Friday, August 8, 2014

Pencarian Stroller Untuk Melissa.

Ok, aku sekarang tengah pening nak memilih stroller untuk Mel. Dah berhari-hari dok mengadap laptop cari the best stroller yang bersesuian dengan kriteria yang aku nak. Aku memang cerewet bab nak beli stroller ni sebab kalau boleh biarlah stroller yang aku beli tu berbaloi. Boleh pakai dari Mel kecik sampai besar, tahan lasak dan boleh pakai untuk adik-adik Mel nanti. Errr.

Antara kriteria PENTING yang perlu ada untuk stroller yang bakal aku beli nanti ;

1) Ringan. Kalau boleh nak yang bawah 6kg. Senang aku nak hangkut. Aku pun bukan kuat sangat kudrat nak mengangkut berat-berat.
2) Reversible handle. Senang aku nak tengok muka baby nanti. Nak nak Mel ni kecik lagi, so agak penting untuk aku tgk keadaan dia dalam stroller tu. Aku pernah pinjam stroller adik aku yang tak boleh reversible handle. Susah hati aku bila tak dapat tgk muka baby masa tolak stroller. Tak tau apa yang berlaku kat dia. Kena jengah-jengah sambil jalan. Memang leceh la. So reversible handle sangat penting bagi aku.
3) Compact size bila lipat. Ni pun penting jugak sebab kereta aku kecik je weh. Actually before ni aku tak pernah kisah size stroller bila lipat. Tapi pernah jugak aku pinjam stroller adik aku yang bila lipat memang bapak beso. Tak silap aku stroller SCR 6 kot. Dah la susah lipat pastu bila lipat beso gila. Bayangkan tak muat masuk but myvi. Kena letak kat seat belakang. Itupun penuh seat belakang dah tak boleh org duduk or letak barang lain. So masa tu dah nekad kalau beli stroller mesti cari yang kecik sekeciknya bila dilipat.
4) Boleh recline. Kalau boleh recline sampai flat. So baby boleh baring. Kesian la kat baby kalau duduk tegak je kan. Lagi lah cam Mel yang kecik lagi ni.
5) Boleh pakai dari newborn. Biasanya stroller yang boleh pakai dari newborn ni, seat boleh recline sampai flat sebab baby newborn kan kena baring je.
6) Affordable. Kalau dapat yang below 500 memang dah cantik sangat dah tu. Tapi bajet aku 1500 untuk stroller. Takpe mahal sikit janji berbaloi. Kalau ade second hand pun boleh dipertimbangkan.

Actually sebelum beranak aku memang nak tanam niat nak beli stroller Babyzen Yoyo sebab masa first time dok survey stroller aku dah tertengok stroller babyzen ni. Memang best la babyzen ni sebab bila lipat memang jadi kecik gila. Pastu boleh bawak masuk cabin. Senang nak travel. Ceh macam la tiap2 bulan travel. Tapi serius memang aku dah berkenan dengan babyzen ni. Dah tak pandang stroller lain dah. Dalam kepala otak aku, hari2 dok zikir nak beli babyzen je. Malangnya babyzen ni banyak jual kena pre order.



Video ni la yang buat aku jatuh cinta dengan Babyzen Yoyo ni. Memang stylo la kan boleh handle guna satu tangan je. Siap boleh sangkut je kat bahu kalau takmo guna. Tapi yang ni model lama. Untuk baby 6 month ke atas. Masa ni aku masih berbelah bahagi nak beli ke tak sebab aku nak guna dari newborn. Tapi start 2014 babyzen ade model baru yang boleh guna from newborn. Ha masa ni terus nekad nak beli babyzen.

Tapi, nasib baik la aku bertangguh-tangguh nak beli. Sebabnya bila aku tengok balik Babyzen Yoyo ni macam tak berapa nak sesuai dengan kehendak aku. Sebabnya set untuk newborn ngan toddler tu macam dua set yang berbeza. Ko kena tukar pad nya kalau nak guna. Aku baru je perasan mende ni. 


Agak leceh la pada aku nak kena tukar-tukar camni. Aku kalau boleh nak stroller yang terus boleh fully recline. Tak payah nak tukar-tukar. Buat semak kepala aku je. Lagipun Babyzen Yoyo ni mahal sangat dah melepasi bajet aku. Actually bab rega tu tak kisah sangat, cuma yang buat aku cancel yoyo ni bab yang tu la. Kalau tak, memang yoyo ni sempurna la bagi aku. Disebabkan yoyo ni dah cancel, maka terpaksalah aku memulakan pencarian yang baru.

Bila tanya kawan-kawan, ramai yang suggest Quinny. Tapi serius aku cakap aku memang dari dulu tak berkenan Quinny ni disebabkan size yang agak bulky pada aku. Sangat tak sesuai dengan kereta kecik aku tu. Memang aku tak pernah survey brand Quinny ni. Tapi bila ramai kawan yang guna n suggest, aku pun suyvey la jugak. Aku survey Quinny Zapp sebab org cakap size kecik bila lipat.


