Monday, August 18, 2014

Berpantang Cara Aku.

Ok hari ni aku nak cerita pasal berpantang. Maybe isu berpantang ni agak sensitif bagi sesetengah orang especially yang betul-betul berpantang ikut adat dan cara orang dolu-dolu. Terus terang aku cakap, aku bukan jenis yang nak berpantang sangat. Bukan sombong tak nak ikut cara orang terdahulu, tapi mana yang baik aku follow, yang mengarut tak kuasa la aku nak follow. Lagipun takde dalam al quran cerita kena berpantang macam ini macam itu. Orang melayu je kadang yang mebelih-melebih. Bangsa lain aku tengok takde pantang pun ok je sihat walafiat.

Aku tau statement aku bakal mengundang rasa tak selesa sesetengah orang. Jap lagi ada la keluar ayat "sekarang tak rasa, tunggu la dah tua nanti". "badan nak pakai lama dik oi". Memang ayat ni la yang selalu aku dengar pun. Bila aku upload gambar tak berstokin masa pantang, gambar pakai high heels, ramai jugak la yang melompat. Tu nasib aku tak upload gambar apa yang aku makan. Takut nanti ade orang lain pulak yang meroyan tengok makanan pantang aku. Huahahaha. Well, jangan le salah paham adik akak oi. Apa yang aku tonjolkan kat social media tu hanya 20% je dari life aku. Korang bukan duduk sebumbung dengan aku pun tau aku berpantang ke tak. Memang aku tak berpantang macam orang lain, tapi aku still la berpantang dengan cara aku. Cara yang aku selesa, yang tak mengundang stress bagi aku.

Well, pada aku berpantang ni ikut badan masing-masing. Contoh orang cakap time pantang tak boleh makan ayam, seafood, makanan bergoreng, minum ais, makanan sejuk dan memacam lagi la. Panjang kalau aku nak list kan. Seolah-olah semua benda la tak boleh makan camtu. Dah tu mana nak datang khasiatnya? Dah la lepas beranak tenaga banyak hilang, darah banyak keluar. Pastu nak breasfeed anak lagi. Kalau ikut pantang betul-betul kena makan ikan bilis je, memang takde zat la badan ko jawabnya. Terus terang aku cakap, aku makan je semua benda. Cara aku try and error. Cuba je makan dalam kuantiti yang sikit. Kalau badan aku ok, takde seram sejuk apa ke, memang aku telan je la. Ayam, ikan daging segala jenis sayur pun aku makan. Ade setengah orang cakap kobis takleh makan time pantang sebab sejuk. Aku makan, ok je takde pape. Setakat ni alhamdulilah semua yang aku makan ok. Takde la lepas makan aku jadi seram sejuk bentan ke apa. Cuma jangan lah makan melebih-lebih. Makanan apa pun kalau ko makan berlebih-lebih memang boleh mengundang penyakit. Tak kira la time berpantang atau tidak. Kalau time berpantang je ko jaga elok-elok pemakanan, lepas pantang sume benda ko telan, sama je kaedahnya. Mendatangkan penyakit jugak. Bagi aku amalan pemakanan yang baik ni, kena la amalkan tak kira ko dalam pantang ke tak. Kena buat berterusan. Memang la orang tengok aku makan itu ini masa pantang, tapi aku jaga makan aku sepanjang masa. Makan ikut keperluan, time lapar je baru makan. Tu pun kuantiti nya sikit. Sape selalu follow aku pergi makan, tau la aku makan camne. Orang selalu pelik tengok aku beli makan "sikitnya makan" "kenyang ke?". Ha tu la rahsianya. Pada aku makan je apa ko rasa nak makan. Selagi benda tu halal dan berkhasiat. Yang penting jangan melebih-lebih. Tak kira masa berpantang ke tak. Tu je cara nak jaga badan. Sebab tu aku kurus. Yang korang beria berpantang tu, tak kurus pun. Lepas pantang makin gemok, banyak la aku tengok. Tapi ye la kang keluar pulak ayat "biarlah gemuk, asalkan sihat". Yakin ke korang tu sihat sebenarnya? Nak kondem-kondem orang yang berpantang moden cam aku ni, macam la korang sihat sangat. 

