Thursday, May 30, 2013

Privasi.

I'm planning tu private my blog soon. Very soon.
So kalau ada sesiapa yang sudi nak follow blog usang aku ni, 
boleh la tinggalkan emel kat ruangan komen. 
Kalau sudi.

Takde apa pun yang nak diprivatekan.
Cuma kadang-kadang aku rasa macam aku dah terlalu banyak sharing life aku kat media sosial.
Saja nak privasi.

^_^


Tuesday, May 7, 2013

DIY : Fridge Magnet

Hari ni aku nak share macam mana nak buat fridge magnet yang simple tapi menarik. Maklumlah, sekarang ni macam trend pulak kasi fridge magnet as a door gift. Ye la, bila dapat fridge magnet ni kita jarang-jarang nak buang. At least mesti lekat kan jugak kat peti ais. Kalau gift-gift yang lain tu, kadang-kadang aku tak tau nak buat apa. Nak buang macam tak sampai hati, nak simpan semakkan rumah je. Kalau dapat fridge magnet, pintu peti ais je yang semak. Tapi kalau susun betul-betul jadi menarik jugak.

Amacam, ok tak?


DIY Fridge Magnet ni kira salah satu List To Do Before 30 : #24 Do More Craft Thing. Kira craft thing la ni kan. Actually aku saje-saje buat magnet ni untuk kitaorang punya group masa buat BBQ kat Kemensah aritu. Saje suggest setiap kali event buat gift, so ada kenangan. Lepas event tu, ade member aku tempah pulak untuk reunion sekolah dia. 

Ni contoh fridge magnet yang dah siap. 
Kualiti gambar agak kurang sebab aku try print pakai printer opis. 
Maybe kertas tu tak sesuai dengan printer tu. 
Last-last bawak gi kedai je print. Baru la ok.



Ok, senang je nak buat fridge magnet ni. 

1. Bahan-bahan yang diperlukan ;

Kertas magnet (soft magnet), brown paper bag, gunting, pisau, pembaris besi, wooden clip, kertas sticker & cutter mat.


2. Potong magnet sheet ikut korang punya kesesuaian.

Memandangkan magnet sheet yang aku beli size dia 10cm x 30 cm,
so aku just potong 30cm tu / 5cm. Dapat la 6 keping magnet 
size 5cm x 10 cm. Besar jugak la.


3. Design dan print

Then print kan design yg korang dah buat tu atas kertas sticker.
Kertas sticker ni banyak jual kat kedai-kedai stationery. 
Size design pastikan sama dengan size magnet yang korg dah potong tadi.


4. Gunting & tampal.

Gunting la ikut size tadi, pastu tampal je atas magnet sheet tu tadi.
Trim la tepi-tepi tu sket kalau tak sama rata.
Maklumlah, buat manual ni mesti ade je yang tak sama rata even dah potong ikut size.

5. Packing

Dah siap potong dan tampal, masukkan la dalam plastik camnie.
Tak nak pun takpe. Tapi macam ni nampak lagi kemas la.


Then masukkan magnet yg dah bungkus tu dalam brown paper bag ni.
Ni brown paper bag yang org jual goreng pisang tu. Jenis takde tapak nye.
Beli kat mydin je. 
Nak kasi lawa, print kan la event korang atas paper bag tu
yang macam aku buat tu.


Pastu lipatkan je paper bag tu. 
Nak kasi cantik, klip dengan wooden clip yang comel-comel.
Dah siap!


Cantik kan? Boleh la buat untuk gift event kecik-kecik camni.
Buat gift kenduri kawen pun boleh.