Monday, December 22, 2014

Play Yard Untuk Mel.

Akhirnya....akhirnya..... aku beli jugak play yard untuk Mel. Huwaaaaaa, habis dana aku simpan nak beli iphone 6. Sobssssssss! Nangis di bucu katil. Tapi takpelah, demi anak ku sorang ni takpelah mummy korbankan iphone tu dulu buat sementara waktu. Iphone 6 boleh masuk wishlist tahun 2015.



Mula nya aku memang dah kensel dah niat nak beli play yard ni. Ye la mahal kot mende tu. Pastu kang Mel ni cepat bosan. Mesti dia tak nak dok lama-lama dalam tu. Tapi sabtu lepas aku dah tak boleh blah lagi dah sebab Mel asik la tergolek, terhantuk, tersembam kat lantai. Pantang aku leka 2 saat je dia dah tergolek. Aku rasa ada la 5-6 kali jadi camtu hari tu. Aku pulak dah la banyak kerja nak buat time tu. Laki aku takde nak tolong tengok kan Mel sebab dia OT hari tu. Mel pulak lasak ya amat. Tak tau penat. Aku sampai nak gi berak pun berkira-kira. Terpaksa bawak Mel sekali dalam toilet. Nasib ko la Mel. Hahahaha. Disebabkan aku stress sebab langsung tak boleh nak bergerak, dan dan tu jugak paksa laki aku pergi beli. Emang dasar!! Hahaha. Ok ni bukan alasan ye. Aku rasa aku memang perlukan play yard ni supaya aku boleh la jugak nak buat kerja kalau time laki aku takde tu. Kalau tak susah jugak weh. Sehari suntuk dok mengadap je si Mel ni. Memang tak lama lagi jadi cam kapal karam la rumah aku tu. So bila ada playard ni, boleh la aku sumbat  Mel dalam tu, biar dia main je kat situ. Takde la risau bahaya ke apa. Kalau jatuh pun tak sakit sangat sebab ada floor mat tu. Boleh la mummy bernafas sket. Kalau tak, semput aku tengok si Mel ni.

Aku survey playard ni dah lama. Tapi setakat survey je la. Nasib baik aku jumpa jugak orang yang jual murah. Kat IG ada yang jual sampai RM630 yang macam aku beli tu. Tapi aku dapat harga tak sampai 450 pun. Boleh la kan. Yang floor mat ABC tu aku beli kat kedai mainan kat jalan raja laut. Murah jugak la, satu pack tu ade 10 keping RM15. Tapi kena beli 6 pack. Untuk playard aku tu, just guna 3 pack je dah cukup. Takpelah lebih tu boleh pasang kat dapur ke, bilik ke. Hihihi

Kemain tau, siap beli bola-bola api lagi. Hihi


Balik tu tak nyempat-nyempat soh laki aku pasang.



Ha, main la ko nak dalam tu. 

Terpaksa alihkan rak kasut aku ke tempat lain semata-mata nak letak playard Mel ni. Nasib baik ada ruang tuk playard ni. Main la sorang-sorang Mel dalam tu. Hiks. Kesian. Tapi Mel ni pun pandai mengada. Dia ok duduk dalam tu tapiiii.... dia nak aku jugak dok dalam tu. Huwaaaaaa! Cane ni Mel? Mummy nak wat keje la. Kalau dia xnampak aku, dia diam je dalam tu. Nampak je aku, terus buat-buat nangis. Soh aku amek dia. Ngade tau! Lagi satu Mel risau dia tak boleh nak berdiri bila dok dalam tu sebab takde tempat dia nak berpaut. Skrg ni kemain eksen, semata nak berdiri. Kalau ada je benda yang dia boleh berpaut, memang dia nak berdiri je la. Berangan nak berjalan la tu. Ceh!




Yang bestnya bila ada playard camni, segala mak nenek aku boleh sumbat dalam tu. Hikhik. Silap-silap hari bulan boleh jd tempat mummy letak timbunan kain baju dalam playard ni. Hahaha.

Kita tengok la nanti sejauh mana Mel nak dok dalam tu. Agak dia dah takmo dok dalam tu, aku preloved la menatang ni kat sape-sape nanti. Hihihi.


