Monday, April 14, 2014

2 days MC.


Mata kelip-kelip, mulut muncung and wat peace! Hikhikhik. Ingat best sangat ke dapat MC ni. Best la sebab tak payah gi kerja, tapi dok rumah pun melepek terbaring tak guna jugak. Nak wat cemana, masuk 7 bulan pregnant ni, mabuk-mabuk tu datang balik. Stress betul aku dibuatnya. Kali ni takde la muntah-muntah sangat waktu pagi, tapi rasa loya n angin tu 24 jam hokey. Malam tadi paling worst sebab aku tak boleh tido sampai kul 4 pagi. Asal baring je, terus rasa sisa makanan tu naik ke tekak macam nak terkeluar balik. Ko tau, rasa macam nak sendawa tapi tak keluar tu. Dua kali masa tido tu aku tersedak nak muntah. Sudahnya kul 4 tak tido-tido. Aku tak ingat tah bila masa aku tido. Yang pasti aku terjaga kul 9, terus hantar sms kat boss cakap nak masuk lambat sikit. Memang niat aku nak kerja hari ni, sebab minggu lepas dua hari dah tak kerja. Mati la kalau asik amek cuti je. Kang belum sampai setengah tahun cuti dah habis. Lepas hantar sms kat boss tu aku tetido balik. Rupanya boss ada reply msg aku soh amek mc je so boleh berehat kat rumah. Jarang-jarang boss reply msg aku sebenarnya. Tu yang pelik sket. Tapi aku baca msg dah kul 12 sebab kul 12 baru terbangun balik. Sengaja aku tak nak bangun nanti asik nak muntah je. Tapi aku fikir-fikir balik betul jugak cakap boss aku tu, kalau dah tak sihat gi la jumpa dr amek mc. Aku pun tak tau kenapa aku malas sangat nak gi klinik. Sebenarnya aku malas nak bergerak. Malas nak drive, nak baring je kat rumah. Tapi kang rugi pulak cuti aku. So gagahkan diri jugak la pegi klinik. Terus terang je aku cakap kat dr tu, yang aku memang tak larat sebab mabuk, so nak mintak MC nak rehat kat rumah. Ye la, sakit mabuk mengandung ni bukan ada ubat pun. Balik-balik ubat tahan muntah je la yang dr bagi. Ubat tu pun sebenarnya dah takde kesan kat aku ni. Kalau nak muntah tu, dia muntah jugak la. Makan la sepapan pun ubat tahan muntah tu. Nasib baik la dr memahami, tak banyak cakap, bagi je MC. Alang-alang tu aku mintak je la 2 hari terus. Tapi sebenarnya kalau dr bagi MC setahun pun bukan ilang mabuk ni. Tapi takpelah, dari aku kejap kang ilang je kat opis tu, baik aku MC je. Ni tak, gi keje kul 10 pagi. Kang kul 3 aku dah berambus balik rumah. Macam opis bapak aku punya. Tapi serius la sebenarnya kalau dah tak larat tu, cakap la apa pun memang ko tak larat rasa nak baring je kat rumah. Aku ni sampai tahap dah tak pedulik dah kalau bos nak marah pun. Bila aku rasa tak best je, terus je balik rumah. Tapi nasib baik la dapat bos baik. Kalau dapat bos yang cerewet dan berkira, mati aku. Tapi kesian jugak la boss aku dapat PA camni. Sabar ye boss, saya janji pas bersalin nnt sy ganti la balik waktu-waktu kerja yang saya ngelat tu. Pas cuti bersalin nnt, saya janji takde datang lewat lagi. Promise!! Hehe, macam la boss baca blog aku ni. 

Ok la sekian je luahan perasaan dari mak buyung yang stress. 

Ni gambar masa 10 weeks pregnant. Serabai. Sekarang ni lagi serabai dr gambar ni.
Bertabah la. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum awak. bertabahlah. sheila pun dah start mual2 ni. adehh kemalasan tahap dewa dah sekarang. last week cuti kerja sampai 3 hari. punyalah makin tak larat skrg. awak jaga diri baik2 ye. hehe singgah menabung sini~~~

    ReplyDelete
  2. Kak cujen...kita mengalami situasi yang sama... on off je dtg keje...datang keje pun sukahati...balik pun sukahati...hehehe... saya memahami akak... rasa nak cuti trus aje sebelum bsalin ni.. mmg tak terdaya kan dah hujung2 ni..rasa nak tido aje kat rmh...

    ReplyDelete
  3. kak cujenn....ptt la kite kol opis xangkat.hehee.anyway selamat berehat.nnti kite kol balik yer.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..