Tuesday, June 25, 2013

RIP, Doddy.

Baru semalam aku nampak Doddy berlari-lari depan rumah aku.
Baru semalam aku nampak Doddy tangkap burung.
Baru semalam aku nampak Doddy duduk tepi sliding door rumah aku, 
sambil mata merenung tajam kat aku.
Baru semalam aku nampak Doddy bantai si Merong.
Baru semalam Doddy temankan laki aku basuh kain.
Baru semalam Doddy mintak aku temankan dia makan.
Baru semalam Doddy buat muka sedih nak masuk dalam rumah.


Hari ini ..

Doddy kejung tak bergerak. Mulut berbuih-buih. Mata terbeliak. Doddy kaku seribu bahasa. Puas aku kejutkan dia mengharapkan keajaiban akan berlaku. Tapi Doddy tetap keras dan kaku. Doddy, dah takde ....



DODDY


Pernah jatuh dari tingkat 2 apartment, tapi survive.
Jatuh kali kedua pun still survive, tapi patah kaki.

Pernah hilang sebulan, tapi balik semula dalam keadaan sihat walafiat.

Tapi, kali ni Doddy pergi dan takkan balik semula.


Apa yang menyedihkan, Doddy mati depan mata kitaorang. Pagi tadi aku tengah bersiap nak pergi kerja, laki aku dah siap pergi start enjin kereta. Macam biasa la, pagi-pagi laki aku akan bagi Doddy makan sebelum pergi kerja. Sebabnya, Doddy memang tak dikurung dalam rumah. Dia memang bebas duduk dekat luar tu. Tapi Doddy ni bijak. Setiap pagi, sebelum pergi kerja mesti dia ada depan rumah. Kalau kitaorang balik, dari jauh dia akan berlari dapatkan kitaorag. Walaupun Doddy selalu merayau, tapi bila kitaorang ada kat rumah dia akan setia duduk dengan kitaorang.

Tadi masa laki aku ngah panaskan enjin kereta, macam biasalah dia panggil Doddy nak bagi makan. Tapi Doddy tak datang-datang. Then dengar suara dia macam mengiau. Sekali tengok dia ada kat bawah kereta.
Laki aku cakap dia dah berbuih-buih masa tu. Badan dah menggigil-gigil kena tarik macam kena sawan tu. Laki aku terus naik atas bagitau aku. Aku pulak baru lepas mandi so tak sempat nak turun. Laki aku kata dia tak nak tengok sebab tak sanggup. Dia kata, Doddy takkan survive. Biasanya kalau keadaan macam tu, memang dah nak mati dah. Huwaaaaaaaaa! 

Bila aku turun, Doddy dah mati.

Sedih sangat tengok keadaan dia. Mulut berbuih-buih. Aku pegang badan dia. Masih panas. Tapi Doddy langsung tak bergerak. Serius aku sedih gila. Tak tau nak gambarkan perasaan aku macam mana. Bayangkan Doddy yang semalam bukan main aktif lagi berlari sana sini, pagi ni kaku seribu bahasa.

*nangis

Sampai saat ni aku masih tak boleh terima kehilangan Doddy.

Hampir 4 tahun Doddy bersama kitaorang. Macam-macam kenangan kitaorang dengan dia. Walaupun kadang-kadang Doddy ni menyakitkan hati, tapi aku sayang sangat kat dia. 

Doddy ni bijak, kitaorang pernah marah dia masuk rumah sebab dia selalu kencing dalam rumah. So, lepas kena marah tu dia takkan masuk rumah kalau kitaong tak bagi masuk. Di akan duduk je depan pintu rumah. Walaupun pintu rumah terbukak.


Seee, baik kan Doddy. Tak masuk pun dalam rumah. Padahal pintu rumah terbukak je.

Doddy ni walaupun nampak ganas sebab kehitaman badan dia tu, tapi dia sebenarnya manja. Kalau bagi makan kat dia, kita kena tunggu sebelah dia sambil usap-usap kepala dia. Kalau tak dia tak nak makan. Kalau kita letak je makanan dalam mangkuk tu, lepas tu blah, dia pun akan ikut blah dengan kita. Tapi kalau aku duduk tepi dia teman dia makan, mesti dia makan banyak gila.

Doddy jenis tak banyak songeh. Apa yang kitaorang kasi makan, dia makan je tak banyak bunyi. Kalau Bella, mengada sikit. Asik nak mintak wet food je, tak pun ayam. Tapi Doddy, relax je makan dry food tu. Pagi petang siang malam makan yang sama pun dia ok je. Janji kena teman dia makan.

