Monday, October 27, 2014

Great Movie, Good Food, Awesome Weekend.

Aiceh..tajuk entry kemain lagi. Padahal takda apa pun. Hujung minggu yang biasa-biasa je bagi aku. Minggu ni masa aku banyak dihabiskan dengan tengok movie kat rumah dan jalan-jalan cari makan je. Minggu ni berkesempatan nak layan movie-movie yang aku dah download masa pantang ari tu. Kata dah ada anak, memang takde la nak gi tengok movie kat panggung wayang. Pernah jugak laki aku ajak, masa tu Mel baru dua bulan kot. Dia kata bawak je lagipun baby mesti la la sepanjang masa tido kan. Kalau nangis bagi je tetek. Ha, bijak sangat la apak ko ni Mel. Gila apa bawak anak tengok wayang masa dalam pantang. Hish, aku takde la segila tu lagi. Orang lelaki ni memang tak fikir panjang. Sabo je la. Malas aku nak layan. Lagipun aku guna bayo unifi mahal-mahal kalau takmo download movie. Hihihi. Download je, freeeeee! Pastu boleh cucuk ext hard disk kat Tv. Sama je macam tengok wayang. Gambar pun lagi clear dari tengok wayang.

So minggu ni aku berkesmpatan layan movie-movie ni.





Cerita-cerita camni memang menjadi favourite aku. So far ketiga-tiga filem ni memang sangat best pada aku. A must watch filem bagi penggemar filem genre romantic cam aku ni ha. Hihihi. Paling aku suka citer About Time tu. Eh tapi The Fault In Our Stars pun best. Begin Again pun best. Eh, semua best la. Dah lama tak tengok movie camni. Seriously, tengok movie best camni boleh bagi kau satu kepuasan dan mendatangkan mood yang sangat baik. Pada aku la. Pada korang aku tak tau. So korang yang belum tengok filem ni, sila la download. Sumpah tak menyesal. Hehehe.


Jalan-jalan cari makan pulak, minggu ni aku berkesempatan pergi dua tempat yang makan yang aku nak sangat pergi. The best chee nan in town and roti canai d' bukit kat bangi tu. Actually cheese nan sedap tu aku dah pegi tuk kali yang keempat. First time pergi bulan lepas. Pergi dengan adik-adik aku. Gigih dah kul 11 malam baru nak gerak dari Putrajaya ke Danau Kota tu. Masa tu semua tengah bujang. Laki masing-masing takde. Panjang je langkah bini-bini ni semua. Hihi. Then ada dua kali pergi dengan laki aku. Sabtu lepas, mak aku pulak teringin nak try cheese nan tu lepas tertengok orang upload gambo. So, apa lagi..zasssss jom pegi. Tambah pulak mak aku yang belanja. Yay!! 






Ha tak kecor air liur tengok cheese meleleh sampai camtu skali. Masalahnya kan bila dah rasa cheese nan kat sini, ko dah tak lalu dah makan cheese nan kat kedai mamak kembar presint 9 tu. Hahahaha. Serius weh, cheese nan ni memang gebus gebas pastu cheese meleleh-leleh. Memang tak sesuai untuk orang yang diet cam aku ni. Eh???

Ni address cheese nan ni kalau korang nak pergi ;

RSMY Best Cheese Naan @ Danau Kota, KL.
(Belakang Hospital Colombia, Sebelah NZ Curry House)
70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville
53300 Kuala Lumpur.


Ahad pulak, aku pergi breakfast kat roti canai famous kat Bangi nun. Dah lama sangat aku nak pegi sini nak merasa sedap sangat ke roti canai yang digembar gemburkan tu. Tapi malangnya selalu tak berkesempatan sebab i'm not a morning person. Lagi-lagi hujung minggu. Kalau dah bangun kul 11, nak pergi breakfast apa nya. Tambah lagi, tempat makan ni memang kena datang awal. Kalau kul 11 baru terhegeh-hegeh nak datang, memang makan kuah roti canai je la jawabnya. Sejak dah jadi mak orang ni, memang aku selalu bangun awal sebab anak aku ni memang morning person. Kul 6 dia dah kejut aku. So boleh la nak gi makan breakfast kat sini. Tu pun aku pegi dah lambat jugak dalam kul 9 pagi sebab Mel lepas mandi sume dia tetido balik. Tak sampai hati nak kejut. Tapi last-last kejut jugak la sebab mummy dah lapo. Hihi

