Monday, February 24, 2014

Birthday Suprise by Hubby.

Actually aku tak mengharapkan dan tak terfikir langsung yang laki aku akan buat birthday suprise untuk aku. Langsung takde dalam kotak fikiran aku pun. Sebab laki aku ni bukan jenis romantik, sweet-sweet nak buat suprise bagai. Masa mula-mula kawen dulu aku cam meroyan jugak la sebab dia tak pernah buat mende-mende camtu kat aku. Dah memang jenis dia bukan camtu. Tapi bila dah lama-lama, aku rasa apa yang dia dah buat untuk aku selama ni pun dah kira sweet sangat-sangat. Mana nak cari laki yang nak makan, masak sendiri. Rumah bersepah pandai kemas. Nak-nak bila aku pregnant ni, memang sume kerja dia yang buat. So aku mengalah la. Nak suami perfect camne lagi kan? Aku sendiri tak perfect. Hehehe.

Jumaat malam tu, beria la laki aku ni ajak gi makan kat kedai Ayam Penyet kawan aku tu. (memang kalau buat suprise birthday kawan-kawan kitaorang pun memang situ la tempatnya). Tapi jumaat lepas aku tiba-tiba diserang angin dan kemalasan yang melampau sangat. Memang aku tak nak keluar la. Tapi laki aku beria-ia. Selalunya kalau aku malas nak pergi, dia pergi sorang je. Tapi kali ni beria ajak siap aku suruh urut badan aku sebelum pegi pun, dia ok je. Hihihi. Tapi aku tak syak apa-apa pun. Lagipun malam sebelum tu kitaorang dah keluar gi makan-makan. Aku fikir maybe dia malas nak gi sorang-sorang takde teman. Malam-malam pulak tu. Nak tak nak, lepas dia dah urutkan badan aku tu, aku pun teman la. Itupun dengan tak mandi, tak mekap. Kira selekeh habis la aku. Ye la, takde mood kan sebab tak sihat. So abaikan je la mula selebet aku dalam gambar tu. Nasib baik la laki aku tak buat tempat-tempat grand. Kalau tak, malu je keluar dengan selekeh-selekeh gitu.


Kek ada dua nama. Sorang tu kawan kitaorang yang sambut birthday awal dua hari dari aku.
Malangnya kitaorang tu boleh takde pulak tu. So aku potong kek sorang2 je la. Hehe






Tu je la citer birthday aku. Simple je tapi bermakna. Tak perlu celebration yang grand sangat. Yang penting cara dan dengan siapa kita meraikan. Thanks to kawan-kawan sudi meraikan bersama birthday aku ni. 

Hari ni dah 30 tahun 3 hari. Huuuu tuanya aku.

1 comment:

  1. happy belated brthday dear :) smg pnjng umur n dmurahkn rezeki ye :)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..