Wednesday, December 17, 2014

Gambar Bilik Bersepah Yang Epik

Semalam lepas aku update pasal keadaan rumah aku yang bersepah tu, tiba-tiba ternampak kat bawah entri yang kat 'you might like this' tu pasal satu entry aku suatu ketika dahulu. Zaman aku bujang-bujang dan jiwa kacau. Hikhikhik. Saja tergerak hati nak klik and baca balik entry-entry lama. Pos kat entry tu memang epik la sebab gambar bilik aku yang bersepah tu telah tersebar luas kat facebook. Tapi bukan pasal bilik bersepah. Pasal artikel apa tah aku pun lupa. Tapi gambar latar yang digunakan gambar bilik aku yang bersepah tu la. Ade tak pernah kuar la news feed korang gambar bilik bersepah macam ni?


Ha, jangan tak percaya ye. Tu memang bilik aku masa bujang-bujang dulu. Hahahahaha. Dan gambar ni asalnya daripada entry ni ---> http://cujen.blogspot.com/2010/08/table-no-44.html


Rupanya perangai aku suka sepahkan rumah/bilik adalah sifat semulajadi sejak dari dulu lagi. Hahahahahha. Mel, kalau baca entry ni nanti jangan ikut perangai mummy ni tau. Mummy rotan nanti kalau Mel suka sepah-sepah camni. Hihihi.

Eh, tapi kalau aku dah berkemas, memang kemas habis tau. Kalau rajin korek la entry lama-lama tu tengok bilik aku time kemas camne. Macam istana. Hahahahahahahahhaha.

Ok bai korang.

Tuesday, December 16, 2014

Keadaan Rumah Sebelum dan Selepas Ada Anak

 Sebelum





Selepas

 Tengok la barang-barang dr dalam kereta pun tak sempat nak kemas. Terbiar sepi depan pintu.
Baju memang sidai kat dalam rumah sebab selalu lupa kalau sidai kat luar.

 Dengan laptop depan tv, toto tak kemas, salin seluar campak kat depan. 
Eh ada teh ais la kat tepi laptop tu. Hihihi.
Selalu aku buat kerja dalam bilik, tapi ni kadang2 terpaksa buat kat hall sebab kena tengok-tengok kan Mel.


 Ni baju-baju yang tak pakai. Nak sort konon nak buang atau bagi org je.
Tapi aku rasa dah berbulan-bulan baju tu camtu je kat situ.

Ni pemandangan biasa skrg ni. Tido memang dah tido depan tv je. Sebab kadang malas nak naik atas and tido atas katil rasa sempit. Kena beli katil size Super King lepas ni. Or bila Mel dah pndai tido sendiri, baru tido dalam bilik kot.


Tengok la keadaan rumah aku skrg. Beza memang berbeza. Hihihi. Ceh nak salahkan anak pulak rumah bersepah. Padahal mummy malas. Hiks. Eh takde la malas sangat, cuma tak sempat je. Lagipun rumah aku besar dua tingkat pulak tu. Kemas atas, bawah bersepah. Kemas bawah, atas bersepah. Heran betul aku. Padahal duduk bertiga je. Mel pun kecik lagi. Apa lah sangat sepah yang dia pandai buat. Ni mak bapak yang buat sepah sebenarnya ni. Hahaha. 

Serius aku memang tak sempat weh nak kemas rumah macam dulu-dulu. Aku kalau kemas rumah memang amek masa panjang. Kalau dulu biasanya hujung minggu tu Sabtu untuk kemas kat bawah, Ahad tuk kemas atas. Dan biasanya bertahan la 2 bulan kalau dah buat spring cleaning. Tapi skrg, kemas mana patut je. Vacum je mana sempat. Asalkan tak berhabuk dan kotor. Tapi nak susun-susun perabot, susun barang molek-molek memang takde la. Ikutkan aku ni memang tak boleh tengok benda tak tersusun di paksinya. Rasa gigil je nak betulkan  Tapi skrg ni pejam mata jek la. Nak gigil pun takde masa dah. Hihi.

