Thursday, March 6, 2014

Mawar Putih Tanda Perpisahan

Ok mungkin ramai yang dah tengok drama ni. Aku je yang terlambat tengok sebab aku memang jarang sangat tengok drama melayu. Ye la ko tau je la drama melayu sekarang ni. Dengan tajuk tah hape-hape. Lepas tu cerita tak habis-habis pasal kawen terpaksa, tak kenal, mula-mula benci gaduh-gaduh, lepas tu jatuh cinta. Semua jalan cerita sama je, pelakon dengan tajuk je lain. Bosan hokey!!

Tapi cerita Mawar Putih Tanda Perpisahan ni best sangat. Ok, jalan cerita mungkin sama pasal kawen terpaksa, i mean kawen bukan sebab cinta. Tapi pengisian dalam drama ni beza sangat dengan drama melayu lain. Drama ni ada sedih, sweet dan kelakar jugak. Korang takkan jumpa la scene yang acah-acah sweet kononnya tapi kita tgk rasa nak muntah. Takde hokey. Scene sweet antara Dahlia dan Sudin memang korang akan terasa ke'sweet'annya. Lagi satu takde la scene makhluk-makluk jahat yang dengki dengan pasangan ni. Ada tu ade, tapi bukan macam dalam drama-drama yang biasa ko tengok tu. Kalau dah jahat, jahat sangat sampai tak logik pulak cerita tu. Dalam drama ni semua scene akan terkesan kat hati ko. Suka tengok lakonan Nad Zainal yang jadi naif dan tak tau apa-apa pasal rumahtangga dan lakonan Rosyam Nor sebagai suami yang bertanggungjawab dan buat apa je untuk isteri dia. Macam tu la baru sweet. Bukan acah-acah sweet dok bergurau laki bini kat meja makan, atau bertepuk tampar tak tentu pasal. Memang ko tak jumpa scene tu dalam drama ni.

Drama ni pun dah menang drama terbaik dalam Anugerah Skrin yang lepas. So siapa yang belum tengok tu, aku sarankan korang tengok la drama ni. Rugi rasanya kalau korang tak dapat tengok drama yang berkualiti macam ni. Dengan pelakon yang hebat, lagu OST best, jalan cerita dan semua nya la best. Aku pun tengok ulangan je kat astro. Korang tunggu je la kalau astro ade ulang balik cerita ni. Takpun korang download la kat mana-mana. Google je, mesti jumpa. 

Aku tak reti nak describe lebih-lebih. So aku paste kan je la sisnopsis, lagu OST dan gambar-gambar dari drama ni. 





Sinopsis:
 Mengisahkan Sudin, lelaki pertengahan umur yang masih belum berkahwin. Dia bekerja sebagai nelayan dan tinggal bersama ibunya yang uzur di kampung. Kelebihan Sudin ialah dia amat mahir dalam kaligrafi Jawi. Kehidupannya berubah selepas kematian ibunya. Hidupnya kini sunyi tanpa sesiapa di sisi.
Pak Mail,jiran Sudin yang juga kawan baik arwah ayahnya memujuk Sudin untuk mengahwini anaknya Dahlia yang baru saja menduduki SPM.Alasannya dia mahu meringankan beban yang ditanggungnya. Sudin setuju dengan permintaan pak Mail dan bermula la kehidupan baru Sudin dan Dahlia. Pada awalnya Sudin dan Dahlia saling kekok dan mereka jarang berkomunikasi. Sudin sanggup lakukan apa sahaja asalkan Dahlia bahagai. Dia tak kisah melakukan kerja rumah seperti memasak,mengemas dll. Selepas beberapa minggu, Dahlia mula menerima suaminya.
Suatu hari, Dahlia menerima khabar dari orang kampung yang Sudin hilang di laut dan botnya karam. Orang kampung menemui dua mayat terapung. Namun tiada berita tentang Sudin mahupun mayatnya dijumpai.    Dahlia masih percaya suaminya Sudin masih hidup dan dia setia menunggu Sudin setiap hari ditemani dengan diari suaminya yang ditulis dalam Jawi. Dahlia tidak memahami apa yang ditulis,memandangkan dia tidak pandai membaca Jawi.
Setelah lama melawan perasaannya, Dahlia akhirnya membuat keputusan. Diari Sudin diletakkan dalam plastik dan dibuang ke laut. Dia menerimanya takdirnya dan redha yang Sudin telah tiada. Saksikan kesudahannya..bagaimana Dahlia meneruskan kehidupannya tanpa Sudin-suami yang dicintainya.







Ni lagu OST Mawar Putih Tanda Perpisahan

Ending cerita ni memang sedih la. Aku tengok pun berjujuran jugak la air mata. Tak puas hati pun ade. Hihihi. Kalau boleh nak happy ending je. Tapi disebabkan sad ending la drama ni meninggalkan kesan yang mendalam. Gitewwwww. Ok dah boleh pegi download sekarang.


LINK DOWNLOAD

3 comments:

  1. Assalamualaikum awak.. ohh haritu tengok cerita ni separuh jalan je. hahahaa tak berapa paham sebab nak dekat ending baru tengok. kuikuiiii ;p

    ReplyDelete
  2. best citer ni..tapi dah lame trngok ...sedey endingnye...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..