Monday, May 26, 2014

Jom Jimat di Mr. D.I.Y

Ok hari ni aku nak cerita pasal kedai murah yang boleh buat korang jimat banyak duit. Hehehe. Mungkin ramai dah tau kot pasal kedai ni. Aku je baru tau tahun lepas. Hihihi. Sejak tau tu, kalau ade nak beli pape mesti aku akan cari kat kedai DIY ni dulu. Kalau takde kat kedai ni, maybe aku pergi DAISO. Tapi tengok barang jugak la. Kalau nak beli barang dapo, takkan le nak ke DIY atau DAISO ye dak? 


Haaa, nak tau kenapa aku suka sangat pergi DIY ni? Sebab harga barang kat sini jauhhhhhhhh lagi murah compare dengan kedai lain. Beza banyak tu weh. Pulak tu mende yang sama sebijik sebijan, tapi harga jauh gila beza. Kedai DIY ni jual macam-macam. More to household la. Lebih kurang macam DAISO. Ade setengah barang better beli kat DAISO sebab semua barang kan RM5. Tapi ade setengah barang lagi jimat kalau beli kat DIY. Antara barang-barang yang ko boleh dapat kat kedai DIY ni

Container letak makanan. Harga memang murah. Aku beli bekas besar boleh letak tepung 2 kg baru RM3.90. Kalau nak dalam kabinet dapur korang tu elok je tersusun cantik barang-barang, boleh beli bekas-bekas makanan kat sini. Macam-macam size, macam-macam bentuk, macam-macam kaler ade.


Stainless steel pun ade. 


Alat tulis, notebook, buku kanak-kanak pun banyak. Harga RM1 pun ade tuk coloring book tu.




Mainan budak-budak pun ade.


Ni barang-barang elektrik

Ha tu la gambaran sikit-sikit apa yang ade kat kedai DIY ni. Macam-macam lagi ade sebenarnya. Ni aku bagi contoh barang-barang yang aku pernah beli kat kedai DIY ni. Korang compare la sendiri harganya nanti ye.



Ni beli tahun lepas. Banyak yang aku dah tak ingat harganya. Tapi mmg murah la.

Yang aku ingat harga table cloth tu RM15.90 dengan notebook yang ade gambar bas tu. Harga notebook yang ade gambar bas tu RM6.50 je kat DIY. Buku yang sama sebijik macam tu kat kedai S&J harganya berbelas hengget. Tak ingat berapa tapi berbelas hengget la. Kat MPH lagi mahal. Tak silap aku dalam RM25++ camtu harganya. Haaa tak jauh beza ko kate? Beza berganda-ganda ok. Masalahnya barang yang sama pulak tu.



Non slip hanger RM6.90 je.

Ko tau harga hanger yang sama macam ni kat kedai Japan Home kat Alamanda tu RM19.90!! Terbeliak biji mata aku tengok ok. Actually masa aku beli kat DIY pun aku dah rasa mahal. So aku beli satu set je la. Satu set ada 5. Sekali esoknya aku jalan-jalan kat Alamanda ternampak hanger yang sama sabijik camni RM19.90. Apa lagi, aku repeat la ke DIY borong lagi 4 set. Hihihi. Hanger ni best sebab bila ko gantung baju especially baju yang licin-licin, baju tu cantik je terletak. Takde la melorot jatuh. Sebab material hanger ni baldu. Kat Japan Home tu dah la mahal pastu kaler buruk lak tu. Ade kaler brown je. Kat DIY memacam kaler ada. Pink, tekois, merah biru semua ada. Yang penting jauhhhhhhh lagi murah ok.



Placemate ni RM0.80 je!

Hahaha, murah gila ok. Nasib la masa gi Ikea ari tu laki aku tak kasi beli placemat ni. Kalau tak mesti aku rasa menyesal. Kat Ikea paling murah RM2.90 sekeping. Yang rega RM6.90 pun ade. Sekeping tau! Ni baru 80 sen. AKu beli 6 keping tuk letak atas meja baru RM4.80. Tak sampai pun 5 hengget.