Mel skrg langsung tak leka. Sabtu hari tu laki aku takde, aku je kena tengok kan dia. Dengan nak packing barang customer lagi, memang huru hara dibuatnya. Aku rasa ade la bape kali Mel tergolek terlentang sebab aku terlepas pandang. Dia pulak takmo tido. Pastu langsung tak boleh diam walau sesaat. Pening kepala aku dibuatnya. Last-last aku langsung tak buat kerja aku. Dok berkepit je dengan dia.

Actually aku ni memang ada masalah sikit dengan pengurusan masa. Kena stabilkan hidup dulu. Aku ni jenis manusia yang kena hidup berjadual. Kalau tak, memang huru hara la hidup aku mcm skrg ni. Tapi masalahnya nak buat jadual pun takde masa. Dah cemana? Hahahaha. Takpelah tunggu la Mel besar sket. Tak pun tunggu tahun 2015 nanti buat revolusi. Ceh, perlu ke nak tunggu tahun 2015. Hihi. Takpelah, sket lagi nak masuk tahun 2015. Kita tengok nanti macam mana.


Thursday, December 11, 2014

Update Melissa 5 Bulan

Hari ni Mel dah 5 bulan 2 minggu dan 5 hari. Hehehe. Kejap je dah beso. Makin banyak akal, makin lasak dan pandai mengada-mengada dah. Sejak dah pandai merangkak ni, kemain lagi eksen. Padahal merangkak pun tangan still gigil-gigil. Pastu ada hati nak angkat tangan. Pastu siap dah nak berdiri. Haih, sabo je la. Memang tak boleh lepa walau sesaat. Pantang leka je, mesti dah terlentang. Pastu nangis.

Mel dah kenal mummy dia skrg. Kalau aku balik tu, dia tenung je aku. Kalau aku tak angkat dia, nanti mengangis. Hihi. Kadang tu saja je dengki dia, aku wat bodoh je. Nangis siap merajuk-rajuk tu. Tapi senang je nak pujuk Mel ni. Bagi nenen terus diam. Senang jaga. 









Tengok tu, tak sampai 2 minit aku biarkan, dia dah sampai hujung tu. Memang tak lama lagi mummy kena clearkan la barang2 kat rak tu. Anak mummy ni dah pandai mengemas. Habis semua dia selongkarnya. Kecik-kecik rajin mengemas, jangan dah beso nanti malas. Nanti Mel kena tolong mummy kemas rumah ok. Anak dara tak boleh malas.

Tak susah jaga Mel ni. Tak banyak ragam. Nangis kalau dah boring atau nak nenen je. Kalau tak, elok je dia main sorg-sorg. Well, i enjoyed my motherhood jouney. Seronok tengok anak membesar. Walaupun kadang-kadang ada la jugak ter merungut. Hikhik. Masa takde anak, sibuk nak anak. Bila dah ada anak merungut pulak. Nak wat camne, aku pun manusia biasa. Untuk kawan TTC, enjoy ur life with ur husband puas-puas. Nanti ada anak, busy dengan anak laki terabai. Eh?! Hihihi. 

Ok la, nak balik tetek kan Mel ni. Dah kul 12.30. Mesti dah meraung kehausan tu.

Thursday, December 4, 2014

Update Terkini.

Yuhuuuuu, lama gila tak update blog. Rindu rindu rindu. Korang rindu aku tak? Hihihi. Last aku update bulan lepas. Satu entry je bulan November tu. Tau-tau dah bulan Disember sekarang. Ya Allah aku rasa macam baru semalam aku sambut new year 2013. Pantas betul masa berlalu. Tak terkejar dibuatnya.

Hidup aku memang busy sekarang. Memang tak sempat langsung weh nak mengarang update blog. Jangan kata blog, FB, Instagram aku pun jarang dah aku update. Sekali sekala je sambil lalu orang kata. Kalau tak dulu hari-hari ada update. Hihihi. Tapi, hari ni aku nak update laju-laju.  Banyak sangat benda yang aku tak dapat nak catch up. Nanti dah lupa, rugi.

