Friday, March 28, 2014

For Mommy To Be ;)

Ok, yang bukan mommy to be tapi dah anak pun boleh. Untuk korang yang tercari-cari baju untuk si comel yang tersayang tu, boleh la usha Instagram baby_adastyle. Korang sume mesti ada akaun IG kan. Korang pun suka kan shopping barang thru instagram kan. So jom follow IG baby_adastyle ni. Korang mesti rambang mata tengok baju cantik-cantik kat situ.







See, cantik-cantik kan? Aku sendiri pun rambang mata dibuatnya. Ikutkan nafsu syaitonnirajim ni rasa nak beli semua je. Tapi takpe, kita tunggu baby keluar nanti. 

Ni bisnes adik aku. Aku tolong promote je. Btw, baju-baju ni pre order direct from UK. So kualiti korang jangan risau la. Memang kualiti lagi bagus dari kat mothercare tu. Insyaallah korang akan puas hati.  Pre order pun tak lama. Dalam 7-10 je barang dah sampai kat korang. Aku pun ade selit beli baju tuk anak aku. Nanti dah sampai aku bagi review ok.

Satu lagi berita baik, baby_adastyle skrg tengah wat contest. Korang dialu-alukan untuk join. Kalau menang korang boleh dapat baju free je. Boleh pilih mana-mana items dalam IG baby_adastyle ni. Cool kan?? Contest ni close on 1 April. So baik korang cepat. Belum ramai yang join so peluang nak menang tu tinggi ok. Nak join pun senang je. Just follow IG baby_adastyle then repost gambar contest tu dengan #ContestBabyAdaStyle. So apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ni!!!!!

Eh korang jangan repost gambar ni kat blog korang lak. Contest tu thru Instagram je. So korang kena la ada akaun instagram. Hehehe. Tapi kalau nak repost kat blog untuk war-war kan contest ni, boleh saje ;). Sangat dialu-alukan.


*Aku tak boleh join sbb ahli keluarga dilarang menyertai contest ni. Sobsssssss.

Monday, March 24, 2014

Cerita Hujung Minggu #2

Weekend yang sangat memenatkan sebab 2 hari lepas aktiviti aku laki bini penuh dengan berjalan je. Hari Sabtu pegi kenduri kawen officemate Masran. Yang bestnya anak akak officemate Masran tu kawen dengan orang kampung aku. Adik kepada abang angkat aku dulu kat kampung. Masa tengok kad kawen tu, aku rasa cam kenal je nama ni. Alamat dah sah-sah la Kg Bukit Kangkar. Sekali bila tengok nama bapak sama, baru aku perasan. Tapi adik dia tu aku tak rapat la. kenal-kenal gitu je. Aku rapat dengan abang dia dulu. Kecik je dunia ni kan. Pusing-pusing jumpa jugak. Hehehe.

Get ready pergi kenduri.

Stress aku memikirkan nak pakai baju apa gi kenduri. Selongkar punya selongkar nasib baik jumpa baju yang tak pernah pakai sebelum ni. Mix and match je. Kebaya lace tu masa beli hari tu, aku langsung tak pakai sebab rasa cam geli berambu ramba camtu. Tapi disebabkan dress yang aku pakai tu sleeveless terpaksa lah cari baju tuk cover. Gigih kau selongkar almari. Nasib baik jumpa. Sekali pakai eh, rasa cantik pulak baju ni. Hikhik. Ramai komen kata tak nampak perut aku. Memang pun sebab baju ni besar sket kat bahagian perut tu. So tak berapa nampak la perut aku yang comel cinonet tu walaupun dah masuk 6 bulan. 

Muka yang sedia tembam, dah bertambah tembam. Sobsss.

Mau tak tembam kalau akan banyak cam ni.  Ni lom campur desert lagi ni.
Aku memang suka makan lauk kenduri. 
Korang kalau wat kenduri, jemput-jemput la aku. Hehe.

