Wednesday, August 13, 2014

Bad Experience With NICU Putrajaya.

Ni kisah yang terjadi masa awal-awal masa bersalin hari tu. Masa Melissa kena jaundice. Dah lama tapi aku tetap nak abadikan kat blog ni sebab sakit hati nya masih tersisa sampai sekarang.

Alkisahnya Melissa di detect jaundice pada hari keempat lepas bersalin. On that day nurse yang datang melawat ke rumah tu suruh pergi klinik untuk amek darah. Petang tu kitaorang pergi bacaan jaundice dalam 250++ tak ingat pulak bacaan sebenar. Then doktor suruh datang esok pagi sekali lagi. Esoknya gi klinik lagi bacaan makin naik sampai 300 lebih. Pihak klinik suruh refer hospital. Bergegas la kami laki bini ke hospital tengahari tu jugak. Ye la first time parent kan, sume mende nak risau. Sampai hospital, diorang masukkan anak aku ke NICU. Masa memula masuk NICU tu aku terkejut gak la sebab ramai gila kot orang masa tu. Baby pun ramai gile. Memang sesak la kat NICU masa tu. Sampai-sampai je kat NICU tu, diorang terus amek baby. Nurse terus bukak baju baby, pakaikan penutup mata tu then letak bawah lampu. Kitaorang laki bini dia suruh tunggu. Masa ni memang diorang takde cakap apa-apa pun kat kitaorang. Just amek baby letak baby bawah lampu pastu biarkan kitaorang laki bini macam tunggul. Bila aku tanya, dia kata kejap lagi kita briefing. Ok, aku pun malas la nak push-push tanya memacam sebab keadaan kat NICU masa tu memang kelam kabut sangat. Serius kelam kabut. Masa tu pun tengah waktu melawat, dalam kul 12 lebih macam tu.

Tunggu punya tunggu, sampai lah dah habis waktu melawat. Then aku tanya la nurse sekali lagi. Macam mana anak saya? Nurse cakap belum dapat result lagi. Pastu dia suruh kitaorang balik dulu since waktu melawat dah habis. Aku cam pelik la sebab bukan ke kalau kat NICU parent leh tunggu. Kalau tak parent pun, at least mummy bley tunggu. Sebab nak menyusukan baby kan. Tapi rupanya kat Putrajaya tak boleh. Boleh datang time melawat je. Ok fine, aku malas nak bising-bising. Dengan keadaan aku yang masih berpantang tak kuasa nak gaduh. Lagipun tadi aku dah menyusukan baby. Waktu melawat seterusnya kul 4, dalam dua jam lagi. Jadi aku fikir takpelah, dua jam je baby bley tahan kot. So pasrah je la.  Sebelum balik, sempat jengah baby kat dalam bilik berlampu tu. Masa ni aku dah perasan yang baju Melissa pakai tadi dengan bedung dia dah takde kat troli dia tu. Aku tengok baby-baby lain baju2 and pampers diorang letak kat bawah troli baby masing-masing. Tapi Mel punya takde. Masa memula tadi ade. Tapi aku sekali lagi malas nak bising-bising tanya sebab aku fikir ada la tu nurse letak kat mana-mana. So kitaorang pun balik la rumah nak amek pampers dia n makan dulu.

Petang tu, kitaorang datang lagi time melawat. Sampai-sampai je aku terus susukan Mel sebab aku fikir tadi dia tak menyusu pun sebab aku pun tak tinggalkan stock ebm. Ye la, mana ada stock ebm pun. Belum sempat nak pump pun lagi. Baru hari keempat kot. Pump pun tak beli lagi. So aku susukan je la dia puas-puas. Dok je dalam bilik menyusu kat NICU tu sambil-sambil tunggu kot-kot nurse datang bagitau apa-apa. Tunggu punya tunggu still xde jawapan pape sampai la jam dah kul 6.30 petang. Dah habis waktu melawat pun. Keadaan kat NICU still sama cam tengahari tadi. Dah macam pasar borong. Bila aku tanya nurse keadaan anak aku, jawapan still sama. Tunggu doktor katanya. Ok fine. Masa ni sebenarnya aku tak tau apa-apa pun. Aku tak fikir pun anak aku akan masuk ward kat NICU tu. Aku ingatkan check-check macam tu je pastu leh balik. Rupanya baby kena tahan. Ok la takpe lah macam tu. Nak wat cemana. So aku pun tanya nurse boleh ke datang malam nak menyusukan baby? Nurse kata tak boleh. Dia kata nanti datang je hantar susu. Diorang yang akan bagi susu kat baby. Gigih la aku call adik aku mintak stock ebm sebab aku memang takde stock ebm. Lagipun mmg niat nak fully bf baby. Tak nak campur FM. Nasib baik la adik aku banyak stock ebm. Aku mintak la dua botol untuk Mel.

