Tuesday, October 14, 2014

Eat Clean.

Aku dah start stress ni sebab dah mula rasa kegemukan melanda diri. Ok, fine. Aku takde la termasuk dalam golongan gemuk. Kang orang cakap aku ni mengada-ngada lak, tak gemuk mana pun tapi perasan gemuk. But aku banyaakkkkkk sangat lemak terkumpul especially kat pinggang n perut. Huwaaaaaaaa. (tu la, sape suruh masa pantang malas pakai bengkung). Hihihi. Padan muka aku. Masa mula-mula lepas beranak hari tu takde pulak perut aku menggeleber. Tapi makin hari makin dasyat pulak pembentukan lemak kat pinggang tu. Mana taknya, aku skrg ni sukaaaaaaaaa sangat makan. Macam tak boleh tengok makanan. Semua nak sumbat dalam mulut. Sobssssss. Sejak bila jadi begini??? Iols is sedih. Ceh sedih konon. Masa makan tu tak pulak ko fikir ye. Ngap ngap ngap tanpa rasa bersalah. Lepas dah burppp bukan main panjang baru nak sedih. Emang dasar!!



Ok back to the title. Aku dah banyak kali dah berhasrat nak try eat clean ni. Sibuk dok follow IG orang yang amalkan eat clean ni. Dari sehari ke sehari. Semangat membara nak ubah cara pemakanan. Sebabnya aku sendiri takut tengok corak pemakanan aku sekarang. Langsung tak sihat. Makan makan makan je yang aku tau. Nafsu makan semakin membuas nampaknya. Maybe sebab aku breastfeed anak kot. Ceh, alasan nak sedapkan hati je tu. Tapi ye la, kalau tak makan kang tak dapat pulak nak hasilkan susu. Tapi, aku seriusly tertekan dengan lemak-lemak jahat di sana sini. Nak kurusssssssssss!  

Tapi nak eat clean ni bukan senang. Aku sendiri blur nak mula dari mana. Hari tu gi cold storage konon nak restock fridge dengan makanan-makanan sihat je. Semangat ok paksa laki aku bawak gi cold storage. Sekali kuar cold storage, aku cuma bawak kuar coklat je. Hahahah. Hampeh betul. But thank god pagi ni aku google, then aku terjumpa satu blog yang best sangat. Banyak info, eat meal plan and macam-macam lagi la kat situ. Bagus bagus. Boleh aku follow je dia nye cara. Nanti kalau dah berjaya, aku post kat sini. Hihi. Korang yang berminat, boleh follow blog ni ;


Jom sama-sama kurus dan sihat. ^_^

6 comments:

  1. trust me babe bila full breastfeed baby ni mmg selera makan mencanak2
    tp berat akan turun dengan cepat
    sebab eh metabolisme badan kita mencanak2 naik gak bila susukan anak

    ReplyDelete
  2. alaaa tgh rancak bf mel tak yah laa diet sgt cujen..sian mel minum susu tak byk vitamin ..... ko diet lagi 2-3 tahun laaa heheeheh..sesekali gemok ape salahnyer akakakkakaka

    ReplyDelete
  3. no worries bf mom cepat turun berat.macam kite selera makan mmg besar sekarang, tp tetiap bln berat turun jugak.

    ReplyDelete
  4. Haiii cujen. Smlah kita lemak merata2. Huhu slow2 inshallah blh nye kurus hihi.

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnyeee dh jadi mommyyyyyy hehhee. kite pon gemok sgt dh niii

    ReplyDelete
  6. Hihi..sama la kita.ngah berusaha diet. Smbil telan omega guard dari shaklee..baik utk bakar lemak.. baik juga untuk susu badan. Klu berminat leh pm..set bajet kurus under rm100 pun ada. Cewwah..smpt g promot..
    Nk gtau ni..sy berminat nk keychain2 tu..klu sudi bg..hihi..nnt pm sy kt fb sy di side bar blh..tq tau...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..