Balik kenduri dari cheras, bergegas pegi PICC kononnya nak pergi baby expo nak cari barang baby. Tapi expo nya bosan sangat okey. Takde pape yang menarik perhatian aku pun. Penat je pergi. Aku cuma beli backpack tuk letak barang baby je. Frust punya pasal aku plan nak shopping kat Alamanda je la. Elok je kitaorang masuk parking Alamanda, tetiba aku teringat kedai baby Manjaku kat bangi. Terus zaaaasss ajak laki aku gi sana padahal dah masuk parking. Tak masal je bayo parking free RM2 hengget. Cissss. Salah aku le, baru teringat pasal Manjaku tu. Lagipun senang, kat situ sume ada. 

Aku pun tak pernah pergi. Sekali masuk, mak oi besar jugak Manjaku bangi ni. Blur kejap sebab teruja tak tau nak beli apa. Hahahaha. List dah bawak tapi sume benda pun comel rasa nak beli. Lama jugak aku terpusing-pusing dalam tu. Kalau tak bawak list, konpom over bajet. 

Balik dari Manjaku tu, bergegas pulak balik Selayang. Laki aku la ajak balik sebab nak gi beli TV baru kat selayang. TV aku boleh pulak time-time camni buat hal. Actually dah lama dah TV kat rumah aku tu buat hal, maklumlah TV pun dah dekat 5-6 tahun. Haruslah macam-macam ragam. Last-last sekali Jumaat lepas terus tak boleh on dah. Sabo je la. Nak gi beli kat Selayang sebab murah. Mak mertua aku dah biasa ngan kedai tu, so boleh dapat murah la. Nak amek dulu bayo kemudian pun takpe. Kitaorang plan mula-mula nak amek dulu la, bayo lepas gaji nanti. Sekali mak mertua aku offer bayarkan dulu. Nanti bayar kat dia je. Hikhik. Legaaaaa kami. Boleh la laki aku layan drama feveret dia tu, Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Sebab tu la dia mati kutu bila tv rosak. Nanti tak dapat tengok Abang Jebat ngan Dik Mas dia tu. Aku memang takde hal pun kalau takde TV. Janji laptop ngan internet ada. ^_^

Esoknya pulak, pagi-pagi dah pergi Ikea. Plan asal nak beli drawer tuk letak baju baby. Aku dah beli satu drawer tapi mengada nak 2, macam banyak sangat je barang baby. Sekali pergi Ikea, tengok wardrobe lagi murah dari drawer. So terus la aku amek wardrobe. Tak jadi beli drawer. Dah la masa beli tu tak fikir nak bawak balik macam mana. Nasib baik la muat nok. Ko bayangkan la myvi aku tu penuh dengan barang-barang yang shopping kat Manjaku tu, pastu dengan TV 39 inci lagi. Tambah pulak wardrobe, meja komputer ngan barang-barang2 lain yang beli kat Ikea tu. Nasib baik la laki aku pandai ejas. Boleh muat sume menatang tu dalam Myvi. Hebat myvi aku ni. 


Ni belum masuk barang2 lain-lain lagi.

Terpaksalah aku duduk sempit-sempit kat belakang.

Balik dari Ikea tu tak sabar-sabar terus pasang. Bukan aku la, laki aku yang buat. Tapi sebelum dia pasang tu, aku siap-siap kemas dulu bilik dan hall atas. Kang kalau sepah2 kang ilang pulak mood dia nak tolong pasang. Aku sempat duduk kejap je ilangkan penat. Lepas tu terus kemas-kemas. Mula-mula pasang TV dulu. Gigih laki aku nak pasang TV dia dulu. Takpe, ikut kan je la. Kang aku nak mintak tolong pasangkan meja komputer dengan wardrobe pulak. 




Sampai ke malam jugak menyiapkan semuanya. Tak sempat nak amek gambar time sibuk-sibuk tu. Dah siap sume baru sempat snap gambar. Gigih jugak aku menyelongkar barang-barang baby yang dah dibeli. Dan hasilnyaaaa

Seronok ok bila dah siap macam ni.

Zoom sikit barang-barang baby. Hehe.