Doddy ni garang. Kucing-kucing liar kat rumah tu tak berani dekat dengan rumah kitaorang sebab Doddy jaga kawasan. Kira macam abang kawasan jugak la. Tapi dia garang dengan kucing jantan je. Dengan kucing betina, bukan main baik lagi dia. Ingat tak dia pernah bawak kucing betina balik rumah masa aku takde kat rumah. 

Tapi dalam garang-garang Doddy tu, dia sebenarnya penakut. Doddy eksen dengan kitaorang je. Kalau ade orang lain datang rumah, mesti dia lari. Dia boleh kena pegang dengan tuan dia je. Dengan orang lain, memang susah nak pegang dia.

Doddy ni kalau dia tengok aku duduk sorang-sorang, mesti dia temankan aku. Pernah sekali tu, aku balik awal. Sekali kunci rumah takde. Terpaksa tunggu laki aku balik nak bukak pintu. Doddy nampak aku duduk sorang-sorang depan rumah, terus dia duduk kat kerusi sebelah, temankan aku. Sampai tertido-tido.

Doddy yang baik temankan mommy dia kat luar.

Sampai tertido-tido dia.


Satu lagi Doddy jenis tak suka rebut-rebut makanan. Kalau dia tengah makan, then Merong ke Bella ke menimpit kat dia, mesti dia beralah. Kasi kucing lain makan dulu. Lepas diorang dah habis, baru dia makan. Doddy pun tak pernah kedekut makanan dia.

Banyak la kenangan aku dengan Doddy dia. Bayangkanlah bela dari kecik, sampai dah berapa keturunan anak dia. Tiba-tiba dia pergi macam tu je. Pergi dalam keadaan tragis pulak tu. Kalau dia sakit tua ke apa, aku beli terima lagi. Ni mati macam tu. Dah la semalam baru je tengok dia sihat. Sumpah, aku tak boleh terima. Macam mana nak balik rumah nnt tengok Doddy takde?

Selalu aku balik rumah je, mesti dia pun berlari-lari balik kejar aku. Tak pun kadang-kadang dia dah tunggu depan pintu. Setiap pagi, time nak pergi kerja, mesti Doddy tunggu depan rumah jugak. Kadang-kadang aku tak sampai hati nak tinggalkan dia. Pagi-pagi bila aku dah dalam kereta, mesti Doddy duduk luar pandang je aku. Aku pun turunkan lah tingkap kereta nak babai dia. Walaupun biasanya Doddy pandang aku macam takde perasaan, tapi aku tau Doddy tau aku babai dia. Dia wat bodoh je, tapi pandang aku dengan penuh perasaan.

Selalunya kalau kitaorang keluar, Doddy mesti merayau-rayau kat luar. Bila kitaorang balik nanti nampak la dia jalan terkedek-kedek melintas jalan. Ada masa dia suka jalan atas bumbung rumah. Lepas tu lepak atas bumbung tu. Usha burung agaknya. Dua hari lepas aku nampak Doddy tangkap burung. Kalau Merong atau Bella tangkap burung, diorang biasanya tak makan. Tapi Doddy, dia boleh makan la burung tu. Memang dasar cannibal la Doddy ni. :'(

Tapi now 
Doddy dah takde nak tunggu aku pergi kerja
Doddy dah takde nak berlari-lari kat aku time aku balik.
Doddy dah takde nak teman aku kalau aku takde kunci nak masuk rumah.
Doddy dah takde nak teman aku tengok TV.
Doddy dah takde nak tengok dia bantai Merong.

Aku dah takde siapa yang boleh dibahan time boring-boring. Selalu nya Doddy la yang jadi mangsa bahan aku. Aku selalu kutuk dia hitam. Kutuk dia gemok. Tapi dia relax je jeling kat aku macam takde peduli.

Yang buat aku terkilan, semalam seingat aku, aku langsung takde pegang-pegang Doddy. Pagi semalam je aku sempat bagi dia makan. Balik kerja sampai malam tu aku tak pegang pun dia. Ingat lagi semalam, masa aku tengah tengok TV dalam rumah, Doddy tenung je aku dari sebalik sliding door. Tak sangka pulak itu kali terakhir aku bertentang mata dengan dia. :'(

Doddy yang selalu jadi mangsa dikala aku keboringan.

Doddy yang kena kurung sebab nakal sangat.

Doddy kalau duduk melepek kat lantai camni, dah macam kain buruk.

Doddy yang suka duduk kat celah-celah tingkap macam ni.


Doddy yang manja tapi ego tak nak mengaku.





Doddy yang ada macam-macam perangai dan selalu buat aku happy. 


And now, there is no Doddy. 













Rest In Peace, Doddy.
We always love u.

