Monday, January 27, 2014

Cerita Hujung Minggu.

Hari ni dah masuk minggu ke 18. Ikut Baby app Baby Bump ni, dah 18 weeks, 2 day. Baby dah besar size sweet potato kata app ni. Macam kecik je, macam comel je. Hihihi.

Ok ni rupa aku bila dah 18 weeks pregnant ;

Perut dah mula menonjol. Tapi kecik je. 

Ok la sikit, dah ada rupa orang. Kalau tak sebelum ni, aku dan hantu kak limah tiada beza. Hahaha. Alhamdulilah, morning sickness beransur-ansur hilang sikit-sikit. Minggu lepas ada sekali je muntah. Then start khamis sampai la hari ni,  rasa loya dan muntah tu dah takde. Cuma masalah angin still ada lagi. Memang takkan hilang la angin aku ni. Makan tak boleh banyak-banyak sekaligus. Kena makan dalam kuantiti yang sikit je. Perut pun tak boleh penuh sangat. Kalau penuh nanti, start la nak muntah. Yang penting aku dah rasa macam sihat sikit. Tak macam sebelum ni. langsung tak bermaya.

Weekend ni kira weekend paling aktif la semenjak aku pregnant. Hari sabtu gi kenduri kawen member. Then petang masak-masak sikit sebab nak sambut adik aku yang balik dari UK tu. Nak makan sambal belacan katanya. Hahaha. Tapi, bukan aku masak. Mak aku la datang rumah aku. Memandangkan abang aku pun nak datang sini, so makan-makan n tido kat rumah aku je la. Rumah mak aku sempit. Tak muat dok ramai-ramai.  

Esoknya hari Ahad tu aku plan nak pergi Baby Ekspo kat Mid Valley. Tapi still tak confirm pun sebab aku mcm blur tak tau nak cari apa kat sana. Tapi disebabkan pagi tu aku terbangun awal, so kitaorang pergi jugak la ke Mid Valley tu. Memang awal jugak la aku bangun. Selalu weekend memang jujur cakap, mesti terbabas subuh. Tapi pagi tu, aku rasa nak terkencing sangat. Selalu kalau rasa nak terkencing pagi-pagi, memang aku tahan je sampai aku betul-betul bangun. Kali ni memang tak tahan. So terus bangun, tak tengok jam pun. pas keluar toilet, baru tengok jam dah kul 6.30 pagi. Terus je la Subuh. Lepas tu macam tak boleh tido balilk. Rasa cergas semacam je. Golek-golek kejap, pastu terus kejut laki aku then siap nak gi Mid Valley. 

Boleh tak otw nak gi Mid Valley tu aku macam berubah fikiran nak gi Ikea je. Sebab nya memang aku takde nak beli apa pun kat Baby Ekspo tu. Nak survey-survey pun aku tak tau apa nak di survey. Tapi laki aku cakap, pegi je la tengok. Ikea tu kan dah selalu pergi. Ok, jom la baby kita pegi tengok barang awak. 

Awal gila sampai Mid Valey. Kul 9.30 dah sampai. Rasa bahagia sebab tak payah berpusing-pusing cari parking. Kalau tak, memang hazab la nak cari parking. Aku pernah menangis kat parking Mid Valley tu dulu sebab geram takde parking. Masa tu zaman bujang, aku drive sorang-sorang. Tension sampai menangis. Tah pape tah. Hahaha. 

Ramai jugak la orang kat Baby Ekspo tu tapi takde lah sampai bersesak-sesak sangat. Ok je dalam tu pun tak berapa sempit. Tapi aku kejap gila kat dalam tu. Aku cuma survey barang-barang yang mahal-mahal je. Macam stroller dan brest pump. Stroller aku memang plan nak beli Babyzen Yoyo je nanti. e So saje je pergi tangok dulu ok ke tak. Memang ok la pada aku stroller ni. So confirm nanti beli Babyzen Yoyo je. Tapi nak beli pun lambat lagi. Tunggu baby dah keluar baru beli. 

Then tengok breast pump. Ok, aku memang blur bab bresat pump ni. Nak tanya pun aku tak tau nak tanya apa. Hihihi. Tapi adik and sepupu aku suggest beli breast pump Spectra M1 je. Ok, jangan tanya aku brand-brand breast pump ni. Brand pun aku tak tau apa yang ada. Kalau tanya function atau mana yang ok, lagi la aku tak tau. Apa yang orang suggest, aku follow je la. Yang penting below my budget. So semalam kat Baby Ekspo brest pump tu dapat harga camni;

Adik aku cakap beli online boleh dapat lagi murah. 
Takpe, aku bukan nak beli sekarang, Semalam cuma pergi tengok barang secara fizikal je.
Nak dekat beranak nanti baru beli.

