Friday, October 31, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi.

Tak tau pun fenomena jeruk mangga asam boi ni. Maklumlah dah lama tak amek port hal duniawi. Lagipun aku selalu je beli jeruk mangga asam boi ni kiosk jual jeruk kat alamanda tu. Ataupun kalau mak aku buat jeruk, memang dia buat camni. Sebab tu aku pelik why tiba-tiba nak jadi fenomena pulak. Tiba-tiba hari tu officemate aku mintak buah mangga kat aku. Pelik jugak. Rupanya dia nak buat jeruk mangga asam boi tu. Hamek, seplastik beso aku bagi. Tapi, sampai skrg aku tak nampak bayang-bayang jeruk mangga asam boi tu. Ooo rupanya aku lupa nak mintak sikit kat dia kalau dia buat. My bad. Hihihi.

Abaikan je perut laki aku yang berlipat-lipat tu. Hihihi.

Ha ade siapa lagi nak buah mangga? Tu gambo lama, sebelum aku beranak. Itu pun tak petik semua. Kalau gondol pokok mangga tu aku kerjakan, mau ade 3 tempayan buah mangga. Baru-baru ni pun berbuah lagi. Laki aku petik, penuh 20 baldi. Kalau jual pun bagus ni. Aku tengok org jual jeruk mangga asam boi ni sampai RM10 sebekas. Modal tah bape sen je. Tapi kitaorag tak jual buah mangga ni, sedekah je. Agaknya sebab MIL selalu sedekah, tu yang pokok mangga ni asik berbuah lebat je. The more u give, the more u get. Gitewwww!

 

Monday, October 27, 2014

Great Movie, Good Food, Awesome Weekend.

Aiceh..tajuk entry kemain lagi. Padahal takda apa pun. Hujung minggu yang biasa-biasa je bagi aku. Minggu ni masa aku banyak dihabiskan dengan tengok movie kat rumah dan jalan-jalan cari makan je. Minggu ni berkesempatan nak layan movie-movie yang aku dah download masa pantang ari tu. Kata dah ada anak, memang takde la nak gi tengok movie kat panggung wayang. Pernah jugak laki aku ajak, masa tu Mel baru dua bulan kot. Dia kata bawak je lagipun baby mesti la la sepanjang masa tido kan. Kalau nangis bagi je tetek. Ha, bijak sangat la apak ko ni Mel. Gila apa bawak anak tengok wayang masa dalam pantang. Hish, aku takde la segila tu lagi. Orang lelaki ni memang tak fikir panjang. Sabo je la. Malas aku nak layan. Lagipun aku guna bayo unifi mahal-mahal kalau takmo download movie. Hihihi. Download je, freeeeee! Pastu boleh cucuk ext hard disk kat Tv. Sama je macam tengok wayang. Gambar pun lagi clear dari tengok wayang.

So minggu ni aku berkesmpatan layan movie-movie ni.





Cerita-cerita camni memang menjadi favourite aku. So far ketiga-tiga filem ni memang sangat best pada aku. A must watch filem bagi penggemar filem genre romantic cam aku ni ha. Hihihi. Paling aku suka citer About Time tu. Eh tapi The Fault In Our Stars pun best. Begin Again pun best. Eh, semua best la. Dah lama tak tengok movie camni. Seriously, tengok movie best camni boleh bagi kau satu kepuasan dan mendatangkan mood yang sangat baik. Pada aku la. Pada korang aku tak tau. So korang yang belum tengok filem ni, sila la download. Sumpah tak menyesal. Hehehe.


Jalan-jalan cari makan pulak, minggu ni aku berkesempatan pergi dua tempat yang makan yang aku nak sangat pergi. The best chee nan in town and roti canai d' bukit kat bangi tu. Actually cheese nan sedap tu aku dah pegi tuk kali yang keempat. First time pergi bulan lepas. Pergi dengan adik-adik aku. Gigih dah kul 11 malam baru nak gerak dari Putrajaya ke Danau Kota tu. Masa tu semua tengah bujang. Laki masing-masing takde. Panjang je langkah bini-bini ni semua. Hihi. Then ada dua kali pergi dengan laki aku. Sabtu lepas, mak aku pulak teringin nak try cheese nan tu lepas tertengok orang upload gambo. So, apa lagi..zasssss jom pegi. Tambah pulak mak aku yang belanja. Yay!! 






Ha tak kecor air liur tengok cheese meleleh sampai camtu skali. Masalahnya kan bila dah rasa cheese nan kat sini, ko dah tak lalu dah makan cheese nan kat kedai mamak kembar presint 9 tu. Hahahaha. Serius weh, cheese nan ni memang gebus gebas pastu cheese meleleh-leleh. Memang tak sesuai untuk orang yang diet cam aku ni. Eh???