:'(




p/s: aku pun tak tau punca kematian Doddy. tapi yang pasti Doddy berbuih-buih mulut. aku syak dia keracunan makanan. lagipun makanan dan air Doddy aku letakkan kat luar, maybe dengan keadaan cuaca yang berjerebu ni, air dan makana dia tu jd tercemar. tapi kucing liar yang dok tumpang makan tu ok pulak sihat. entahlah..mungkin jugak sebab doddy ni suka minum air-air longkang atau air-air bertakung kat luar tu. atau ada la benda lain dia makan. wallahualam. 

takpelah, dah sampai masa dia. lagipun kucing mati terus masuk syurga. moga dia berbahagia di sana.

Wednesday, June 19, 2013

Trip To Ho Chi Minh City - Part 2

TRIP TO HO CHI MINH - PART 1

Ok, sementara boss takde ni marilah kita sambung entry HCMC yang simple kononnya ni. Hihihi. 

Part 2 ni cerita pasal shopping je. Maklumlah, pergi HCM ni yang bestnya pun shopping je la. For me aku rasa shopping kain di Vietnam lagi best dari Bandung. Mungkin pada aku kain kat Vietnam ni lebih menepati citrasa aku. Vietnam ni banyak kain cotton. Nak beli kain cotton memang heaven la i tell u! Yang penting harga jauuhhhhh lagi murah dari beli kat sini. Tapi kalau nak pergi HCM tunggu tiket murah la baru berbaloi. Kalau kau pergi tiket mahal serupa je kau beli kain kat sini.


Kat HCM ni, tempat shopping paling popular namanya 
Benh Thanh Market. 

Ha tu la dia rupa bangunan Benh Thanh Market tu. Bangunan color cream tu.

Gambar ni aku amek dari jalan Nguyen An Ninh. Kat jalan ni memang meriah dan dekat bebeno nak pergi ke Ben Thanh tu. Kiri kanan jalan ni banyak hotel. Salah satunya Hotel Saigon Pink 2 yang aku cakap tu. So siapa-siapa memang berhajat nak shopping je, boleh sangat la duduk kat area sini. Kedai makanan halal pun banyak kat sini. Orang melayu pun bersepah jugak kat sini. Pendek kata, rasa macam duduk kat Jalan Tunku Abdul Rahman je rasanya. Hihihi.

Kat sini kalau nak melintas kena pandai-pandai. 
Kalau nak tunggu takde kenderaan baru nak melintas, 
alamatnya sampai tahun depan la kau tak melintas.





Kiri kanan jalan ni memang meriah. Macam-macam ada jual. Telekung, tudung paridah, baju dah siap semua ada. Telekung boleh dapat harga RM30 je. Tudung Paridah RM20. Tudung halfmoon RM17. Baju kurung siap jahit dengan penuh manik-manik cuma RM45 je. Memang nangis woo tengok harga. Kat KL ni org jual berlipat ganda. Tapi, kalau aku meniaga pun aku up harga. Nak murah, pergi sendiri la. 

Oh buah-buahan pun banyak jugak dijual kat area sini. Try la rasa buah-buahan Vietnam macam mana. Orang kata buah mangga diorang sedap. Tapi aku rasa sama je. 

Ok jom masuk pasar Ben Thanh tu. Tapi aku tak banyak sangat gambar dalam tu. Sempat snap gambar kain je. Hihihi. Kata misi utama nak cari kain je.

Suasana dalam Ben Thanh Market tu.

Kat dalam ni memang sesak dan panas. Jalan pulak macam lorong-lorong kecik tu je. First day sampai sini aku ngan laki aku sesat jugak la. Sebabnya Ben Thant Market ni pintu keluar masuk dia ade 4 tak silap aku. Depan, belakang, kiri dan kanan. Dah la tu nampak serupa je pintu nya. Tapi dah masuk hari kedua kitaorang dah expert dah. Kata asik ulang alik je dari hotel ke sini.

Kat dalam ni macam-macam ada jual. Buikan kain je. Tapi kain memang heaven la. Barang-barang lain macam handbag, kasut, baju siap, t shirt, seluar, bagpack macam Deuter & Karrimor pun ade.  Tapi aku terus menuju ke tempat kain je.



Hohoho syurga kain!

Sepanjang 4 hari tu aku memang ulang alik ke kedai ni je. Banyak lagi kedai lain, tapi kedai ni paling banyak menarik perhatian aku. Harga memang murah la. Cotton satin bidang 60 boleh dapat harga RM30 je untuk 3.5 meter. English cotton RM27.  Japanese cotton mahal sikit la RM35. Cotton viscose RM23 je. Memang boleh juling biji mata kejap. Tapi kalau pandai tawar atau beli lagi banyak boleh dapat lagi murah kot.  

