Thursday, May 15, 2014

Maternity Photoshoot.

Cuti wesak semalam aku berkesempatan buat maternity photoshoot. Ala photoshoot biasa-biasa je. Yang tukang amek gambar pun adik aku je. Takde la beria sangat sampai nak upah photographer. Yang penting ade gambar yang cantik-cantik sket nak wat kenangan. Maklumlah, nak mengandung pun susah. So saje buat photoshoot untuk kenangan, Nanti boleh tunjuk kat anak aku.

Lokasi photoshoot aku kat Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya. Kat sini memang famous orang buat photoshoot. Fynn Jamal dengan Nana AF pun pernah shoot kat sini. Masa aku gi semalam pun, ramai gila orang wat photoshoot. Photoshoot kawen la, pre wedding la, family la. Kiri kanan depan belakang orang wat photoshoot. Nak wat cemana, tempat ni memang cantik. Aku pun malas nak fikir lokasi lain. Sini je la. Dekat dengan rumah mak aku.

Tapi tak sempat nak amek gambar banyak-banyak sebab nya aku dah penat. Hahaha. Tengok la muka aku pun aku malas nak mekap beria. Padahal malam sebelum tu dah beria nak gi buat rambut la apa la. Sekali pada hari kejadian, aku cuma melepek je kat rumah. Kul 4 ptg baru terhegeh-hegeh nak mandi. Mekap pun ala kadar je. Baju pun pakai je la apa yang ada. Ni sempoi punya maternity shoot. Takde nak beli-beli baju baru pun. Pakai je apa yang ade. Cuma ada la aku buat prop sket nak kasi gambar menarik. Tu pun banyak prop yang tak sempat guna. Masa suntuk dan ade yang aku lupa. Hahaha, boleh? Lantak la janji ade sket gambar wat kenangan. Jom layan gambar!

IMG_5868A

IMG_5951aa

IMG_5964a

IMG_5877a

IMG_6010A

IMG_6037A

IMG_5927aA

IMG_5938aA

IMG_5904aa

IMG_5912a

IMG_5991a

IMG_5886a


Ha tu la sikit-sikit gambar maternity photoshoot aku. Dah 8 bulan ni aku cepat penat dan takde mood. Amek gambar kejap pun rasa penat. Kalau tak, aku la hantu gambar. Bab bergambar memang semangat je. Terlompat sana terlompat sini. Kali ni, memang tak larat. Nak shoot gambar pun bukan senang weh. Nak pulak laki aku jenis tak fotogenik. Hahaha, kutuk laki sendiri macam la aku fotogenik sangat. Ade ke laki aku malu-malu nak amek gambar. Tah hape-hape tah. Gambar dia banyak kaku je. Geram tul aku. Kalau nak tau gambar yang konon-konon tiup belon tu, bape kali shoot nak dapatkan gambar cantik. Susah gila nak shoot gambar tu. Kejap kang tak nampak mata la, aku pandang utara, laki aku pandang barat la, pastu yang terpejam mata, belon tak centre. Pastu bila dah dapat shoot cantik, tetiba ada pulak tetamu tak diundang kat background gambar tu. Nak wat cemana, tempat public. Memang kalakar bila tgk balik gambar-gambar tak jadi tu.  Kalau pakai kodak, memang dah habis membazir la bergulung-gulung kodak tu. Nasib baik sekarang dah canggih. Agak gambo tak cantik je, boleh delete terus pastu shoot balik. 

Bila sampai rumah, rasa rugi pulak tak guna semua prop-prop yang aku dah buat. Idea dah banyak tapi boleh lupa kan. Padahal prop sume aku dah letak dalam kotak siap-siap. Takpelah, guna tuk next baby pulak nanti. Hehehe.



GAMBAR-GAMBAR BELAKANG TABIR













Salah satu prop yang lupa digunakan.

15 comments:

  1. Sweet walaupun simple je kan...Semoga dipermudahkan segala urusan dah tak lama lagi kan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. comelnya maternity shoot awak... sheila tak sempat nak buat la. amik gambar selfie sendiri je. wakakaaa. Sheila tunggu hari je ni.. lagi 2 minggu. Debor weh! hihiiii awak jaga diri baik2 ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Sheila, ingatkan awak dah bersalin sebab dah lama tak nampak update ;)

      Delete
  3. hehe.. same tempat wat photoshoot.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni memang famous kan. hari tu pergi ramai gile wat photoshoot kat sini

      Delete
  4. lawa lawa lawa! aku pun teringin nak shoot kat situ. btw selamat bersalin! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni memang cantik weh. Gi la wat family photoshoot kat sana.

      Delete
  5. Semoga dipermudahkan semuanya babe... safe delivery! doakan i jgk ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks awak. Semoga kita sama-sama dipermudahkan urusan bersalin :)

      Delete
  6. comelnyee.. jgn lupa hantar majalah tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak wawa. Malu lah nak hantar majalah, gambar kita biasa-biasa je. Lain la kak wawa. Cun melecunnns...baru la sesuai hantar majalah :)

      Delete
  7. huhu..dah nak meletop sikit hari...semoga segalanya lancar..

    ReplyDelete
  8. haiii salam singgah, comelnya buat maternity shoot...kita tak sempat-husben tak sporting utk berbuat demikian.. btw awk, selamat melahirkan ye.

    p/s:bestttt pregnant2 pon badan cantik lg awk ni..

    ReplyDelete
  9. comelnye awak ..smoga selamat melahirkan...amenn

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..