Tuesday, January 6, 2015

Dua Ribu Lima Belas.


 Nampak tak kegigihan aku kat situ?


Wehuuuu, dah hari ke enam tahun 2015 baru ada masa nak update blog. Nampak tak betapa busynya aku? Hihihi. Sebenarnya seminggu sebelum new year otak aku dah ligat buat draf untuk entry recap 2014. Siap dah karang dah pebenda aku nak taip dalam entry tu. Malangnya dua hari lepas tu semua yang aku draf dalam kepala otak aku hilang begitu saja ibarat kentut di angin lalu. Cis! Nampak sangat aku dah tua sebab banyak mende mudah lupa -___-

Tapi, kalau aku ingat-ingat balik pebende je aku nak recap. Rasanya pencapaian aku tahun 2014, cuma lahirkan Mel je. Hahaha. Pencapaian lain takde. Memori best-best lain pun takde tuk 2014 sebabnya awal tahun sampai pertengahan tahun, masa aku banyak dibazirkan dengan tido je. Maklumlah masa mengandung kan aku jadi manusia paling malas di muka bumi ni. Tahun 2014 pun aku takde gi holiday mana-mana. Kiranya tahun 2014 ni, Mel je la aku punya best memori kalau nak recap pun. Yang lain semua hampeh. Dah la aku tak rasa langsung masa berlalu. Tau-tau dah nak celebrate new year je. Ingat lagi tahun lepas celebrate new year, Mel dalam perut. Perut aku pun kecik lagi. Eh tiba-tiba tahun ni celebrate new year dah dukung anak. Macam tak percaya je.

Untuk tahun 2015 ni, aku takde nak merancang apa-apa. Malas nak nak rancang or berazam apa-apa. Just go with the flow gitu. Eh tapi aku banyak wishlist la tuk tahun 2015 ni. Harap-harap semua wishlist aku tertunai la hendaknya. 

Btw, for 2015 kalau boleh nak rajin update blog. Er, hello. Dah 2015, still releven ke blog-blog ni? Skrg kan zaman Instagram. Hehehe, bak kata Hanis Zalikha, blog still relevan selagi instagram takde button search. Aku still suka baca blog dari stalk IG orang. Tapi entah lah, kenapa ek skrg ni dah kurang orang nak update blog. Kalau update pun banyak iklan je. Blog yang best-best pun banyak dah senyap je skrg. Aku ni walaupun kurang meninggalkan jejak kat blog orang, tapi aku still suka baca. So korang, moh kita kembalikan kegemilangan berblogging. Happy new year uols!

Last pic for 2014! Suka pic ni sbb aku nmpk kurus. Hihihi.
Mel, why so serius??

7 comments:

  1. sep ckit, 2014 kite sm² jd emak org.. selamat tahun baru.. n mel, moga terus membesar dgn sihat

    ReplyDelete
  2. btol byk blog dah senyap tmasuk blog i gagagaa

    ReplyDelete
  3. blog masih in. saya cuti bersalin. haha

    ReplyDelete
  4. Betul tu, akk pun nak rajin update blog la, sebab dah berhijrah, so nak tulis memori suka duka, sepanjang berada di negara orang, so kalau Cujen nak visit akk di Kunming, roger2 la..tiket AA murah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cujen, haha sheila pun sama memori 2014 paling best sebab dah ada anak. hahaha skrg pun jarang sangat update blog, macam takda idea gitu. ahahahhaa ;p

    nampak semakin muda remaja disamping mel~~~

    ReplyDelete
  6. Assalam cujen,
    ater dah famos ramai sponsor kena buat review la kan2 he3

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..