Thursday, December 11, 2014

Update Melissa 5 Bulan

Hari ni Mel dah 5 bulan 2 minggu dan 5 hari. Hehehe. Kejap je dah beso. Makin banyak akal, makin lasak dan pandai mengada-mengada dah. Sejak dah pandai merangkak ni, kemain lagi eksen. Padahal merangkak pun tangan still gigil-gigil. Pastu ada hati nak angkat tangan. Pastu siap dah nak berdiri. Haih, sabo je la. Memang tak boleh lepa walau sesaat. Pantang leka je, mesti dah terlentang. Pastu nangis.

Mel dah kenal mummy dia skrg. Kalau aku balik tu, dia tenung je aku. Kalau aku tak angkat dia, nanti mengangis. Hihi. Kadang tu saja je dengki dia, aku wat bodoh je. Nangis siap merajuk-rajuk tu. Tapi senang je nak pujuk Mel ni. Bagi nenen terus diam. Senang jaga. 









Tengok tu, tak sampai 2 minit aku biarkan, dia dah sampai hujung tu. Memang tak lama lagi mummy kena clearkan la barang2 kat rak tu. Anak mummy ni dah pandai mengemas. Habis semua dia selongkarnya. Kecik-kecik rajin mengemas, jangan dah beso nanti malas. Nanti Mel kena tolong mummy kemas rumah ok. Anak dara tak boleh malas.

Tak susah jaga Mel ni. Tak banyak ragam. Nangis kalau dah boring atau nak nenen je. Kalau tak, elok je dia main sorg-sorg. Well, i enjoyed my motherhood jouney. Seronok tengok anak membesar. Walaupun kadang-kadang ada la jugak ter merungut. Hikhik. Masa takde anak, sibuk nak anak. Bila dah ada anak merungut pulak. Nak wat camne, aku pun manusia biasa. Untuk kawan TTC, enjoy ur life with ur husband puas-puas. Nanti ada anak, busy dengan anak laki terabai. Eh?! Hihihi. 

Ok la, nak balik tetek kan Mel ni. Dah kul 12.30. Mesti dah meraung kehausan tu.

4 comments:

  1. assalamualaikum cujen..wahhh cepat membesar mel ni. advance da merangkak. good girl...

    ReplyDelete
  2. makin aktif mel.. semoga trus sihat ye..

    ReplyDelete
  3. ozil golek2 je belum merangkak. sejak masuk 5 bulan asyik tertonggek2 je

    ReplyDelete
  4. hahaha comel je dia. samalah anak kita hbis dia sepahkan brg satu rumah .xkose nk ngemas da hahaha

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..