Wednesday, October 8, 2014

Keguguran.

Bukan keguguran kandungan la. Keguguran rambut je. Hihihi. Hebat betul kalau anak baru 3 bulan dah keguguran kandungan. Sekarang ni aku sedang mengalami masalah keguguran rambut yang sangat kronik. Sangat sangat sangat sangat kronik. Memang gila babi punya gugur rambut aku. Huwaaaaaaaaaaaaa. Sedih nok tengok rambut iols bersepah-sepah kat lantai. Kalau sikit-sikit takpe, ni memang banyak gileeeee! 

Ni rambut aku yang gugur masa bangun tido pagi tadi.

Tu baru yang bangun tido punya keguguran. Yang gugur time mandi, time sikat, time tengok tv, time duduk-duduk kat rumah tak kira lagi. Sampai aku sendiri takut tengok rambut aku gugur. Dah macam orang sakit je. Aku pun x pasti bila start rambut aku gugur ni. Sebelum potong rambut hari tu, elok je rambut aku takde gugur teruk pun. Tak lama lepas potong rambut terus gugur banyak. Ingat lagi masa aku pergi potong rambut hari tu, cina yang tukang gunting rambut tu siap puji cakap rambut aku lebat. Dah tak payah nak blow sangat. Masa tu dia compare rambut aku dengan rambut adik aku. Rambut adik aku memang dah nipis dah sebab gugur. Eh, alih-alih tak lama lepas tu rambut aku pulak gugur. Ni pun nasib aku dah gunting rambut. Kalau tak potong, lagi teruk agaknya keguguran rambut ni.

Memang normal eh rambut gugur pas bersalin? Sebab ramai kawan-kawan aku pun cakap benda yang sama before ni. Urat banyak putus kot. Ke ade sebab lain? Ada cara tak cemana nak rawat masalah keguguran rambut ni? Stress la tengok rambut gugur banyak. Satu kerja lak nak kena vacum hari-hari. Aku ni dah la pernah mengalami masalah kebotakan rambut satu ketika dulu. Ingat lagi 5 tahun lepas masa aku nak potong rambut, tetiba org yang nak potong tu cakap "eh amoi u ade botak la kat kepala" aku pun cakap la haah biasalah botak sikit. Aku ingatkan sebab rambut aku jarang-jarang. Rupanya bukan sikit weh, setompok botak kat belakang kepala aku. Dia siap amek cermin lagi bagi aku tengok. Tapi disebabkan belah belakang, so kebotakan tu boleh dicover dengan rambut. Trauma jugak la masa tu. Rupanya botak tu disebabkan jangkitan kulat kat kulit kepala. Nasib baik lepas tu tumbuh balik. Tapi, kalau tengok keguguran rambut yang aku alami skrg, macam susah je nak tumbuh balik.

Rindunya rambut aku masa pregnant hari tu. Masa pregnant hari tu, aku rasa rambut aku cantik sangat. Tak payah ke saloon pun dah cantik macam kena blow kat saloon. Aku tak jaga sangat pun rambut aku ok. Rambut gugur time tu memang takde langsung walaupun rambut aku panjang gila. Hormon kot. Tapi sekarang??? Huwaaaaa. Nak kena pregnant balik ke camana ni nak kasi rambut tak gugur?

10 comments:

  1. assalamualaikum cujen. hahaha nak kena pregnant balik ek utk rambut tak gugur? huhuuu itu kelakar! sheila pun sama.. dah terfikir nak cut off rambut kasi potongan ala bob bior senang nak jaga. kalau gugur gak takda stress mana sebab rambut kontot kan. heee bila rambut panjang berguguran, jadi sakit mana nak tengok. hahahahahahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut cujen ni lepas potong bob style tu terus gugur...sabo je la..agaknya kalau tak potong tah cemana la kroniknya keguguran itteww

      Delete
  2. a'ah mmg normal laa rambut gugur lepas bersalin....lagi satu ko tgu nanti bile mel dah pandai menyembur lagi dasat gugurnyer....so cepat2 laa bertukar ke syampoo hair fall control hehehehe...at least boleh mengurangkan rambut yg nak gugur tuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal ke kak?? uwaaa..sedihnya... takut syampoo hair fall control pun x berkesan je nnt

      Delete
  3. sama la dengan!!!
    sampai sekarang walaupun sofea dah 1y++, still gugur tp kurang da sket. Rambut yg gugur dgn meriah pas bsalin tu dah muncul dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ye ke...ingat temporary je keguguran ni..kalau hari2 camni, botak la nnt :(

      Delete
  4. Normalla sis...sbb kita bertukar hormon..so.rasanya kena buat rawatan rambut..mgkn pergi buat treatmnt kasi lebat balik..or inai ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk gi treatment tu yg malas....rindunya la rambut masa pregnant aritu..cantik je..

      Delete
  5. Salam cujen. Samalah kited. Botak da kepala ni ah. Hahah. Dgn gugurnye, dgn anak tarik2 lak hahah. Seghonok gasenye hahah

    ReplyDelete
  6. kite pun keguguran rambut yang kronik.abah dah bebel rambut merata-rata dalam rumah sebab dia tukang sapu rumah.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..