Wednesday, February 27, 2013

Cujern Update



Anyone interested with this Mermaid Leopard Skirt?

Kindly visit CUJERN FB / CUJERN BLOG for an update.

Thanks you!


Tuesday, February 26, 2013

Rock Oo.



Citer pasal filem melayu, aku rasa ni la satu-satu nya filem melayu yang aku excited nak tengok.
Knowing me, aku memang susah nak support filem melayu.
Bukan berlagak ke apa asik nak layan citer omputih je, tapi kebanyakan filem melayu sekarang ni, belum separuh masa aku dah tertido. So buang duit je aku beli tiket.

Tapi filem Rock Oo ni lain sikit. Sejak dari filem Rock yang pertama tahun 2005 ke 2006 dulu,
aku memang tunggu la kalau ada kesinambungan cerita Rock ni. Sekali 2013 baru ada.
Lama tu..

Sebagai pencinta rock kapak, memang wajib aku tengok filem ni.
Aku tak expect nak gelak marathon tengok movie ni even genre komedi,
cuma aku harap movie ni berjaya buat aku kembali mengenang nostalgia zaman-zaman rock kapak dulu.
Walaupun masa zaman kegemilangan rock kapak dulu,
aku belum sekolah dan tak tau apa-apa, still sampai sekarang aku suka zaman tu.
Dengan lagu, pakaian zaman-zaman rock kapak tu memang aku suka la.
Pendek kata, all about zaman rock kapak memang aku suka sangat!


Amy Mat Piah. 
Rindu gila nak tengok Que Haidar berlakon

Slash Haji Tapah.
Rasanya watak Slash ni baru. Dalam Rock first dulu macam takde.

Jijoe Alfonso Farera.

Black.

Zul Kapan.

Tengok poster pun aku dah teruja. Ni kalau ada geng, boleh la pergi tengok ramai-ramai siap dressing rock kapak. Pakai seluar skinny leather cap seat bas, kasut aliph, rambut panjang kerinting sket..perghh. 
Kalau ada geng ok la, kalau sorang2 dress up macam tu, kang org pandang daring je. Hihihi.



Ok la cakap banyak tak guna, jom booking tiket!



All picture credit to Rock Oo FB

Friday, February 22, 2013

Birthday Gateway.

Yesterday, i'm Officially turn to 29. 
Ade masa 365 hari lagi nak capai 30 Things Before 30 tu.

So sempena birthday aku semalam, aku amek cuti. Saje la fefeling kerabat diraja, cuti time birthday. 
Tapi takde plan nak kemana pun. Ingat saje nak jalan-jalan KL je.
Tapi macam bosan pulak, so ajak laki aku pergi Genting. 
Lagipun seingat aku, aku tak pernah lagi pergi Genting dengan laki aku.
Ade la pergi hari tu. Tapi lepak-lepak minum je, tak masuk outdoor pun.


Yay, kami dah kat Genting. Semalam dah rasmi kasut baru.
 ^_^

Gambar wajib kalau pergi Genting. Hahahaha.

Bajet London la? Suhu kat Genting pun aku tak boleh tahan,
nak dok London yang suhu cecah -10 tu? Tak payah berangan la.

I'm the star.



Tu je gambarnya. Tak banyak pun. Laki aku bukan jenis suka bergambar pun. 
Aku pun dah tak rajin keje nak amek gambar je. Bawak kamera, tapi amek gambar pakai henpon je.
Senang dan cepat. 

Kitaorang tak lama pun kat Genting. Genting macam dah boring. Semua permainan kat Genting tu buat aku mengantuk. Tak mencabar langsung. Naik rollercoster siap boleh menguap lagi. Hihihi. Nasib baik sempat main semua permainan sebab pukul 2 je, hujan turun selebatnya. Kalau tak, rugi je duit tiket. Tiket pun dah mahal sekarang. RM54 sorang. Seingat aku last time aku pergi tiket outdoor baru RM35 ++. Sekarang ni, semua dah mahal. Menyampah betul. 

Huhuhuhu Hujannnnnnn!