Auntie kat belakang tu tengah potong kain aku. 
Dah siap jadi baju dah pun kain tu. :D

Jeng jeng jeng. Sebahagian dari hasil borongan.

Selian dari cotton, macam-macam jenis kain lagi ade. Satin, sutera, lace pun ade. Aku menyesal gile tak beli prada lace kat Vietnam ni. Masa org tu tunjuk prada lace tu aku memang dah berkenan. USD 15 semeter. Tapi aku bongok tak tau harga prada lace tu berapa, so rasa macam mahal. Rupanya kat Jakel lagi mahal. RM500 ++ untuk dua meter.  Serius menyesal tak hengat!!! Dah la lawa gileeeeee kot prada lace tu.

Sape yang tak tau prada lace tu camne. Ni ha rupanya.


Ok nangis bertalu-talu sekarang sebab tak beli. Orang tu siap dah matching kan prada lace color hitam dengan satin color kuning. Peh, memang marbeles lah!! Tapi kebongokan aku mmg terserlah sebab tak beli. So sekarang pakai je la kain cotton tu buat baju. :'(

Takpelah, menyesal kemudian pun tiada guna. Redho je la. Takde rezeki nak melaram glamor-glamor tahun ni. Sedeyyyyyy!


Ok sambung balik. Tempat shopping lain selain Ben Thanh Market adalah
Binh Thay.

Bin Thay Market ni lebih kurang je macam Benh Thanh Market. Tapi barang-barang kat sini lebih murah kalau nak compare to Benh Thanh. Binh Thay ni lebih kurang macam tempat borong la. Memang sesak gila. Bukan sesak dengan orang. Tapi sesak dengan barang. Dah nama pun tempat borong. Tapi boleh je beli runcit-runcit. Binh Thay Market ni jauh sikit dari Banh Thanh. Kena naik teksi atau bas. Aku pergi naik bas je sebab nak jimat. 

Dari bas station dekat dengan Pasar Benh Thanh tu, nai,k bas No. 1. Tambang bas cuma 5000 dong je. Lepas tu nanti turun kat station terakhir. Nak tau mana station terakhir tu nanti korang tengok la kat situ ade banyak-banyak bas, ha turun kat situ. Perjalanan aku rasa ade la dalam 15 minit kot.

Ok, ni la dia rupa stesen terakhir bas tu akan berenti. Sampai sini jangan tak turun pulak.

Dari sini korang jalan kaki sket ke depan tu, then belok kiri barulah nampak bangunan Binh Thay tu. Nak tau camne rupa bangunan Binh Thay tu, lebih kurang je dengan Benh Thanh Market. Kat area sini memang sangat sibuk dan kotor dengan habuk semua. Kalau ade mask pakai la mask dan beg korang sila jaga sebaiknya. Banyak peragut jugak kat sini.

Ha belakang tu la Binh Thay Market

Nah, gambaran yang lebih jelas.

Gambar kat dalam memang aku takde amek la. Dengan sesak, panas, sempit dan macam-macam lagi la. Jangan berangan la tempat ni ade aircond bagai. Lebih kurang macam gudang je. Tapi harga mmg murah sikit la. Kalau kat Benh Thanh harga cotton dapat 25 hengget, kat sini dapat dalam 20 hengget je. Banyak jugak beza tu kan. Tapi kalau kau beli banyak berbaloi la. Kalau setakat nak beli sikit, beli je la kat Benh Thanh tu.  Aku pergi sini sekali je, lepas tu malas dah nak pergi. Ulang alik Benh Thanh je.


Kalau nak beli beg-beg pulak macam bag Deuter, boleh pergi ek Taka Plaza. Kalau jalan kaki dari Benh Thanh Market tu, adalah dalam 10 minit. Dekat je, tak payah mengada nak naik teksi. Kat sini banyak jual barang-barang macam beg, baju-baju inspired & t shirt. Ade satu kedai sebelah Taka Plaza tu jual beg-beg Deuter. Katanya original. Aku pun tak tau sangat nak beza kan ori ke tak beg-beg camtu. Laki aku kata original. Harga dalam 100-300. Tengok jenis beg. Aku pun tak tau mahal ke tak. Biasa rega beg Deuter ori berapa ar?



Suasana dalam Taka Plaza tu.


Ni pulak kedai jual beg sebelah Taka Plaza yang aku cakap tu.

Kat 3 tempat ni je la yang aku ulang-alik membeli-belah sepanjang 4 hari kat Vietnam tu. Aku tak pergi pun tempat-tempt macam Mekong River dengan Chu Chi Tunnel tu. Entah la, aku macam takde mood nak pergi. Dah la mahal, pastu cuaca panas kat sana buatkan aku nak dok dalam bilik je. Sudahnya memang dok dalam bilik je pun. Next entry aku citer pasal night market pulak. Malas nak penuhkan entri ni.