Lagi satu kita berpantang makan ni sebab nak jaga luka dan nak juga sebab breastfeed baby. Ye la takut la jugak kalau makan sebarangan boleh menyebabkan gatal-gatal kat luka tu dan effect kat baby. Tapi kalau luka dah sembuh atau kulit jenis tak bermasalah, makan je la apa pun. Macam aku, seminggu pertama tu memang aku makan ikan haruan buat sup je sebab nak luka cepat baik. Alhamdulilah luka cepat baik. Tapi ye la, sebab aku tak upload kat media sosial yang aku makan ikan haruan je minggu pertama tu, so orang ingat aku tak berpantang. Aku elak jugak makanan yang pedas sangat atau minum ais untuk elak baby sakit perut. Ade la jugak aku minum ais tapi takde la hari2 minum sejuk atau ais kot. Tapi aku memang banyak minum air. Sebab lepas beranak mudah sangat rasa haus. Maybe sebab menyusu anak, so aku cepat dehydrated. Tapi ade orang cakap, masa pantang tak boleh minum air banyak. Ok ni pada aku mengarut. So memang aku tak kuasa nak follow. Masa pantang memang aku banyak minum air. At least sehari 2 liter.

Ha tu bab makan. Bab lain macam berurut, tungku semua tu aku buat je. Hari kedua lepas beranak aku dah berurut. Urut 3 hari berturut-turut. Takde la aku abaikan benda ni semua. Tapi ye la, sebab aku tak upload di media sosial, so takde la orang tau aku buat benda ni. Yang orang nampak aku tak berpantang. Siap tag aku kat artikel pasal prolapse / rahim terkeluar / tombong sebab tak berpantang. Actually prolapse ni boleh terjadi bukan sebab tak berpantang je. (sila la google dan baca) Tapi ye la masa berpantang la nak kena jaga lebih sebab lepas baranak kan banyak otot2 rahim tu yang longgar. Kena la pergi berurur bertungku bagai. Pakai bengkung. Pastu jangan angkat benda-benda berat. Aku masa pantang tak kuasa la nak angkat berat-berat ni. Dok rehat je depan tv. Tapi takde la pulak aku melengko je sepanjang hari. Buat la jugak kerja rumah macam biasa. Tak semestinya berpantang ko kena jadi malas. Cukup la aku jadi malas masa mengandung. Lepas beranak kena la exercise sikit-sikit. Badan kita ni kalau underuse pun boleh datangkan penyakit jugak. Tapi, seminggu pertama tu memang aku banyak rehat je la sebab luka still rasa sakit. Once aku rasa luka aku dah elok, dah tak rasa sakit, aku buat je kerja rumah cam biasa. Pakai jeans cam biasa. Aku pakai jugak bengkung masa pantang. Tapi seminggu pertama je la. Ye la, leceh kot nak pakai bengkung tradisional tu. Pada aku bengkung ni elok la pakai sebab boleh elakkan kita jalan laju-laju masa pantang tu. Bila pakai bengkung kan kita susah nak berjalan. Jalan pun kena slow-slow. So takde la luka kat bawah tu terkoyak. Lagipun boleh la kempiskan kan perut ko yang dah geleber tu. Tapi aku pakai seminggu je. Lepas tu aku pakai korset je. Senang. Stokin memang aku pakai masa pantang sebab kalau tak pakai, aku rasa sejuk. Tapi ade la jugak time aku tak pakai. Bila time tak pakai tu la teramik gambo dan post kat FB. So orang ingat aku tak pakai stokin masa pantang. Ala, bukan dosa pun kalau tak pakai stokin masa pantang. Kalau badan ko tahan tak rasa sejuk, tak payah la nak stokin bagai. Ikut la ketahanan badan masing-masing.

