Wednesday, January 7, 2015

Gambar Anak.

Walaupun aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang sentimental, tapi dalam sesetengah kes, aku memang tak sentimental langsung. Contohnya letak gambar anak kat hp/laptop/meja opis or mana-mana je la. Bukan gambar anak je, gambar laki bini pun aku jarang letak. Aku punya background hp gambar superman. Komputer office, gambar bangunan opis aku (memang wajib letak gambar ni). Tapi sebelum gambar ni jadi wajib, background aku adalah gambar Son Goku. Rasanya tak pernah sekali gambar kawen atau gambar anak jadi screen saver atau penghias di background hp dan komputer aku. Aku kagum dengan orang yang segala background adalah gambar anak atau gambar laki bini ataupun gambar sendiri. Silih berganti tukar pulak tu. Aku jenis manusia yang tak gigih. Rasanya gambar profile aku pun dah pakai dr zaman bila tah. Tah bila nak tuko.



So, bile kejadian di atas berlaku memang wajib la aku abadikan di blog ini. For the first time, aku letak gambar anak aku kat meja office. Hihihi. Itupun sebab masa kemas-kemas bilik office terjumpa pulak frame gambar ni. Hadiah apa pun aku tak ingat. Mungkin hadiah dari cawangan aku masa jamuan bulanan office. Hadiah birthday la tu kot. Takkan nak buang kot frame gambar ni, so aku pun print la gambar Mel letak dalam frame ni. Letak kat telefon supaya bila orang call time aku takde mood, bila tengok gambar Mel jadi sejuk sket hati ni. Takde la orang yang call tu kena tempias dek ketiadaan mood aku tu.

Ok la, percent sentimental aku dah meningkat 20% hari ni. Background hp dengan laptop tak tau bila tukar.

Oh citer pasal kemas bilik office tu, konon-konon sebelum new year nak kemas bilik office aku ni. Nak filing surat-surat yang bersepah. Buat 5S balik. Tapi hakikatnya aku cuma kumpul-kumpul mende tak guna dan surat-surat lama, then letak dalam ni;


Bila tahun nak kemas pun tak tau la. Harap-harap takde tikus beranak dalam tu.

7 comments:

  1. Aku lagi tak sentimental. Jarang amek gambar dengan suami. Apetah lagi nak letak gambo sama-sama silih berganti. Hekhek.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cujen, hehehe dulu yelah rajin tukar wallpaper pc/laptop tempat kerja. hehhee. skrg ni buh gambar anak je kat phone hehehhehe

    ReplyDelete
  3. Nasiblah i xkeje klu x penuh meja opis gambau anak kita je hahahha .org pon meluat kekekek

    ReplyDelete
  4. Assalam cujen,
    iols ghajin tukor2 gambor profile he3
    anyway kapet biru opis uols santek he3

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..