Ok daaaa.

Monday, June 17, 2013

Baju Raya 2013.

Puasa tak habis ganti lagi dah sibuk fikir pasal baju raya. Emang dasar! Hihihi.

Baju raya korang dah siap? Aku punya dah setel dah. Belajar dari pengalaman lepas katanya. So mintak mak aku siapkan awal-awal. Lagipun masa pergi Vietnam hari tu dah siap tempah. Hebat betul orang vietnam ni menjahit. Hari ni tempah, esok dah siap. Eh tapi mak aku lagi hebat la. Hari ni aku datang bagi kain soh jahit, hari ni jugak siap. Hihi. Tapi, macam biasalah aku kena tunggu tepi mesin. Kalau bagi je, lepas tu balik, maka tunggu la tahun depan. Itu pun kalau siap. Tapi biasanya kain tu akan missing in action dalam timbunan kain-kain kat rumah mak aku tu. Hahaha.

So kesimpulannya baik buat cepat-cepat untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari. Korang yang belum ada baju raya, yang masih tak tau nak beli kat mana atau tailor-tailor dah takmo amek tempahan, aku ada berita baik untuk korang. Aku ade dua design baju yang korang boleh pilih kalau berminat nak tempah. Tapi tempahan limited. Tak amek banyak untuk batch kali ni. Ye la puasa pun tak sampai sebulan je lagi. Bulan puasa kang sibuk pulak dengan macan-macam aktiviti (ceh, macam aku je yang menjahit. haha). So sape cepat dia dapat la.



Ok ni design pertama



Mermaid dress. 
Ni bukan kurung moden tau. Ni dress. One piece je. Bukan 2 piece macam baju kurung moden tu. Tapi sebenarnya sama je la macam baju kurung. Cuma kain tu dicantumkan. Material from DENIM LYCRA. Denim lycra ni tak sama tau macam plain lycra yang biasa tu. Material ni memang high quality. Dijamin. Kain DENIM LYCRA ni two sided. Dua-dua belah boleh pakai. So korang boleh decide nak baju color purple, kain color pink atau twist. Dekat tangan dengan belakang baju ade covered button. But button ni tak function pun. Sekadar hiasan bagi nampak cantik sket. 

Price : RM220.



Design kedua pulak, lebih sopan sikit



Jubah Moden
Jubah moden ni macam dress jugak la. Material from satin valentina crepe.
Personally aku suka sangat material kain ni, sebab dia tak berkilat sangat macam satin biasa. Pegang kain pun rasa smooth je. Ada dua color untuk jubah moden ni : MAROON & DUSTY PURPLE. Nak request color lain insyallah boleh cari. Tapi yang memang ada stok dalam tangan color maroon & dusty purple tu. Yang aku pakai ni color pink. Lebih kurang dusty pink jugak la. Dekat tangan tu boleh request nak cuff atau tak.

Price :RM230.



Take note : Yang ni semua pre order ye. Order close end of this month. Item delivery 2 weeks before raya, insyaallah. Deposit 50% needed masa order. Balanca bayar bila baju dah siap.

Any enquiries, boleh emel to : cujern@gmail.com

TQ.

Friday, June 14, 2013

9 tahun.



14 Jun 2013 - Genap 9 tahun aku berkhidmat dengan perklhidmatan awam. Masih di Jabatan yang sama dan tempat yang sama. Ok, boring.

Ikutkan entry ni aku nak update bila dah genap 10 tahun nanti. Tapi lambat pulak nak tunggu tahun depan. So update hari ni la. Hihihi. Gila la, dah 9 tahun weh kerja. Ingat lagi masa aku belajar dulu, aku sebenarnya tak tau nak kerja apa. Takde cita-cita pun. Masa aku sambung belajar kat Politeknik dulu, aku amek course Kesetiausahaan ni pun sebab course ni je yang boleh dapat Diploma dalam masa 2 tahun. Memandangkan aku malas nak belajo, aku pun amek la course ni. Tapi course ni pun pilihan kedua sebenarnya. Pilihan pertama aku, accounting. Mestilah tak dapat sebab masa SPM aku mana ada amek account. Last-last dapat la course Setiausaha ni. Ok la kan, belajar 2 tahun je boleh dapat diploma.