Ngam-ngam pulak wardrobe tu dengan drawer tu letak kat situ. Cantik je terletak. Wardrobe tu aku beli RM199. Drawer tu pulak RM299. Drawer lagi mahal dari wardrobe. Tapi berbaloi sebab boleh letak banyak barang. Sume barang baby aku letak dalam tu je. Wardrobe tu tak letak barang baby pun. Letak baju kami laki bini. Hihi. Aku tak buat pun bilik tuk baby. Semua sumbat dalam bilik aku je. Baby cot pun nanti letak dalam bilik aku je. Senang. Lagipun baby kecik lagi, tak yah nak bilik sendiri sangat. Bukan guna pun. Setahun ni share je dengan mummy n ayah k. Dah beso sikit nanti baru mummy deco2 bilik awak k baby. Cerita pasal barang n bilik baby ni nanti aku cerita next entry la ye.

Punyalah penat malam tadi, sampai masa nak tido tu boleh rasa gigil-gigil kaki aku. Haruslah laki ai jadi mangsa kena urutkan kaki walapun sebenarnya sama-sama penat. Hihihi. 




Wednesday, March 19, 2014

Frust Sangat!



Apa kaitan jam dengan frust? Ok ni aku nak cerita pasal jam tangan aku. Actually aku bukan peminat jam pun.  Jam aku pun tak banyak, ade 4 je. Last beli jam pun rasanya 3 tahun lepas. Lagipun aku bukan jenis suka sangat tukar-tukar pakai jam ikut baju ke apa. Asalkan ada jam. Selalunya bila jam aku habis bateri, aku pakai je jam mana yang ada bateri. Sampai la tak silap aku start tahun lepas kot. Semua jam aku dah habis bateri. Aku pulak bila dah habis bateri malas nak pakai. So simpan je dalam almari. Sampai berbulan-bulan lamanya. 

Sampai la semalam, tetiba tergerak hati nak bawak jam aku tu semua gi tukar bateri. Angkut la semua keempat-empat jam aku tu. 

Malangnyaaaaaaaaaaaaaaaa, orang kedai tu cakap jam aku dah rosak. Dia kata, jam kalau habis bateri, jangan biarkan lama-lama. Nanti asid dari bateri tu akan rosakkan motor jam tu. Kalau motor rosak, nak ganti memang mahal. Jam Casio Sheen aku tu kalau nak tukar motor, mau 300-400.  Huwaaaaaaaa!! Kenapa aku tak pernah tau pun pasal benda ni??? Sepanjang hidup aku tak pernah pun orang bagitau macam tu. Selama beli jam kat kedai pun, takde orang kedai pesan macam tu. I is sad ok!!!! Dah la semua jam aku tu mahal. Mahal la pada aku. 3 dari 4 jam aku tu dah rosak motor nya. Ganti bateri pun tak guna dah sebab dah tak jalan pun. Satu je yang masih elok. Jam Guess yang beli masa hantaran. Sedih ok. Aku paling sayang Casio Sheen aku tu sebab tu jam paling mahal pernah aku beli. Hehehe. Yang Fossil tu sayang jugak sebab cantik. Jam Elle tu kalau rosak pun tak terkilan sangat sebab dah lama sangat pun jam tu. Aku beli masa mula-mula kerja dulu. Hmm, nak buat cemana. takde rezeki nampaknya. Ada duit lebih nanti beli baru je la jawabnya.

So korang, kalau bateri jam korang dah habis, jangan simpan lama-lama. Nanti jadi cam aku, habis rosak semua. Bawak-bawak la gi ganti bateri secepat mungkin.

Ok la, aku nak berkabung seminggu sempena kehilangan 3 utas jam tangan aku. Sobs!

Thursday, March 6, 2014

Mawar Putih Tanda Perpisahan

Ok mungkin ramai yang dah tengok drama ni. Aku je yang terlambat tengok sebab aku memang jarang sangat tengok drama melayu. Ye la ko tau je la drama melayu sekarang ni. Dengan tajuk tah hape-hape. Lepas tu cerita tak habis-habis pasal kawen terpaksa, tak kenal, mula-mula benci gaduh-gaduh, lepas tu jatuh cinta. Semua jalan cerita sama je, pelakon dengan tajuk je lain. Bosan hokey!!

