Tuesday, May 6, 2014

Alkisah Mak Buyung Mengidam.

Malam Jumaat lepas, tekak tetiba rasa loya melampau. Bila dah rasa meloya macam tu, haruslah aku nak cari sesuatu yang manis-manis buat hilang rasa loya. Tetiba teringat puding karamel. Dapat pulak puding karamel yang sejuk. Peh!! Memang best la. Tapi dah malam-malam buta macam tu, mana nak cekau puding karamel. Paso malam pun dah tutup. 

Nak tak nak kena la buat sendiri. Ala setakat puding karamel tu, bukan susah pun. Jengah dapur tengok bahan-bahan semua cukup. Bahan pun simple je. Setakat telur, gula, susu dengan esen vanilla. Ok, cantik la. Bahan sume dah complete, so dengan konfidennya aku pun terus la menunjukkan bakat. Eksen takmo google resipi. Ala, puding karamel je kot. Tak yah nak google-google sangat la. Bukan susah punnnnnn!

Mula-mula kita hanguskan gula dulu. 5 senduk gula aku masukkan dalam periuk kecik, guna api kecik then kacau perlahan². Ok gula semakin hangus dan mencair. Kaler pun dah bertukar jadi hitam. Makin lama makin pekat. Sampailah gula tu betul² dah tukar kaler hitam. Ok, kat sini aku mula dah rasa pelik. Kenapa gula aku hitam dan pekat ek? Bukan dia akan jadi kaler brown dan cair sket ke. Tapi aku punya gula hangus ni, memang hitam dan pekat melekat. Takpe..takpe.. mungkin bila dah tuang dalam loyang nanti dia jadi la cair kot. Maybe sebab panas lagi dia pekat kot. Dah sejuk sket nanti baru ok agaknya. Ok la aku pun dengan konfiden nya, amek la penapis dengan loyang then tuangkan la gula yang aku dah hanguskan tadi dalam loyang. Guna penapis sebab konon-konon nak kasi tekstur gula tu lagi halussssss gitu. Sekali ko tau apa jadi? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bocor ok aku punya penapissss. Huwaaaaaaaaaa! Mau tak bocor kalau dah panas² menggelegak tu aku curah terus atas penapis tu. Bijak sangat kan?? Dah la tu, gula tu pulak terus melekat dan mengeras kat loyang tu. 



Hahahaha. Sila la gelakkan aku secara berjemaah. Ko tengok la rupa gula hangus tu. Memang betul-betul hangus hitam legam melekat sume ada. Sedih betul aku tangok. Tu la nak tunjuk pandai sangat kan. Eksen takmo google resipi cara-cara nak buat puding karamel. Rupanya, gula tu kena hanguskan campur dengan air sikit. Aku punya pandai, setitik air pun aku x campur. Hanguskan gula tu je. Memang pekat melekat la la jadinya. Cissssssss! Dah membazir gula 5 senduk. Dengan aku punya penapis pun jadi mangsa. Nasib la loyang ni x bocor. Kalau tak, dengan loyang-loyang pun jadi mangsa mengidam mak buyung ni. Hihihi. 

Terpaksa la buat semula gula hangus ni. Nasib baik percubaan kali kedua menjadi. 

Ni baru betul rupa gula hangus. Yang atas tu gula terbako namanya. Hihi

Akhirnya menjadi jugak la puding karamel aku. 


Tapi aku cuma makan dua slice je. Wat hilang rasa mengidam. Lepas tu terbiar sepi dalam peti ais. Susah payah buat sampai terkorban loyang dan penapis aku, last-last makan dua slice je. Mengada je namanya ni. Dah la masa nak buat aku lupa yang aku takde pengukus. Nasib baik aku kreatif. Guna periuk dengan loyang yang lubang2 tu je. Nasib baik la loyang lubang² tu ngam-ngam pulak dengan periuk tu. Kebetulan lagi, penutup rice cooker aku pun ngam-ngam boleh tutup periuk tu. Loyang isi puding tu pun ngam-ngam je boleh masuk dalam loyang lubang² tu. Boleh la jadi pengukus sementara. Ikutkan aku hampir² gak putus asa takmo buat dah puding karamel ni. 

Pengajarannya, jangan eksen sangat macam tau semua. Kalau tak tau, sila google ok. Tak kisah la setiap kali masak tengok resipi pun, janji tak membazir camni. Masak pun sebulan sekali, ade hati nak tunjuk pandai. Phui!! 

4 comments:

  1. Salam ukhuwah berblog ^_______________^
    cara penulisan tu mcam orang pahang..orang pahang ke??

    ReplyDelete
  2. mmg rajin ko mak yong.... gigih bangun buat hah.... akak mase peknen gile suke bende manis.... merase la hah minum air gula mase si mia ngan mija...pastu siap disahkan ade diabetes lagi...tapi mase dayyan mujur takde diabetes dah.... makan dah beringat katenye heheehhe

    pandai ko buat puding caramel..gebus cantik je kejadiannyer.....

    ReplyDelete
  3. Faveret ni!!
    http://nabiladevie.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Gigih nya lah , ngidam buat sendiri . Kalau YY mahu dah mencarik jugak, tak pun bersabar esok hari . Dah masuk kan awak dalam list Mommy To Be,.. jom sesama share penglaman mengandung :)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..