Friday, April 25, 2014

Supriseeeeeeee!!!

Ok ni bukan suprise rancangan deco bersama Eric. Ni suprise yang berlaku semalam. Suprise yang jarang-jarang berlaku dan perlu diabadikan di dalam blog ini. Hihihi.

Semalam laki aku balik tiba-tiba bawak hadiah. Dah la balik lambat. Biasa kalau dia balik lambat, memang dia bitau aku. Tapi semalam dia tak bagi tau pun. Aku call petang tu tak berangkat pun. Msg pun tak balas. Aku pulak konon-konon nak merajuk la sebab dia balik lambat tak bitau. Masa dengar bunyi motor dia, aku buat-buat tido. Bajet comel la macam Mastura dalam cerita BKATC nak merajuk-merajuk camtu. Chait! Aku dok je diam dalam bilik. Dia panggil-panggil, aku wat diam je. Lagipun aku kat atas masa tu, memang malas nak turun pun. Sekali aku dengar dia naik atas. Bukak pintu, then SUPRISEEEEEEEEEEEEEEEE!

Tiba-tiba bagi aku satu bungkusan besar.


Ok, aku tersuprise la jugak. Memang tak pernah-pernah laki aku ni nak buat suprise bagi-bagi hadiah secara tiba-tiba ni. Laki aku ni tau je la, bukan jenis romantik pun. Memang kalau bab hadiah-hadiah ke, dia langsung tak reti. Aku selalu gak la merungut sebab dia tak pernah wat suprise tuk aku. Tapi kali ni dia cam dah pandai sket. Hari tu birthday aku pun dia suprise. Ni tiba-tiba bagi hadiah pulak. Ribut takde, angin takde tetiba dapat hadiah. Mencurigakan ni. Hihihi. Birthday aku pun dah lepas, anniversary lambat lagi. Hadiah apa pulak ni. Dia kata saja-saja je nak bagi hadiah sebab dia kata aku suka sangat mende ni. Ah, tak kisah la hadiah sempena apa. Yang penting aku happy sebab dapat hadiah. 

Nampak tak tu muka happy. 


Ok, now kita tengok pulak apa la yang laki aku bagi tu kan. Bukan main beso lagi bungkusan. Kita tengok ye ke tak aku suka hadiah tu.

Sayang nak koyakkan bungkusan tu sebenarnya sebab jarang-jarang terjadi laki aku buat suprise. Hihihi


Tapi disebabkan ketidaksabaran mak buyung ni, terus dengan rakus koyakkan bungkusan tu.


Dan tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


























Ok ni la hadiahnya. Vintage box Union Jack. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!!!!! Hahaha, pandai laki aku pilih hadiah. Aku memang suka mende vintage & Union Jack ni. Memang dah lama aku nak beli tapi laki aku bising sebab kata membazir. Dia kata nanti benda tu buat simpan habuk je, bukan aku guna pun. Eh mestilah guna, buat perhiasan je. Hihihi. Bulan lepas aku dah beria-beria nak beli tapi laki pun beria-ia tak bagi beli. Rupanya dia dah plan nak hadiahkan je kat aku. Patutlah beria tak bagi aku beli. 

Tapi kan, bukan tu je suprise nya. Bila aku bukak box je ada satu lagi suprise ;

Tadaaaaaaa! Tetiba ada bunga.

Warghhhh tak sangka okeh. Laki aku memang tak pernah bagi bunga kat aku. Baru je hari tu aku cakap kat dia "yang, you tak pernah pun bagi bunga kat i". Masa tu laki aku ngah syok layan drama BKATC yang scene Jebat kasi bunga kat Mas tu. Yang Mas nangis masa bunga tu kena buang dengan Inspektor Ryan. Ha, masa tu la aku sound yang aku tak pernah dapat bunga dari laki aku. Hikhikhik. Agaknya dia teringat la yang aku sound tu, tu yang kasi bunga. Amboi laki aku ni, sejak layan drama BKATC ni, tiba-tiba dah pandai nak romantik-romantik sikit. Bajet cam Jebat letewwwwwwwwww! Siap ada note okey kat bunga tu.

Ha, dapat baca tak tulisan laki aku. Hihihi, terharu okey!




Pandai dah laki aku sekarang, ada kemajuan. Walaupun hadiah tak la semahal mana tapi effort dia nak buat suprise n bagi aku hadiah tu sangat la aku hargai. Aku tak kisah pun hadiah tu rega seringgit pun, janji benda yang aku suka dan yang penting dari laki aku. Bila orang yang tak pandai romantik-romantik and bagi hadiah ni sume buat camni, rare ok. Memang terharu la sangat-sangat. Ehehehe, mekasih sayang!

9 comments:

  1. Assalamualaikum cujen, wallahiiiii terbaiklah. ada improvement tu. hehehee pasni awak pula bagi suprise ke dia tau. hehhee ada give and take baru best. sheila sekali je buat suprised bagi suami. itu pun masa birthday beliau last year. hahaa tahun ni, aci buat tak kisah. Dua-dua busy buat persiapan baby. hehhee ~~~

    ReplyDelete
  2. Wah...seronokkan dpt surprise..lg2 dr husband..melayang mcm puteri rasa..hehe...seronok tgok..take care

    ReplyDelete
  3. waaa bestnye awakkk! romantikkkk laaa

    ReplyDelete
  4. Salam hai cujen. Seronoknya dpt hadiah skali skala kan heheh

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. husband eyza pun jenis yg tak romantik gak.. tapi, mana la tau lepas tgk BKATC dia pun nak berubah jd romantik cam husband u.. kan best... suka tgk u all.. sweet couple gitu..

    ReplyDelete
  6. serius! aku nangis depan pc ni kak... romantic bangat! ke pembawakan budak tiba2 nak nangis...hehehehe

    ReplyDelete
  7. olooooooooooooooo sweet sgt2..... akak tumpang hepi gak...

    berseri2 akak tgk ko peknen2 nieh...

    ReplyDelete
  8. so sweet.. kalau wawa berjurai2 ayaq mata...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..