Thursday, April 10, 2014

Desa Kaloi Farmhouse Homestay.

Ni cerita lama masa New Year hari tu baru je nak up kat blog. Hehehe. Biasalah aku, tunggu mood baru nak update. Ni pun nasib teringat. Kalau tak manjang lupa je. So hari ni aku nak share kat korang tempat baik punya kalau korang-korang semua ada plan nak berkumpul sesama family atau kengkawan sambil-sambil nak BBQ. Mana la tau rumah korang sempit ke atau memang saja tak nak sepahkan rumah, so boleh la pergi ke Desa Kaloi Homestay ni. Tempat ni pun tak jauh dari KL, kat Ulu Yam je. 

Apa yang aku suka tentang Desa Kaloi Homestay ni sebab ;

1. Lokasi tak jauh dari KL. So kalau nak buat gathering pun semua kawan-kawan boleh join. Sebab dekat, so kos perjalanan tu kira jimat la.

2. Kawasan homestay yang tenang dan damai. Desa Kaloi Homestay ni kat dalam kawasan kampung, jadi jauh la dari hiruk pikuk kekalutan KL tu. Cewah! Hihihi. Tapi kalau korang jenis yang suka tempat-tempat happening, maybe kawasan camni tak sesuai la tuk korang. Tapi kitaorang ok je. Sebab kawan-kawan pun dah happening, so tak perlu kan tempat yang happening sangat la. 

3. Rumah Homestay yang sangat luas, bersih dan cantik! Perabot-perabot kat dalam rumah memang kelas weh. Takde la macam homestay-homestay lain kerusi pun ala-ala nak terbarai atau cadar yang macam setahun tak basuh. Memang korang tak jumpa la macam tu. Kat sini sofa dia pun Lorenzo ok. Katil dan tilam dia bukan main sedap lagi. Aircond kat sume bilik ada. Ruang tamu pun ada aircond. TV pun flat screen siap ada astro lagi. Channel astro bukan cikai-cikai, ade movie and sport sume. Pendek kata korang macam bercuti di rumah sendiri la. Entah-entah rumah korang pun tak sebest homestay ni. Hihihi.

4. Datang sini, korang cuma bawak baju dan bahan-bahan masak untuk BBQ je. Segala perkakasan memasak dari sekecil-sekecil sudu sampai sebesar periuk semua dah lengkap. Tak payah la risau nak bawak pisau la, pinggan la, cawan la. Sini sume dah siap. Periuk pakai vision ok, bukan periuk cap helang tu. Yang lagi best, tempat untuk BBQ pun ade siap sume dah. 

Ok sambil-sambil tu aku jamu mata korang dengan gambar-gambar yang sempat aku snap. Citer je tanpa bukti gambar pun tak best jugak kan.








Kawasan perkarangan homestay. Luas kan? Kalau nak wat aktiviti sukaneka tuk budak-budak just nice je kat laman depan. 


Bahagian dalam pulak.




Amacam? Cantik kan? Kemas dan selesa.


Ni dalam bilik. Bilik semua katil queen lengkap dengan aircond & wardrobe. Sejadah, arah kiblat sume ada dalam bilik ni. Bilik air ada disetiap bilik. Bilik air pun besar weh. Boleh mandi 5 orang sekaligus dalam tu. Hihi


Lagi satu yang best, extra tilam dengan bantal memang banyak disediakan. Tak payah la korang susah-susah nak bawak toto atau bantal sendiri. Insyaallah sume mencukupi.  Kitaorang yang ramai2 dekat 30 orang ni pun selesa tido.



Ok jom jengah dapur pulak.


Tu dia, lengkap semua ok. Dengan peti ais besar, oven, mesin basuh 10kg siap dengan dryer lagi.

Laki aku tengah memasak :D

Ni pulak ruang untuk BBQ. Siap dengan tempat untuk masak BBQ lagi.



Aktiviti BBQ sedang berlangsung.


Tempat paling aku suka kat Desakaloi Homestay ni, tempat ni;
Verandah yang luas. Suka betul aku konsep rumah yang ada ruang open macam ni. Senang kalau nak berkumpul buat kenduri ke, makan-makan atau lepak-lepak petang-petang sambal makan pisang goreng.  Kalau lah ada tanah sendiri nanti, memang aku tiru konsep Homestay ni. 


Bentang tikar, then makan beramai-ramai kat sini. Tikar tu pun memang dah disediakan kat homestay ni.


Homestay ni takde swimming pool, tapi ada kolam buatan. Boleh la kalau korang nak memancing atau budak-budak nak mandi.





Cetek aje kolamnya. Boleh la kalau budak-budak nak mandi. Mak budak pun boleh jugak kalau nak berkubang sama.



Ni pulak kolam ikan. Nak memancing boleh la. Jangan korang berendam pulak kat dalam ni. 

Ada rusa.

Playground untuk budak-budak.


Apa lagi ek nak cerita? Rasanya tu je la kot yang korang perlu tahu. Nak tahu lebih lagi, boleh la ke sana nanti dan rasa sendiri. Kat bawah ni gambar-gambar aktiviti kitaorang je kat sana. Hehe.














Sorry guys, sume ni tak available dah. Bini-bini orang semua ni.




 Masa ni pregnant baru 12 weeks. Tengah mabuk-mabuk teruk sebenarnya.

 Group foto before left

 Nak balik dah.


Ok, sekian sahaja cerita bergambar dari saya. Cujen Doyok. Hihihi.


MORE INFO DESA KALOI FARMHOUSE HOMESTAY

2 comments:

  1. Tempat menarik ni boleh la datang gathering dengan adik beradik..Tq for sharing!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..