Tuesday, April 22, 2014

BBQ @ Villa Atok Abah.

Rasanya ini first time Keluarga Rahman buat makan-makan BBQ macam ni. Kalau kenduri tu memang selalu la buat. Tapi BBQ makan-makan tak formal macam ni jarang-jarang berlaku. BTW, Keluarga Rahman tu family besar aku belah bapak aku. Rahman tu nama atok abah aku. So Villa Atok Abah tu sebenarnya rumah atok aku la yang kat Muo tu. Hehehe. Saje je diorang bagi nama Villa Atok Abah. Barulah kerlasssss kan. 

BBQ ni disponsor oleh Pak Anjang & Mak Anjang aku. Kitaorang datang bawak perut je. Hihihi. Walaupun tak ramai ahli keluarga yang balik, tapi meriah jugak la. Kalau semua balik, mau pecah rumah atok aku tu. Ye la, keluarga Rahman ni memang besar. Atok aku ada 10 orang anak, 48 cucu & 14 orang cicit. Ni cicit pun coming soon tambah lagi 3 orang. Bayangkan la betapa meriahnya kalau semua berkumpul. Tapi tu la, sekarang ni nak berkumpul semua orang ada memang payah sikit. Masing-masing duduk jauh n ada komitmen sendiri.

Ok la malas nak bebel panjang, jom layan cerita bergambar.

Kenalkan ni la atok abah aku. Pakai baju belang-belang tu Pak Ngah aku.




Hero-hero semua dikerah tenaga tuk tugas bakar membakar.



Mak buyung tukang QC je.




Sebelum makan, kita baca yasin, tahlil dan doa dulu.


Celebrate birthday Pak Ngah n Makni


Alololo romantiknya. Pak Ngah & Mak Ngah. Yang tukang potong kek tu la Mak Anjang aku @ Makni.
Kek tu dia buat sendiri ok. Tokey kek. Nak tempah boleh la.



Red Velvet n apa tah nama kek satu lagi ni. Tapi sedap ya amat.


Now boleh la nak makan-makan. Ade nasi lemak, ayam bakar, ikan bakar sotong goreng tepung. 
Makan la sampai kenyang.



Nak dok luar, dok dapur dok depan sume boleh. Umah atok beso takyah gado-gado.





Lepas makan semua melengko depan TV. Masa tengah dok melengko tu ler berlaku kejadian tak diingini. Tiba-tiba adik aku jerit "lipannnn! lipannnnnn!!" Aku pulak masa dengo adik aku jerit tu, memang aku dah tak fikir pape dah. Fikir nak selamatkan diri je sebab aku ingatkan lipan tu dekat ngan aku. Meluru aku lari sambil pegang perut siap jerit2 macam orang gila. Hahahaha. Rupanya lipan tu dah jalan ke depan. Mana la aku tau, sebab aku membelangkangkan adik aku masa dia jerit tu. Sepupu2 ngan makcik aku dok gelak je sebab heran kenapa aku beria sangat lari. Diorang sume relax je tak berganjak pun dari tempat diorang. Cehhhh! Rupanya masa adik aku jerit tu, diorang dah nampak lipan tu bergerak nak masuk hall depan. Kitaorang sume kat hall tengah. Tapi agak mencemaskan jugak la sebab masa tu adik aku yang Sarah tu tengah sedap tido kat depan tu. Lipan tu masuk bawah tilam dia. Bergegas adik aku yang lain nak selamatkan dia. Sekali dia boleh blur2 la siap nak tido balik kat situ padahal lipan ada bawah tilam. Lipan ok, bukan lipas. Kalau kena gigit, boleh koma seminggu wooo. Besar gila kot lipan tu. Lipan bara yang kaler merah tu. Aku tengok pun seram. Kecoh gila la masa tu. Nasib baik tindakan pantas sepupu aku gi amek Ridsect nak spraay kat lipan tu. Tapi tak mati pun, last-last dia ketuk je lipan tu ngan botol ridsect tu. Hmm, tamatlah riwayat lipan tu. Laki aku tak berani nak bunuh-bunuh binatang ni sebab aku kan tengah pregnant. Boleh tak masa sepupu aku nak ketuk lipan tu dia jerit jangan jangan. Tapi ye la nak buat cemana, lipan tu kan bahaya. Lagipun semua tengah panik masa tu. Kesian la lipan tu masuk wrong timing time orang tengah ramai camni. Kebetulan pulak adik aku boleh nampak lipan tu masuk rumah. Tapi agaknya kalau adik aku tak nampak, silap2 masa tido lipan tu naik atas badan aku. seramnyeeeeeeeeee! Aku dah la fobia dengan binatang banyak kaki cam lipan tu. Nak pulak bila dah ramai-ramai kat rumah atok tu, memang sume tido kat bawah je la bentang tilam. Tido lambak orang johor kata. Bahaya woooo! 

Tapi situasi tu memang lawak la. Lepas tu sume dok pakat gelakkan aku sebab aku je yang beria lari n jerit cam orang meroyan. Hihihi. Dah lama tak alami situasi kecoh macam tu. Rumah atok aku memang selalu lipan masuk. Dulu-dulu masa aku dok rumah atok kali, berapa kali lipan masuk. Memang dah tak heran pun dengan lipan ni.  Kadang2 biawak besar buaya pun penah masuk rumah. Ular tedung pun pernah. Tapi belum pernah la terjadi kejadian-kejadian buruk disebabkan kehadiran makhluk2 berbisa camtu. 

Ok itu je kisah BBQ @ Villa Atok Abah. Lepas ni boleh plan Family Day untuk Keluarga Rahman pulak. 


3 comments:

  1. Lahh lapar pulak tgk makanan tu hehehe.
    Btw btol time prgnant ni mcm2 pantang larang. Hati2 ok cujen

    ReplyDelete
  2. perghhh akak tgk pic ko, terus terbau2 asap bbq tu....nyumm sedapnyeeee...lagi2 ramai2 gini....

    kalo akak pun sure mcm cujen, lipan kemain jauh jalannye, aku dah melolong2 menjerit sambil lari....over takutnye hahaahahaha.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cujen, wahh baby bump dah nampak. hehe bahaya lipan wehhh. jangan buat main. sheila pantang nampak, mesti nak bunuh. takut nanti kena gigitan dia. hihihii bestnya berkumpul ramai2 camni. singgah menabung lenovo sini. take care mommy ~~~

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..