Ok, mula-mula nak update pasal diri sendiri dulu. Sejak aku amek alih online busines adik aku ni, memang aku busy sket la. Actually online biz tu adik aku yang buat mula-mula. Then dia dah tak larat plus kerja dia selalu busy, so aku take over. Nampak cam senang je kan buat online biz ni, padahal ya Allah penat ko tau tak. Penat nak melayan customer. Aku pun sampai ada satu tahap tu, rasa nak give up. Hahaha. Bak kata mak aku, tu baru biz online kecik-kecik dah pening kepala, belum lagi biz juta-juta. Haha kalau juta mau pengsan aku seminggu. Nak kata masyukkk sangat tu takde la. Tapi alhamdulilah lah ok la pada aku. Tapi memang penat dan pening. Cust ni pulak memang macam-macam peel. Patutlah selalu aku tengok kat Instagram, seller-seller banyak yang mengamuk dan meroyan pasal cust. Aku rasa term customer always right memang dah tak boleh pakai langsung. Sometimes tu kan, dah terang-terang ko letak harga dengan CAPS LOCK nak bagi nampak, siap taip caption panjang-panjang info pasal item tu, tapi still ade jugak cust tanya "harga?". Tak ke ko rasa nak hantuk kepala kat dinding? Tu belum lagi yang kalau aku lambat sket reply whatsapp. "awak ni nak meniaga ke tak nak?". Padahal baru 5 minit aku tak reply whatsapp. Haih, sabo je la. Pastu pulak yang jenis tak paham term PRE ORDER. Padahal aku dah cakap awal-awal semua item aku pre order. Then dia pun order. Pastu esoknya dah tanya "barang dah pos?" Huwaaaaa memang rasa nak tikam diri sendiri masa tu. Tapi nak buat camne, ni la benda-benda yang nak kena tanggung kalau buat online biz guna whatsapp ni. Kerenah cust memang macam-macam. Tapi sebab diorang la punca rezeki aku, so sabo je la.

Follow la iols punya IG kalau sudi. Hihi

 Ni satu lagi adik aku punya.

Disebabkan aku ni bekerja, jadi masa aku memang pack la. Kerja lagi, online biz lagi, Mel pulak still takmo botol. Dia pulak jenis tido awal. Tido pulak mesti nak menetek. Sekarang dah takmo tido buai. So kadang tu, bila aku baring nak menetek kan dia, dengan aku-aku sekali hanyut. Padahal malam tu sepatutnya aku packing barang cust utk pos esoknya. Bayangkan la eh, pagi kul 6.30 aku dah bangun. Hantar Mel rumah mak aku, then pergi kerja. Pastu dalam kul 10 kang curi masa keluar kejap balik rumah mak aku untuk tetekkan Mel. Then balik semula ke office. Pastu kul 1 balik lagi. Dalam masa sejam tu la nak tetekkan dia, nak solat, makan semua. Perjalanan dari rumah mak aku ke office dah amek masa 10 minit. Then biasanya ptg aku tak keluar tuk balik susukan Mel. Tunggu la kul 5.30. Tepat jam 5.30 mesti kena chow sebab kalau lambat kang, memang meraung-meraung la la dia. So aku memang takde masa nak ke tempat lain. Kalau aku selalu hilang kat office tu pun, bukan sebab aku mengulo gi berjimba-jima. Memang aku kat rumah mak aku je la. Then biasanya lepas maghrib baru aku balik rumah aku. Kerja kat rumah lagi banyak yang menunggu. Pastu nak update order cust lagi. Nak iron baju tuk esok. Kalau Mel dah ajak tido awal, memang langsung satu kerja aku tak boleh buat. Betul la org cakap, jaga anak ni memang penat. Ko tak boleh nak buat kerja lain tau. Dulu aku tak percaya, sekarang dah rasa baru tau. Huhuhu. Kadang tu bila kat office baru la aku dapat bernafas sket. Kalau dok rumah dengan Mel je berdua, memang satu kerja hape aku tak boleh buat. Mel sekarang ni memang lasak sangat.

 Tengok la cara dia dok dalam buai tu pun dah boleh agak cemana lasaknya si Mel ni.


