Wednesday, January 29, 2014

Ketam Oh Ketam.

Ni cerita minggu lepas. Saje je nak up kat sini kasi korang terliur sama. Hihihi.

Amacam, terliur tak? 

Alkisahnya, minggu lepas balik checkup aku terus balik rumah mentido. Sekali masa tido tu boleh pulak mimpi makan sedap-sedap. Makan lauk ayam la, ketam la. Tapi dalam mimpi tu, tiba part aku nak makan lauk ketam tu, tetiba terus terjaga. Sakit hati tak????? 

Terus itu jam jugak aku ajak laki aku gi cari ketam. Gigih aku google kat mana makan ketam yang sedap. Banyak yang aku jumpa, suggest Fatty Crab. Tapi tu kan restoran cina, tambah pulak jauh. Lagipun aku google image, tengok ketam dia masak cam tak masuk ngan tekak aku. Aku kalau boleh nak cari ketam masak bercili. Kuah kaler merah-merah gitu. Dah terbayang-bayang depan mata aku ketam camtu. 

Google punya google aku jumpa la satu blog ni dia cerita makan ketam kat Restoran Abdullah Chan kat Bangi. Elok sangat la tu, restoran tu pun dekat je, kat Bangi. Malam tu jugak kitaorang bergegas ke Restoran Abdullah Chan. Order ketam, nasi dengan sayur je sebab tujuan utama memang nak makan ketam je. Ketam yang aku order ni namanya Ketam Masak Sos Special. Memang sedap weh. Isi ketam nye pun banyak dan lembut. Sepinggan ni RM38. Memang puas la makan dua orang sebab portion dia besar. Puas hati akhirnya mimpi makan ketam jadi kenyataan. Hihihi.

Kalau tengok pinggan dan kulit ketam ni, konpius pulak sape yang mengidam sebenarnya ni?

Ha nampak tak, orang mengidam makan sikit je. Yang tak mengidam pulak penuh pinggan dia yek. Hehehe. Takpelah, aku memang camni. Kadang tu teringin nak makan, tapi bila dapat makan, makan nya sikit je. Laki aku la tukang perabih kan sume makanan tu. 

Korang yang mengidam makan ketam tu boleh gi makan kat Restoran Abdullah Chan ni. Bukan ketam je, banyak lagi menu lain yang sedap-sedap. Google je Restoran Abdullah Chan Bangi, nanti jumpa la lokasi nya. Belakang Ice Room & Papa Rich ke apa tah. Tapi area-area situ la. 

Selamat menjamu selera!

1 comment:

  1. Wowwww!! ok latu rege kan mkn 2 org...merah nyer wat terliur...dekat dah ni area...bleh cube next time

    http://www.aidafendy.blogspot.com/2014/10/tamar-cocoa-jatuh-chenta-suda.html

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..