Tapi cerita Mawar Putih Tanda Perpisahan ni best sangat. Ok, jalan cerita mungkin sama pasal kawen terpaksa, i mean kawen bukan sebab cinta. Tapi pengisian dalam drama ni beza sangat dengan drama melayu lain. Drama ni ada sedih, sweet dan kelakar jugak. Korang takkan jumpa la scene yang acah-acah sweet kononnya tapi kita tgk rasa nak muntah. Takde hokey. Scene sweet antara Dahlia dan Sudin memang korang akan terasa ke'sweet'annya. Lagi satu takde la scene makhluk-makluk jahat yang dengki dengan pasangan ni. Ada tu ade, tapi bukan macam dalam drama-drama yang biasa ko tengok tu. Kalau dah jahat, jahat sangat sampai tak logik pulak cerita tu. Dalam drama ni semua scene akan terkesan kat hati ko. Suka tengok lakonan Nad Zainal yang jadi naif dan tak tau apa-apa pasal rumahtangga dan lakonan Rosyam Nor sebagai suami yang bertanggungjawab dan buat apa je untuk isteri dia. Macam tu la baru sweet. Bukan acah-acah sweet dok bergurau laki bini kat meja makan, atau bertepuk tampar tak tentu pasal. Memang ko tak jumpa scene tu dalam drama ni.

Drama ni pun dah menang drama terbaik dalam Anugerah Skrin yang lepas. So siapa yang belum tengok tu, aku sarankan korang tengok la drama ni. Rugi rasanya kalau korang tak dapat tengok drama yang berkualiti macam ni. Dengan pelakon yang hebat, lagu OST best, jalan cerita dan semua nya la best. Aku pun tengok ulangan je kat astro. Korang tunggu je la kalau astro ade ulang balik cerita ni. Takpun korang download la kat mana-mana. Google je, mesti jumpa. 

Aku tak reti nak describe lebih-lebih. So aku paste kan je la sisnopsis, lagu OST dan gambar-gambar dari drama ni. 





Sinopsis:
 Mengisahkan Sudin, lelaki pertengahan umur yang masih belum berkahwin. Dia bekerja sebagai nelayan dan tinggal bersama ibunya yang uzur di kampung. Kelebihan Sudin ialah dia amat mahir dalam kaligrafi Jawi. Kehidupannya berubah selepas kematian ibunya. Hidupnya kini sunyi tanpa sesiapa di sisi.
Pak Mail,jiran Sudin yang juga kawan baik arwah ayahnya memujuk Sudin untuk mengahwini anaknya Dahlia yang baru saja menduduki SPM.Alasannya dia mahu meringankan beban yang ditanggungnya. Sudin setuju dengan permintaan pak Mail dan bermula la kehidupan baru Sudin dan Dahlia. Pada awalnya Sudin dan Dahlia saling kekok dan mereka jarang berkomunikasi. Sudin sanggup lakukan apa sahaja asalkan Dahlia bahagai. Dia tak kisah melakukan kerja rumah seperti memasak,mengemas dll. Selepas beberapa minggu, Dahlia mula menerima suaminya.
Suatu hari, Dahlia menerima khabar dari orang kampung yang Sudin hilang di laut dan botnya karam. Orang kampung menemui dua mayat terapung. Namun tiada berita tentang Sudin mahupun mayatnya dijumpai.    Dahlia masih percaya suaminya Sudin masih hidup dan dia setia menunggu Sudin setiap hari ditemani dengan diari suaminya yang ditulis dalam Jawi. Dahlia tidak memahami apa yang ditulis,memandangkan dia tidak pandai membaca Jawi.
Setelah lama melawan perasaannya, Dahlia akhirnya membuat keputusan. Diari Sudin diletakkan dalam plastik dan dibuang ke laut. Dia menerimanya takdirnya dan redha yang Sudin telah tiada. Saksikan kesudahannya..bagaimana Dahlia meneruskan kehidupannya tanpa Sudin-suami yang dicintainya.







Ni lagu OST Mawar Putih Tanda Perpisahan

Ending cerita ni memang sedih la. Aku tengok pun berjujuran jugak la air mata. Tak puas hati pun ade. Hihihi. Kalau boleh nak happy ending je. Tapi disebabkan sad ending la drama ni meninggalkan kesan yang mendalam. Gitewwwww. Ok dah boleh pegi download sekarang.


LINK DOWNLOAD