Tak banyak benda pun aku survey. Baju-baju ke pampers ke memang aku tak survey pun. Rasanya harga lebih kurang je kot kalau tak beli time ekspo pun. Nak beli pun awal sangat rasanya. Kejap je la aku kat dalam tu. Sebelum keluar Mid Valley sempat gi beli Durian Pancake Sumptous. Aku memang suka durian, tapi kalau makan pun biasanya tak banyak. Time pregnant ni orang kata kalau boleh elakkan makan durian sebab panas. Tapi aku makan je, cuma kurangkan kuantiti je. Laki aku je yang makan banyak. -_______-

Most delicious ducian pancake.

Tapi harga dah naik ok. Terkejut aku tgk harga dah RM12. Selalu beli RM10 je. Aku ingatkan cawangan Mid Valley je yang naik harga. Sebab selalu beli kat Ikano RM10 je. Bila aku tanya, dia kata baru 3 hari naik harga. Ooooo, patutlah hari tu beli RM10 je. Now dah RM12. Sabo je la. Nasib baik la sedap. 

Sebelum balik rumah sempat singgah Paradigm Mall shopping barang aku pulak. Hihihi. Pantang keluar berjalan, duit pun keluar jugak. Shopping sikit je sebab saving tuk baby.


Beli sandal ni sebab aku dah langsung takde sandal. Cuma ada selipar buruk je. Nak pakai heels dah tak boleh. Kasut aku sume tumit tinggi. Kalau pakai pump shoes pulak kaki cepat sakit. Kena pakai sandal yang open kat jari tu sebab jari aku panjang. Kalau pakai pump shioes mesti melecet kat hujung jari tu. So nak tak nak terpaksalah beli sandal untuk keselesaan kaki dan mata aku melihatnya. 

Kul 12 lebih aku dah gerak balik. Seronok jugak bangun pagi-pagi ni kan, sebab banyak benda ko boleh buat. By kul 2 dah boleh rehat-rehat. Kalau tak selalu nya kul 12 lebih tu aku baru nak bangun tido. Pastu kelam kabut la nak buat kerja rumah. Pastu rasa cam tak cukup masa. Padahal masa dihabiskan dengan membuta. Tak produktif langsung. Lepas ni kena tukar la jadi morning person. Nak cakap ngan baby soh tendang kuat-kuat sikit waktu pagi supaya aku senang bangun. Hehehe.

Ok la, jumpa lagi next entry. Oh ya, update pasal pregnancy aku letak dalam blog aku satu lagi tu ye. Journey To Motherhood. Bai.

13 comments:

  1. elok beli brg baby masa dkt2 nk deliver..akk dlu 8 bulan baru beli..tiga2 ank cm tu..awal2 ni cm x kisah pn..bila dh perut besar excited skit..hihihi..tahniah kt cujen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut nanti masa dekat nak deliver dah tak larat nak jalan pulak.. ni pun dah start sakit pinggang... tapi skrg ni shopping sume di hujung jari jek..hihi.. cuma nak tunggu pureen warehouse sale je kalau ada..

      btw, dah invite akak tuk blog satu lagi

      Delete
  2. cujen nk join blog 1 lg..invite akk kalu bole ryshanaughty@gmail.com...tq

    ReplyDelete
  3. oloooo comelnye perut...dah nampak dah...tapi takpe, akak rase ko jenis bangse cepat slim melim bile abis pantang....percaya lahhh!!! moh kite beat moh hahaahahah......

    sementara tgh larat ni pi le jalan mane pun...kang dah memboyot, jalan pun ala2 peguin debab siap sedia laa tersadai kat umah jek...tu akak laa sbb sakit pinggang sokmo kalo peknen nieh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha konfiden akak kan..sekali tak kurus2...naya jek.. tp harap2 badan tak berapa naik la.. sebab kalau dah naik, nak diet tu..ya ampun..memang mcm nek gi perang.. hati tak kuat menahan nafsu makan..

      ni pun dah start jalan mcm penguin.. lom beso lagi perut tu.. kalau dah beso..ngeri nak bayangkan..

      Delete
  4. nk tgok blog lg satu.. email raifanasulaiman@gmail.com.. tenkiu cujen...

    ReplyDelete
  5. ikut xperience sndiri bli brg awal-awal around 5-6 months senang coz 1st baby bnyk brg nak cari.. nnt 7-9 months dah xlarat nak jln n semput+penat.. mood shopping pun kelaut.. huhu..

    ReplyDelete
  6. comelnya babybump :D rindu nak prgnant alik kekeke

    ReplyDelete
  7. salam..leh x sy nk join blog lg 1 tu..ni email sy seyta12@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam,

    cujen hrtu dah approved tp entah kenapa hari ni nk blogwalking ni mesej dia:

    This blog is open to invited readers only
    http://cujenbecomeamummy.blogspot.com/
    It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think that this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.

    :( camner?

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..