Ingat lagi masa aku nak sambung belajar kat Politeknik ni dulu dan amek pulak course Setiausaha ni, ada la makcik-makcik aku yang bising kata belajar Politeknik ni takde masa depan. Lagi-lagi course setiausaha ni, ko nak kerja apa?? Kata diorang la. Maklumlah makcik-makcik aku sume lulusan Universiti. Masa tu diorang sibuk suruh aku amek STPM. Then sambung degree. Mestilah aku tak nak. Masa tu aku fikir dah malas nak pergi sekolah. Sekolah banyak undang-undang. Nak pergi belajar takmo pakai baju sekolah. Rimas konon. Hihi (but now i miss to wear those baju sekolah pulak). Tapi aku malas nak amek port apa yang makcik aku cakap. Masa depan kita takkan tau kan? Yang ada degree pun belum tentu masa depan ko cerah. Segulung ijazah takkan menjamin apa-apa pun. Gitewwwww. So, berangkat la aku mendaftarkan diri di Politeknik Port Dickson. (aku batch 2002-2004). Dan bermula lah kehidupan aku sebagai student Setiausaha. Masa tu aku memang tak fikir pun pasal kerja ke apa atau apa nak buat lepas habis belajar. Yang penting habiskan belajar dan dapatkan Diploma.

Tapi kalau dah nama rezeki kan, masa last sem aku kat Politeknik, ade wakil dari JPA datang offer kerja untuk semua student course Setiausaha. Ko bayangkan lah, rezeki kerja datang bergolek-golek. Tak payah susah-susah nak buat resume bagai. Nai isi borang. Nak pergi interview la apa la. Kerja yang datang cari kau. Itu yang diorang kata student politeknik takde masa depan?? Ehemmmm. Masa tu kitaorang belum habis lagi exam last semester tu. Wakil JPA pulak dah merayu-rayu suruh kitaorang kerja. Hihihihi. Takde la merayu, saje je bagi gempak sikit. Masa wakil JPA datang offer tu, dalam surat offer tu mintak kitaorang lapor diri SEMINGGU lepas habis exam last semester. Gila kau. Tak sempat aku nak berjimba-jimba meraikan kemerdekaan aku, dah nak kena kerja. Kitaorang mintak tempoh sebulan tapi tak lulus.. JPA bagi tempoh 2 minggu je lepas exam last tu untuk lapor diri. Nak wat cemana, dah rezeki datang bergolek-golek, takkan nak banyak songeh pulak 

14 Jun 2004 - Pertama kali menjejakkan kaki kat Putrajaya untuk melapor diri. Pagi tu ada taklimat kat JPA. Lepas taklimat baru diorang bagi surat penempatan. Ade yang dapat kat Putrajaya, ada yang kat KL. Masa tu banyak lagi Kementerian yang belum pindah kat Putrajaya. Tapi boleh tukar suka sama suka kalau ade yang tak setuju dengan penempatan tu. Best kan? Dah la dapat offer senang-senang je, siap boleh tukar-tukar lagi. Hihi. Aku ditempatkan di Jabatan Kastam. Ada 8 orang termasuk aku ditempatkan di jabatan yang sama. 4 dari Poli PD. 4 lagi POLISAS. Nasib baik kau.. ada jugak kawan. Aku ni dah la susah nak kawan dengan orang. jenis berat mulut. Dalam kepala dah terbayang-bayang camne la keadaan aku nanti kat opis. Mesti takde kawan nak ajak makan. Mesti aku dok diam macam tunggul je. Hahaha. Nasib baik la kawan-kawan yang aku kenal. Kalau tak, naya je. Tapi sekarang aku takde la macam dulu lagi. Now dah peramah sikit. Sikit je la. Pengalaman kerja mendewasakan kita. Gitewwww. 

Lepas dapat penempatan tu, aku tolong kawan aku untuk proses tukar suka sama suka sebab kawan yang dia nak tukar tu dapat sama Jabatan dengan aku. Sampai petang la jugak proses nya. Dalam kul 4 camtu baru kitaorang gerak dari JPA menuju ke Jabatan Kastam presint 2. Ko bayangkanlah kitaorang sesat dekat sejam lebih. Padahal JPA dengan Kastam tu dekat je kot. Maklumlah masa tu tak familiar lagi jalan-jalan kat Putrajaya ni. Semua nampak sama je. Tak silap aku masa tu yang ada kat presint 2 cuma PJH dengan Kompleks Kementerian Kewangan je. Bangunan lain semua masih dalam pembinaan. Sekarang ni dah meriah kat sini. Dulu nak dapat bas masuk presint 2 tu pun payah.

