Tuesday, February 18, 2014

Rekod Buruk.



Aku rasa semenjak aku pregnant ni, rekod kehadiran aku ke pejabat adalah yang terburuk sekali. Tengok la planner aku kat atas tu. Takde sehari pun yang aku datang tepat pada waktunya. Hihihi. Manjang lambat. Masuk kul 8.30 pun lambat lagi. Sebelum pregnant pun aku selalu lambat, inikan pula bila pregnant ni. Masa alahan teruk awal-awal hari tu memang banyak hari tak datang kerja. Ni dah ok sikit. Tapi still perasaan malas dan loya pagi-pagi tu masih ade. Nak hilangkan rasa, kena la amek masa baring-baring dulu. 

Tapi sebenarnya, aku pagi-pagi dah bangun. Baby memang suka kejut mummy dia pagi-pagi. Kul 6 pagi mesti dah terjaga. Biasanya aku bangun pegi kencing, sembahyang pastu tido balik. Tu yang kadang-kadang lajak sampai kul 8. Lepas tu kelam kabut bersiap. Tapi kan, aku pelik la. Bos aku tak pernah marah atau sound aku bila aku lambat masuk opis. Bos aku ni seorang yang memahami ke atau dia dah malas nak layan aku? Hihihi. Seingat aku la, tak pernah sekali pun aku kena marah dengan marah bos aku ni. Tapi bos aku memang bukan jenis marah-marah atau memaki orang sesuka hati. Dia jenis pendiam. Kadang-kadang tu aku yang jadi seram. Bos ni marah ke tak? Dapat PA perangai cam hampeh pun bos aku saboooo je. Maybe mmg bukan jenis dia kot nak marah-marah. Actually memang nasib aku kot, dari dulu dapat bos baik dan senang dijaga. Dah 4 bos setakat ni, semua ok. Bos yang latest ni yang paling lama aku kerja dengan dia. Tak silap aku dari tahun 2008 kot. Tah-tah sampai bos aku pencen kot aku dengan dia. Takpelah bagus jugak. Leceh kalau dapat bos baru. Nak serasi tu amek masa. 

Actually dapat bos yang baik macam ni pun aku dah bersyukur sangat. Kalau LNPT aku tak berapa bagus pun aku redho sebab memang aku tau pun prestasi aku kat opis macam mana. Tapi setakat ni, takde la pulak bos bagi markah teruk-teruk walaupun kalau ikut disiplin, memang out la disiplin aku ni. Kerja memang aku boleh buat, cuma bab masa je aku selalu failed. Agaknya bos nilai ikut kerja aku kot. Hihihi. Bos, kalau bos baca blog saya ni, saya nak ucapkan terima kasih kat bos sebab jadi bos yang tak garang dan memahami ^_^


Oh btw, ahad lepas dah buat detail scan kat Klinik Jameaton. Alhamdulilah baby ok dan dan tau gender. Update semua dalam blog Journey To Motherhood ok. 




IKLAN


Sabun basuh baju dah restock. Siapa yang cari sabun basuh baju murah/sabun dobi murah area Putrajaya ni, boleh la contact aku. Satu tong ni 10kg = RM30. Free delivery untuk warga Putrajaya je. Ade 4 pilihan bau. Lemon, Lavender, Rose & Biru tu aku tak tau la bau apa. Tapi sedap je bau dia. Feveret aku lemon tu. Tapi now ade yang baru, bau Oren pulak. Try amek dua botol untuk pakai sendiri. Liquid sabun ni memang pekat dan bau dia semerbak harum ok. Dah berpuluh tong aku pakai. Puas hati dan menjimatkan. 

14 comments:

  1. Assalamualaikum awak. alhamdullilah.. bos baik tu, bestnya.. senang nak bekerja dengan bos camni.. maybe dia memahami kot awak kan tengah mengandung... hehee ekk update jantina baby kat blog lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog satu lagi khas tuk journey to motherhood je. hihihi. sbb masa mula-mula pregnant tu cam tak berapa ready nak share ngan org.. sbb sy TTC lama..tapi ramai yang request. rasanya tak lama lagi, akan import masuk sini jugak. senang nak manage.

      Delete
    2. import sini la, hehee nak baca. hihi. takpun invite saya ke blog sana, boleh?
      sheila_shahfiekry@yahoo.com

      Delete
  2. hah bos bace blog? aiyoo akak doa2 bos akak tak jumpe blog akak...malu wooo kaakakakaka...

    yg pasti ko jimat2 sikit cuti..tahun depan leh carryforward byk sikit...ade baby kecik nanti lagi byk kite nak gune cuti..mane demam die kang, batuk selsema die kang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya bos takkan baca la blog ni. abislah kantoi segala aktiviti ku nnt. hihi.

      cuti tu mmg tengah berjimat2 sangat ni. tu yang gagah jugak dtg opis walaupun manjang lambat atau balik awal.

      Delete
  3. babe nnt add aku kt blog lg satu tu nk bace gak

    weengobu@gmail.com

    tq

    ReplyDelete
  4. Salam hai. Alhamdulillah tu maknanya bos tu memahami mommy to be ni .ehehhe. awak dlm boglist tasha ye n done follow.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye tasha..thanks for singgah. u too dalam my blog list :)

      Delete
  5. babe..gile baik bos ko cujen hihi,eh ade blog satu lagi?add please nmmy84@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan aku dah invite ko ke? rasanya macam dah. takpe, invite sekali lagi nnt k.

      Delete
  6. invite aku jugak. khaleda84@gmail.com

    ReplyDelete
  7. saya nak baca blog journey to motherhood bleh

    ReplyDelete
  8. hai Cujen, tahniah, akhirnya... pregnant juga... Alhamdulillah... TTC lame yea? same la...
    rezeki kita... moga dipermudahkan sampai melahirkan.. take care Cujen, dok P15 kat lorong brape dear?

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..