Nak-nak pulak Mel sekarang dah pandai merangkak. Ye, merangkak ye kawan-kawan. Bukan baru nak meniarap. Aku pun tak tau la si Mel ni. Padahal baru 5 bulan. Baru je gi checkup 5 bulan semalam. Tangan pun tak kuat lagi. Tapi dah merangkak. Mel ni aku tengok jenis tak sabo. Semua benda dia nak cepat. Masa mula-mula belajar nak mengiring hari tu pun, aku rasa tak sampai sehari dia try, dah berjaya mengiring. Pastu tiba-tiba dah meniarap. Now baru 2-3 hari ni tiba-tiba aku tengok dia dah merangkak. Mak aku la yang bagitau, hantar video kat whatsapp cakap Mel dah merangkak. Aku mula-mula cam tak caya tapi balik tengok sendiri, ya ampun Mel. Bukan merangkak yang sket-sket tu ye. Memang terus merangkak jauh. Kalau biar dia kat hall, dia boleh merangkak sampai masuk bilik. Dengan tangan gigil-gigil tapi still berusaha jugak. Haih, sabo je la anak aku ni. Bila dah 2-3 hari expert dah merangkak, now dia nak memanjat pulak. Semalam la aku tengok je dia merangkak. Then bila sampai kat walker, dia pegang walker tu nak bangun ko tau. Seboleh boleh dia nak bangun jugak. Ha pasal Mel ni nanti la aku update lain. Kang panjang berjela pulak entry ni. Hihi.

Ok sampai sini dulu, wat lepas rindu je dulu. Nanti ada masa lagi iols update. Daaaa

Thursday, November 13, 2014

Friday, October 31, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi.

Tak tau pun fenomena jeruk mangga asam boi ni. Maklumlah dah lama tak amek port hal duniawi. Lagipun aku selalu je beli jeruk mangga asam boi ni kiosk jual jeruk kat alamanda tu. Ataupun kalau mak aku buat jeruk, memang dia buat camni. Sebab tu aku pelik why tiba-tiba nak jadi fenomena pulak. Tiba-tiba hari tu officemate aku mintak buah mangga kat aku. Pelik jugak. Rupanya dia nak buat jeruk mangga asam boi tu. Hamek, seplastik beso aku bagi. Tapi, sampai skrg aku tak nampak bayang-bayang jeruk mangga asam boi tu. Ooo rupanya aku lupa nak mintak sikit kat dia kalau dia buat. My bad. Hihihi.

Abaikan je perut laki aku yang berlipat-lipat tu. Hihihi.

Ha ade siapa lagi nak buah mangga? Tu gambo lama, sebelum aku beranak. Itu pun tak petik semua. Kalau gondol pokok mangga tu aku kerjakan, mau ade 3 tempayan buah mangga. Baru-baru ni pun berbuah lagi. Laki aku petik, penuh 20 baldi. Kalau jual pun bagus ni. Aku tengok org jual jeruk mangga asam boi ni sampai RM10 sebekas. Modal tah bape sen je. Tapi kitaorag tak jual buah mangga ni, sedekah je. Agaknya sebab MIL selalu sedekah, tu yang pokok mangga ni asik berbuah lebat je. The more u give, the more u get. Gitewwww!

 

Monday, October 27, 2014

Great Movie, Good Food, Awesome Weekend.

Aiceh..tajuk entry kemain lagi. Padahal takda apa pun. Hujung minggu yang biasa-biasa je bagi aku. Minggu ni masa aku banyak dihabiskan dengan tengok movie kat rumah dan jalan-jalan cari makan je. Minggu ni berkesempatan nak layan movie-movie yang aku dah download masa pantang ari tu. Kata dah ada anak, memang takde la nak gi tengok movie kat panggung wayang. Pernah jugak laki aku ajak, masa tu Mel baru dua bulan kot. Dia kata bawak je lagipun baby mesti la la sepanjang masa tido kan. Kalau nangis bagi je tetek. Ha, bijak sangat la apak ko ni Mel. Gila apa bawak anak tengok wayang masa dalam pantang. Hish, aku takde la segila tu lagi. Orang lelaki ni memang tak fikir panjang. Sabo je la. Malas aku nak layan. Lagipun aku guna bayo unifi mahal-mahal kalau takmo download movie. Hihihi. Download je, freeeeee! Pastu boleh cucuk ext hard disk kat Tv. Sama je macam tengok wayang. Gambar pun lagi clear dari tengok wayang.