Masa ni kitaorang tengah makan kat Old Town. Nasib baik x kena hujan.
Lepas makan dalam kul 3 tu terus turun KL. Sebelum balik singgah Paradigm Mall.
Saje je pergi sebab aku tak pernah pergi Paradigm Mall tu. Nak tengok la apa yang best. 
Tapi memang best pun. Banyak kedai yang aku suka ade kat situ. 
So Paradigm Mall ni dah jadi my 2nd favourite shopping mall after Sunway Pyramid. 

Reward for myself. Ni bukan hadiah, beli sendiri tau. 
Tak sampai hati nak mintak laki aku bayokan. Baik kan aku? Hihi.

Laki aku punya. Benci betul, men punya banyak design cantik2.



Ok dah jom balik. 

Itu je cerita birthday kali ni. Tahun ni takde acara potong-potong kek dah tiup lilin pun.
Sebabnya tahun lepas punya kek, aku makan satu slice je.
Selebihnya expired dalam peti ais.
Jadi tahun ni jangan membazir. 

Monday, February 18, 2013

Wishlist Come True ^_^

Look what i've got yesterday
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dr. Martens in da house yaw!! 


Birthday aku khamis ni, tapi hadiah dah dapat dulu. Camne tu? Hihihi. Tak menyabo punya pasal. Ikutkan sebenarnya semalam nak gi usha size je sebab nak mintak adik aku yang study kat UK tu belikan. Ye la, harga kat sana murah sikit kalau nak bandingkan kat Malaysia ni. Tapi bila dah masuk kedai tu, tetiba hilang akal sekejap. Kesudahannya, bawak balik la kasut nie.

Si Merong tu sibuk je nak enterprame. Sume gambar aku nak amek, ada dia. 


Tapi kan...

Tetiba rasa cam menyesal pulak beli. Satu sebab harga yang mahal. Aku amek yang leather, dah alang-alang nak beli tu kan. Lepas tu size cam sempit sket. Aku amek size 5. Bila pakai size 6 longgar pulak. Lagi satu yang MIE ni tggal last size 5 jek. Bangsa tak menyabo, camni la jadinya. Actually size 5 dah ok, cuma aku ni ade masalah jari kaki yang panjang. So kat depan tu jari aku cam sakit sikit la. 

Pastu kan, tetiba rasa cam kelakar pulak. Sebab badan kecik, tetiba kasut besar. Tetiba nak salahkan gen family aku yang kaki besar ni. Huwaaaaaa. Tapi takpe, dah beli pun. Takkan nak simpan je kan. Hihihi. 

Ni masa test kat kedai.

Ni test kat rumah. Nampak macam mc donald sangat tak?

Mc donald pun mc donald la. Belasah je. Dah beli mahal-mahal takkan nak simpan ye dak? Jap lagi kena seligi dengan laki aku. Hihihi. 

Mekasih yang sebab hadiahkan kasut ni. Love u!

Thursday, February 14, 2013

Sentimental.

Look, what i found masa tengah kemas-kemas kotak rahsia aku semalam ;)


Eleh, buku je. Apa yang special sangat. Ehh, ni buku bukan sebarang buku. Buku ni sebenarnya aku beli khas untuk tulis journal aku dengan laki aku masa bercinta dulu. Kononnya. Biasalah, aku kan mmg sweet dan sentimental orang nya. So benda-benda macam ni memang jadi hobi aku. 


Jom kita tengok apa yang aku tulis dalam buku tu ;)


First page. Sweet tak? Hikhikhik.

Cerita pertemua pertama. Dah, takyah nak cuba-cuba baca, Kang ada yang muntah. 


Ni antara sms-sms awal yang laki aku hantar masa nak mengorat dulu.
Gigih tak aku salin satu-satu tampal dalam buku ni.

First official date.

Malangnya itu adalah page last yang aku buat. Hahahaha. Sampai sekarang, buku tu terbiar sepi je. Dah tua-tua ni, masa pun tak berapa nak cukup. Banyak komitmen nak kejar. Jadi benda-benda macam ni, buat separuh jalan je. Lagipun bila lama sangat tak tulis, banyak benda lupa. Kalau time muda remaja dulu, time sekolah dulu, memang aku suka buat benda-benda macam ni. Banyak masa time sekolah dulu. Balik sekolah takde buat apa, terus buat benda macam ni. Lagipun takde komitmen dan takde apa nak fikir. Sekarang ni, nak update blog pun takde masa, apatah lagi nak gunting tampal, tulis jurnal bagai. 


