Wednesday, July 16, 2014

I'm Back!

Lama gila tak update blog. Dekat 2 minggu lebih rasanya. Maklumlah dah ada anak, busy je la sikit. Anak aku perlukan lebih perhatian dari aku berbanding blog ni. Hehehe. Sementara anak aku tido dengan nyenyak ni, marilah kita update blog laju2.  

Sedar x sedar dah 2 minggu puasa ek. Radio pun dah start pasang lagu raya. Masa memula dengar lagu raya kat radio, aku cam eh..cepat gila diorang pasang lagu raya. Rupanya dah 2 minggu puasa. Patutlah diorang dah start main lagu raya. Aku kan tak boleh puasa, so memang tak kira pun berapa hari puasa. Boring weh pantang time bulan puasa ni. Tak dapat nak menikmati kenikamatan bulan Ramadhan sepenuhnya. Nak makan pun tak boleh sebarangan. Tapi aku makan jugak. Takde pantang sangat. As long as makanan tu berkhasiat dan tak memudaratkan aku, aku hentam jek. Buat masa ni, aku baru je sekali berbuka kat rumah sendiri. Tu pun cam biasa la, laki aku yang masak. Dah la dia puasa, dia jugak yang masak. Hahaha. Kejam betul aku. Takpelah, sekali tu je pun. Selebihnya memang aku berbuka kat rumah mak aku je. Ye la, nak masak n berbuka kat rumah sendiri pun macam sedih je kan. Iftar berdua je. Baik gi rumah mak aku. Meriah sket. Makanan pun sedap-sedap hihi.

Tahun ni persiapan raya aku cam biasa la. Ala kadar je macam tahun-tahun lepas. Baju pun beli sepasang dua je kot. Sibuk nak beli baju anak je. Tapi Melissa pun kecik sangat. Nak beli baju pun tak banyak choice. Size newborn pun cam besar je ngan dia. Takpelah, tahun depan la baru Melissa boleh bergaya. Sedodondon dengan mummy ok. Tahun ni raya rasa meriah sket la sebab dah ada baby. Tambah pulak tahun ni turn kampung aku. Semua adik beradik balik. Masing-masing bawak baby baru. Haruslah meriah kan. Tahun ni jugak turn aku pulak nak kutip duit raya Melissa. Jaga-jaga la korang. Hahaha.

Ok tutup cerita pasal raya. Nanti entry raya kita buat lepas raya. Now nak citer life aku sekarang. Alhamdulilah sekarang hidup aku dah terurus sket. Takdelah masa mula-mula beranak dulu. Actually life aku start tak terurus, sejak aku pregnant lagi. Dengan mabuk teruk, tambah pulak pembawakan budak yang buat aku jadi malas gileeeeee! Tapi kan, ajaib gila, lepas je aku beranak, segala rasa malas, tak sedap badan, rasa loya pening pejadah tu semua yang aku rasa masa pregnant, HILANG terus! Ajaib gila. Korang jangan tak tau, aku punya malas masa mengandung tu, memang tak terucap dengan perkataan weh. Tapi, lepas je beranak terus xde rasa malas. Aku rasa semangat je. Rasa rajin je macam dulu-dulu. Tak padan dengan dalam pantang, sibuk nak mengemas rumah. Hahaha, boleh?

Tapi, seminggu pertama lepas beranak tu, agak stress jugak la. Ye la, dengan tak reti nak handle baby. Sakit pulak kat bawah tu. Pastu anak pulak jaundice. Hari ketiga pantang dah kena gi klinik bawak baby tuk amek darah. Lepas tu anak masuk wad 2 kali. Hari-hari ulang alik gi klinik. Memang agak mencabar kesabaran jugak masa tu. Dah la aku pantang sendiri je kat rumah. Mak aku datang la kejap-kejap. Tapi nasib baik jugak sebab minggu pertama tu abang aku dok rumah aku seminggu sebab dia ada kursus. So kakak ipar aku yang sama-sama pantang ngan aku pun ikut skali. Dia beza 3 minggu awal je dari aku. So, ade la jugak teman. Nasib baik jugak dapat laki yang boleh diharap. Setakat mandi, basuh berak baby tu sume laki aku la yang handle. Kalau sume nak harap aku, memang boleh meroyan weh. Dekat 2 minggu jugak la aku ulang alik klinik amek darah. Melissa kena prolong jaundice. Hari ke 14 last amek sample urine dan darah. After tu dah takyah amek darah lagi. Tunggu result je dari pihak hospital. Lega sikit la bila dah tak payah gi klinik tu. Tapi hati still risau sebab masih nampak yang anak aku jaundice. Cuma maybe dah tak tinggi sangat kot bacaan. Harap-harap semua nya ok la hendaknya.

Lepas dah takyah ulang alik gi klinik tu barulah lega sikit life aku. Takde la terkejar sana sini. Laki aku pun dah start keje. Nak tak nak kena la aku belajar handle anak sorang diri. Sobsss. Tapi takde la susah mana. Anak aku ni senang je, bagi nenen diam lah dia. Sekarang ni lepas kerja kat rumah settle, kadang-kadang aku terus gi rumah mak aku. Lepak sana. Gigih beli car seat semata-mata senang nak nak bergerak. Ye la, dok rumah pun berdua je ngan anak, takde wat ape. So baik aku gi rumah mak aku. Lagipun memang setiap hari aku akan gi sana. Berbuka kat sana. Tapi biasanya tunggu laki aku balik sebab takde siapa nak pegang baby. Now dah beli car seat, senang keje aku. Lepas ni misi mencari stroller. Memang panjang la langkah aku kalau dah beli stroller. Dalam pantang ni pun dah merata berjalan. Hihihi.

Alamak, sekali anak aku dah hek pulak. Kita sambung nanti. Sebelum tu, nah aku belanja selfie sket. 



p/s: aku dah update entry pengalaman bersalin kat blog Journey To Motherhood. Tapi baru part 1 la. Banyak part lagi akan menyusul. ^_^

6 comments:

  1. Assalamualaikum cujennnn, rinduuuuu!
    alaa comelnya melissa tidur.. keep bf anak tau, memang cepat hilang jaundice tu. jangan buat kerja berat2 sangat ok. hhehehe sheila masa pantang sendiri pun semangat rajin tu datang.. sibuk mengemas rumah, masak bagai. ahhahaha bestnyaaa tahun ni beraya dengan anak. hehehhehee~~~

    ReplyDelete
  2. sis cujennnnnnnnnnnn !! makin sweet lepas beranak... ehhh kiss baby sikit.... wangiii ~

    ReplyDelete
  3. auuww..cergas ni..take care awk

    ReplyDelete
  4. Ala.. Satu je tak best anak lahir time raya.. Duit baby dpt sekali je hehe..dpt time raya. Kalau baby lahir awal sikit, dpt dua kali hihihihi.. Xpe, nnt time akikah mel dpt lg ;)

    ReplyDelete
  5. cujen,hold lah dulu beli stroller.beli lah baby carrier tapi make sure bukan jenis yang cekak kat kelengkang baby.newborn pakaikan wrap (boleh survey kat jumpsacbaby.com) serius ko akan rasa kau mummy yang paling cool gendong baby dlm wrap..serius!dah trending sekarang ni.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..