Ni address cheese nan ni kalau korang nak pergi ;

RSMY Best Cheese Naan @ Danau Kota, KL.
(Belakang Hospital Colombia, Sebelah NZ Curry House)
70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville
53300 Kuala Lumpur.


Ahad pulak, aku pergi breakfast kat roti canai famous kat Bangi nun. Dah lama sangat aku nak pegi sini nak merasa sedap sangat ke roti canai yang digembar gemburkan tu. Tapi malangnya selalu tak berkesempatan sebab i'm not a morning person. Lagi-lagi hujung minggu. Kalau dah bangun kul 11, nak pergi breakfast apa nya. Tambah lagi, tempat makan ni memang kena datang awal. Kalau kul 11 baru terhegeh-hegeh nak datang, memang makan kuah roti canai je la jawabnya. Sejak dah jadi mak orang ni, memang aku selalu bangun awal sebab anak aku ni memang morning person. Kul 6 dia dah kejut aku. So boleh la nak gi makan breakfast kat sini. Tu pun aku pegi dah lambat jugak dalam kul 9 pagi sebab Mel lepas mandi sume dia tetido balik. Tak sampai hati nak kejut. Tapi last-last kejut jugak la sebab mummy dah lapo. Hihi

Sampai je sana, mak oi penuh ok parking. Tengok kereta pun dah banyak. Aku hampir-hampir nak ajak laki aku makan tempat lain bila tengok kereta dah banyak camtu. Aku terbaca kat blog sape tah, nak cari tempat duduk pun amek masa. Then order mau kena tunggu sejam. Tapi laki aku cakap, alang-alang dah sampai jom je la. Dah memang nasib kitaorang baik agaknya, sampai je kat situ, terus ade meja kosong. Order pun takde la lama sangat. Tak sampai 15 minit pun dah dapat apa yang diorder. Laki aku order roti canai dua keping, aku pulak order soto. 

 Kena naik bukit sket, tu pasal namanya Roti Canai D' Bukit. Kelass jah!! 

Rezeki Mel, terus dapat tempat duduk.


Memang ramai orang ok tempat ni. Penuh dan tak putus-putus.

Ada gerai jual kuih. Aku nampak makcik ni ade jual Badak Berendam tapi tak sempat aku nak beli, dah habis. Cisssss!

Soto, roti canai dua keping dengan kari daging.

Kesimpulannya memang sedap la roti canai kat sini. Tak sama dengan roti canai mamak. Aku pulak memang suka roti canai orang melayu buat. Lagi lembut dah sedap. Kari daging pun sedap. Soto pun sedap. Eh semua sedap la. Memang puas hati dan rasanya lepas ni memang sini je la pilihan aku untuk breakfast. Lagi satu aku suka suasana desa kat sini. Teringat zaman-zaman dulu breakfast kat warung-warung camni masa kat kampung. KLMJ sungguh. Korang yang belum pernah datang, aku recommed sangat la warung ni. Konpem puas hati.  

Ni info n address Warung Roti Canai D' Bukit ni; Siap ade koordinat gps lagi. Senang keje korang.



Roti Canai D Bukit (bertanda B = bukit)
Jalan Saujana (Persiaran Jaya)
Seksyen 10, Bandar Baru Bangi
Koordinat: 2.9689701463732914,101.75019979476929
 
 
Huish, semput aku nak habiskan banyak cerita dalam satu entry. Hihihi. Malas nak update satu-satu, nanti takut lupa. Btw, thanks sudi baca.
 
Toddlers!! 

Friday, October 17, 2014

My Favourite Photo Editor App.

Korang yang ada smartphone ngan instagram mesti suka edit-edit gambar kan? Ke korang selalu upload gambar tak payah edit. Cam aku kamera henpon aku memang out sket, so memang memerlukan bantuan apps la nak kasi gambo cantik sket. Kalau tak kang, x konfiden pulak iols nak upload gambo. Lagi-lagi kalau gambar selfie, haruslah edit dulu kasi hilang sume kesan noda kat muka tu. Hihi. Masa mula-mula pakai phone dulu, jakun sangat dengan apps camera360 tu. Sket-sket nak guna camera360. Tapi sekarang dah tak suka pakai effect camera360. Macam nampak fake sangat. Ceh, nak natural upload la gambar #nofilter sekali. Tengok camne. Eh tapi kalau pakai selfie pakai camera iphone 5 or 5s, dah tak payah filter pun sebab gambar iphone mmg dah sedia cantik. Tapi masalahnya iols punya henpon cikai je. Iphone 4 jek. Dah 4 tahun tak tukar phone. Nak beli iphone 6 tak mampu kaedahnya. Sobbbssss.