Banyak lagi la pantang larang masa berpantang ni. Tak boleh basuh rambut la, tak boleh keluar rumah la. Bab basuh rambut tu memang aku tak folow pun. 2 hari pas beranak aku dah mandi siap syampoo bagai. Ye la, kalau tak basuh rambut camne nak mandi wiladah ye dak? Lagipun aku rimas la rambut bau busuk. Pening kepala aku kalau 3 hari tak basuh rambut. Tapi jangan la mandi air sejuk. Aku mandi la air suam. Alhamdulilah ok je, takde pun masuk angin kepala tu. Bab tak keluar rumah tu aku setuju la sebab memang tak elok pun nak keluar time pantang lagi2 kalau luka belum baik. Kang dah terkoyak luka tu tak memasal kena jahit balik. Lagipun kalau keluar bawak baby pun bahaya sebab baby boleh terdedah kat penyakit. Tapi nasib aku memang tak baik la sebab anak aku jaundice. So start hari keempat tu memang aku kena keluar jugak la ulang alik pergi klinik, pergi hospital. Untunglah kalau ko boleh nak harap laki atau mak bawak anak pergi klinik tu. Tapi pada aku, biarlah aku pergi sekali. Lagipun anak aku menyusu. Pergi klinik tu bukan kejap-kejap, lama jugak. Kang anak aku nak menyusu payah pulak. Awal-awal hari tu memang aku tak ajar lagi anak hisap botol. Stock ebm pun xde lagi. Nak tak nak terpaksa la jugak keluar rumah.

Kesimpulannya berpantang la ikut cara masing-masing. Pada aku takde yang betul takde yang salah dalam berpantang ni. Hanya kita je yang tau ketahanan badan kita kan. Tapi ye la, masalah masyarakat kita ni. Kalau kau tak follow cara diorang, bersedialah kau untuk dilahar. Respect la cara masing-masing. Lagipun kalau orang yang tak berpantang tu sakit, bukan korang pun nak jaga. Cam aku ni ha, kalau laki aku or mak aku bising-bising, aku boleh la terima sebab munkin diorg yang kena jaga aku kalau aku sakit. Tapi bila orang luar yang lebih-lebih nak kondem, aku pun jadi sakit hati la jugak. Aku paham kalau orang concen dan bagi nasihat. Aku terima je nasihat orang. Cuma tak payah la nak kondem-kondem macam kau duduk serumah dengan aku pulak kaedahnya. Tak semestinya bila kita berpantang betul-betul macam nak rak, kita akan sihat walafiat sepanjang masa. Tah-tah orang yang tak berpantang tu lagi sihat dari ko. Macam aku cakap tadi, badan kita hanya kita je la tau cane nak handle. Yang penting respect each other. Tak payah nak kondem2. Aku walaupun berpantang cara moden, takde pulak aku nak kutuk2 org pantang secara tradisional tu kolot. Cara masaing-masing kan.

Mat saleh yang tak berpantang tu elok je sihat aku tengok. Yang penting amalkan gaya hidup yang sihat sepanjang masa. Insyaallah sihat la anda semua. Sekian.

10 comments:

  1. Assalamualaikum cujen. ahha setuju sangat weh dengan awak. macam sheila pula, jenis memang 24jam pakai stoking, bila keluar siap org tegur lagi masih berpantang ke? (sebab dukung Adam) nak aje kita jawab, kaki pun aurat. kena cover la. hahaha mau berasap telinga orang kan. hahahha depa kondem kita macam depa duk serumah, macam tahu je apa kita buat. mulut orang takleh tutup macam tempayan tu. ahhaha pasrah je. yang penting kita sihat dan enjoy masa berpantang. yeayyy!

    sheila pakai bengkung dapat 2-3 minggu je, sebab pantang sendiri. lauk2 milkbooster. ais tak minum sebab memang tak suka sangat air sejuk. alhamdullilah. badan sedap je skrg. kalau tak buat kerja, rasa cam lemau semacam. hahahaha

