Wednesday, March 19, 2014

Frust Sangat!



Apa kaitan jam dengan frust? Ok ni aku nak cerita pasal jam tangan aku. Actually aku bukan peminat jam pun.  Jam aku pun tak banyak, ade 4 je. Last beli jam pun rasanya 3 tahun lepas. Lagipun aku bukan jenis suka sangat tukar-tukar pakai jam ikut baju ke apa. Asalkan ada jam. Selalunya bila jam aku habis bateri, aku pakai je jam mana yang ada bateri. Sampai la tak silap aku start tahun lepas kot. Semua jam aku dah habis bateri. Aku pulak bila dah habis bateri malas nak pakai. So simpan je dalam almari. Sampai berbulan-bulan lamanya. 

Sampai la semalam, tetiba tergerak hati nak bawak jam aku tu semua gi tukar bateri. Angkut la semua keempat-empat jam aku tu. 

Malangnyaaaaaaaaaaaaaaaa, orang kedai tu cakap jam aku dah rosak. Dia kata, jam kalau habis bateri, jangan biarkan lama-lama. Nanti asid dari bateri tu akan rosakkan motor jam tu. Kalau motor rosak, nak ganti memang mahal. Jam Casio Sheen aku tu kalau nak tukar motor, mau 300-400.  Huwaaaaaaaa!! Kenapa aku tak pernah tau pun pasal benda ni??? Sepanjang hidup aku tak pernah pun orang bagitau macam tu. Selama beli jam kat kedai pun, takde orang kedai pesan macam tu. I is sad ok!!!! Dah la semua jam aku tu mahal. Mahal la pada aku. 3 dari 4 jam aku tu dah rosak motor nya. Ganti bateri pun tak guna dah sebab dah tak jalan pun. Satu je yang masih elok. Jam Guess yang beli masa hantaran. Sedih ok. Aku paling sayang Casio Sheen aku tu sebab tu jam paling mahal pernah aku beli. Hehehe. Yang Fossil tu sayang jugak sebab cantik. Jam Elle tu kalau rosak pun tak terkilan sangat sebab dah lama sangat pun jam tu. Aku beli masa mula-mula kerja dulu. Hmm, nak buat cemana. takde rezeki nampaknya. Ada duit lebih nanti beli baru je la jawabnya.

So korang, kalau bateri jam korang dah habis, jangan simpan lama-lama. Nanti jadi cam aku, habis rosak semua. Bawak-bawak la gi ganti bateri secepat mungkin.

Ok la, aku nak berkabung seminggu sempena kehilangan 3 utas jam tangan aku. Sobs!

2 comments:

  1. Assalamualaikum cujen.. yeker? sheila pun baru tahu info ni.. sheila memang takda beli jam mahal2 gini. hehe tak suka pakai jam tangan sebenarnya. hihii selamat tengahari singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  2. Memang la rosak...sayangnye...nape xkuarkan baterinya masa dh habis tu??? alahai...aku yg tgok jamp tu pon terkilan...lawa2 plak tu... nasib aku jenis xpakai jam.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..