Ni je photo editor yang ada dalam henpon aku. Sebelum ni aku paling suka app VSCOcam tu. But now aku prefer edit guna PicTapGo tu. Sebabnya pictapgo tu lagi banyak filter. Tapi apps ni berbayar la. USD1.99 kot. Tah la tak ingat sangat. Korang boleh search kat Apple Store.


Ha ni la hasilnya bila guna apps pictapgo tu. Serta merta Mel jadi putih melepak. Hahahaah. Yang belak kiri no filter using camera iphone 4. Yang belah kanan tu dah edit guna pictapgo tu.



Yang bestnya apps ni banyak filter and boleh layerkan filter tu. Pastu boleh adjust kekuatan filter tu. Kena kreatif sket kat sini.


Ni contoh aku edit guna 2 apps yang berbeza. Belah kiri cam biasa no filter, tengah tu edit guna pictapgo, yang kanan sekali guna apps camera360. Hihi. Korang suka yang mana? Aku prefer yang pictapgo tu. Tapi sebenarnya kalau tak payah edit lagi best. Natural beauty gitu. Masalahnya org tak bape yang natural beauty ni kena la bantuan apps kan. Kalau tak kang, jadi nightmare org yang tengok gambar aku. Eh, ke korang dah trauma sebab tengok gambo aku sedabak beso ni? Hahaha.

Tuesday, October 14, 2014

Eat Clean.

Aku dah start stress ni sebab dah mula rasa kegemukan melanda diri. Ok, fine. Aku takde la termasuk dalam golongan gemuk. Kang orang cakap aku ni mengada-ngada lak, tak gemuk mana pun tapi perasan gemuk. But aku banyaakkkkkk sangat lemak terkumpul especially kat pinggang n perut. Huwaaaaaaaa. (tu la, sape suruh masa pantang malas pakai bengkung). Hihihi. Padan muka aku. Masa mula-mula lepas beranak hari tu takde pulak perut aku menggeleber. Tapi makin hari makin dasyat pulak pembentukan lemak kat pinggang tu. Mana taknya, aku skrg ni sukaaaaaaaaa sangat makan. Macam tak boleh tengok makanan. Semua nak sumbat dalam mulut. Sobssssss. Sejak bila jadi begini??? Iols is sedih. Ceh sedih konon. Masa makan tu tak pulak ko fikir ye. Ngap ngap ngap tanpa rasa bersalah. Lepas dah burppp bukan main panjang baru nak sedih. Emang dasar!!



Ok back to the title. Aku dah banyak kali dah berhasrat nak try eat clean ni. Sibuk dok follow IG orang yang amalkan eat clean ni. Dari sehari ke sehari. Semangat membara nak ubah cara pemakanan. Sebabnya aku sendiri takut tengok corak pemakanan aku sekarang. Langsung tak sihat. Makan makan makan je yang aku tau. Nafsu makan semakin membuas nampaknya. Maybe sebab aku breastfeed anak kot. Ceh, alasan nak sedapkan hati je tu. Tapi ye la, kalau tak makan kang tak dapat pulak nak hasilkan susu. Tapi, aku seriusly tertekan dengan lemak-lemak jahat di sana sini. Nak kurusssssssssss!  

Tapi nak eat clean ni bukan senang. Aku sendiri blur nak mula dari mana. Hari tu gi cold storage konon nak restock fridge dengan makanan-makanan sihat je. Semangat ok paksa laki aku bawak gi cold storage. Sekali kuar cold storage, aku cuma bawak kuar coklat je. Hahahah. Hampeh betul. But thank god pagi ni aku google, then aku terjumpa satu blog yang best sangat. Banyak info, eat meal plan and macam-macam lagi la kat situ. Bagus bagus. Boleh aku follow je dia nye cara. Nanti kalau dah berjaya, aku post kat sini. Hihi. Korang yang berminat, boleh follow blog ni ;


Jom sama-sama kurus dan sihat. ^_^

Thursday, October 9, 2014

4 Tahun.

Ya ampun, boleh tak lupa hari ni anniversary aku yang keempat. Haribulan pun sebenarnya aku tak ingat. Bila sibuk tengok kalendar tahun depan (nak rancang cuti kaedahnya) baru perasan hari ni 9.10. Hhihihi. Busy dengan anak je, sampai lupa anniversary hari ni. Kalau aku sendiri boleh lupa, apatah lagi laki aku kan. Memang aku tak harap dia nak ingat. Tapi takpe, bukan dosa besar pun ye dak. Bila-bila boleh celebrate. Tahun ni haruslah meriah kan sebab dah ada Mel. Tahun lepas punya anniversary, kitaorang tak tau lagi yang aku dah pregnant masa tu. Lepas seminggu sambut anniversary, baru tau aku pregnant. Alhamdulilah, tahun ni sambut anniversary dah tak berdua lagi. Dah bertiga. Yay!!


