Tuesday, February 11, 2014

Tembikai dan Kehamilan. Ok ke?


Ni gambar tembikai yang aku upload kat IG aku weekend lepas. Semenjak dua menjak ni aku memang hantu tembikai, eh bukan semenjak dua menjak ni je, memang dari dulu aku suka tembikai. Tambah bila pregnant ni, aku lagi suka makan tembikai sebab bila makan tembikai je aku rasa ok. Means bila makan tembikai je aku takde rasa loya nak muntah or whatever. Lagi satu, tembikai ni je yang buat aku tak angin. Makanan lain yang aku makan sume buatkan aku angin. Bila makan tembikai je, perut aku rasa ok. So memang aku standby je la tembikai dalam peti ais. Kadang-kadang tu, aku tak lalu nak makan pape, so tembikai ni je la jadi penyelamat.

Tapi, tiba-tiba ada orang komen kat IG aku, tembikai ni tak elok untuk ibu mengandung. Katanya boleh sebabkan baby jaundice. Ok, aku bab pantang larang ibu mengandung ni banyak yang aku tak tau. Maklumlah first time mengandung. Aku ikut tekak dan perut aku je la. Yang mana aku boleh telan, itu yang aku makan. Kalau ikut pantang larang, macam banyak benda je tak boleh makan. Durian la, nescafe la. Tapi aku makan je cuma kurangkan kuantiti je. Ye la, bila mengandung ni selera makan pun tak memberansangkan sangat. Jadi apa yang aku teringin dan boleh makan, aku balun je semua. Tapi tu la, bila orang kata tak elok itu ini, aku jadi cam tak best pulak. Orang tu kata, doktor yang cakap tak boleh makan tembikai nanti baby jaundice. So kalau doktor yang cakap, kira fakta la ye?

Aku try google, Tembikai dan Kehamilan. Tapi hasil google aku cakap lain pulak. Ni hasil-hasil dari penggooglelan aku ;





Ok banyak lagi sebenarnya. Tapi aku bagi 4 tu je la. Korang boleh google sendiri. So hasil dari pencarian google, boleh dikatakan semua kata buah tembikai tu elok je untuk ibu mengandung. Ok aku dah terkonpius kat sini. Ye la, google ni bukan boleh dipercayai sangat. Banyak copy paste je. Hadith tu pun aku tak pasti kesahihannya. Hamba Allah yang komen tu pun kata, doktor yang cakap tembikai tak elok. Haih, konpius mak. Dah la buah tembikai je aku boleh makan tanpa takut-takut sekarang ni. Sekali ade pulak yang kata tak ok.

So mommies-mommies yang berpengalaman, boleh tak share kat aku. Boleh ke tidak makan tembikai masa mengandung. Ikut hati aku, memang aku balun je semua selagi aku makan tak muntah. Tapi bila orang cakap camtu takut-takut jugak la. Hihihi. Kot la korang ade pengalaman jadi hantu tembikai masa mengandung, pastu kuar anak jaundice ke apa. Sila komen ok.

17 comments:

  1. Assalamualaikum dear. sheila ada masuk satu group mom-to-be kat fb.. kat situ macam2 diorang share. rasanya pasal tembikai ni pernah juga dengar. depa kata tak elok.. ntahlah. tak pasti.. saya memang kurang makan buah ni. hehehee. sebab tak suka kerap masuk jamban..

    awak ada fb? cuba add group ni :- https://www.facebook.com/groups/349450955167815/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasal review blog tu, dah lama habis la yangg. sorry sangat. skrg ni sy tinggal 10 blog untuk direview je. hehee dulu buat segmen ni sampai 100 penyertaan. Nak nangis kot habiskan review tu. hihiiiiii

      Delete
  2. sy pun hantu tembikai, tp bukan tembikai merah ni.. tembikai susu.. sehari blh hbs sebiji.. xde lak dgr klu makan tembikai menggila ni xelok ke apa.. bila jmpa nurse, diorg ok je xde kata pape.. hurmmm

    ReplyDelete
  3. Masa pregnant saya suka makan tembikai merah ni sebab tak suka tembikai susu..Alhamdulillah takde apa pun...Doa yang baik2 dan fikir positif je..Cuba juga dapatkan pandangan dr yea.