So minggu ni aku berkesmpatan layan movie-movie ni.





Cerita-cerita camni memang menjadi favourite aku. So far ketiga-tiga filem ni memang sangat best pada aku. A must watch filem bagi penggemar filem genre romantic cam aku ni ha. Hihihi. Paling aku suka citer About Time tu. Eh tapi The Fault In Our Stars pun best. Begin Again pun best. Eh, semua best la. Dah lama tak tengok movie camni. Seriously, tengok movie best camni boleh bagi kau satu kepuasan dan mendatangkan mood yang sangat baik. Pada aku la. Pada korang aku tak tau. So korang yang belum tengok filem ni, sila la download. Sumpah tak menyesal. Hehehe.


Jalan-jalan cari makan pulak, minggu ni aku berkesempatan pergi dua tempat yang makan yang aku nak sangat pergi. The best chee nan in town and roti canai d' bukit kat bangi tu. Actually cheese nan sedap tu aku dah pegi tuk kali yang keempat. First time pergi bulan lepas. Pergi dengan adik-adik aku. Gigih dah kul 11 malam baru nak gerak dari Putrajaya ke Danau Kota tu. Masa tu semua tengah bujang. Laki masing-masing takde. Panjang je langkah bini-bini ni semua. Hihi. Then ada dua kali pergi dengan laki aku. Sabtu lepas, mak aku pulak teringin nak try cheese nan tu lepas tertengok orang upload gambo. So, apa lagi..zasssss jom pegi. Tambah pulak mak aku yang belanja. Yay!! 






Ha tak kecor air liur tengok cheese meleleh sampai camtu skali. Masalahnya kan bila dah rasa cheese nan kat sini, ko dah tak lalu dah makan cheese nan kat kedai mamak kembar presint 9 tu. Hahahaha. Serius weh, cheese nan ni memang gebus gebas pastu cheese meleleh-leleh. Memang tak sesuai untuk orang yang diet cam aku ni. Eh???

Ni address cheese nan ni kalau korang nak pergi ;

RSMY Best Cheese Naan @ Danau Kota, KL.
(Belakang Hospital Colombia, Sebelah NZ Curry House)
70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville
53300 Kuala Lumpur.


Ahad pulak, aku pergi breakfast kat roti canai famous kat Bangi nun. Dah lama sangat aku nak pegi sini nak merasa sedap sangat ke roti canai yang digembar gemburkan tu. Tapi malangnya selalu tak berkesempatan sebab i'm not a morning person. Lagi-lagi hujung minggu. Kalau dah bangun kul 11, nak pergi breakfast apa nya. Tambah lagi, tempat makan ni memang kena datang awal. Kalau kul 11 baru terhegeh-hegeh nak datang, memang makan kuah roti canai je la jawabnya. Sejak dah jadi mak orang ni, memang aku selalu bangun awal sebab anak aku ni memang morning person. Kul 6 dia dah kejut aku. So boleh la nak gi makan breakfast kat sini. Tu pun aku pegi dah lambat jugak dalam kul 9 pagi sebab Mel lepas mandi sume dia tetido balik. Tak sampai hati nak kejut. Tapi last-last kejut jugak la sebab mummy dah lapo. Hihi

Sampai je sana, mak oi penuh ok parking. Tengok kereta pun dah banyak. Aku hampir-hampir nak ajak laki aku makan tempat lain bila tengok kereta dah banyak camtu. Aku terbaca kat blog sape tah, nak cari tempat duduk pun amek masa. Then order mau kena tunggu sejam. Tapi laki aku cakap, alang-alang dah sampai jom je la. Dah memang nasib kitaorang baik agaknya, sampai je kat situ, terus ade meja kosong. Order pun takde la lama sangat. Tak sampai 15 minit pun dah dapat apa yang diorder. Laki aku order roti canai dua keping, aku pulak order soto. 

