Thursday, February 27, 2014

Sepetang Di Taman Botani #2

Eh, kenapa mesti ada simbol #2? Sebabnya tajuk entry Sepetang di Taman Botani dah pernah update tahun lepas. Tahun ni pergi lagi, so jadi la part 2. Lama gila lepas setahun baru aku jejak balik ke Taman Botani ni. Padahal rumah aku dengan Taman Botani ni sekangkang kera je. Eh tapi ade jugak aku pergi lagi lepas entry Sepetang Di Taman Botani tu. Tapi tak sempat la nak amek gambar bagai sebab sibuk kayuh basikal kononnya. Hihihi. 

Kali ni pergi dengan adik beradik aku. Bawak adik-adik dan anak buah jalan-jalan. Diorang yang nak pergi, aku just follow je sebab bosan dok rumah. Laki iols kerja sabtu lepas. Nasib baik cuaca elok je hari Sabtu tu. Tapi panas bak hang. Kitaorang pergi kul 4. Memang kena gi awal pun sebab kaunter sewa basikal tutup kul 5. Then kena pulang basikal before kul 6. Kalau datang lambat, tak dapat la sewa basikal. Kena la jalan kaki. Tapi aku tak tak dapat pun naik basikal. Gila ko ibu mengandung nak naik basikal. Kang terberanak pulak aku kat situ. Hihihi. Memandangkan aku je sorang yang tak dapat naik basikal, maka tugas aku petang tu kena tolak stroller anak buah aku la jawabnya. Diorang sume sedap-sedap kayuh basikal, iols terpaksa jalan kaki sambil tolak stroller. Mesti orang-orang kesian tgk aku kan. Mana la laki dia nih. Dah la mengandung, bawak anak kecik pulak tu. Isk isk isk.


Dioang best je kayuh basikal

Aku jalan kaki tolak stroller -___-


Cantik kan pemandangan

Dah penat, rehat jap makan jajan n amek gambar.

Memacam gaya, tapi ni je yang senonoh tuk tatapan. Hehe.



Dengan Zafira yang susah sangat nak amek gambar ngan dia ni.

Dengan Arya je senang tak meragam.


Arya telah dijadikan prop untuk hari tu. Hihi

Dengan Zafira pulak.

Zafira yang suka sangat kutip batu. Nasib baik la batu² tu melekat.

Ok la nak balik dah.


Sebelum balik, sempat buat photoshoot geli-geli tuk mak buyung ni. Hihi




Yay, saya dah 5 bulan. ^_^




Thanks for reading uols.

Monday, February 24, 2014

Handmade Passport Holder For Sale.

Weekend lepas merupakan weekend paling produktif bagi aku. Biasanya weekend aku memang dihabiskan dengan membuta dan tengok TV je la. Tapi minggu ni ada la jugak keluar berjalan-berjalan pergi Taman Botani & Kenduri 1 Wilayah & Hari Keluarga Putrajaya (ni aku citerkan dalam lain entry) dan berjaya siapkan Passport Holder yang gi belajar buat hari tu. Dah berapa bulan baru nak siapkan. Hampir-hampir lupa dah cara nak membuatnya. Nasib baik ade wat nota sikit-skit. Setengah hari je aku siapkan (dengan bantuan mak aku sesikit. hehehe)


Tadaaaaaaa! Macam tak percaya je aku yang buat. Hihihi


Eiffel Tower Theme


London Bus Theme

Info
Size : 11cm x 16 cm
Fully interfaced
2 credit card slot
2 full width pocket
1 boarding pass slot
Faux leather strap
Japanese fabric


Passport Holder aku bukak tuk jualan dan tempahan. Siapa nak beli passport holder ni, boleh la emel aku ke cujern@gmail.com. Harga RM50 termasuk postage. Ni harga untuk pembaca blog cujen the lejen je. Normal price RM50 tak termasuk postage. Korang boleh la follow IG aku, craftheaven. More handmade passport holder and lain-lain craft aku akan upload for sale. Kalau nak request tuk customade pun boleh. 