    ReplyDelete
  4. Rasanya pernah baca yg buah tembikai ni bagus dan Nabi galakkan makan buah tembikai...wallahualam

    ReplyDelete
  5. Rasulullah SURUH ibu mengandung makan tembikai.
    Ada hadis tu. nnt u cari. ke dah ade kat link2 u letak atas ni/. heheh sori tak klik.
    sorry tapi my pendapat is, yang kata tembikai tak elok utk ibu mengandung hanyalah bid'ah org tua2. i trust whatever Rasulullah ckp, kalau Rasulullah kate bagus, maka BAGUS lah. rugi kalau tak makan :D
    - rasulullah kata kalau nak anak cerdik pandai, makanlah tembikai. - i think whatever u eat masa mengandung kalau moderate, tidak terlalu banyak, sederhana je, insyallah takde apa2. kalau setakat sepotong buah tembikai insyallah tak memudaratkan..kalau makan 10 bijik tembikai baru la ade effect kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Correct! Rasullulah suh mkn tembikai. I pon makan. Noktah.

      Delete
  6. cait! kecur tgk tembikai mak yong!! sabtu ni gi pasar beli tembikai la jugak kakaakakakaa..

    erm tak penah lak dgr....akak pun mase peknen dulu suke makan tembikai...lagi2 sejuk2kan siap dlm esbok...hadoiyai nyamannye...dah le mase pregnant kite punye badan panas semacam....dpt tembikak sejuk2 mmg nikmat tak terkata lah!

    ReplyDelete
  7. ok je cujen. tapi berjaga jaga jela. sebab kalau tak silap i, tembikai ni pon tak berapa bagus utk wanita actually. pasal apa i tak sure la. ada kwn i ckp, tembikai tu sejuk, then bila dia masuk kat perut kita jadi panas. hahahaha. lantak situ. lucky i tak berapa gemar buah tembikai ni. ttg durian tu, masa trimester 1st, i makan je sebab terhingin. tapi takuit gak. so solution, i minum air masak bebyk. now i dh trimester 3rd. good luck for u cujen. kalau nk dgr ckp org, matiks la weh. just fikir je mana yg baik n mana yg buruk. kalo rasa dh terlebih makan something yg org ckp x elok, u kurangkan je and cr alternative lain. yelah, anak first kan. i paham.

    ReplyDelete
  8. saya rasa tembikai xda masalah.Cume effect takut sejuk je kot.Tembikai kan sejuk ;)

    ReplyDelete
  9. Mkn je byk2 xpe..lg byk lg bgus...senang lawas..alhamdulillah sy lahir twin ok n xde prob... Sy slalu mkn pagi b4 time perut kosong bru mkn xmuntah2 alahan...start dari awal pregnant smpi nk bersalin.. Part hadith kate lahir anak yg wajah elok pon cm btol...sy n hubby xde la putih lawo..tp baby mmg putih n comel...

    ReplyDelete
  10. Lega jumpe post ni, sy pn category hantu tembikai.. tp akak2 kt opis ni bising ckp x elok utk org mengandung. tp doc ckp, ibu mengandung elok ambil makanan yg sejuk, nnt ms bersalin br ambil makanan panas. So kte enjoy je la mkn sejuk2 ni. Ptg ni nk mkn ABC pulak la.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Tembikai ok je unk ibu nngandung...
    Tp biasa la... apa2 pun dlm Islam kita kne sntiasa bersederhana...
    Dan mkn buah itu 10 minit sblum mkn nasi ye.. ^_^

    ReplyDelete
  12. Sy masa pregnant pun makan buah tembikai...alhamdulillah anak saya xde mengalami masalah kulit, takde ruam2, xde alahan ape2...kulit dia bersih masa lahir sampai skrg....kuning pun takde...sy rasa ok je mkn tembikai ni...

    ReplyDelete
  13. Sy masa pregnant pun makan buah tembikai...alhamdulillah anak saya xde mengalami masalah kulit, takde ruam2, xde alahan ape2...kulit dia bersih masa lahir sampai skrg....kuning pun takde...sy rasa ok je mkn tembikai ni...

    ReplyDelete
  14. saya pon sejak hamil.ni kira nk.minum tembikai dan air kelapa.ja..xtahu kenapa..rsa tekak ni air tu ja yg sdp...boleh dikatakan hari2 la..ada yg ckp jgn mkn tembikai byk nt ank mudah dapat penat..btul ke...

    ReplyDelete
  15. saya pon sejak hamil.ni kira nk.minum tembikai dan air kelapa.ja..xtahu kenapa..rsa tekak ni air tu ja yg sdp...boleh dikatakan hari2 la..ada yg ckp jgn mkn tembikai byk nt ank mudah dapat penat..btul ke...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..