 Kena naik bukit sket, tu pasal namanya Roti Canai D' Bukit. Kelass jah!! 

Rezeki Mel, terus dapat tempat duduk.


Memang ramai orang ok tempat ni. Penuh dan tak putus-putus.

Ada gerai jual kuih. Aku nampak makcik ni ade jual Badak Berendam tapi tak sempat aku nak beli, dah habis. Cisssss!

Soto, roti canai dua keping dengan kari daging.

Kesimpulannya memang sedap la roti canai kat sini. Tak sama dengan roti canai mamak. Aku pulak memang suka roti canai orang melayu buat. Lagi lembut dah sedap. Kari daging pun sedap. Soto pun sedap. Eh semua sedap la. Memang puas hati dan rasanya lepas ni memang sini je la pilihan aku untuk breakfast. Lagi satu aku suka suasana desa kat sini. Teringat zaman-zaman dulu breakfast kat warung-warung camni masa kat kampung. KLMJ sungguh. Korang yang belum pernah datang, aku recommed sangat la warung ni. Konpem puas hati.  

Ni info n address Warung Roti Canai D' Bukit ni; Siap ade koordinat gps lagi. Senang keje korang.



Roti Canai D Bukit (bertanda B = bukit)
Jalan Saujana (Persiaran Jaya)
Seksyen 10, Bandar Baru Bangi
Koordinat: 2.9689701463732914,101.75019979476929
 
 
Huish, semput aku nak habiskan banyak cerita dalam satu entry. Hihihi. Malas nak update satu-satu, nanti takut lupa. Btw, thanks sudi baca.
 
Toddlers!! 

Friday, October 17, 2014

My Favourite Photo Editor App.

Korang yang ada smartphone ngan instagram mesti suka edit-edit gambar kan? Ke korang selalu upload gambar tak payah edit. Cam aku kamera henpon aku memang out sket, so memang memerlukan bantuan apps la nak kasi gambo cantik sket. Kalau tak kang, x konfiden pulak iols nak upload gambo. Lagi-lagi kalau gambar selfie, haruslah edit dulu kasi hilang sume kesan noda kat muka tu. Hihi. Masa mula-mula pakai phone dulu, jakun sangat dengan apps camera360 tu. Sket-sket nak guna camera360. Tapi sekarang dah tak suka pakai effect camera360. Macam nampak fake sangat. Ceh, nak natural upload la gambar #nofilter sekali. Tengok camne. Eh tapi kalau pakai selfie pakai camera iphone 5 or 5s, dah tak payah filter pun sebab gambar iphone mmg dah sedia cantik. Tapi masalahnya iols punya henpon cikai je. Iphone 4 jek. Dah 4 tahun tak tukar phone. Nak beli iphone 6 tak mampu kaedahnya. Sobbbssss.


Ni je photo editor yang ada dalam henpon aku. Sebelum ni aku paling suka app VSCOcam tu. But now aku prefer edit guna PicTapGo tu. Sebabnya pictapgo tu lagi banyak filter. Tapi apps ni berbayar la. USD1.99 kot. Tah la tak ingat sangat. Korang boleh search kat Apple Store.


Ha ni la hasilnya bila guna apps pictapgo tu. Serta merta Mel jadi putih melepak. Hahahaah. Yang belak kiri no filter using camera iphone 4. Yang belah kanan tu dah edit guna pictapgo tu.



Yang bestnya apps ni banyak filter and boleh layerkan filter tu. Pastu boleh adjust kekuatan filter tu. Kena kreatif sket kat sini.


Ni contoh aku edit guna 2 apps yang berbeza. Belah kiri cam biasa no filter, tengah tu edit guna pictapgo, yang kanan sekali guna apps camera360. Hihi. Korang suka yang mana? Aku prefer yang pictapgo tu. Tapi sebenarnya kalau tak payah edit lagi best. Natural beauty gitu. Masalahnya org tak bape yang natural beauty ni kena la bantuan apps kan. Kalau tak kang, jadi nightmare org yang tengok gambar aku. Eh, ke korang dah trauma sebab tengok gambo aku sedabak beso ni? Hahaha.