Sebelum nak gerak balik dari NICU tu, tetiba ada sorg doktor perempuan muda panggil "baby of Suzanni". Nasib baik aku belum balik lagi masa tu. Then doktor tu tanya la soalan yang biasa dia tanya. Baby bf ke. Berak kencing ok ke pe semua and dia bagitau result bacaan jaundice Mel. Agak tinggi la jugak dalam 350 ++. Bila aku tanya macam mana, dia kata dia nak kena bincang dengan sorang doktor lagi. Nak bincang apa pun aku tak tau la. Then aku tanya la, macam mana saya nak tau keadaan anak saya. Doktor tu cakap apa-apa hal PIHAK HOSPITAK AKAN TELEFON aku untuk maklumkan apa-apa tentang anak aku. Siap pesan kat aku lagi, tak payah susah-susah nak call sebab diorang akan call. Tapi baby akan kena tahan ward la untuk sehari. Tapi, doktor tu takde cakap langsung yang anak aku tu cuma lodger je kat situ. Means anak aku akan ditransfer ke ward PBBR kat presint 8 tu. Masa mula-mula diorg hantar Mel dari wad kecemasan tadi, aku ada la dengar nurse sebut-sebut perkataan lodger tu. Aku mana lah tau apa makna lodger tu masa tu. Aku fikir anak aku memang akan dok ward NICU tu je la. Aku pun diam je la tak tanya apa-apa. Aku cuma percaya je la yang pihak hospital akan call kalau ada apa-apa.

So kitaorang pun balik la dulu. Singgah rumah adik aku dulu amek stock ebm untuk dihantar ke Hospital. Malam tu dalam kul 9, kitaorang pun pergi la hospital hantar susu. Sempat la tanya macam mana anak aku. Jawapan still sama, kalau ada apa-apa hal kitaorang akan call. Masa ni pun diorang langsung tak bagitau yang anak aku akan dihantar ke ward PBBR. Kitaorang pun balik je la dengan perasaan sedih tinggalkan baby sorg-sorg kat situ. Tapi aku fikir positif je la, nurse-nurse akan jaga anak aku. Malam tu first time tido tanpa baby di sisi. Lain macam sangat rasanya. Tapi aku tetap fikir positif. Tunggu jugak kalau-kalau pihak hospital ade call. Aku siap pesan kat laki aku pastikan telefon kami laki bini sentiasa on takut-takut kalau ade hospital call. Tapi haram takde pun. Malam tu aku tido pun tak nyenyak dok fikirkan baby je.

Esoknya time waktu melawat kitaorang siap-siap nak gi tengok baby. Malas nak pergi pagi-pagi sebab tau bukan boleh masuk pun. Boleh masuk time melawat je. Kitaorang pun pergi la hospital dengan hati berbunga-bunga nak melawat baby. Aku naik dulu sementara laki aku cari parking. Sampai je kat NICU, aku dengan muka manis dan hati berbunga-bunga tanya la kat nurse tu anak aku macam mana. Keadaan NICU masa tu tak macam semalam. Hari ni lebih tenang. Kat kaunter masa tu ade dua org nurse dan sorg doktor. Doktor perempuan muda yang aku jumpa sebelum balik semalam.