Birthday Suprise by Hubby.

Actually aku tak mengharapkan dan tak terfikir langsung yang laki aku akan buat birthday suprise untuk aku. Langsung takde dalam kotak fikiran aku pun. Sebab laki aku ni bukan jenis romantik, sweet-sweet nak buat suprise bagai. Masa mula-mula kawen dulu aku cam meroyan jugak la sebab dia tak pernah buat mende-mende camtu kat aku. Dah memang jenis dia bukan camtu. Tapi bila dah lama-lama, aku rasa apa yang dia dah buat untuk aku selama ni pun dah kira sweet sangat-sangat. Mana nak cari laki yang nak makan, masak sendiri. Rumah bersepah pandai kemas. Nak-nak bila aku pregnant ni, memang sume kerja dia yang buat. So aku mengalah la. Nak suami perfect camne lagi kan? Aku sendiri tak perfect. Hehehe.

Jumaat malam tu, beria la laki aku ni ajak gi makan kat kedai Ayam Penyet kawan aku tu. (memang kalau buat suprise birthday kawan-kawan kitaorang pun memang situ la tempatnya). Tapi jumaat lepas aku tiba-tiba diserang angin dan kemalasan yang melampau sangat. Memang aku tak nak keluar la. Tapi laki aku beria-ia. Selalunya kalau aku malas nak pergi, dia pergi sorang je. Tapi kali ni beria ajak siap aku suruh urut badan aku sebelum pegi pun, dia ok je. Hihihi. Tapi aku tak syak apa-apa pun. Lagipun malam sebelum tu kitaorang dah keluar gi makan-makan. Aku fikir maybe dia malas nak gi sorang-sorang takde teman. Malam-malam pulak tu. Nak tak nak, lepas dia dah urutkan badan aku tu, aku pun teman la. Itupun dengan tak mandi, tak mekap. Kira selekeh habis la aku. Ye la, takde mood kan sebab tak sihat. So abaikan je la mula selebet aku dalam gambar tu. Nasib baik la laki aku tak buat tempat-tempat grand. Kalau tak, malu je keluar dengan selekeh-selekeh gitu.


Kek ada dua nama. Sorang tu kawan kitaorang yang sambut birthday awal dua hari dari aku.
Malangnya kitaorang tu boleh takde pulak tu. So aku potong kek sorang2 je la. Hehe






Tu je la citer birthday aku. Simple je tapi bermakna. Tak perlu celebration yang grand sangat. Yang penting cara dan dengan siapa kita meraikan. Thanks to kawan-kawan sudi meraikan bersama birthday aku ni. 

Hari ni dah 30 tahun 3 hari. Huuuu tuanya aku.

Friday, February 21, 2014

Tiga Puluh.

21 Februari 2014



Today, i'm officially turn to 30. *lap peluh sat. Tua nya rasa dah masuk 30 ni. Macam baru semalam je sambut birthday 17 tahun. Hihihi. 

Nothing fancy on my 30th Birthday. Dah masuk 3 series ni, takyah nak over sangat pun. Lagipun aku tak excited pun nak celebrate birthday-birthday ni. Pada aku, makin kerap kita sambut birthday, makin dekat dengan kematian. Wah gituuuu. Muhasabah diri sket la sejak-sejak dah 3 series ni.

So apa citer dengan aku punya 30 things before turn 30 yang pernah aku post tahun lepas? Haha, mestilah dari 30 tak sampai 10 pun yang tertunai. Kalau korang perasan, list no 29 & 30 tu saje je aku biarkan kosong. Sebenarnya nak letak 'get pregnant' kat last list tu. And alhamdulilah, berjaya pregnant before 30. So disebabkan dah mengandung, banyak la list yang aku tak dapat nak buat. *alasannn. Tapi aku rasa berbaloi sangat. Tak dapat tunaikan list-list yang aku dah buat tu pun takpe. Dapat pregnant ni pun dah kira satu kegembiraan tak terhingga buat aku. List-list yang dah buat tu insyaallah aku akan tunaikan jugak. Entah bila tak tau la. Kena buat list baru la macam ni. 40 things before 40 pulak. Hehehe. 