Ni benda-benda yang aku dah siap gunting nak tampal dalam buku tu.
From Paris With Love tu first movie kitaorang ;)

 Beli majalah semata-mata nak gunting benda2 best tampal dalam jurnal aku. Ye la, aku mana la pandai lukis. Kalau aku pandai lukis, mesti jurnal aku lagi best. Macam-macam benda ada dalam imaginasi ni. Malangnya aku cuma reti lukis orang lidi dan beruang bulat kecil bulat la besar tu je. Hehehe. 

Sekarang ni dah nak masuk 3 tahun memang tak dan la aku nak tulis balik. Takpelah, simpan dalam hard disk otak aku je. Tapi, nanti kalau aku start je pregnant, memang aku nak buat satu jurnal khas untuk anak aku. Dari hari first aku tau aku pregnant sampai la anak aku besar. Atau sampai aku larat la nak buat. Harapnya tak separuh jalan macam ni la.

Seronok sebenarnya buat jurnal macam ni. Bila satu masa akan datang, ko baca balik, even perkara yang kau tulis tu adalah perkara yang menyakitkan hati, benda tu akan buat ko senyum balik. Lagipun biasanya kalau kita tulis jurnal macam ni, penulisan kita lebih telus. Takde tapis-tapis. Sebab kita sorang je yang baca jurnal tu. Kalau dalam blog macam ni, semua orang baca. Jadi kita cenderung untuk tulis apa yang kita nak orang baca. Kalau jujur sangat nanti orang judge kau pulak. Itu pada aku la, orang lain mungkin lain.

Banyak lagi benda-benda yang boleh meninggalkan kenangan sentimental buat aku, yang masih aku simpan sampai sekarang. Sayang nak buang, lagi-lagi kalau benda-benda yang pernah bagi kenangan manis buat aku. Sweet kan aku? Hihihi. Tapi malangnya aku dikelilingi orang-orang yang langsung tak sweet dan sentimental macam aku. Laki aku lagi la, takde masa nye nak buat benda-benda macam ni. Nak bagi kad kat aku pun payah. Bunga apatah lagi. Ade sekali je la dia kasi bunga kat aku masa first time jumpa. Tapi masa tu tak kira la, sebab dia kebetulan je bawak bunga and kebetulan masa tu birthday aku. Sekarang, jangan kata bunga, batang bunga pun takde. Nak buat macam mana, terima je la seadanya. Aku pulak memang jenis suka bagi-bagi kad, tulis2 nota kecik2 selit dalam baju, buat suprise. Kadang-kadang aku sampai gaduh ngan dia sbb aku kata dia tak romantik and sentimental. Alasan laki aku, 'i tak reti la benda-benda macam ni'. Mestilah aku menjawab 'kalau tak reti, belajar laa". Hihihihi. Tapi bagus jugak dia tak reti. Lelaki yang romantik dan sweet sangat ni biasanya mesti kaki perempuan. Tak semua la, tapi banyak yang macam tu. Hehe, jangan marah ar lelaki romantik. 

Tak romantik pun takpe lah, janji jujur. 

^_^

Wednesday, February 13, 2013

Jodoh & Takdir.

Tadi dok sibuk layan gosip pasal Fizz Fairuz dengan Almy Nadia kat Forum Cari, aku tertarik dengan satu comment dari forummer ni. Comment dia pasal jodoh dan takdir. Aku cuma nak highlight kat sini pasal jodoh dan takdir tu. Bukan pasal Fizz dengan Almy tau. :)


       "Allah tak tetapkan jodoh, manusia sendiri yang pilih jodohnya. Kebanyakan orang Melayu Islam suka bercakap tentang takdir, tapi pengetahuan tentang takdir tak mendalam. Yang ditulis sejak azali ialah apa dan siapa yang dipilih oleh manusia, kerana Allah SWT tahu sejak azali siapa yg akan dipilih oleh manusia sebagai jodohnya, kerana Allah mengenal manusia lebih dari manusia kenal dirinya sendiri. 