Ade sekali tu, aku kena balik lambat. Dah la masa tu kena naik bas. Bas pulak memang tepat kul 5 dia sampai. Lepas dari waktu tu memang susah nak dapat bas. Ke aku yang tak tau? Entahlah. Nasib baik kawan aku yang juga merangkap housemate aku nak tunggu sekali. Kalau tak, confirm nangis sorang-sorang kat opis. Kul 5.30 baru keluar office. Tunggu punya tunggu, bas tak sampai-sampai. Masa tu dah dekat kul 6. Kitaorang pun dah cuak. Pastu kebetulan ada pak guard lalu. Kitorang pun tanya la pasal bas. Dia kata wkatu-waktu camtu bas memang tak lalu dah situ. Kalau nak naik bas nak kena tunggu ket bus stop yang kat JPM tu. Gila! JPM tu kat mana pun aku tak tau. Pakcik tu tunjuk la jalan. Kalau dari opis aku tu, jalan terus je sampai kat Masjid Putra tu. So nak tak nak aku ngan kawan aku ni terpaksa lah jalan kaki menuju ke sana. Gila jauh kot. Then pakcik guard tu agaknya kesian kat kitaorang, dia kata dia boleh hantarkan tapi kena sorang-sorang la. Aku memula cam ragu-ragu gak. Member aku lak suruh aku naik dulu. Kira kalau apa-apa terjadi, aku la kena dulu. Cisss! Tapi, tuhan masih sayangkan aku. Takde apa-apa pun jadi. Hihihi. Tak baik tau buruk sangka. Orang tu bukan main baik lagi nak tolong kitaorang. Tapi masa naik motor ngan pakcik guard tu, aku malu jugak la. Mesti orang ingat aku ada skandal ngan pakcik guard tu. Huwaaaaaaa!

Tu la dia salah satu kenangan yang aku ingat sampai sekarang. Dah 9 tahun pun perkara tu berlalu. Sekarang ni setakat jalan-jalan Putrajaya ni, orang tutup mata aku pun aku boleh tau kat mana. Hahaha. 

Banyak yang aku belajar sepanjang 9 tahun kerja kat sini. Sepatutnya aku boleh mintak tukar. Ye la, lama gila kot duduk kat Jabatan yang sama. Dah la Jabatan yang sama, cawangan pun masih sama. Office yang sama macam 9 tahun dulu. Tapi nak tukar rasa sayang la pulak. Aku ni memang ada masalah nak menyesuaikan diri dengan tempat baru. Memang amek masa bertahun baru serasi. Susah nak terima perubahan. Tapi kalau tak mintak tukar, memang tak rasa la suasana baru. Tunggu genap 10 tahun la baru tukar. Sayang nak tukar office ni.

Sebabnya bos kat sini semua baik-baik. Setakat ni dah kerja dengan 4 bos. Semua baik. Aku je yang tak baik wahahahaha. (ok citer pasal boss tunggu next entry. sebab banyak bos, so banyak la citernya. hehe). Lagipun office aku tenang je. Takde gangguan. Kalau aku hilang pun takde orang perasan agaknya. Senang nak mengulo. Opssss! Kadang-kadang je mengulo. Lagipun siapa yang tak pernah buat kan? Hehehe. 

Hamboi panjang betul entry ni. Ikutkan panjang lagi ni. Maklumlah citer 9 tahun punya. Tapi takpelah, next time kalau aku ada mood aku cerita lagi. Citer pasal kerja tak boleh selalu show off. Bahaya. 

Till to next entry. Kerja, jangan malas-malas tau!




Thursday, June 6, 2013

Trip To Ho Chi Minh City - Part 1

Entri trip to HCMC ni memang simple tak macam entry trip-trip aku sebelum ni. Sebabnya, Satu : memang aku tak pergi kemana-kemana selain berulang alik ke pasar Benh Thanh tu untuk shopping. Dua : gambar pun tak banyak snap. Tau je la laki aku tu, kalau nak soh amek gambar, boleh bergaduh tau. Tah pape tah. Tak sporting langsung. Tiga : aku memang takde mood pun sebenarnya nak pergi HCMC ni. Tak tau la pasal apa. Tapi, hati aku berat je malas nak pergi. Ikutkan hati nak burn je tiket tu. Tapi laki aku la bising. Tahun lepas dan burn tiket Langkawi. Takkan tahun ni nak burn lagi. Rugi je tau. So nak tak nak, berangkat la kami laki bini ke Vietnam tu.

Boleh tak aku takut nak naik kapal terbang. Padahal sebelum ni tak pernah lak rasa apa-apa. Happy je. Kali ni boleh pulak aku terbayang kapal terbang tu kena rampas dengan pengganas. Takpun kipas kapal terbang tak berfungsi. Dalam kepala otak aku dah cuak dah, macam mana la nak selamatkan diri. - _____ -

Tapi alhamdulilah, semuanya selamat. Aku je yang banyak fikir. Hihihi.


