Wednesday, September 17, 2014

Back To Work.

Debor hoi nak pergi office pagi tadi sebab dah lama tak kerja. Debaran tu macam first time pergi sekolah gitu. Over tau. Hahaha. Tapi aku dapat rasakan yang boss aku takde hari ni. Sekali tepat jangkaan aku. Boss outstation pergi Kelantan. Dua hari. Jumaat baru ade. Yay! Eh, apsal pulak nak yay ni. Aku bukan jenis yang suka mengulo time keje. Bukan aku. Bukan aku. Hihihi.

Ok la nak cerita kisah pagi tadi. Gigih tau aku bangun kul 6 pagi. Memang dah beberapa tahun kebelakangan ni, memang tak pernah la aku nak bangun seawal ni. Kalau terjaga pun, pejam mata balik. Hahaha. Tapi pagi tadi otomatik terjaga sebelum alarm aku kul 6 pagi bunyi. Sebabnya alarm cinonet aku si Mel tu dah bunyi dulu. Terus je la aku bangun pastu bangunkan dia sekali. Biar dia jaga, nanti sampai rumah mak aku boleh la dia terus tido. Lepas solat, aku siap-siap mekap dulu. Tapi pakai baju biasa je, sebab nanti nak mandikan Mel kat rumah mak. Malas nak mandikan kat rumah aku. Sebab biasanya lepas mandi, si Mel ni mesti nak menetek pastu tido. So elok lah aku mandikan dia kat rumah mak aku. Terus lepas mandi boleh tetekkan dia then biar dia tido. Then boleh la aku pergi kerja dengan senang hati. Menjadi jugak la plan aku tadi. Agaknya dia memang dah mengantuk sangat, lepas mandi, isap nenen dua tiga sedut je pastu terus pengsan. Hahaha. Senang kerja mak ko. Harap la tiap-tiap hari dia camni. And harap-harap la dia tido lama sket. Tapi bersedia je la kot-kot kang mak aku call soh balik kang. Memang nak ajar dia hisap botol tapi kalau dah dia meraung tak nak nanti, kena la balik jugak kan. Takpe, slow-slow ajar. 

Orang kata kalau first time tinggal anak nanti baby blues. Tapi aku tadi tinggalkan Mel cam takde perasaan je. Takde la feeling-feeling nak sedih sangat. Hahaha. Memang jenis takde perasaan aku ni. Ke sebab tinggal dengan mak sendiri, so takde la nak risau sangat. Maybe kalau hantar rumah pengasuh tu mungkin la akan rasa sedih sket. Ala, lagipun rumah mak aku dekat. Apa-apa hal boleh je nak lari kejap balik rumah. So tak payah la nak feeling-feeling sangat.

Budak cinonet yang dah pengsan.

Mummy yang semangat pergi keje.

Harap-harap semangat tu sampai la bila-bila ye. Nak kena cover balik rekod kehadiran yang teruk masa pregnant hari tu. Hihihi.

Oh, semalam aku dah potong rambut. Setelah sekian lama rambut panjang mengerbang, akhirnya semalam tewas jua. Follow adik aku gi gunting rambut sekali aku pun terjebak. Ah lagipun rimas la time nak tetekkan Mel rambut asik masuk mulut dia kalau aku lupa nak ikat. Kadang-kadang getah rambut aku asik la misplaced. So potong pendek terus. Like, sangat pendek. Hahaha. Biar lah, rambut je pun. Tak payah nak feeling-feeling sedih macam potong jari. Lagipun rambut aku cepat panjang. Tak caya nanti kita tengok hujung tahun rambut aku dah panjang mana. Gambar malas nak upload. Boleh tengok kat stegram aku. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum awak. ada instagram ekk. nak ID.. boleh add. heee cutenya mel! mummy dia cute lah, bertudung. i likeeee :)

    ReplyDelete
  2. haaa, btl la tu, maybe sbb anta kt mak sendiri..cuba anta kt org lain, kompom nanges.. macam sy memula naik keje tu.. meraung uittt...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..