Monday, August 4, 2014

Cerita Raya Cujen.

Hye uols! Korang sume dah start keje ke? Hihi, sian korang. Iols sekarang ni masih lagi menikmati cuti bersalin sekaligus dapat menikmati cuti raya selama sebulan. Jangan jeles. Aku sekarang ngah bersenang lenang goyang kaki update blog sambil mengunyah kuih semprit. Hihihi. So macam mana raya korang? Best tak? 

Ok,macam korang sume tahu, ni first time aku beraya sebagai mak orang. *lap peluh
Agak mencabar dan kelam kabut jugak la pengalaman pertama beraya jadi mak orang ni. Nak kena siapkan anak dulu. Baju pun xboleh nak pakai glemer-glemer sangat. Maklumlah anak menyusu badan, kena la pakai baju yang bersesuaian. Lagipun pakai glam2 pun nanti, bersedia lah ko baju itu akan dimuntahkan oleh anak ko. Sabo je la. Aku punya la beria, belum puasa lagi dah beli baju raya. Masa tu baby belum keluar pun lagi. Baju Melinda Looi ok. Tapi last minute seminggu lagi nak raya aku suruh mak aku buat baju lain.

Ni baju yang aku beli.


Ni baju yang aku suruh mak aku buat. Beli baju mahal-mahal akhirnya di pagi raya aku hanya pakai baju kurung cotton dengan zip di bahagian depan. Huwaaaaa. Tu pun nasib baik korek-korek dalam bilik jahit mak, jumpa kain cotton yang beli kat vietnam tahun lepas yang belum dijahit lagi. Kebetulan pulak sama dengan baju raya Melissa. Apa lagi, terus zass jadi baju raya. Baju raya laki aku pulak cari kat Jakel je. Nasib baik jumpa kaler sama. Dapat lah kami sedondon di pagi raya. Hihihi.

Tapi sebenarnya tak penting sangat nak berbaju baru di pagi raya.. Janji pakai baju ye dak? Yang penting nya di pagi raya ni kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. Tahun ni turn beraya di kampung aku. Adik beradik aku sume dapat berkumpul sekali. Dan yang paling best, tahun ni yang dah berkeluarga masing-masing beraya dengan ahli keluarga baru. Semua dok pangku baby baru tahun ni. Memang meriah la kan. Ok la jom layan gambar raya aku. Biasalah lepas raya masing-masing gigih update blog penuh gambar raya berwarna warni. Ala korang pun bukan baca kalau aku karang panjang-panjang kan. Mesti sibuk nak tengok gambar je kan. Kan? Kan? Ha, nah layannnnnzzzzz gambar-gambar gedik santai aku sampai muntah.

Banglong's Family

Angah's Family

Kokde's Family

Acik's Family

Ni pulak geng single. Hehe

One happy family at home.

Gigih tau beramai-ramai pergi kedai gambar nak amek gambar studio kononnya. Dah la ramai gile orang. Tunggu bukan main lama lagi ni je hasilnya. Tengok la muka Mel tu, tengah tahan berak agaknya. Beria aku pakai kan headband, tiba time nak snap gambar time tu la dia meragam. Sabo je la. Dalam berpuluh-puluh gambar yang disnap, ni je yang mampu nak dibawak ketengah. Gambar anak aku tengah meneran jugak la yg jadik gambar family tahun ni. Gambar lain sume lagi la teruk. Kejap kang laki aku menguap la, adik ipar aku terpejam mata la. Masalahnya kedai gambar ni kedekut gila. Dah la kena pilih satu je gambar yang nak di print, pastu bila mintak soft copy gambar lain tak boleh. Soft copy pun sekeping ni je. Aje berkira betul kedai gambar ni. Sabo je la. 

Raya kedua baru la berpeluang nak melaram. Tu pun aku pakai kejap nak amek gambo je. Bila nak pergi beraya, terus tukar baju lain.

Gigih kan semata-mata nak amek gambar je

Sempat lagi bergedik santai ngan laki aku. Mel kat dalam tengah membuta. Hihi.

Nak gi beraya kena la tukar baju. 
Tengok makcik aku kat belakang tu, relax je pakai kain batik n t shirt.

Close up sket gambar baju cantik ni. Hihi.
Ni baju raya tahun lepas yang x sempat pakai. So kita carry forward ke tahun ni. 
Ade hikmah jugak aku tak sempat pakai baju ni tahun lepas. 
Boleh jugak tambah-tambah baju raya tahun ni.


Asal balik kampung je, gigih la semua nak bergambar kat bendang.
Konon-konon macam org bandar yang jakun masuk kampung la gitu. Ahakzz.

Raya pertama ngan kedua beraya rumah sedara-sedara mak aku. Raya ketiga balik rumah mak mertua aku kat Selayang. Tapi tahun ni takde gambar dengan family in law aku. Raya keempat balik Muo bawak Mel jumpa atok abah dia. 


Mel dengan atok abah dan abah kepada atok abah. Hihihi. Paham tak?


Balik Muar kejap je. Pastu beraya rumah adik aku yang baru pindah Melaka. Esoknya dah balik Putrajaya dan menjalani kehidupan seperti biasa. Ok itu je cerita raya aku. Gambar memang banyak tapi tak larat la nak share kat sini. Cukup la ni untuk tatapan korang. Macam la korang berminat nak tengok gambar raya aku kan. Gambar korang pun lagi cecantik agaknya. 

So Selamat Hari Raya la untuk semua pembaca Cujen The Lejen. Hari tu tak sempat nak update entry selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Mai la datang beraya ke rumah aku. Aku bosan ni takde nak watpe kat rumah. Jangan lupa bawak duit raya skali untuk Mel. Hihihi. Kalau wat open house tu jemputlah aku!

Selamat Hari Raya. Jumpa lagi raya tahun depan. Insyaallah. 

Dah, jom balik!

4 comments:

  1. best gileeeee !! teringin nak rasa suasana kampung cenggini...

    ReplyDelete
  2. oittt cepatnye kuruihhhhh perot tuuu hahahaa

    ReplyDelete
  3. Badan dah selim melim balik..

    Selamat hari raya cujern!!

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..