Thursday, September 18, 2014

Hampir Tewas.

Semalam kan aku ada cakap yang aku semangat nak pergi kerja kan. Rupanya semangat aku tu bertahan selama sehari je. Hahaha. Pagi tadi aku hampir-hampir tewas dengan rasa malas yang masih bersisa dalam diri ini. Padahal kul 6 pagi si kecik tu dah kejut aku. Tapi aku sogok dia  dengan tetek suruh tido balik. Dengan niat aku pun nak tido sekali takmo gi kerja. Hihihi. Tapi si kecik tu ngok ngek takmo tido pulak. Nak tak nak aku bangun la jugak. Tengok jam baru kul 7. So sempat lagi kalau nak siap-siap pergi kerja. Lagipun bos takde, rugi kalau aku cuti time bos takde.

Dengan pantas aku mandikan Mel, nasib la si Mel ni jenis suka mandi. Memang tak susah nak mandikan dia. Dari lahir memang tak pernah langsung nangis time mandi. Aku curah air atas kepala dia pun, dia relax je. Mata je terkebil-kebil bila air lalu kat muka dia. Bagus si Mel ni, macam ayah dia jugak suka mandi. Kalau ikut mummy, tak mandi 3 hari pun relax je. Hihi.

 Budak suka mandi

Malam tadi aku tak balik rumah pun. Tido rumah mak aku je sebab dah tak larat nak drive. 3 bulan tak kerja, bila dah naik kerja ni penat bukan main walaupun aku tak buat kerja langsung pun kat office. Balik kerja petang semalam terus mandikan Mel. Si Mel ni pulak lepas mandi memang keje nak mentido je. So sementara tunggu dia bangun dari tido tu hari pun dah malam. Aku pun dah malas nak balik. Nasib baik bawak baju dia extra. Aku pulak pinjam je baju adik aku. Hari ni kena tukar strategi la. Petang amek dia terus balik rumah. Tak payah mandi dulu. Sampai rumah baru mandi. Kalau tak kang, ade yang dah lupa jalan pulang ke rumah pulak nanti. Sian laki aku dok sorang-sorang kat rumah.

4 comments:

  1. Bila dah kena kerja ni, menyampah gile nak tinggal anak kan. Feel you. Huhu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cujen. amboiii mummy mel ... hihiii mel kasi aura soh g kerja tu. hihiii ehh nanti kasi details kt email sheila tau pasal gathering tu. nak gomol mel ~~~

    ReplyDelete
  3. Sama mcm azwa juga..xnangis masa mandi...hehe...betullah..ikut abah..maknya 3 hari xmandi pun wangi juga..hahaha

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..