Wednesday, January 22, 2014

Macam Mana Boleh Pregnant.

Bila TTC macam aku ni berjaya pregnant, soalan yang paling famous ialah "macam mana boleh mengandung? apa usaha yang awak buat before conceive ni?" Actually sebelum ni pun kalau ada TTC lain yang berjaya pregnant pun aku tertanya-tanya jugak usaha dan tips-tips dari diorang. Mana tau ada lagi tips-tips yang belum aku usahakan.

Macam aku ni, lagi lah. 3 tahun kawen langsung tak pernah sekali pun dapat UPT double line walaupun doctor sahkan kitaorang laki bini normal. Jadi bila berjaya conceive ni, ramai jugak la yang tertanya-tanya.

Ok, aku akan ceritakan satu-satu apa yang aku pernah buat dan usaha aku before berjaya conceive. Maybe entry ni akan jadi panjang sebab banyak sangat yang aku nak share sebenarnya. Harap-harap apa yang aku sharing ni dapat la sedikit sebanyak membantu TTCians yang lain walaupun mungkin apa yang aku nak katakan kat sini sebenarnya dah pernah orang cakap kat korang atau korang dah jemu membacanya di mana-mana. Tapi ni dari pengalaman aku sendiri.

Ayat dalam entry ni maybe tunggang langgang sikit la sebab aku taip ni bukan dalam masa sehari. Berhari-hari jugak la. Bila teringat aku taip. Lagipun dalam keadaan sekarang, mood nak menaip duduk depan pc lama-lama tu memang takde la. So aku taip sikit-sikit. Harap-harap korang boleh faham. Ok let's started.


IUI
Siapa yang follow blog aku dari awal, mungkin tau aku seawal 6 bulan lepas kawen dah start daftar kat LPPKN. Tapi masa tu just daftar and bukak fail je la kat LPPKN tu. Lepas setahun baru aku proceed IUI. Ade orang cakap kenapa awal sangat nak wat infertility treatment. Actually pada aku, elok la kita tahu dari awal apa masalah kita. Mana la tau aku ada penyakit yang menyebabkan ketidaksuburan. Bila dah tau masalah tu dari awal, boleh la kita ikhtiar nak merawat penyakit tu kan. Kalau tak tau, camne nak berubat? Betul tak? Lagipun umur aku masa tu dah 28. Lagi 2 tahun je nak masuk 3 series. Maybe faktor umur jugak menyebabkan aku macam desperate nak anak. Tapi IUI aku kali pertama tu gagal. Then aku tak continue pun sebab duit banyak habis gi berjalan. Hehehe.

Berurut.
Aku pernah jugak pergi berurut. Sana sini aku google cari tukang urut yang berpengalaman. Ramai jugak kawan-kawan yang suggest makcik urut. Sampai ke Kelantan pun pernah aku pergi. Tapi masa tu layankan member aku si Anie tu. Then aku pergi urut kat MakYong presint 16 tu. Sebelum tu aku ade jugak berurut kat kampung mak aku. Tapi masa tu aku urut saje-saje je. Bukan urut rahim. Tapi aku ingat makcik tu cakap rahim aku tinggi dan ke atas. Sebab tu la aku lambat pregnant. Kata dia kalau rahim jenis macam aku tu, memang susah nak lekat. Tapi kalau dah lekat susah nak gugur. Wallahualam. Lepas urut makcik tu sekali, tak lama pastu baru aku pergi urut kat MakYong tu pulak. Dengan makyong ni aku urut 3 kali. Tapi kata dia pulak, rahim aku jatuh. Pulak dah. So dia urut kasi naik sket peranakan. Tapi usaha aku berurut ni pun gagal. Aku tak pregnant pun lepas beurut tu. Walaupun makyong tu cakap, 99% yang berurut dengan dia tu, berjaya pregnant. Wallahualam. Last sekali aku berurut, tak silap aku beberapa bulan before aku conceive. Tapi masa tu aku urut sebab bahu aku macam terkehel. Alang-alang urut satu badan tu, aku suruh la dia urut rahim aku sekali. Kali ni akak tukang urut tu cakap, rahim aku senget ke tepi pulak. Hahaha. Aku masa ni nak tergelak dah. Kejap kat atas, kejap kat bawah kejap ke tepi. Tapi takpelah, tukang urut lagi tau kan. So dia betulkan la peranakan aku tu. Patutnya aku kena urut ngan dia 3 kali jugak. Tapi aku tak pergi pun lagi dua kali tu. Sekali tu je aku pergi. Akak ni ade kedai kat Bangi. So sepanjang 3 tahun TTC ni, 3 kali la aku pergi berurut. Ternyata belum rezeki.

