Monday, March 24, 2014

Cerita Hujung Minggu #2

Weekend yang sangat memenatkan sebab 2 hari lepas aktiviti aku laki bini penuh dengan berjalan je. Hari Sabtu pegi kenduri kawen officemate Masran. Yang bestnya anak akak officemate Masran tu kawen dengan orang kampung aku. Adik kepada abang angkat aku dulu kat kampung. Masa tengok kad kawen tu, aku rasa cam kenal je nama ni. Alamat dah sah-sah la Kg Bukit Kangkar. Sekali bila tengok nama bapak sama, baru aku perasan. Tapi adik dia tu aku tak rapat la. kenal-kenal gitu je. Aku rapat dengan abang dia dulu. Kecik je dunia ni kan. Pusing-pusing jumpa jugak. Hehehe.

Get ready pergi kenduri.

Stress aku memikirkan nak pakai baju apa gi kenduri. Selongkar punya selongkar nasib baik jumpa baju yang tak pernah pakai sebelum ni. Mix and match je. Kebaya lace tu masa beli hari tu, aku langsung tak pakai sebab rasa cam geli berambu ramba camtu. Tapi disebabkan dress yang aku pakai tu sleeveless terpaksa lah cari baju tuk cover. Gigih kau selongkar almari. Nasib baik jumpa. Sekali pakai eh, rasa cantik pulak baju ni. Hikhik. Ramai komen kata tak nampak perut aku. Memang pun sebab baju ni besar sket kat bahagian perut tu. So tak berapa nampak la perut aku yang comel cinonet tu walaupun dah masuk 6 bulan. 

Muka yang sedia tembam, dah bertambah tembam. Sobsss.

Mau tak tembam kalau akan banyak cam ni.  Ni lom campur desert lagi ni.
Aku memang suka makan lauk kenduri. 
Korang kalau wat kenduri, jemput-jemput la aku. Hehe.

Balik kenduri dari cheras, bergegas pegi PICC kononnya nak pergi baby expo nak cari barang baby. Tapi expo nya bosan sangat okey. Takde pape yang menarik perhatian aku pun. Penat je pergi. Aku cuma beli backpack tuk letak barang baby je. Frust punya pasal aku plan nak shopping kat Alamanda je la. Elok je kitaorang masuk parking Alamanda, tetiba aku teringat kedai baby Manjaku kat bangi. Terus zaaaasss ajak laki aku gi sana padahal dah masuk parking. Tak masal je bayo parking free RM2 hengget. Cissss. Salah aku le, baru teringat pasal Manjaku tu. Lagipun senang, kat situ sume ada. 

Aku pun tak pernah pergi. Sekali masuk, mak oi besar jugak Manjaku bangi ni. Blur kejap sebab teruja tak tau nak beli apa. Hahahaha. List dah bawak tapi sume benda pun comel rasa nak beli. Lama jugak aku terpusing-pusing dalam tu. Kalau tak bawak list, konpom over bajet. 

Balik dari Manjaku tu, bergegas pulak balik Selayang. Laki aku la ajak balik sebab nak gi beli TV baru kat selayang. TV aku boleh pulak time-time camni buat hal. Actually dah lama dah TV kat rumah aku tu buat hal, maklumlah TV pun dah dekat 5-6 tahun. Haruslah macam-macam ragam. Last-last sekali Jumaat lepas terus tak boleh on dah. Sabo je la. Nak gi beli kat Selayang sebab murah. Mak mertua aku dah biasa ngan kedai tu, so boleh dapat murah la. Nak amek dulu bayo kemudian pun takpe. Kitaorang plan mula-mula nak amek dulu la, bayo lepas gaji nanti. Sekali mak mertua aku offer bayarkan dulu. Nanti bayar kat dia je. Hikhik. Legaaaaa kami. Boleh la laki aku layan drama feveret dia tu, Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Sebab tu la dia mati kutu bila tv rosak. Nanti tak dapat tengok Abang Jebat ngan Dik Mas dia tu. Aku memang takde hal pun kalau takde TV. Janji laptop ngan internet ada. ^_^

Esoknya pulak, pagi-pagi dah pergi Ikea. Plan asal nak beli drawer tuk letak baju baby. Aku dah beli satu drawer tapi mengada nak 2, macam banyak sangat je barang baby. Sekali pergi Ikea, tengok wardrobe lagi murah dari drawer. So terus la aku amek wardrobe. Tak jadi beli drawer. Dah la masa beli tu tak fikir nak bawak balik macam mana. Nasib baik la muat nok. Ko bayangkan la myvi aku tu penuh dengan barang-barang yang shopping kat Manjaku tu, pastu dengan TV 39 inci lagi. Tambah pulak wardrobe, meja komputer ngan barang-barang2 lain yang beli kat Ikea tu. Nasib baik la laki aku pandai ejas. Boleh muat sume menatang tu dalam Myvi. Hebat myvi aku ni. 