Apakah dengan tertulisnya pilihan manusia itu, maka dia tidak boleh memilih orang lain? Sudah tentu boleh. Pastinya juga ada takdir yang telah ditulis tentang Fizz SEKIRANYA dia MEMILIH untuk berkahwin dengan Almy. Takdir ni bukan satu je yang ditulis, tapi ada banyak cabang, selagi namanya Qada'. Apa akan jadi bila Fizz pilih Almy, ada takdirnya. Kalau pilih Azlyn, ada takdir yang lain. Kalau pilih tak kawin pun ada pula takdir lain. Dan bila Fizz dah buat pilihan, jadilah Qadar, ketetapan yang telah berlaku, dan tak boleh diubah lagi. Apakah pilihan Fizz itu betul, salah atau terbaik? Itu belum pasti. Hanya Allah yang tahu siapa pilihan terbaik buat Fizz, oleh sebab itu, orang Islam disarankan bersembahyang istikharah untuk ditunjukkan yang manakah pilihan terbaik.  

Allah benarkan pilihan manusia, biarpun yang buruk, bukan kerana dia suka, tetapi kerana kebebasan manusia untuk memilih. Setiap pilihan itu akan dipertanggungjawabkan pada manusia di akhirat. Itu sebab Nabi pernah kata,”PILIHLAH isteri kerana agamanya, nescaya engkau akan selamat di dunia dan akhirat. Untuk mengatakan jodoh Allah yang tentukan tu sebenarnya salah dalam konsep Qada' dan Qadar. Manusia diberi kebabasan untuk memilih dan membuat keputusan dalam hidupnya. Dalam kes ini, jodoh itu dipilih oleh Fizz sendiri. In a relationship, menuju pada perkahwinan, you both have to want the same thing. Di sini, Fizz mmg tidak piilih Almy, sebaliknya Azlyn, dan Azlyn pun pilih untuk terima Fizz. Kalau tak nak, apa pun tak jadi. 

Memang ada kes di mana Allah tak beri keizinan untuk satu pasangan bersama, contohnya, lelaki A dan perempuan B dah pilih untuk berkahwin, sama-sama hendak antara satu sama lain. Tapi datang pula faktor luar yang tak dapat dikawal, contohnya lelaki A accident patu meninggal, maka ini ialah kes di mana Allah tidak izinkan pilihan itu berlaku. Yang ini baru takdir terlibat ya. Bagi aku, mengatakan 'tak ada jodoh itu' perbuatan lepas tangan terutamanya bg pihak yang 'tidak mahu' hendak menyalahkan takdir sedangkan diri sendiri bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan masing-masing. 

Dan kalau Allah izinkan pasangan yang dipilih manusia itu, tidak bermakna itu ialah pilihan terbaik. Allah cuma izinkan pilihan manusia, walaupun salah pilihannya itu, kerana itu ialah tanggungjawab manusia untuk memilih. Pilihan dia mencorakkan takdir hidupnya dan dia akan dipertanggungjawabkan di akhirat untuk pilihan-pilihan yg dia dah buat."


Jodoh tu sebenarnya pilihan kita. Allah cuma membenarkan pilihan yang telah kita buat. Tapi, orang suka salahkan takdir bila terjadi kes-kes takde jodoh macam ni. Konon-konon dah takdir yang menentukan perkara-perkara macam tu. Macam la Allah tu kejam. Walhal pilihan ditangan kita. :)

Friday, February 8, 2013

Cerita Anak Bulu.

Dah lama aku tak ceritakan pasal anak bulu aku kan. Hari ni entry khas untuk anak-anak bulus ku. Sekarang ni, meow aku tinggal 5 ekor je. Doddy, Bella, Chibby, Merong & Baby.

Doddy & Bella. Hitam sungguh Doddy tu sampai tak dapat kesan muka dia.
Bella masa ni tengah bunting lagi.

Merong.

Chibby

Baby

So ini je la yang tinggal dan akan aku bela. Baru-baru ni aku 'kasi' kan Merong ngan Chibby sebab tak tahan diorang asik kencing merata je. Yer la, kucing dah nak mengawan, memang buat perangai macam tu. Habis dia kencing kat rumah aku. Nak tanda kawasan kot. Last-last aku fed up, terus aku bawak vet 'kasi' kan diorang. Memula cam kesian gak la, tapi kalau dah macam tu, baik kasi kan je. Satu hal pulak aku nak bersihkan rumah. Lagipun kalau beranak nnt kesian pulak kat anak-anak kucing tu. Siapa nak bela kan? Tapi, sempat jugak la si Chibby ngan Merong tu tala si Bella tu. Dah la Bella tu mak diorang. Sanggup diorang buat sumbang mahram. Kesian Bella. Aku yakin latest anak-anak Bella ni bukan hasil dia dengan Doddy. Sebab takde sekor pun kaler hitam. Aku syak anak tu hasil sumbang mahram Chibby atau Merong dengan mak dia. Ish ish ish. Tapi anak diorang comel-comel tau.