Laki aku pun ade jugak pergi berurut. Dua kali dia pergi. Satu dia pergi kat Shah Alam satu lagi kat Cheras kot. Sebabnya ade orang pernah bagi petua, kalau berurut nak mengandung elok la laki bini pergi berurut. Yang dekat cheras tu, laki aku cakap dia urut lain sket. Bukan urut batin macam kat shah alam tu. Dia just pegang kat pinggang laki aku, then laki aku rasa cam kena karen gitu. Then orang tu cakap, kitaorang berdua normal. Hebat jugak abang ni, boleh 'tengok' aku melalui gambar je. Hihihi. Dia cakap kat laki aku, kalau dalam tempoh 3 bulan takde rezeki jugak, bawak aku pulak datang jumpa dia. Tapi rasanya tak sempat 3 bulan kot aku dah pregnant.

Jaga makan.
Ok, aku start teruja nak jaga makan bagai ni lepas baca blog Jay Farhana. Tapi knowing me, aku memang jenis yang susah gila nak jaga makan. Aku hantu nescafe/coffee. Pernah la beberapa kali aku cuba nak stop minum nescafe/coffee sebab ada yang kata caffeine kan tak bagus untuk TTC. Tapi usaha aku tu cume bertahan beberapa hari je. Lepas tu aku still minum gak coffee. Banyak kali jugak la aku try tuk jaga pemakanan aku. Tapi kebanyakannya aku gagal mengatasi hawa nafsu. Hihihi. Cuma yang aku perasan, beberapa bulan before conceive, aku suka sangat makan strawberi which is aku sebelum ni memang jaranggggg sangat makan stoberi. 

Supplement 
Apa sahaja supplement yang orang cakap boleh membantu untuk aku pregnant, sume aku try. Aku pernah try lumiglow, kurma + susu kambing, avocado, buah zuriat dan macam-macam lagi la. Tapi kebanyakan nya separuh jalan atau tak bersungguh-sungguh. Ade sesetengah tu, aku memang takleh terima rasanya. So malas nak paksa diri. Last sekali supplement yang aku try before aku conceive ialah Susu Kambing Hi Goat (sebab aku suka sangat rasaya) & Shaklee Supplement. Aku amek Shaklee Set Kesuburan. Actually aku dah beli set shaklee ni dua bulan before puasa dulu. Bulan pertama aku makan memang ikut jadual la. Lepas tu masuk bulan puasa terus berterabur jadual makan aku. Bulan puasa tu langsung tak consume shaklee. Lepas raya baru aku makan balik. Alhamdulilah dua bulan lepas tu aku berjaya conceive. TAPI, aku tak nak la kata aku berjaya conceive sebab produk-produk tertentu. Sebab aku masih berpegang pada konsep rezeki semua dari Allah SWT. Supplement Shaklee yang aku amek tu mungkin secara kebetulan sahaja. Lagipun masa aku mula-mula beli supplement tu, bukan sebab aku teruja baca testimoni org berjaya pregnant sebab shaklee ni. Tapi masa tu aku terfikir yang aku ni jarang makan makanan berkhasiat. Pastu makan pulak tak pantang. Main tibai je ikut tekak aku. So, aku terfikir nak amek supplement sebab nak membantu supaya aku dapat zat-zat yang badan aku perlukan. Bukan semata-mata aku nak pregnant. Kenapa Shaklee? Sebab ramai sangat orang jual, lepas tu aku beli dari sepupu aku dapat harga murah. Tu je sebabnya. Hihihi. Kalau aku beli brand lain kat Watson pun, harga akan jadi lebih mahal. So, aku decide beli je la shaklee ni. Senang keje aku.

Ni set Shaklee yang aku beli dari sepupu aku.