Ni belum masuk barang2 lain-lain lagi.

Terpaksalah aku duduk sempit-sempit kat belakang.

Balik dari Ikea tu tak sabar-sabar terus pasang. Bukan aku la, laki aku yang buat. Tapi sebelum dia pasang tu, aku siap-siap kemas dulu bilik dan hall atas. Kang kalau sepah2 kang ilang pulak mood dia nak tolong pasang. Aku sempat duduk kejap je ilangkan penat. Lepas tu terus kemas-kemas. Mula-mula pasang TV dulu. Gigih laki aku nak pasang TV dia dulu. Takpe, ikut kan je la. Kang aku nak mintak tolong pasangkan meja komputer dengan wardrobe pulak. 




Sampai ke malam jugak menyiapkan semuanya. Tak sempat nak amek gambar time sibuk-sibuk tu. Dah siap sume baru sempat snap gambar. Gigih jugak aku menyelongkar barang-barang baby yang dah dibeli. Dan hasilnyaaaa

Seronok ok bila dah siap macam ni.

Zoom sikit barang-barang baby. Hehe.

Ngam-ngam pulak wardrobe tu dengan drawer tu letak kat situ. Cantik je terletak. Wardrobe tu aku beli RM199. Drawer tu pulak RM299. Drawer lagi mahal dari wardrobe. Tapi berbaloi sebab boleh letak banyak barang. Sume barang baby aku letak dalam tu je. Wardrobe tu tak letak barang baby pun. Letak baju kami laki bini. Hihi. Aku tak buat pun bilik tuk baby. Semua sumbat dalam bilik aku je. Baby cot pun nanti letak dalam bilik aku je. Senang. Lagipun baby kecik lagi, tak yah nak bilik sendiri sangat. Bukan guna pun. Setahun ni share je dengan mummy n ayah k. Dah beso sikit nanti baru mummy deco2 bilik awak k baby. Cerita pasal barang n bilik baby ni nanti aku cerita next entry la ye.

Punyalah penat malam tadi, sampai masa nak tido tu boleh rasa gigil-gigil kaki aku. Haruslah laki ai jadi mangsa kena urutkan kaki walapun sebenarnya sama-sama penat. Hihihi. 




8 comments:

  1. Assalamualaikum cujen. wahh banyak dah beli barang baby. hehehe bestnya beli wardrobe dengan drawer baru.. ni barang semua beli dekat kedai manjaku ke? sheila masuk manjaku, terasa mahal la. selalu pergi fiffy je atau beli online. Tapi sekarang dah ada port baru beli barang baby borong dan murah, pergi GM Klang. Terbaik tau. hahaha dah pergi last week. Mujur gaji tak keluar lagi, beli sikit dulu.. lepaskan gian je. hiewhiew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah sambil menabung sini.. serius tak nampak baby bump awak. hehehe pandai sorok ye ;p

      Delete
    2. gi manjaku beli barang2 macam toiletries je... macam baju botol susu mmg cari online sbb murah sket...

      baju tu besar la awk... sbb tu tak nampak perut kita..hehe

      Delete
    3. assalamualaikum.. sorry terlupa nak masukkan link blog awak dalam bloglist preggymom 2014 tu. hehe mujur awak ingatkan .. hiiiihiii beli kat GM Klang, lagi best awak.. nyesal beli online. lagi murah borong kat GM Klang tu...

      singgah menabung SG airlines~~~

      Delete
  2. Replies
    1. ikut scan hari tu bbygirl... tapi kalau bby boy pun, redho je la pakai pinky2... hihi

      Delete
  3. Cute gila brg2 baby kan.. x sabar nak beli. Hik3.. manjaku bangi tu dekat je ngan rumah sy..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..