

Tapi serius weh, sebagai pencinta haiwan aku rasa ni la kot kali pertama dan kali terakhir aku naik gajah. Buat merasa je. Lepas ni takmo naik lagi dah. Kesian kat gajah tu.

Ko tengok, kitaorang punya la cuak naik gajah. Tapi pemandu gajah ni relax je bawak anak kecik naik atas gajah tu. Sebelah tangan pegang anak, sebelah pegang payung. Hebat ok!

Sempat pulak gakah-gajah ni nak berendam dalam air.

Gambar orang n bontot gajah je banyak dalam kamera aku. Gambar aku ngan laki aku banyak dalam kamera kawan aku pulak. Susah gila nak amek gambar atas gajah. Bergoyang-goyang.

Tapi nasib baik la masa nak sampai tu, pemandu gajah tu baik hati nak snapkan gambar kitaorang. Banyak gila hokey dia snap gambar kitaorang. Suka pulak dia tekan-tekan kamera tu. Tapi cam biasalah, gambar banyak yang blur. Sabo je la.


Tengok la senget-senget kitaorg atas gajah tu.


Masa ni dah berani posing sket. Kalau tak keras kejung je atas gajah tu.

Lebih kurang sejam jugak la gajah tu bawak pusing-pusing hutan tu. Lepas dah habis elephant tracking, boleh beli pisang tuk bagi gajah makan. Sepinggan pisang THB50. Laki aku beli sampai dua. Pencinta haiwan la katakan. Nasib baik la gajah ni beso, kalau kecik aku rasa dah lama laki aku bawak balik bela.



Yay dah berani peluk gajah.


Ok selesai dah cerita pasal gajah. Misi pertama ke Krabi untuk naik gajah berjaya. Then diorang hantar semula balik ke hotel. Sampai hotel lebih kurang dalam kul 5. Kitaorang tak naik bilik pun. Lepak lagi kat depan hotel tu. Satu yang aku suka pasal hotel ni, sebab ade tempat lepak kat luar lobi. So petang-petang duduk kat situ pun layan jugak. Sempat la borak-borang dengan tourist lain kat situ. Tapi banyak Malaysian je kat situ. Bersepah-sepah orang Melayu ok. Hihihi. Tengah borak dengan diorang tetiba ade motor roda tiga jual makanan lalu. Dioang kata makanan tu sedap semalam diorang dah try makan. Memula tengok cam ragu-ragu je halal ke tak. Tapi de tulis halal. Pastu ade pulak gambo anak bini dia pakai tudung. So aku yakinkan diri je la.

Ni la pakcik yang menjual tu.

Ni la rupa makanan yang dijual oleh pakcik tu.

Aku tak tau apa nama makanan ni. Tapi dia macan bihun sup. Boleh pilih bihun atau kueytiaw. Pastu sup dia kaler hitam ade mushroom. Pastu boleh pilih nak ayam atau itik. Pastu ade bahan-bahan macam serbuk cili, garam, gula, kacang, kicap, cili. Yang tu kena letak sendiri ikut tekak ko nak macam mana. Kalau nak sedap campurkan semua tu. Aku punya bijak. Konon-konon suka makan pedas. Bajet cili Thailand tak pedas. So aku lebihkan letak serbuk cili dan cili. Sekali hambek ko. Habis pijo bibir aku. Rasa tebal dua kali kanda dek kepijoran cili tu. Tapi rasa memang sumpah sedapppppppp! Rasa dia complete. Ada masam manis pedas. Rasa meletup-letup bila masuk dalam mulut aku. Korang kalau gi Krabi ternampak pakcik ni jangan lupa tahan dan beli ok. Masukkan dalam list must try!!! 

Ok, selesai menjamu selera kitaorang meneruskan misi paling penting iaitu : mencari PANCAKE SEDAP. Sepanjang aku buat research tentang Krabi ni, rata-rata cakap benda yang wajib ko buat kat Krabi ialah makan pancake. Kira kalau ko gi Krabi kalau tak cuba pancake ni memang tak bermakna la percutian mu itewwww! Aku memang dah tak sabo-sabo nak rasa keenakan pancake tu. Sedap bebeno ke. 

Disebabkan dah penat, kitaorang malas nak jalan kaki. So sewa motor THB200 untuk 24 jam. Ikutkan memang rugi la nak sewa motor dah petang-petang camtu sebabnya esok pagi-pagi dah nak buat island hoping. Island hoping lak amek masa dari pagi sampai petang. Kira rugi la sewa sebab tak guna esoknya. Tapi, apadahal. Setakat 20 hengget je kan. Lagipun naik motor boleh jalan jauh sikit. Lagipun aku dah geram tengok motor skuter comel-comel kat Krabi tu. Kat Malaysia takde motor camtu.


Comel kan skuter tu. Aku pun nampak comel je atas motor tu. Hihihihi.

Jangan lupa isi minyak ok dulu ok. Lepas tu baru merempit. Kitaorang sempat singgah pantai Aonang menikmati keindahan sunset kat situ.




Memang indah pemandangan kat sini. Hihihi.

Dah puas menikmati sunset kitaorang pun terus cepat-cepat cari tempat jual pancake. Jumpa satu tempat pancake yang sedap. Entry pasal pancake aku citer dalam entry khas la ye. Next entry ni aku citer pasal pancake ni. Memang sedap pancake tu. Serius tak tipu. Tunggu naaa next entry.

Dah kenyang, kitaorang pun jalan-jalan lagi sekitar Aonang tu. Saje buang masa. Hari pertama kat Krabi diakhiri dengan aktivi massage. Macam biasa, datang Krabi selain pancake, massage adalah perkara yang ko tak boleh tinggalkan. Mesti cuba!! Sebabnya massage kat sini murah. Foot massage THB200 je. Dalam 20 hengget duit kita. Thai massage pun 20 hengget. Oil massage 30 hengget. Pendek kata urut sume below 50 hengget. Memang puas hati sangat.


Ko tengok tukang urut laki aku tu, bukan main happy lagi. Laki aku apatah lagi. Hahaha.


Habis massage terus balik hotel dan tido. Esoknya nak ke pulau. Yay!!!
Sambung next entry. Sorry kalau membosankan korg.
^_^



No comments:

Post a Comment

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..