    ReplyDelete
  2. aku setuju jgk cerita berpantang ko ni. Aku ikot dan xikot penye style. nak plk aku dh branak 3, jd pngalaman dr anak pertama dah mematangkan otak aku ni skit. berpntang anak ke 3 plg best sb aku manage masa aku sndiri, masak makanan aku sndiri, bole bt keje2 umah skit, tp2 mggu blk kmpg. Aku suka bpntang ikot style kite tp still brpandukan orng dulu2 pnye style. Mane yg bole ikot kite ikot sb yang brpntang kite. Kite je yg tau bdn kite ni jns mcmana. Lps pntang pn still mkn pil2 untk tmbh tenaga nak2 kite nk brjaga malam, mnyusukan ank. Pam susu, siangnya bekeje. Apepun cujen, kite brpntang ikot cara yang sihat, bkn kite belasah mkn xtentu psl. Kena ada pro n kontra dlm mnjaga kesihatan ketika berpntang.

    ReplyDelete
  3. sy pun xikut sgt.. pakai stokin tu bila xselesa, mmg xpakai.. tp bengkung mmg smpi 2bln pakai.. nk kasi kempis punye pasal.. bab mkn, kobis tu ada la try, tp baby lak kembung perut, mcm u ckp la, try n error.. kuar tu mmg kena la sbb bersalin kt kl, kg kt johor.. hari ke enam dh travel blik kg..

    ReplyDelete
  4. i pon x ikot! Hari pertama mak msak ikan.. tu jela.. pastu bantai makan ayam dan dging je. tp goreng kering jela. stokin tu kt umah mmg on off tp bile i gi kuar bli pampers ke giant, lupa pakai stokin.. skali blk umah badan rase dedor nak demam. Mak ckp mybe sbb x pakai stokin or breast bengkak. Mcm cujen ckp la. ikut bdn memasing. i bg 5 bintang kat post ni.

    ReplyDelete
  5. kadang2 yang kuat berpantang sangat tu time die tua pon sama jugak sakit urat sakit belakang sakit pinggang sbb osteoporosis... x makan seimbang... nak awet muda tp dalaman x sihat...

    ReplyDelete
  6. Hi saya baru kat sini...salute akak.. saya sekarang pantang anak kedua baru 12hari... bengkung pakai on-off , minum juz,air masak bnyak... kalau tk minum bnyak mcm mane nk produce susu.. klua rumah dr bersalin smpai la hari ke 12 sebb baby jaundice dok ulang alik klinik.. buah makn je.. elok je.. stokin tiap2 malam pakai. Siang kadang2, tngok badan ok ke tak. Hari ke 10 luka dah ok tpi masih jalan kepit.. dah siap masak sendiri. Basuh baju... kalau berehat sangat pun badan bole lemah. Kenela gerak2..... tk bole malas2... cuma jgn lasak2 jela.. nasi ayam pun saya dah makan. So far ok je.. fresh oren sejuk pun dah minum. . mak pun suruh minum kopi, kata nk bagi tenaga.. tapi baru 2x minum...ok jer.. betolla akak cakap try an error la.. yg peliknya ade sesetengah orng cakap roti pun tk bole makan sebb angin? N nasi dah makan tk bole tambah? Kalau nasi tu senduk cikit je mcm mane nk kenyang bagi tenaga? Takkan nk kenyang kene sulam dngan biskut or air je?? Pelikla.. tapi mak saya memg relaks .. die on je cara pantang saya. N saya memg tk suka pakai bengkung waktu siang. Leceh nk gerak2... he he he he....

    ReplyDelete
  7. Huuu hu sama la..memang skit hati org yg mulut tmpayan, bukan bleh main ikut je tanpa tau keberkesanannya

    ReplyDelete
  8. Huuu hu sama la..memang skit hati org yg mulut tmpayan, bukan bleh main ikut je tanpa tau keberkesanannya

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..