Doddy pun aku plan nak 'kasi' kan tapi tak sempat. So sekarang ni Doddy memang berkeliaran kat rumah rumah. Memang aku tak bagi masuk. Doddy punya perangai, sambil lalu je dia pancut. Memang tak guna punya si hitam. Ade sekali tu dia boleh kencing dalam handbag aku. Memang berangin gila aku. Start dari tu terus aku haramkan dia masuk rumah. Sebelum tu ade jugak dia masuk, sebab aku kadang-kadang kesian. Tapi bila tengok perangai dia camtu, terus diharamkan. Dia pun bukan suka dok dalam rumah. Masuk rumah semata-mata nak pancut je. Geram betul aku. Sekarang ni keje dia dok luar je, merayau macam bohjan. Dah la garang gila. Kalau ada kucing lain datang, memang kena pukul la dengan si hitam tu. Tapi kan bagusnya Doddy ni, dia paham bahasa. Sekarang dia tak berani masuk rumah. Ade sekali tu aku bukak pintu, dia tak masuk pun. Duduk je depan pintu tu pandang aku. Hihihi. Kesian pulak. Tapi nak buat camne. Kebersihan rumah pun kena dijaga. Dia pun lagi suka kot bebas berkeliaran kat luar tu. Tapi dah rupa kucing jalanan pulak si Doddy ni. Comot sebab dah lama tak mandi. Time lapar, pandai balik rumah. Satu lagi perangai Doddy ni, kalau makan mesti nak berteman. Kena dok sebelah dia, baru dia nak makan. Belai-belai dia. Mengada kan? Muka bajet ganas, tapi dalam hati ada taman. 

Now, kucing aku dah bertamabah sebab Bella dengan Baby dah beranak. Selang seminggu je dioang beranak. Anak Bella kali ni banyak gila, 6 ekor. Tapi sekor mati. Anak Baby pulak sekor je. Baby pun satu hal, tah dengan siapa dia main tah. Tau-tau dah beranak. Dah la beranak kat rumah orang. Nasib baik anak dia sekor. Dan nasib baik jugak anak dia ikut bulu dia yang marble tu. So nampak cantik la sket sebab spesis Baby ni bulu tak kembang macam anak-anak Bella. Anak-anak Bella memang cantik. Gemok-gemok macam merong masa kecik-kecik dulu.

Tadaaa! Tu dia anak-anak Bella & Baby.

Aragorn tu anak Baby. Yang lain-lain anak Bella. Aku namakan diorang sempena cerita The Lord Of The Ring. Hehehehe. Comel kan? Aku rasa nak picit sekor-sekor. Paling comel sekali yang Smeagol tu. Sekarang dah mok mok lagi la geram. Yang Smeagol tu mak mertua aku dah cop nak bela. Yang lain-lain aku bagi kat kawan-kawan je. Kali ni tak jual la kot. Bagi free je, janji boleh jaga dengan elok dan sayang diorang. 

Masa diorang baru-baru lahir kan, aku letak la asing-asing Bella dengan Baby ni. Tapi bila aku balik, mesti anak Baby dah ade dalam kotak Bella. Bella tamak gila, anak kucing lain pun dia nak hangkut sekali. Kesian Baby cari anak dia. Baby ni dah la baik, tak macam Bella yang garang tu. Sekarang ni dah letak diorang sekali, macam share-share anak pulak. Kadang-kadang Baby susukan anak Bella, Bella susukan anak Baby. Suka hati je kan. Anak-anak diorang pun main hentam je tetek siapa. Janji dapat meyusu.

Tengok tu, anak Baby kat Bella, anak Bella kat Baby.

Relax je Bella tengok anak dia menyusu ngan ibu lain. 

Aragorn.

Legolas.

Gandalf.

Frodo. Frodo ni pemalas. Keje dia tido je.

Smeagol (belakang) & Gollum (depan).