Tu je la citer birthday tahun ni. Thanks to kawan-kawan yang sudi wish. Tapi kalau wish setakat tulis HB je, aku tak layan ok. Sorry to say la, tapi aku rasa bangsat sangat siapa yang wish birthday tp setakat tulis HB je. Sama bangsat siapa yang reply message dengan K je. Hahaha sorry la ayat kasar sket tp aku memang tak boleh terima HB dan K. Lebih bagus takyah wish atau reply setakat HB dan K. Nampak beno tak ikhlas. 

Lastly, happy birthday to me and sape-sape yang celebrate birthday sama dengan aku hari ni. Nah gambar selfie di umo 30 tahun. 


Tuesday, February 18, 2014

Rekod Buruk.



Aku rasa semenjak aku pregnant ni, rekod kehadiran aku ke pejabat adalah yang terburuk sekali. Tengok la planner aku kat atas tu. Takde sehari pun yang aku datang tepat pada waktunya. Hihihi. Manjang lambat. Masuk kul 8.30 pun lambat lagi. Sebelum pregnant pun aku selalu lambat, inikan pula bila pregnant ni. Masa alahan teruk awal-awal hari tu memang banyak hari tak datang kerja. Ni dah ok sikit. Tapi still perasaan malas dan loya pagi-pagi tu masih ade. Nak hilangkan rasa, kena la amek masa baring-baring dulu. 

Tapi sebenarnya, aku pagi-pagi dah bangun. Baby memang suka kejut mummy dia pagi-pagi. Kul 6 pagi mesti dah terjaga. Biasanya aku bangun pegi kencing, sembahyang pastu tido balik. Tu yang kadang-kadang lajak sampai kul 8. Lepas tu kelam kabut bersiap. Tapi kan, aku pelik la. Bos aku tak pernah marah atau sound aku bila aku lambat masuk opis. Bos aku ni seorang yang memahami ke atau dia dah malas nak layan aku? Hihihi. Seingat aku la, tak pernah sekali pun aku kena marah dengan marah bos aku ni. Tapi bos aku memang bukan jenis marah-marah atau memaki orang sesuka hati. Dia jenis pendiam. Kadang-kadang tu aku yang jadi seram. Bos ni marah ke tak? Dapat PA perangai cam hampeh pun bos aku saboooo je. Maybe mmg bukan jenis dia kot nak marah-marah. Actually memang nasib aku kot, dari dulu dapat bos baik dan senang dijaga. Dah 4 bos setakat ni, semua ok. Bos yang latest ni yang paling lama aku kerja dengan dia. Tak silap aku dari tahun 2008 kot. Tah-tah sampai bos aku pencen kot aku dengan dia. Takpelah bagus jugak. Leceh kalau dapat bos baru. Nak serasi tu amek masa. 

Actually dapat bos yang baik macam ni pun aku dah bersyukur sangat. Kalau LNPT aku tak berapa bagus pun aku redho sebab memang aku tau pun prestasi aku kat opis macam mana. Tapi setakat ni, takde la pulak bos bagi markah teruk-teruk walaupun kalau ikut disiplin, memang out la disiplin aku ni. Kerja memang aku boleh buat, cuma bab masa je aku selalu failed. Agaknya bos nilai ikut kerja aku kot. Hihihi. Bos, kalau bos baca blog saya ni, saya nak ucapkan terima kasih kat bos sebab jadi bos yang tak garang dan memahami ^_^


Oh btw, ahad lepas dah buat detail scan kat Klinik Jameaton. Alhamdulilah baby ok dan dan tau gender. Update semua dalam blog Journey To Motherhood ok. 