Tapi kalau orang tanya aku, aku takkan terus cakap suruh beli shaklee ni kalau nak pregnant. Sebab masa aku TTC dulu pun aku menyampah sangat kalau ade orang yang berjaya conceive lepas makan produk tertentu, then beria suggest kat aku soh beli jugak. Lepas tu aku sebenarnya menyampah baca testimoni-testimoni yang beria kata sebab produk2 tertentu yang makan tu la yg membantu ko pregnant. Cakap macam seolah-olah tak percaya pada rezeki dan ketentuan Allah. Pada aku la ko makan la produk apa pun kalau Allah tak izinkan, tak jadi jugak. Even teknologi canggih macam IVF tu pun, yang siap dipantau segala macam benda pun, tak semua IVF tu menjadi. Sebab apa? Sebab hal-hal rezeki, hal-hal berkaitan anak ni semua rahsia Allah. Memang di luar bidang kuasa kita. Yang kita boleh buat cuma berusaha dan jangan berhenti berdoa. 


Kalau korang tengok pada usaha-usaha yang aku ceritakan tu, takde satu pun yang buat bersungguh-sungguh kan? Sebab tu la aku malas nak cerita sebab kalau nak bandingkan dengan orang lain punya usaha, yang aku buat ni hanya secebis je dari usaha yang korang buat. Tapi, alhamdulilah aku berjaya conceive secara naturally. Ok aku bukan la nak cakap, tak payah berusaha sangat pun ko berjaya pregnant. Tapi pada aku, ko kena percaya dengan rezeki Allah. Macam aku, walaupun aku macam dah putus asa nak cuba produk-produk yang membantu kesuburan ni, tapi aku still percaya dengan rezeki Allah. Aku percaya sangat yang rezeki aku akan tiba kalau Allah izinkan. Walaupun usaha secara fizikal aku tak banyak buat, tapi dari segi mental dan rohani, aku banyak ubah sikit-sikit.

Aku cuba kurangkan stress. Tahun pertama kawen aku still relax lagi. Lagipun masa tu ramai kawan-kawan aku belum kawen dan belum ada anak. Tahun kedua dan ketiga, aku jadi cam stress sangat sebab ramai kawan-kawan dan orang sekeliling aku yang lambat kawen dari aku, then cepat pulak tu mengandung. Serius aku stress. Ko bayangkan la macam mana tak stress. Adik aku dua orang pregnant, kawan-kawan aku sume pregnant. Ade yang mengandung anak kedua-ketiga. Kawan sama-sama TTC pun dah pregnant. Lepas tu, kawan-kawan opis aku pun sume berebut-rebut nak pregnant gak. Boleh kata kiri kanan depan belakang aku sume pregnant la. Aku stress bukan sebab aku takde anak, tapi aku stress bila orang lain mengandung tapi aku still x mengandung jugak. Rasa macam ALONE. Rasa macam tersisih padahal takde sape pun nak sisihkan ko. Biasalah, perasaan orang TTC ni memang macam ni. Pastu aku terfikir nanti semua orang dok cerita pasal anak, aku terkulat-kulat je dengar diorang cerita. Ye la ko bayangkan sume kawan-kawan ko dah ade anak, ko sorg je takde. Mestilah bila jumpa tu, diorang akan cerita pasal anak. Kat situ otomatik ko akan rasa kecik ati dan tersisih sebab tak boleh nak join conversation diorang. Kawan-kawan yang ada anak ni pun, especially yang tak pernah merasa TTC, memang tak kan alert dengan perasaan kawan-kawan yang TTC. Even yang TTC pun kadang lepas berjaya conceive pun, lupa dah perasaan masa dia TTC dulu. Nak buat cemana kan. Takkan nak paksa orang soh paham perasaan ko. Lagipun bukan salah diorang tak dapat nak faham perasaan kita. Dah memang kalau kita tak duduk dalam sesuatu keadaan tu, kita takkan paham apa yang diorang rasa. Jadi, TTCians semua, janganlah kecik ati kalau kawan-kawan yang tak pernah TTC ni tak alert dengan perasaan kita. Anggap je la diorang tak bertuah sebab tak dapat merasa pengalaman TTC macam kita. Lagipun percayalah cakap aku, kalau kau emo ke, ko sensitif ke, ko terasa ke, orang bukan akan simpati, malah mengundang perasaan menyampah di kalangan kawan-kawan. Percayalah cakap aku. Jadi, pada aku hati kita cuma kita je boleh handle camne. Kalau ko emo pun bukan orang paham, jadi baik ko happy-happy je. Fikiran pun rasa lapang.

