Thursday, January 23, 2014

Produk Review : NXY Soft Matte Lip Cream

Aku ni sebenonya takde lah minat sangat mekap-mekap ni. Girl stuff yang paling jarang aku beli, mekap la. Kalau beli pun setakat lip balm, fondation, compact powder ngan eye liner je. Brand pun beli yang murah-murah je. Mekap pun simple-simple je konon natural beauty la walaupun tak beauty mana.

Tapi sejak pregnant ni, aku mula start suka nak beli alat mekap. Tak tau la kenapa. Ke sebenarnya sebab banyak sangat seller kat IG dok promote macam-macam mekap brand kat IG. Tapi sebelum ni ramai jugak yang promote tapi aku buat bodoh je. Agaknya baby dalam perut ni gegurl kot ;) tu yang suka mekap-mekap. Cumanya masa alahan teruk hari tu je yang aku tak larat nak buat apa-apa. So masa tu jangan kata mekap, mandi pun 3 hari sekali. Hihihi. Ni dah ok sikit baru lah ada mood nak mekap-mekap sikit. 

Ok, back to the title. Aku nak review satu produk dari NYX Cosmetic : Soft Matte Lip Cream. 

Source : Google

Actually aku pun baru tau brand ni sebab ramai sangat orang dok jual kat IG. Lama-lama teruja jugak la mencuba nya. Tapi, semua yang jual kat IG tu semua kena pre order. Sebab produk ni kena order dari US. Amek masa 3-4 minggu baru boleh dapat barang. Aku ni bangsa mana reti sabo. Kalau boleh nak barang dan dan tu jugak. Ada yang jual ready stock, tapi harga mak oi mahal gila. Rata-rata orang jual Soft Matte Lip Cream ni dalam RM24-26 je sebatang. Tapi ada sorang seller kat IG ni jual sampai RM38 sebatang tak termasuk postage hokey. Mahal gila. Pada aku la. Kalau orang lain rasa murah, dipersilakan la beli. 

Lama jugak la aku dok perati je kat IG sebelum decide nak beli. Sebabnya aku takut tak kena ngan aku. Lagipun lipstick ni jenis matte. Matte ni kan kering. Dah la bibir aku jenis kering. Kang takut x cantik pulak dengan aku. Nasib baik kawan aku ade yang dah pernah beli produk ni. So aku try dia punya dulu. Then baru order. 

Ni aku try kawan aku punya. Color : Milan

Terus jaruh cinta dengan lipstick ni. Color dia terang. Walaupun jenis matte tapi takde la meneringkan bibir sangat. Lepas tu color dia tahan lama. Even lepas makan pun tak payah nak touch up sangat. Suka sangat! Untuk orang yang jarang pakai lipstick macam aku ni, aku kasi 4.5 out of 5 star untuk Soft Matte Lip Cream ni. Tanpa ragu-ragu, terus aku beli 5 batang lipstick ni.

Dari kiri : Milan, Antwerp, Stockholm, Monte Carlo & Amsterdam

Ni yang aku try. Dari kiri atas : AMsterdam, Milan, Antwerp, Monte Carlo & Stockholm.

Semua color ni aku suka. Yang paling best sekali Antwerp & Monte Carlo. Menyerlah sangat hokey color Monte Carlo tu. Stockholm pun best. Nampak natyral gila. Tapi kalau silap gaya boleh nampak pucat muka ko. So kalau pakai color Stockholm ni, kena pakai baju yang terang-terang sket. Baru lah balance. Ah pandek kata sume aku suka la. Ade 11 different color untuk Soft Matte Lip Cream ni. Aku dah ada 5, so tinggal lagi 6 untuk cukupkan koleksi. Gaji nanti nak beli lah. Eh, hari ni dah gaji kan? Jeng jeng jeng. 

Korang kalau nak beli produk NYX ni ni, meh aku suggestkan satu website yang jual produk ni. Tak payah la korang beli dari IG yang nak kena tunggu pre order sampai berbulan tu. Yang penting tak payah deal dengan instaseller yang keje nya nak marah customer. Tak habis-habis soh customer sabo la apa lah. Bosan betul aku dengan instaseller yang emo-emo macam tu. Ni website yang aku cakap kan tu.


Yang penting website ni ready stock dan ada macam-macam brand selain NYX. NYX punya produk pun ada macam-macam.Yang penting harga berpatutan dan delivery pantas. Dua hari lepas payment, aku dah terima barang. Kalau pembelian RM150 ke atas, dapat free delivery. 


Macam-macam ado.

Ok, tu aje nak share buat masa ni. Gi la usha sendiri website tu kalau berminat. Btw, ni review personal dari aku. Bukan iklan yang ditaja mana-mana pihak. Barang baik harus dikongsi bersama.

Sharing is caring. 

2 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..