Friday, June 27, 2014

Our Bundle Of Joy.

 Kenalkan, ni anak iols.





Hai korang, just nak inform iols dah selamat beranak minggu lepas. 21.06.2014 jam 10.02 malam. Awal seminggu dari due date. Hehe. Akhirnya termakbul juga doa aku nak beranak awal dari due date. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Tak sabo nak cerita pengalaman dah seminggu jadi mak budak ni. Pengalaman dalam labour room dan pengalaman pahit dengan NICU Putrajaya. Harap-harap ada masa nak update blog nanti dan harap-harap aku tak lupa. Sekarang ni keadaan ngah kelam kabut lagi. Masih dalam proses menyesuaikan diri. Rumah aku pun tunggang langgang macam apa je. Oh ye, aku pantang dekat rumah aku sendiri je. Pantang pun macam tak pantang. Hari keempat aku dah nak sarung jeans. Hihihi. Nanti dah setel semua iols update ok. Buat masa ni, ini je la dulu tatapan untuk korang. Melissa dah start nak merengek. Bye korang!



Thursday, June 12, 2014

Balik Kampung.

Nampak sangat dah takde modal sampai balik kampung pun nak cerita dalam blog. Thehehehe. Takpelah, dari sunyi sepi je blog aku ni kan.

Jumaat lepas balik kampung mak aku kat Sekinchan, Selangor. Setiap kali nak balik kampung, laki aku la paling beria sekali. Mestilah beria sebab nak memancing. Seminggu sebelum balik dia dah siap-siap kan dah barang mancing dia. Sebelum tu asik le tanya mak takde nak balik kampung ke? Bila cakap ada je, muka terus berseri-seri. Tah hape tah. Aku rasa setiap kali balik kampung memang sepanjang hari dia gi mancing tapi hasilnya tetap nan hadoooooo! Heran aku org yang hobi suka memancing ni. Kalau aku la, sekali mancing tu tak dapat ikan, memang aku tak pergi lagi dah. Buat penat badan je. Ade la sekali dulu pernah dapat ikan haruan banyak jugak. Tu yang asik nak balik kampung je. Alasan nak cari haruan, nanti boleh la aku makan masa pantang. Ceh, ade je alasan kan. Tapi nak wat cemano, dah hobi dia. Layan kan je la.

Muka org mancing tak dapat ikan.

Kat kampung nenek aku ada banyak pokok tebu. Memang banyak gila la sekali bawah gi perah tebu tu, dapat 3 tong besau. Memang puas minum air tebu weh. Dah la sekarang musim panas. Banyak jugak la aku telan air tebu. Orang kata hujung-hujung elok minum air kelapa. Aku pulak gi bantai air tebu. Ala, air kelapa tu memang hari-hari aku pesan kat laki soh beli time balik keje tu. Sekali sekala nak merasa air tebu pulak. Nikmat weh minum sejuk-sejuk time cuaca panas menggelebo ni. 

Tak tergugat iman tgk ait tebu sejuk-sejuk camni?

Balik kampung memang tak sah kalau tak bergambar di tepi sawah. Kebetulan sawah tengah menghijau skrg ni, gigih aku adik beradik meredah bendang nak dapatkan shot terbaik katanya. Hihihi


Kelas tak mak buyung fefeling model syampoo. Hihihi

Belanja selfie sket. Dengan adik-adik n anak buah aku.



Sebelum balik sempat singgah Cendol Bakar yang famous tu. Dah beratus kali ulang alik lalu depan Cendol Bakar tu setiap kali balik kampung, tak pernah singgah. Kali ni baru berkesampatan. Punya la ramai umat manusia kat situ. Cendol pun boleh tahan la sedap. Kira tak menyesal la kalau singgah pun. Tapi Cendol Tangkak Celah Kedai Kain tetap menjadi pujaan hati ku. Hihihi. Korang kalau pergi Tangkak, sila la singgah di kedai cendol tersebut ye. Gerai Cendol tu memang tersorok sket sebab dia berada di celah-celah kedai kain yang menimbun kat Tangkak tu. Tapi, memang sedap! Kira Cendol Bakar dengan Cendol Tangkak ni sama la sedapnya.

Ok la tu je cerita kali ni. Doakan aku cepat beranak. Tak larat dah ni.