Lagi satu, kalau dulu aku selalu mengelak duduk dekat-dekat dengan orang mengandung. Aku menyampah bila orang cakap soh dekat-dekat dengan orang mengandung supaya aura tu lekat kat aku atau berjangkit kat aku. Masa tu aku fikir, tah hape-hape la cakap macam tu, ingat mengandung ni penyakit berjangkit ke? Tapi kan lama kelamaan, aku cuba la positifkan diri dekatkan diri dengan orang mengandung. Kalau ade orang mengandung, aku pegang-pegang la perut diorang sambil doa supaya aku pun dapat rezeki macam diorang.


Gambar ni aku upload masa jamuan raya opis aku. Masa ni opismate aku sume tengah sarat mengandung. So saje je aku menyelit celah-celah diorang dengan harapan aura pregnant tu jangkit kat aku. Hihihi. Alhamdulilah, sebulan lepas tu UPT aku positif. So korang, kalau ade orang mengandung sekeliling korang, jangan takut-takut nak dekat. Mana lah tau kan. Memang le banda macam ni macam tak logik, ade ke mengandung boleh jangkit-jangkit. Tapi fikir macam ni je la. Bila kita duduk bersama dengan orang mengandung, mungkin akan membantu hormon-hormon kita. Ye la kita bayangkan yang kita pun pregnant macam diorang, jadi hormon-hormon positif tu akan berkembang. Mungkin boleh membantu kesuburan. Tak salah pun mencuba. Bukan kena bayo pun. Yang penting, jangan menyampah tau tgk orang pregnant. Aku tau perasaan TTC ni kadang-kadang menyampah tgk orang mengandung. Aku pun pernah gak rasa camtu. Dah tu, kalau kau menyampah macam mana nak lekat dik non oi. Kena tanamkan perasaan seronok dan bayangkan je kita pulak macam diorang.

Actually entry ni kalau aku ceritakan satu persatu memang jadi panjang la jawabnya. Jadi aku ringkaskan la ye. Selain dari usaha-usaha kat atas tu, yang penting jangan lupa doa. Doa ni senjata utama kita. Tak kisah la kalau doa kita lambat Allah sempurnakan, janji jangan putus doa. Aku selalu fikir macam ni, nak pinjam bank pun kena ade kriteria-kriteria tertentu yang melayakkan aku dapat pinjaman. Inikan pula nak mintak pinjaman dari Allah yang terbesar sekali. Anak tu kan cuma pinjaman dari Allah. Even apa yang kita ada sekarang ni semua nya pinjaman. Mungkin ada lagi kriteria-kriteria tertentu yang belum aku penuhi untuk aku dianugerahkan rezeki zuriat.

Tips aku, masa ko solat, masa bacaan Fatihah ayat ni,  ko doa la supaya dikurniakan zuriat.


Kan maksud ayat tu Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan. Ha masa ni la nak mintak apa yang ko nak. Doa lepas sembahyang pun jangan lupa. Actually bab doa ni, aku rasa bila-bila ko teringat, ko doa dan mintak je la. Takde pun masa tertentu baru boleh nak doa. Macam aku, bila teringat je aku doa dan mintak. Tengah tengok tv pun kadang-kadang aku doa je. Bila-bila masa yang aku teringat dan teringin nak ada anak, terus je mintak.


Lagi satu kan, beberapa bulan sebelum aku conceive, aku rajin sangat layan youtube tengok macam mana proses persenyawaan dalam rahim berlaku. Kan ada kat youtube diorang buat animation pasal persenyawaan tu. Dari mula waktu kita subur sampai la baby nak keluar. Aku suka sangat layan sambil-sambil tu aku berangan la ovum aku dengan sperma laki aku ditemukan macam tu jugak. Hihihi. Nampak macam kelakar je kan. Tapi aku rasa mende-mende camni banyak membantu. Macam Jay Farhana pernah cerita pasal mind booster dalam blog dia dulu. Aku tak reti nak bayang-bayangkan macam Jay ceita tu, so aku amik inisiatif lain dengan layan animation kat youtube tu. Masa tengok animation tu, barulah aku tersedar betapa magiknya proses persenyawaan manusia ni berlaku. Betapa besarnya kuasa Allah. Kalau tak kerana Allah izinkan, mustahil untuk berlaku proses tu. Bukan senang nak jadi tau. Tapi serius la lepas layan animation tu, akan timbul satu perasaan yang entahlah aku tak tau nak describe macam mana. Perasaan kagum, seronok semua ada. Korang dari layan video-video kpop ke, drama-drama melayu tak habis-habis tu, baik korang layan video tu. Jengan lupa usap-usap perut korang dan bayangkan proses tu berlaku jugak kat korang.