Day 1 - HCMC

Flight kitaorang depart kul 1 lebih. Kali ni aku dah belajar dari pengalaman lepas. Jangan amek flight pagi-pagi buta macam aku buat sebelum-sebelum ni. Sebab menyusahkan orang nanti nak ke hantar ke airport. So amek tengahari skit, boleh naik erl je. Beli tiket ERL ke LCCT, RM11 hengget je untuk dua orang. Naik ERL sampai salak tinggi, then dari salak ade bas shuttle to LCCT. Pantas dan mudah.


Tunggu erl datang. Pergi satu beg je. Balik? Hmmmm

Kitaorang sampai airport awal gila. Biasalah aku ni, kalau nak naik flight mesti nak gerak airport awal. Paranoid sket, takut-takut kena tinggal flight. Urusan kat airport semua berjalan lancar. Flight pun depart on time.



 Bandar HCM yang padat. 


KL-HCM amek masa 2 jam. HCM waktu dia lewat sejam dari KL. So sampai sana waktu tempatan dalam kul 3 lebih. Urusan kat airport HCM pun berjalan lancar takde masalah. Keluar je dr airport, terus cari cab. Hasil dari homework aku pasal HCM ni, diorg semua cakap cab yang boleh dipercayai cuma Vinasun sahaja. Tapi, aku tak nampak pun cab Vinasun tu. last-last amek je cab apa tah. Masalah org vietnam ni, diorang tak boleh sangat cakap english. So siap-siap la print alamat hotel and bagi kat driver teksi tu. Kalau tak kang, macam itik ngan ayam le korang kat sana. Dari airport ke hotel, aku kena charge dalam 170000 dong. Laki aku bagi 200000 dong, dia tak pulangkan pun duit baki. Sabo je la. Kat vietnam ni, korang kalau nak bayar apa-apa pastikan bagi duit cukup-cukup. Diorang ni memang pesen tak reti pulang duit baki. Lagi-lagi kalau bayar pakai duit dong. Konon macam tip la. Banyak la dia punya tip. Kalau sikt takpe la jugak. Ni kadang-kadang banyak jugak baki tapi diorang wat bodoh je.


Ni la rupa cab Vinasun tu. 


Untuk hari pertama ni, aku menginap kat Hotel Asian Ruby 3. Trip to HCM ni aku saja je book dua hotel. Nak rasa lain-lain hotel. Tapi Hotel Ruby 3 ni jauh la sikit dari Ben Thanh Market tu, tapi hotel dia cantik, bersih, kemas dan besar. 

Hotel Asian Ruby 3, Vietnam


Lobi hotel.





Suasana dalam bilik hotel.
Aku suka sebab sama macam dalam gambar yang aku tgk kat Agoda.



Bilik air pun best. Besar, bersih & siap ada bath tub.

Booking dekat Agoda je. Tak silap aku yang ni RM90 semalam. Aku dok semalam je kat sini. Esoknya tukar duduk Hotel Asian Ruby 4 pulak. Sama management sebenarnya. Tapi Asian Ruby 4 ni dekat sikit dengan pasar Ben Thanh tu. But still kena jalan kaki. Kalau korang nak hotel yang betul-betul dekat nak mampus dengan pasar Ben Thanh tu, duduk la di Hotel Saigon Pink. Tapi aku baca banyak review kata hotel problem. Banyak kes yang dah booking, siap ade confirmation bagai tapi bila sampai sana bilik takde. Tapi duduk situ memang heaven la, senang ko nak berulang alik pergi pasar tu. Kawasan situ pun memang meriah. 


Hotel Asian Ruby 4, Vietnam

Ni pulak Hotel Asian Ruby 4. Walaupun sama je management, tapi hotel ni kecik sikit. Muat-muat je untuk 2 orang. Tapi yang bestnya aku check in awal tak kena charge pun. Cuma check out lewat je kena charge 20usd. Lagi satu masa book hotel ni pastikan ocuupant tu korang isi bape org. Macam aku hari tu masa book memang dah automatik sorg je, so bila sampai kena charge 20usd lagi untuk sorg lagi. Sabo je la. 


Bilik kecik dan buruk sket.

Bilik air pun kecik dan takde bath tub

Cuma kelebihan hotel ni dekat dengan pasar Ben Thanh. Harga RM70 semalam. Including breakfast. Tapi, makanan kat sini tak halal ye. So rugi la breakfast tu. 

Ok sampai sini part one. Tak larat pulak nak habiskan. Tengok pc lama-lama jadi pening dibuatnya. So next part pasal shopping je la sebab aku ke sana nak shopping je. Hihihi.

*konon entry simple. tapi sampai ber part2 ni ape cer? :D