Bila aku tanya je anak aku macam mana, nurse kat situ dengan doktor tu buat muka pelik. Aku dah heran dah masa ni. Diorang tanya nama. Bila aku cakap nama je, diorg terus cakap "eh anak awak kitaorang dah hantar ke ward PBBR malam semalam. takde dapat call ke semalam?". Dengar je nurse tu cakap camtu, aku dah lain macam sebenarnya. Bengang jugak la diorang suka-suka transfer anak aku tanpa beritahu aku. Tapi aku masih boleh bersabar lagi masa ni. Aku cakap la "mana da dapat call. hp saya dengan hp laki saya sentiasa on malam tadi". Then nurse tu pun call ward PBBR tu. Ok la fine. Aku malas nak bising. Then aku tanya la susu dengan baju anak saya macam mana eh. Diorang bawak ke sana jugak ke? Diorg cakap "haah bawak ke sana sekali". Tapi tiba-tiba ada sorg nurse tu tanya sekali lagi. "nama apa eh?" Bila aku cakap nama aku, nurse pun cakap "eh susu ade lagi kat sini. ooo patutlah pagi tadi masa sy nak bagi susu tengok baby takde. susu je ada." Aku masa dengar nurse tu cakap camtu terus hati aku mendidih. Masa ni dah terfikir dah, anak aku diorg hantar malam tadi kul 11 katanya. Kalau tak bawak susu, diorg bagi apa kat anak aku sepanjang malam tadi? Serius aku dah bengang sangat masa ni. Bila nurse tu datang bagi kat aku susu yang masih belum terusik tu, terus aku dah macam nak meraung! Ok ko bayangkan lah, last aku susu kan Mel dalam kul 6.30 petang. Aku hantar stock ebm kul 9 malam. Diorang hantar anak aku ke PBBR kul 11. Dalam tempoh masa tu takkan diorang tak bagi susu kat anak aku? Aku tak tau la jadual diorg bagi susu kat baby NICU tu camne. Tapi aku dah bekalkan ebm kot. Sebelum balik dari hospital petang semalam tu aku siap dah pesan kat nurse jangan bagi anak aku susu formula. Aku akan hantar susu. Aku hantar susu pun xde lah lambat sangat. Kul 9 malam. Gap dalam 2 jam lebih je. Takkan diorg tak bagi susu tu kat anak aku. Ok la, kata lah diorang bagi susu kat anak aku. Susu apa diorg bagi? Mestilah susu formula kan? Masa terfikir ni aku dah bengang sangat sampai tak boleh nak berkata-kata. Menggigil-gigil aku tahan marah. Terus aku rampas susu tu daripada nurse then aku kuar dari NICU tu dengan mata dah bergenang. Masa ni laki aku belum naik lagi. Terserempak dengan laki aku kat lift. Belum sempat aku nak bagitau apa-apa, laki aku cakap "baby mana? org dari ward presint 8 baru call i ni kejap tadi dia kata baby dah boleh discharge. suruh amek kat presint 8. pastu siap marah-marah tanya kenapa malam tadi ibu tak datang teman baby kat ward." Dengar je tu, aku terus naik hantu. Tapi aku malas nak naik semula ke NICU tu. Terus kitaorang pergi ke PBBR.

Dalam kereta menuju ke PBBR, aku dah start meroyan. Sampai je kat ward PBBR tu, aku terus dah tak boleh kontrol emosi aku. Terus aku meroyan kat situ jugak. Masa tu nurse tanya "kenapa takde org inform awk langsung sebab biasanya kalau nak hantar baby kemana-mana hospital akan inform parent". Ok la, dalam hal ni sebenarnya pihak PBBR tak bersalah sebab diorg cuma terima baby dari pihak hospital. And nurse kat PBBR tu kata masa diorg terima baby dari hospital tu, dalam record tulis mummy still dalam ward, belum discharge lagi. Kejadahnya belum discharge. Aku dah kuar hospital sehari lepas beranak kot. Aku memang meroyan macam org gila kat wad PBBR tu. Tak sempat jengah baby pun lagi terus aku meroyan kat nurse tu. Masa tu ade dua org nurse dan sorg doktor lelaki. Tadah telinga je la diorang dengar aku meroyan memekik-mekik sebab dah memang salah diorang. Tapi kesian jugak sebab sebenarnya yang betul-betul bersalah dalam hal pihak NICU Putrajaya dan nurse yang kerja shift malam tadi. Tapi aku dah tak boleh blah lagi masa tu. Tak boleh kontrol dah perasaan aku ni. Doktor lelaki tu pulak kebetulan ada kat situ. Ha, bagus. Biar dia tau luahan hati aku sket. 