Gambar first date. Hihi.

Sebenarnya aku ade jugak berangan nak celebrate anniversary kat rumah. Masak sedap-sedap, pastu siap dengan lilin bagai. Hias meja makan cantik-cantik. Tapi tu semua dalam imaginasi aku je. Penyudahnya aku lupa dan kalau tak lupa pun aku rasa tak sempat. Busy dengan Mel. Aku sekarang ni nak makan lunch pun x sempat. Si Mel ni asik nak melekap je ngan aku. Balik tengahari pun aku sempat nak tetekkan dia je. (Mel still reject botol). Ha ni nanti aku citer dalam lain entry la. Hari ni nak throwback gambar-gambar lama sempena anniversary kitaorang. Gambar baru takde, sebab aku tak confident nak tayang gambar baru. Dah gemok -____-.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Update :

 Nah, gambo bertiga. Payah beno nak ade gambar bertiga sama-sama.
Mel muka bosan je. Hihi




Wednesday, October 8, 2014

Keguguran.

Bukan keguguran kandungan la. Keguguran rambut je. Hihihi. Hebat betul kalau anak baru 3 bulan dah keguguran kandungan. Sekarang ni aku sedang mengalami masalah keguguran rambut yang sangat kronik. Sangat sangat sangat sangat kronik. Memang gila babi punya gugur rambut aku. Huwaaaaaaaaaaaaa. Sedih nok tengok rambut iols bersepah-sepah kat lantai. Kalau sikit-sikit takpe, ni memang banyak gileeeee! 

Ni rambut aku yang gugur masa bangun tido pagi tadi.

Tu baru yang bangun tido punya keguguran. Yang gugur time mandi, time sikat, time tengok tv, time duduk-duduk kat rumah tak kira lagi. Sampai aku sendiri takut tengok rambut aku gugur. Dah macam orang sakit je. Aku pun x pasti bila start rambut aku gugur ni. Sebelum potong rambut hari tu, elok je rambut aku takde gugur teruk pun. Tak lama lepas potong rambut terus gugur banyak. Ingat lagi masa aku pergi potong rambut hari tu, cina yang tukang gunting rambut tu siap puji cakap rambut aku lebat. Dah tak payah nak blow sangat. Masa tu dia compare rambut aku dengan rambut adik aku. Rambut adik aku memang dah nipis dah sebab gugur. Eh, alih-alih tak lama lepas tu rambut aku pulak gugur. Ni pun nasib aku dah gunting rambut. Kalau tak potong, lagi teruk agaknya keguguran rambut ni.

Memang normal eh rambut gugur pas bersalin? Sebab ramai kawan-kawan aku pun cakap benda yang sama before ni. Urat banyak putus kot. Ke ade sebab lain? Ada cara tak cemana nak rawat masalah keguguran rambut ni? Stress la tengok rambut gugur banyak. Satu kerja lak nak kena vacum hari-hari. Aku ni dah la pernah mengalami masalah kebotakan rambut satu ketika dulu. Ingat lagi 5 tahun lepas masa aku nak potong rambut, tetiba org yang nak potong tu cakap "eh amoi u ade botak la kat kepala" aku pun cakap la haah biasalah botak sikit. Aku ingatkan sebab rambut aku jarang-jarang. Rupanya bukan sikit weh, setompok botak kat belakang kepala aku. Dia siap amek cermin lagi bagi aku tengok. Tapi disebabkan belah belakang, so kebotakan tu boleh dicover dengan rambut. Trauma jugak la masa tu. Rupanya botak tu disebabkan jangkitan kulat kat kulit kepala. Nasib baik lepas tu tumbuh balik. Tapi, kalau tengok keguguran rambut yang aku alami skrg, macam susah je nak tumbuh balik.

Rindunya rambut aku masa pregnant hari tu. Masa pregnant hari tu, aku rasa rambut aku cantik sangat. Tak payah ke saloon pun dah cantik macam kena blow kat saloon. Aku tak jaga sangat pun rambut aku ok. Rambut gugur time tu memang takde langsung walaupun rambut aku panjang gila. Hormon kot. Tapi sekarang??? Huwaaaaa. Nak kena pregnant balik ke camana ni nak kasi rambut tak gugur?

