Tuesday, September 30, 2014

Feedback Dari Hospital Putrajaya.

Renteten dari entry Bad Experience With NICU Putrajaya yang aku update bulan lepas, akhirnya ada pihak hospital yang call untuk memberi penjelasan dan meminta maaf. Finally! And i'm suprised ok. Tak sangka entry tu boleh sampai ke pihak Hospital Putrajaya. Well, the power of internet and berblogging. Cepat je benda ni tersebar. Hehehe.

Surat rasmi dari Hospital Putrajaya


Rasa nak tergelak pulak tengok blog aku Cujen The Lejen dalam surat rasmi tu. Hahaha. Ni surat rasmi yang diorang hantar lepas diorang call hari tu. Tapi diorang call laki aku sebab katanya call aku tak dapat. Hmm takpelah, cakap dengan laki pun boleh la. Tapi, aku respect pihak Hospital Putrajaya tak memandang remeh hal ni. Walaupun aku tak buat laporan rasmi kat Hospital tu, diorang ada inisiatif nak amek tindakan susulan untuk kes aku ni. Actually masa hati tengah panas hari tu, memang aku berkobar-kobar nak buat laporan rasmi, siap dah karang ayat dah. Tapi bila hati dah sejuk, terus tak jadi nak hantar. Entry yang aku up hari tu pun just nak share pengalaman aku, bukan niat nak memburukkan seluruh hospital. Aku tau benda ni pun kadang-kadang nasib jugak. Dah nasib aku tak baik masa tu. Laki aku ckp, masa diorg call hari tu, Dr tu ada tanya kenapa still datang hospital lagi kalau tak puas hati dengan bad services yang aku terima hari tu (actually lepas kes tu, Mel ade masuk NICU sekali lagi dan ade sekali lagi kitaorang pergi kecemasan masa dia demam baru-baru ni. diorang boleh trace rekod aku datang sana). Well, aku datang sebab aku still percayakan hospital putrajaya tu. Lagipun dalam entry tu takde pun aku cakap aku tak nak datang lagi atau serik dengan hospital putrajaya ni. Aku cuma luahkan perasaan dan share pengalaman aku je. Dah takdir nasib aku kurang baik masa tu. Aku tak anggap la seluruh hospital tu teruk. In fact, masa aku bersalin hari tu service yang aku terima memang tip top. Dari start aku melangkah masuk wad bersalin tu sampai la dihantar ke PBBR tu, semua ok. Layanan first class. Doktor and nurse-nurse semua baik belaka. Cuma kat NICU tu je sekali yang nasib tak baik. Actually pada aku kecuaian ni boleh berlaku tak kira la kat hospital kerajaan atau hospital swasta yang berbayo tu. Kalau aku nak pergi hospital berbayo tu pun, belum tentu ada jaminan takkan berlaku kes-kes macam tu. Cuma kalau boleh, kurangkan la kecuaian-kecuaian yang macam ni. Kerja dengan orang ramai ni, lebih-lebih lagi dekat hospital pulak tu, memang kena bagi perhatian lebih sket. Mana boleh cincai-cincai. Harap-harap benda camni boleh bagi kesedaran kat nurse yang bertanggungjawab amek kes Mel hari tu dan nurse-nurse lain. Kalau tahap kesabaran korang tu memang nipis cam aku ni, baik la korang cari kerja lain je. Jadi minah kilang ke, keje dengan mesin bukan dengan orang. Bila kerja dengan orang ni, perangai tu kena kasi elok sket. 

Tapi takpelah benda pun dah lepas. Mel pun dah sihat. Hospital pun dah bagi penjelasan dan mintak maaf. So, aku anggap benda ni dah selesai. Harap-harap takde la kes sebegini berlaku di masa-masa akan datang. 

Case closed!

4 comments:

  1. Assalamualaikum cujen. fuyohh fast reply ni kiranya. bagus2.. atleast depa bagi feedback dan pandang serius hal ini. hihiii so baju mel dapat tak?

    ReplyDelete
  2. Salam hai cujen. Xpe biar kita complain at least diaorg taw dept mna yg mmg ada bad service ni. Wahh popular la bolg cujen tu huhu

    ReplyDelete
  3. Bole pulak doktor cakap macam tu yer, bukan nak ambil itu sebagai satu pengajaran yang tak akan berulang lagi pada masa hadapan, ye lah kita faham bukan semua perlu dilayan macam puteri raja, dah keje gomen kita sokong la hospital gomen ye dak?agaknya doktor tu suka kot, layan tak bagus lepaih tu sume pesakit tak gi spital sbb tak puas hati dgn layanan, ermmm..mel nanti belajar rajin2 yer biar jadi doktor hehehe...walau apa pun, blog cujen glemer gitu..

    ReplyDelete
  4. waaaaaa bahaya jugak ehhh..kang tetiba aku terdesak kena g sana HPJ tolak sebab aku dah cakap serik. hahaha

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..