Nampak macam mende kecik je, tapi aku memang sakit hati sangat-sangat. Sebabnya ;

1. Diorang pindahkan anak aku tak bagi tau aku. At least diorg dah boleh bagitau masa aku mula-mula kat hospital yang anak aku tu lodger je kat NICU Putrajaya tu. Dia takkan duduk ward situ, akan hantar ke ward PBBR. Tapi, masa aku kat NICU tu haram sepatah pun nurse tak bagitau. Aku mana lah tau istilah lodger tu apa. At least kalau dia bagitau anak aku lodger je, aku tau la nanti anak aku akan ke PBBR. Boleh la aku standby. Lagi satu kalau macam ni la senang2 dia nak bawak anak aku kesana sini tanpa inform aku, macam mana kalau anak aku hilang? Siapa nak bertanggungjawab. Kot anak aku kena culik ke? Bukan ke setiap pergerakan baby, parents kena tau. Anak orang kot, bukan anak patung. 

2. Kenapa nurse yang bertanggungjawab kat anak aku tu tulis dalam repot yang ibu masih belum discharge? Ok, kot ye pun ibu belum discharge lagi dari hospital, dia tetap kena tau anak dia dipindahkan. Ni tak, nampak sangat ko keje sambil lewa sebab ko tak tau pun mak baby tu mana satu. Bukan setiap baby akan ada satu nurse ke yang bertanggungjawab ke atas baby tu. Patutnya nurse yang bertanggungjawab tu la yang akan inform parents. Aku tinggalkan dua no telefon kot. Masa aku tanya nurse kat NICU tu kenapa tak call, diorang cakap diorang ade call dua kali tapi tak dapat. Kepala butoh la! Aku langsung tak dapat apa-apa call or missed call. Lagipun telefon aku ade voicemail. Kalau call tak dapat, akan terus masuk voicemail. Ni voicemail satu haram aku tak terima. Ko nak lepaskan diri senang je cakap dah call tapi x dapat. Ingat aku bodoh je nak terima alasan camtu. Kalau betul pun dua kali call tak dapat, call la lagi. Baru dua kali kot. Bukan 200 kali. Penipu betul. Dasar tak bertanggungjawab.

3. Ko nak transfer anak aku ke mana pun, kenapa tak bawak sekali susu yang dah dibekal kan tu? Suka hati je nak bagi anak aku FM. Aku ni gigih la sampai mintak ebm adik aku semata-mata nak fully bf anak aku kononnya. Sekali ko senang-senang je nak bagi anak aku FM. Hospital rakan bayi konon, menyokong speneuhnya breastfeeding konon. Sampai tak bagi bawak masuk FM atau botol susu dalam hospital tu konon. Tapi korg jugak yang bagi FM. Lainlah kalau aku tak bekalkan ebm. Ni aku bagi dua botol ok. Dari aku start mengandung baru 8 minggu nurse-nurse dah sogokkan aku supaya bila beranak nanti, fully bf anak. Aku pun dah semangat nak fully bf anak aku. Sekali korang jugak yang buat aku hilang semangat. Memang part ni aku dendam sampai mati kat nurse yang bertanggungjawab tu. Sampai sudah diorang tak bagitau aku siapa nurse yang kerja shift malam tu. Takut la tu aku gi serang nurse tu. Memula tu memasing tak nak mengaku. Memasing nak salah org lain. Kerana hal ni jugak semangat aku nak fully bf anak drop sedrop nya. Serius aku takkan maafkan pihak hospital terutama lagi nurse yang bertanggungjawab tu. Harap-harap esok ko pun tak dapat nak fully bf anak ko. Baru ko tau perasaan aku macam mana.

4. Dah la tak bagi anak aku susu. Baju dengan selimut yang Melissa pakai masa pergi NICU tu pun hilang. Patutlah aku dah tak sedap hati masa tengok baju anak aku takde kat troli dia semalam tu. Bila aku tanya NICU, dia kata semua dah hantar ke PBBR. Bila aku tanya PBBR, diorag kata tak terima apa-apa pun dari NICU. Diorang cuma terima baby. Beria-ia la pihak NICU kata dah bagi kat PBBR. PBBR plak beria-ia menafikan. Pastu sister kat NICU tu poyo je cakap diorang akan ganti kalau baju tu hilang. Sampai sudah weh takde. Tapi aku percaya yang hilangkan baju n selimut tu mesti pihak NICU sebab aku dah perasan dari petang semalam tu baju dah hilang. Memang sial kan? Nampak sangat wat keje sambil lewa sampaikan baju ngan selimut anak aku hilang. Nasib la baju ngan selimut je, kalau anak aku yang hilang??? Saiapa nak bertanggungjawab?