Me & Smeagol.

Rasa nak picit tak?


Tak lama lagi dah boleh la bagi diorang kat tuan baru. Harap-harap tuan baru diorang nanti boleh sayang dioang macam mana aku sayang kucing-kucing aku walaupun keje bersihkan kan diorang laki aku yang buat. Hehehe.

Wednesday, February 6, 2013

Sepetang di Taman Botani.

9 tahun menetap kat Putrajaya, ni la kali pertama aku menjejakkan kaki ke Taman Botani. Kesian betul. Padahal hari-hari lalu nampak sigboard Taman Botani tu. Actually aku tak tau pun apa ada kat Taman Botani tu, tapi hari tu ada terbaca kat blog siapa tah kata boleh sewa basikal kat sana. Macam best je kan sewa basikal. Lama dah tak main basikal ni. Last naik basikal masa umur aku 12 tahun kot. 

Ahad lepas paksa laki aku pergi Taman Botani. Bayangkan lah cuti 3 hari dari hari Jumaat tu, kitaorang takde keluar rumah pun. Dok rumah kemas-kemas rumah je. Lagipun Jumaat Sabtu tu cuaca panas sangat. Nak keluar pun malas. Hari ahad je cuaca baik, mendung dari pagi sampai petang.

Kitaorang keluar kul 3 lebih. Tapi disebabkan aku kebulur, ajak laki aku makan KFC dulu. Sebelum memecahkan lemak, kita menternak lemak dulu. ^_^. Pergi KFC kat highway serdang tu sebab segan nak masuk Alamanda pakai treksuit ngan kasut sukan. Hehehe. Dok makan-makan kat KFC tu sekali jam dah dekat kul 5. Kelam kabut pergi Taman Botani. Sampai-sampai kat Taman Botani tu jam dah kul 5. Sekali tanya kat guard situ, dia kata kaunter sewa basikal tutup kul 5. Terus aku hilang mood. Datang nak main basikal, sekali tutup pulak. Mestilah masa tu mulut aku dah muncung mengalahkan ikan kaloi. Pastu marah-marah laki aku kata dia lambat. Padahal aku yang mengada nak makan KFC. Hahahaha. Last-last laki aku pergi jugak tanya kaunter tu. Lucky us, org kaunter tu kata last call. Yay! Penat je aku muncung-muncung mulut. Hikhikhik. 

Kalau korang nak sewa basikal, kaunter sewa basikal tu betul-betul kat jalan masuk Taman Botani tu. Tutup kul 5. Harga RM4 untuk satu basikal. Lepas bayar, amek basikal kat bangsal penyimpanan basikal. Tempat simpan basikal tu pulak tutup kul 6. So aku ada masa sejam je nak kayuh. Poyo je aku siap ckp "sejam je? kejapnye..mana puas." Sekali amek ko, tak sampai sejam kaki aku dah mengigil-gigil sebab kepenatan. Masa naik bukit, siap berenti bape kali. Takde stamina langsung. Hahahaha.

Basikal ade banyak. Tak yah gaduh-gaduh.
Basikal budak-budak pun ade. Comel je.
Orang kat sini ckp, bulan ni diorg akan tambah basikal baru yang lagi best.





Cantik kan pemandangan kat Taman Botani ni. 
Ruginya aku tak pernah datang sini sebelum ni.
Aku rasa nak guling-guling je kat rumput yang menghijau tu sambil diiringi lagu Kuch Kuch Hota Hai. 


Budak poyo. 

Suami kepada budak poyo.



Biawak pun ade kat sini.


  Kalau Malaysia ni ade salji, dah macam kat korea dah tempat ni. 
Boleh la sewa basikal yang ade 2 tempat duduk tu, fefeling Winter Sonata gitu.

Saat ku merindukan dirimu..
Jiwa meronta kau ku damba...
Oh gerhana lah seluruh pancaindera..

Bagaikan siang tiada mentari...
Bagai malam tiada cahaya purnama..


Waaa..tetiba Hazami enterframe pulak. Hihihi.






Ok dah jom balik.

Sekian je laporan Sepetang di taman Botani. Saje je update kat sini sebagao tanda kenangan.
Lepas ni boleh la jadikan aktiviti berbasikal ni sebagai aktiviti mingguan laki bini.
^_^