IKLAN


Sabun basuh baju dah restock. Siapa yang cari sabun basuh baju murah/sabun dobi murah area Putrajaya ni, boleh la contact aku. Satu tong ni 10kg = RM30. Free delivery untuk warga Putrajaya je. Ade 4 pilihan bau. Lemon, Lavender, Rose & Biru tu aku tak tau la bau apa. Tapi sedap je bau dia. Feveret aku lemon tu. Tapi now ade yang baru, bau Oren pulak. Try amek dua botol untuk pakai sendiri. Liquid sabun ni memang pekat dan bau dia semerbak harum ok. Dah berpuluh tong aku pakai. Puas hati dan menjimatkan. 

Tuesday, February 11, 2014

Tembikai dan Kehamilan. Ok ke?


Ni gambar tembikai yang aku upload kat IG aku weekend lepas. Semenjak dua menjak ni aku memang hantu tembikai, eh bukan semenjak dua menjak ni je, memang dari dulu aku suka tembikai. Tambah bila pregnant ni, aku lagi suka makan tembikai sebab bila makan tembikai je aku rasa ok. Means bila makan tembikai je aku takde rasa loya nak muntah or whatever. Lagi satu, tembikai ni je yang buat aku tak angin. Makanan lain yang aku makan sume buatkan aku angin. Bila makan tembikai je, perut aku rasa ok. So memang aku standby je la tembikai dalam peti ais. Kadang-kadang tu, aku tak lalu nak makan pape, so tembikai ni je la jadi penyelamat.

Tapi, tiba-tiba ada orang komen kat IG aku, tembikai ni tak elok untuk ibu mengandung. Katanya boleh sebabkan baby jaundice. Ok, aku bab pantang larang ibu mengandung ni banyak yang aku tak tau. Maklumlah first time mengandung. Aku ikut tekak dan perut aku je la. Yang mana aku boleh telan, itu yang aku makan. Kalau ikut pantang larang, macam banyak benda je tak boleh makan. Durian la, nescafe la. Tapi aku makan je cuma kurangkan kuantiti je. Ye la, bila mengandung ni selera makan pun tak memberansangkan sangat. Jadi apa yang aku teringin dan boleh makan, aku balun je semua. Tapi tu la, bila orang kata tak elok itu ini, aku jadi cam tak best pulak. Orang tu kata, doktor yang cakap tak boleh makan tembikai nanti baby jaundice. So kalau doktor yang cakap, kira fakta la ye?

Aku try google, Tembikai dan Kehamilan. Tapi hasil google aku cakap lain pulak. Ni hasil-hasil dari penggooglelan aku ;





Ok banyak lagi sebenarnya. Tapi aku bagi 4 tu je la. Korang boleh google sendiri. So hasil dari pencarian google, boleh dikatakan semua kata buah tembikai tu elok je untuk ibu mengandung. Ok aku dah terkonpius kat sini. Ye la, google ni bukan boleh dipercayai sangat. Banyak copy paste je. Hadith tu pun aku tak pasti kesahihannya. Hamba Allah yang komen tu pun kata, doktor yang cakap tembikai tak elok. Haih, konpius mak. Dah la buah tembikai je aku boleh makan tanpa takut-takut sekarang ni. Sekali ade pulak yang kata tak ok.

So mommies-mommies yang berpengalaman, boleh tak share kat aku. Boleh ke tidak makan tembikai masa mengandung. Ikut hati aku, memang aku balun je semua selagi aku makan tak muntah. Tapi bila orang cakap camtu takut-takut jugak la. Hihihi. Kot la korang ade pengalaman jadi hantu tembikai masa mengandung, pastu kuar anak jaundice ke apa. Sila komen ok.

Tuesday, February 4, 2014

New Additional To The Family :)





Yay, bertambah sorang lagi ahli keluarga Pak Isa & Puan Hamisah. Ni anak adik aku, Nuraini Isa. Baby ni lahir 2 Februari 2014. Baby Boy. Tapi nama belum ada lagi. Semangat sangat baby ni padahal mak bapak dia kurus kering je. 




Muka tu jangan nak Pou sangat, boleh? Hihihi


Sama kan?