Memang aku sakit hati sangat-sangat bila fikir balik. Nampak sangat wat kerja cincai. Dengan tulis report salah. Baju anak aku hilang. Susu yang dibekalkan tak dibagi kat anak aku. Memang aku dah tak tau nak sakit hati macam mana lagi dah sebenarnya. Memang patut la aku dengar banyak kes kat Hospital Putrajaya ni. Tambah-tambah kat NICU. Kalau macam gini la pesen nurse buat kerja, memang naya la anak org.

Banyak lagi la hal yang menyakitkan hati terjadi masa tu. Tapi aku malas nak tulis. Aku highlight mana yang penting je. Tapi serius la weh, aku dah tak percayakan nurse-nurse kat NICU Putrajaya tu. Aku harap ada la pihak hospital atau NICU atau nurse-nurse yang keje kat situ baca entry ni. Biar org lain yang baca entry aku ni tau yang hospital putrajaya ni bukan lah hospital rakan bayi sangat pun. Poyo je lebih! So kalau anak korang masuk NICU Putrajaya and korang bula fully bf anak ko, pastikan betul-betul nurse akan bagi susu yg korg bekalkan tu. Jangan percaya sangat kat diorg. Buat kerja tak amanah. 

Ok la sekian je luahan hati seorang ibu. Lega rasanya dapat luahkan kat sini. Lama aku pendam nak up entry ni. Apa pun alhamdulilah, selain dari FM yang pihak hospital bagi tu, Melissa still fully bf. Aku belum campur lagi FM buat masa ni. Kadang ade masa cam nak give up jugak sebab susu aku tak bape nak meriah, tapi ku tabahkan hati jugak. Kadang memang aku mintak jugak stock ebm adik aku sebab susu dia banyak. Tak kisah la kan, janji still susu ibu. Bukan ke susu ibu tu susu terbaik untuk baby. Harap-harap ada la rezeki Melissa nak fully bf sampai 2 tahun or at least sampai 6 bulan. Aminnnn!


Update : Aku lupa nak cerita apa yang sister kat NICU tu cakap kat laki aku. Masa tu memang laki aku je yang handle pergi jumpa org2 kat NICU tu sebab kalau aku yang masuk kang lain pulak jadinya. Ko tau nurse tu cakap apa bila laki aku highlight pasal FM tu? Dia kata "ada hikmahnya jugak diorang tak bagi ebm tu kat anak awak sebab ebm tu kan adik awak punya. susah nanti bila dah besar bla..bla..bla.." OMG!! What the?? Tak kisah la susu tu susu siapa janji bukan FM. Yang lagi penting susu adik aku tu lg bagus dari FM yang korg bagi tu. Dah aku tak sempat nak buat stock. Lagipun kitaorg adik beradik memang tak kisah pasal ni. Lagi bagus esok dah besar anak aku dengan anak adik-adik aku tak payah nak jaga aurat. Tak terkata apa aku bila aku tau sister tu cakap macam tu. Macam ni ke attituted sister di hospital rakan bayi? Korang fikir la sendiri.

13 comments:

  1. Eii.. geram plak eyza baca.. kalau eyza pun meroyan orang buat anak kita macam tu.. dia ingat anak kucing ke boleh hantar sana sini tanpa inform parents.. buat kerja tu buat la betul2..kalau hilang, saper nak tanggungjawab.. awak hantar je surat report ke Pengarah.. biar diaorang siasat..bukan apa, takut lepas ni orang lain pulak yg kena..

    ReplyDelete
  2. NICU Putrajaya memang macam sial okayyy! anak aku pun kena tahan sebab jaundice. kitorg parents langsung pihak diorg tak brief pasal anak. bila aku dgn laki aku tanya pasal baby nurse kat situ boleh membebel dgn kwn dia ckp kitorg menyibuk! kes selimut hilang pun aku kena gak..tapi aku paksa nurse kat situ cari smp jumpa. mampuslah kalau diorg bz pun aku suruh gak cari selimut anak aku. nasib baik ada. Mintak dijauhkan anak aku kena admit situ lagi. SERIK!