Thursday, October 2, 2014

Malas.

Hari ni cam takde mood je nak buat kerja. Ngantuk pun satu hal. Hectic gila life aku sejak dah ada anak ni. Tido tak cukup, pastu kena ulang alik rumah mak aku setiap hari 2-3 kali sebab nak menyusukan anak aku. Mel reject botol. So terpaksa la aku balik kalau mak call dia nangis. Ha tu nanti la aku cerita dalam lain entry. Ni nak cerita benda lain.

Tadi tetiba je aku terasa nak baca balik blog lama aku. Hihihi. Jangan tak tau, aku ada blog lain sebelum cujen the lejen ni. Blog zaman jahiliah dulu. Aku start blogging tahun 2005. Peh, nak dekat 10 tahun dah. Tapi, bila baca balik cam bodoh je entry lama-lama dulu. Tah pape tah. Nampak sangat tak matangnya. Eh, tapi skrg pun cam sama je. Hihi. Best jugak bila ada blog ni kan. Boleh baca entry lama-lama pastu gelakkan diri sendiri. Hahaha. Tadi aku tergelak baca entry ni dengan entry ni. Aku ke yang taip entry tu. Kuikuikui. Rasa nak tikam diri sendiri baca blog lama aku tu. Macam-macam drama ade dlm blog tu. Kalau buat drama bersiri, boleh makan tahun woo nak habiskan cerita. 

Ok la tu je nak update. Nama pun entry malas. Malas nak menaip.

Wednesday, October 1, 2014

Beli Headband Baby Murah.




Nah, amek ko aku borong headband Mel banyak gila. Hahaha. Puas hati aku. Semua color ada. Senang aku nak match dengan baju dia nanti. Cer teka berapa harga untuk semua headband ni? 

Tak sampai pun RM25 ok. Yer, RM25. Bukan RM250. Hihi. Aku beli from Aliexpress.com. Memang murah sebab aku beli satu lot terus and masa tu pun ada diskaun lagi. 37% diskaun. Terus la iols grab. Satu lot ade 12 color.

Masa aku beli ni harganya USD7.92. Convert duit kita dalam 23 hengget camtu. Murah nak mamp. Hahaha. Tapi tadi aku tengok balik dah takde dah diskaun. Harga dah jadi USD12.57. Mahal jugak la kalau convert duit kita. Dalam 50 hengget camtu. Ke kira murah jugak? Entah lah. Kalau harga pasaran berapa ek untuk headband macam ni? 

Tapi beli from aliexpress ni, yang tak bestnya kena tunggu lama sebab aku amek free shipping. Iols kan kedekut, haruslah semua benda nak murah. Kalau shipped guna DHL memang mahal woo. Tak berbaloi. So korang kalau nak beli amek yang free shipping. Kena tunggu lama sket. Dalam 3 minggu ke sebulan camtu. Cam headband aku ni, aku order 2 Sept 2014, aku dapat 30 Sept 2014. Sebulan gak la nak tunggu. Kalau korang jenis sabar menunggu boleh la. Senang je nak beli from aliexpress ni. Boleh pakai debit card maybank korang tu. Insyaallah secured. Aku dah bermacam-macam barang beli from aliexpress ni. Tapi korang pendai la pilih supplier yang ok. Kadang ada benda yang tak berbaloi pun beli from aliexpress ni. And kadang barang dalam gambar lain, bila dapat lain. Tapi setakat ni, alhamdulilah barang yang aku beli sume memuaskan hati. Sejajar la dengan harganya yang murah tu. 

So korang kalau nak beli, nak link untuk store ni BABY CUTE STORE ALIEXPRESS. Banyak gila headband baby comel-comel dan murah. Tapi aku suggest kalau nak beli, cari yang ade diskaun. Murah banyak woo. Aku dah beli, so aku memang recommend supplier ni. Banyak sangat headband cantik-cantik rambang mata dibuatnya.





Hehehe. Happy shopping uols!!


p/s: Dulu kan, sebelum ada anak aku cukup menyampah dengan headband-headband ni and aku tak paham kenapa ade mak-mak yang sanggup nak pakai kan anak headband besar gedabak kat anak. Bila dah ada anak baru la ku tahu. Huhuhu. Macam Mel, bentuk kepala dia kelakar sangat plus kepala dia botak. Rambut tak lebat. So nak cover bentuk kepala yang kelakar dan nak bagi muka tu manis macam gegurl terpaksalah la pakai kan headband. Jadi la aku mak-mak yang gigih nak pakai kan headband sebesar alam kat kepala anak. So skrg kalau korg nak rasa menyampah kat aku, iols redho. Hihihi..