Toilet Blocks ni RM 1.90

Mende nak letak kat toilet je pun, takyah nak mahal-mahal sangat. Kat Aeon Big paling murah RM5.90 untuk dua ketul. Kat DIY RM1.90 je untuk 4 ketul. Murahhhhhhh kan!!



Set towel, glove n pot holder ni RM8.90. Kalau kat jusco, set macam ni RM29 tau.



Set tilam travel baby RM29 je. 

Barang baby pun ade yang aku beli kat DIY. Macam set mittens booties ngan topi tu baru RM8.90. Kalau kat Jusco ke Giant ke tak dapat la harga camtu. Set macam tu mesti rega RM15 ke atas. Tapi kat DIY ni boleh dapat separuh harga lagi murah.

Actually macam-macam lagi barang ada kat sini dan memacam dah aku beli. Tapi tu je la yang sempat snap gambar nak share ngan korang supaya korang pun boleh berjimat sama. Sekarang ni barang sume mahal-mahal. Yang mana boleh jimat, kita jimatkan. Tapi kena pandai jugak la tengok barang apa nak dibeli kat sini. Kalau macam barang-barang elektrik tu, aku tak berani beli kat DIY ni. Sebab tak ada warranty. Kalau barang elektrik, cari la yang ade brand boleh dipercayai dan ada warranty. Macam benda-benda remeh yang lain tu, kalau boleh cari yang paling murah. Kalau nak kata kualiti DIY tak bagus, masalahnya banyak barang yang sama sebijik yang aku jumpa kat kedai kedai lain tapi harga berganda lagi mahal. So kena bijak bila membeli. 

p/s: ni iklan tak berbayar. mende baik harus dikongsi bersama. sharing is caring!

13 comments:

  1. Ni kedai mr diy kat mana yer? Besarla

    ReplyDelete
  2. hahaha..kedai ni dah memang jadi macam tempat aku dgn bini jalan2 dah asal cuti..tak penah puas lagi walaupon selalu dtg..ade je nak dibelinya..murah kan..ekeke

    ReplyDelete
  3. Salam Kak,

    Minta maaf sy mencuit ruang komen akan sedikit..

    Sy mohon jasa baik akak untuk repost entry di blog sy untuk hebahan dana untuk pembedahan anak saudara sy minggu hadapan..

    http://memorintorinaellisa.blogspot.com/2014/05/sumbangan-ikhlas-hati-anak-saudara-ku.html

    Terima kasih dengan jasa baik akak.. Hanya tuhan dapat membalas nya.. Amin Ya Rabb

    #prayforizzrizqi

    ReplyDelete
  4. wahh kelas....leh jadi duta diy dah ni cujen heheheeh....

    puas ati kan pi diy ni...akak pun suke gi sini....daiso pun suke tapi daiso harga dah tetap rm5....ade yg mcm tak patut plak harga 5 hengget tu...

    ReplyDelete
  5. samala kita....apa2 pon selagi boleh cari kat DIY, harus...hehehe

    ReplyDelete
  6. Macam kat Aeon Bkt Mahkota Cheras...

    ReplyDelete
  7. Sama la.. Sy pun kaki mr diy. Klau masuk mest kuar bawak barng.hehe

    ReplyDelete
  8. memanggggg murahhh... target nak satu barang.. biler dah masukkkkk..... hurmmm... kikikikiki

    http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. kedai DIY peberet aku ngak nih...tpi danger kt mate & hati...nak beli 2 brg jdi 10 brg koo...huhuuu sakan sebab murah kan...

    http://www.aidafendy.blogspot.com/2014/10/tamar-cocoa-jatuh-chenta-suda.html

    ReplyDelete
  10. Bil Elektrik TNB rumah teres, apartment, condo/ kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK di seluruh semenanjung Malaysia. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    ReplyDelete
  11. Bil Elektrik TNB rumah teres, apartment, condo/ kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK di seluruh semenanjung Malaysia. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    ReplyDelete
  12. sy pun suke beli brg kt mr diy..memang murah2

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..