    ReplyDelete
  3. baru nak cakap sebenarnya, ukan ke beria suruh ibu ibu beranak ni fully bf anak, macamana pulak boleh sambil lewa tak ambil tahu pun pasal ebm yang dibekalkan tu. bca entry ni walaupun diri tak ada kena mengena pun rasa panas hati. teruk sangat servis!

    ReplyDelete
  4. Hospital ke..klinik ker kat putrajaya ni sama jer perangai..nurse2 kat situ is bad attitude..anak akk pernah kene jaundice tapi masuk hari katiga cek darah akk balik kg, gi klinik kg lagi bagus, amik darah skit kat kaki jer,gi kat putrajaya ni 1 tabung ko amik..konon nak accurate..pasal susu adik beradik tu pun akk setuju ngan cujen, sbb akk masa bersalin balik kg, kakak akk yg bawak baby gi klinik, ank akk nangis, dia yg susukan, nurse kat situ pun pelik eh..nampak mak bkn cam dlm pantang, sebab akk kalu dlm pantang memg tak kuar rumah, sebab akk bertungku lama. Lagipun kitorg x kisah pun, tak kan nk kawin sepupu, sebab kitorg ngan sepupu cam adik beradik..siyesly nurse hospital putrajaya bo***..benci aku...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cujen. Allahurabbi.. Dear, terkejut sangat sheila baca ni.. Kesian kat Melissa, awak dan suami awak.. tak patutlah depa lepas tangan camtu je. Sian sungguh Mel kena minum FM :(

    sheila faham perasaan awak, be strong dear. Sheila harap depa tak buat lagi camni dekat anak orang lain.. And noted, next baby sila jangan ke Hospital itu lagi...

    ReplyDelete
  6. kes macam ni better buat surat aduan ke pengarah hospital untuk tindakan sewajarnya kepada staff yang cuai dan tidak mesra pelanggan.

    ReplyDelete
  7. paling sentap part susu tu, dh bergenang dh bc.. kenapa kejam sgt diorg tu.. xberagak nk sumbat baby awk sesuka hati tanpa permission awk.. pastu nk lepas tanggungjawab.. melampau!! hikmah yg dia ckp pun sgt xlogik..

    ReplyDelete
  8. cujern..baru ni dpt komen blog u. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sumpah saket hati ok dgn perangai nurse mcm tu :(((( huwaaa....taktau lah kalau i kat tempat u mcm mana!!! mesti dah terbalik dah NICU tu huhuhuhuuu....u buat report ke tak ehh psl ni? buat je aduan..melampau btul! :(

    ReplyDelete
  9. Geram gak baca ni. Yana pny plk ms kat hospt slyg syahir kena thn nicu gak sb kuning. Dia mmg susu ibu mlalui botol. Pny la bkeras nurse sorg tu x kasi guna botol, tp yana slambe je susukan dh bdk lapar kan. Dia mrh pastu suruh isi dlm syringe besar gedabak n susukan baby scra pksa. Kitorg laki bini tgk mcm nak maki je.. syahir nangis2 kitorg ckp xpe xpyh susu kan. Kitorg amik baby sambil buat muka mrh n suami tenangkan dl smntra yana pam. Bg pki botol baru dia diam last2 de sorg nurse bg pakai botol sb baby dh biasa. And luckily dpt bmalam kat sana sb dorg sgup biarkan baby nangis tertonggeng3 smpi x de suara dlm tu lapar sb mak baby tu dh balik.. lps 2jam kot dorg bg fm pakai syringe. Nak gila tgok layanan dorg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sebelum ni kite xnak bayi keliru puting kalau pakai botol, sebab tu bagi pakai syringe. Do you know how many PARENTs actually bawak balik baby ke paeds klinik sebab baby diorg keliru puting?

      Delete
  10. Allah, baca pun dah rasa sakit hati gilerr. Memng patut buat aduan, kalau tak nanti ada lah ibu lain yang kena sama .

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Hai cujen baru bksempatan nk baca ni. Ya allah sakitnya hati. Tang susu tu. Menangis rsanya. Bila kita da mind set nk bg bf. Bila jadi mcm ni senang2 je diaorg sumbat formula milk. Mmg lah sgt xleh dtrma pakai. Pape pon alhamdulillah baby sihat skng.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..