Malangnya bila aku tengok video ni, terus aku tak berkenan sebab susah nak handle. Ko kena guna dua tangan ko bila nak lipat n bukak. Ah leceh la pada aku. Aku ni dah la jenis cepat berangin je. Kang silap-silap aku terajang je stroller tu bila susah nak bukak tutup camni.

Survey punya survey aku terjumpa satu blog yang review stroller brand Combi. Brand ni agak asing la bagi aku sebab aku tak tau pun ade brand Combi and jarang org review stroller brand ni. Biasa yang famous brand Quinny or Sweet Cherry. Bila baca blog tu terus aku berkenan pulak dengan stroller Combi ni. Yang dia review tu stroller Combi Well Comfort. Tapi banyak lagi model lain dari brand Combi ni. Bila tengok youtube pun, memang senang nak handle stroller ni. Ringan pun ringan. Yang model well comfort ni berat bawah 5kg.

Combi Urban Walker

Combi Well Comfort

Best kan stroller ni. Senang nak handle. Dia nye handle pun senang nak tukar samada nak facing or rear. Kalau ikut review blog tu, masuk dalam kereta pun tak bape nak makan space. Stroller pun boleh berdiri sendiri. So tak payah la la nak sandar2 kan stroller kat memana bila dilipat2 camtu. So far stroller combi ni memang dah menawan hati aku. Semua kriteria yang aku nak ade kat stroller ni. Cuma nya stroller ni takde la compact sangat macam Babyzen Yoyo tu bila lipat. Tapi boleh consider la since banyak function lain yang aku berkenan. Harga pun boleh tahan. Apa pun kena pergi tengok dulu kat showroom. Setakat ni yang aku tau showroom Combi ni ade kat Sunway Pyramid. Kena tengok dan test depan mata dulu baru puas hati. Try letak Mel dalam tu tengok dia ok ke tak. Tapi rasanya dia ok kot sebab dia kan baby lagi, so tak pandai melawan. Bagi susu kenyang2, tido je dia dalam tu. So, Combi ni dah dok tangga teratas dalam list aku.

Ade la jugak aku srvey brand yang lagi murah macam sweet cherry. Tapi sweet cherry kebanyakan nya berat. Ade yang sampai 12kg. Agak berat la pada aku kalau dah lebih10kg tu. Aku kalau boleh nak yang bawah 5kg je. Korang kalau ade suggestion brand2 lain yang lagi murah dari Combi ni tapi ade function2 yang macam aku nak tu, boleh la share. Atau sesiapa yang pernah pakai stroller combi ni kalau nak share pun boleh. Senang aku nak wat pertimbangan.

Nanti bila dah beli stroller, aku pulak bagi review ok!

9 comments:

  1. indeed, combi mmg best, senang lipat, xmkn ruang byk dlm kete sebab i skang pakai combi..best.. tp sebab tamak, beli gak brand scr.. ya ampun, berat nak mampp.. boot kete hanya untuk stroller je.. bestnya scr ni sbb boleh buat bucket.. baby blh golek²..hehehe.. apa pun, combi mmg ringan + best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, lupa lak..i beli preloved je..kt jb.. so, save la duit..kekeke

      Delete
  2. i bli quinny utk sofea, mmg susah sket nak lipat2 masuk bonet. kene pkai dua tgn. tp ok gak la sbb i bli tu sekali newborn seat yg blh attached dgn quinny RM1500. baby yg yoyo zen tu klo da 1 year above br berbaloi la. blh sandang 1 shoulder je kate kooo.. :P

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cujen. menarik combi ni, tapi kita pakai scr9, semua ciri ado tapi berat jelah masalah sikit. heheee mujur la along sponsor kalau tidak bila ntah nak beli stroller. mahal bebenor kannnn.

    ReplyDelete
  4. sobs..masa nak beli stroller anak, memang pening pikir.
    minat hauck sekali haukkk poket yg budget hanya bawah rm600..

    sekali husband confident amik scr innova tu..menarik tapi berat! konon2 la muat kereta, dah ckp xkan muat..yakin sgt..ha belakang seat jugak letaknya..pakai myvi je..
    tp nasib anak suka dok dalam tu..takpelah nak..nasib baru sorg..nk ulang alik putrajaya semban je..

    anak kedua nanti baru cr stroller yg kecikmoleksenanglipat- eh

    ReplyDelete
  5. salam...saya ada menjual stroller dan car seat sweet cherry...

    lawati web saya http://bagaimana.com.my/sweet-cherry-stroller-scr6-murah/ atau hubungi saya yazid di 011-14465715...

    kami prefer customer cod dengan kami di putrajaya..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum

    terdapat pelbagai jenis stroller yg dijual di pasaran. cuma perlu memilih mengikut bajet kita kan :)

    ReplyDelete
  7. This is very nice information. Because our child safty is very important to us hence you may like baby care Strollers canopy/hood from http://www.lovee.com
    They have many varieties like mountain buggy nano canopy

    ReplyDelete
  8. Your blog have very good content information, i get more thoughts after reading this awesome blog.
    click here

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..