Hmmm ape lagi ek yang belum aku cerita? Oh, jangan lupa kalau ada masa dan duit lebih, pergilah honeymoon dengan laki ko. Jangan stress2 fikir pasal orang yang memang takkan faham perasaan ko. Baik kroang happy-happy pergi bercuti. Tapi kalau nak gi bercuti, cari tempat yang tenang dan boleh relax. Macam aku sebelum-sebelum ni aku gi bercuti kat Bandung la, Ho Chi Minh la. Tempat tu semua tak relax kan otak ko pun sebab ko stress banyak shopping. Hahaha. Last2 aku pergi Krabi. Masa aku gi Krabi hari tu memang aku ngan laki aku enjoy sangat-sangat. Takde stress pun. Rupanya memang dah rezeki nak dapat baby made in Thailand. Patutlah aku teringin sangat nak ke Krabi ;). Btw, percutian ke Krabi pun takde dalam yearly planning tau. Lepas balik dari Vietnam hari tu, aku stress. Then aku terfikir kenapa lah aku gi termpat bercuti yang mengundang stress. Lepas tu aku dah nekad kalau gi bercuti, aku nak gi tempat yang relax je. Masa tu memang terfikir Krabi. Sebulan lepas tu kebetulan dapat tiket murah ke Krabi, terus aku book. Sebulan lepas balik Krabi, kitaorang dihadiahkan khabar gembira. Hihi. Kebetulan Allah nak bagi rezeki masa tu. So korang tu, selagi ada masa berdua dengan suami, enjoy la puas-puas ok.



Ok rasanya tu je kot yang aku nak share kan. Sebenarnya kan macam ade lagi tapi sekarang ni jadi macam blank pulak. Tengok la insyallah kalau ada apa-apa lagi aku nak tambah, nnt aku update.

Yang penting, aku nasihatkan korang please jangan putus berdoa. Kalau rasa nak rehat dari mencuba pun, doa tu jangan putus ok. Dan kena percaya dengan konsep rezeki dari Allah. Kalau Allah nak bagi rezeki, macam mana keadaan ko sekali pun, insyaallah ko akan dapat. Have faith ok!

Sekian, entry yang sangat panjang dari aku. (entah dapat membantu korang ke tak)

13 comments:

  1. tq sharing pengalaman cujen.teruja aku membacanya..banyak info dapat :)

    ReplyDelete
  2. Thanx for sharing Cujen... Good Sharing!

    take care :D

    ReplyDelete
  3. Banyak lak name ai dalam ni :P
    Hak ah, actually mind power tu mmg insyallah berkesan. Yang u tgk youtube tu bende yg same yg i buat. mmg mcm tu cara nak imagine n praktis mindset + control fertility. hari2 positive. rezeki akan datang sendiri.

    ReplyDelete
  4. dear mommy to be pn cujen, bole invite sy?
    sy suke sgt bce cerite2 awak ;))
    noranita.aminudeen@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cujen.. alhamdullilah. seronok baca pengalaman awak. kita ni macam serupa. jenis tak suka nak layan orang yang dah preggy suggest apa2 brand untuk buat kita mengandung. Alhamdullilah berkat kesabaran, Allah kurniakan zuriat jua. Percaya pada Qada dan Qadar.. rezeki daripada Allah Taala.

    Wahh terpanjang pula komen. sekarang dan berapa minggu? hehehe

    ReplyDelete
  6. tgh duk baca semuar yg berkaitan ur TTC tiba kat gambar kat cni..ternampak ex-officemate..dayah-hihi..

    ReplyDelete
  7. tq cujen. bila baca ni rasa positif jek hihihi

    ReplyDelete
  8. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
    SMS/WASSUP 0148004302

    ReplyDelete
  9. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Berjaya Hamil

    ReplyDelete
  10. Boleh x saye nak contact number tukang urut kat bangi n presint 16 tu. Saye nak cube berurut plak. Tq.

    ReplyDelete
  11. Wow..i feel u part "ramai kawan-kawan dan orang sekeliling aku yang lambat kawen dari aku, then cepat pulak tu mengandung" . seriously mmg ada masa i lost my mind too! Yg i pulak every month period dgn jayanya..haha!

    I baru nk daftar kt lppkn. Tu dok blogwalking tgk experience yang dah pernah pergi..thanks for sharing! =)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..