Sampai je sana, mak oi penuh ok parking. Tengok kereta pun dah banyak. Aku hampir-hampir nak ajak laki aku makan tempat lain bila tengok kereta dah banyak camtu. Aku terbaca kat blog sape tah, nak cari tempat duduk pun amek masa. Then order mau kena tunggu sejam. Tapi laki aku cakap, alang-alang dah sampai jom je la. Dah memang nasib kitaorang baik agaknya, sampai je kat situ, terus ade meja kosong. Order pun takde la lama sangat. Tak sampai 15 minit pun dah dapat apa yang diorder. Laki aku order roti canai dua keping, aku pulak order soto. 

 Kena naik bukit sket, tu pasal namanya Roti Canai D' Bukit. Kelass jah!! 

Rezeki Mel, terus dapat tempat duduk.


Memang ramai orang ok tempat ni. Penuh dan tak putus-putus.

Ada gerai jual kuih. Aku nampak makcik ni ade jual Badak Berendam tapi tak sempat aku nak beli, dah habis. Cisssss!

Soto, roti canai dua keping dengan kari daging.

Kesimpulannya memang sedap la roti canai kat sini. Tak sama dengan roti canai mamak. Aku pulak memang suka roti canai orang melayu buat. Lagi lembut dah sedap. Kari daging pun sedap. Soto pun sedap. Eh semua sedap la. Memang puas hati dan rasanya lepas ni memang sini je la pilihan aku untuk breakfast. Lagi satu aku suka suasana desa kat sini. Teringat zaman-zaman dulu breakfast kat warung-warung camni masa kat kampung. KLMJ sungguh. Korang yang belum pernah datang, aku recommed sangat la warung ni. Konpem puas hati.  

Ni info n address Warung Roti Canai D' Bukit ni; Siap ade koordinat gps lagi. Senang keje korang.



Roti Canai D Bukit (bertanda B = bukit)
Jalan Saujana (Persiaran Jaya)
Seksyen 10, Bandar Baru Bangi
Koordinat: 2.9689701463732914,101.75019979476929
 
 
Huish, semput aku nak habiskan banyak cerita dalam satu entry. Hihihi. Malas nak update satu-satu, nanti takut lupa. Btw, thanks sudi baca.
 
Toddlers!! 

6 comments:

  1. Cujern!! Kite peminat yang serupa!! Asal tengah malam, layan movie genre romantik gini sengsorang. Hahaha. Meh la share cerita best antara kita haha. About time tu memang best gila. The proposal dah tengok? Serendipity? Dear John, The Vow, What's your number, Notting Hill. I ade satu list panjang movie tunggu turn nak donlod. HAHAHA

    ReplyDelete
  2. Klu dtg pagi2 area bangi blh singgah..
    Rsmy tu dkt dgn umh.mmg sedap mkn situ.nasu bukhara dia pun not bad

    ReplyDelete
  3. tang cheese nan tu cheese kt danau kota tu mcm kurg kalau nk banding dgn yg kt depan maju junction tu...dua2 RSMY... tp mmg lah dh makan cheese nan rsmy mmg aku tak penah order kalau g mamak kt putrajaya
    tak lalu huehuehue

    ReplyDelete
  4. aku tak pernah lg g rsmy danau kota.. slalu g kat maju junction tu.. mmg slalu full house tp serius mmg cheese naan dia terbaik! roti canai d' bukit mmg feveret aku kalau wiken.. tapi paling skt ati bila order roti canai, tp dah abis. sbb dtg lmbt.. haha

    ReplyDelete
  5. Tolong ajar download movie itu.... macam mana??

    ReplyDelete
  6. oiit mmg faveret roti canai d'bukit tu! tapi lama dah tak ngular ke sana sbb big bos2 byk bekpes kat situ hahaha. kantoi kakak nanti. mmg pg sana time keje je sbb i dok kl.. tak kose nak meredah ke bangi time wiken sbb dah tau mmg rmai org bekpes situ

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..