Wednesday, April 1, 2015

Hanjeng Betul.

Amboi, tajuk entry kemain lagi. Hihihi. Hari ni memang April Fool betul la bagi aku. Boleh tak pagi-pagi buta tadi aku dah wat senaman berat pecut 1000km sejam. Semuanya gara-gara anjing liar yang dok berkeliaran kat area rumah mak aku. Ya ampun, ni la first time aku kena kejar anjing. Memang cam bangang je rasanya.

Masa mula-mula turun bawah tu aku tak perasan pun anjing tu. Sekali dah nak sampai kereta, baru nampak anjing tu bukan main dok melengkor kat tepi pintu kereta aku. Alamakkkk!! Aku pulak dah terus kaget kat situ. Rupanya ada sekor lagi kat tepi jalan dok tajam je perhati aku. Apa lagi mata bertentang mata. Aku pulak nak bajet macho dok syoh syoh anjing tu. Sekali anjing tu bangunnnnn, terus nak terkam aku.. huwaaaaaaaa menjerit-jerit aku cam org meroyan sambil berlari sekuat hati. Siyes masa tu tak fikir apa dah. Aku dah terbayang anjing tu gigit bontot aku. Tidaakkkkkk!! Memang laju gile aku lari tak toleh kiri kanan dah. Nasib baik la baru lepas hantar Mel and nasib baik aku pakai selipar je. Bayangkan kalau aku tengah dukung Mel or pakai high heels. Mampossss. Celaka punya anjing. Pagi-pagi dah wat aku semput. Ikutkan aku x takut anjing tapi kalau dah dia dok sergah ko camtu, takkan nak diam ye dak? Haruslah angkat kaki pecut!! Anjing tadi pun boleh tahan besar nya. Nasib baik la lepas tu ada uncle tu baik hati tolong halaukan anjing tu. Heh, sabo jek la. 

Kat area umah mak aku memang ada masa-masa nya anjing akan berkeliaran kat situ. Tak tau mana datang. Dulu adik aku pernah kena kejar jugak. Masa tu dia still dalam pantang lagi. Menangis-nangis ko. Hahaha. Aku xdelah penakut sangat sampai nak nangis-nangis. Hihihi. Terkujat jek tadi.


9 comments:

  1. Assalam cujen
    oohooiiiiiiiiii
    kalo memang kawasan uols tu banyak hanjing
    uols kena selalu bawak payung or anything yg panjang
    untuk hentok hanjing itu he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la. Selama ni anjing tu dok jauh ke. Kali ni berani betul dia dtg dekat2.

      Delete
  2. baca entri ni teringat aku nak pergi kelas mengaji kena kejar anjing. masa tu naik basikal. tapi apa kejadah aku tinggalkan basikal kat jalan pastu berlari sekuat hati. Hahaha

    rumah mak ko kat mana beb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Presint 11, Putrajaya. Kat Putra Damai tu.

      Delete
  3. tak suka part kejar anjing tu..

    ReplyDelete
  4. nasib baik tak tersungkur. sudahlah badan tersagat jalan, jadi gigitan anjing pula.

    ReplyDelete
  5. wuiii pernah sekali kene kejor. lari mmg tak sempat nk cover bagai dahhh janji selamat kekdahnye kakkaa

    ReplyDelete
  6. hanjeng tu mmg keji..pernah kena kejar dgn anjing ms nk gi skolah, walau naik motor, tp sbb ada simpang, masuk simpang mcm kona baring.. pastu skang depan umah kerap ada angsa, hri tu sikit lg nk kena patuk.. i hate anjing n angsa.. *tetibe*

    ReplyDelete
  7. uihh bahaye2...mujur mase tu ko tak dokong mel cujen oiii...

    akak mengucap panjang tgk kain berlonggok ko tu hahaahahaha.... pi laa amik bibik weekend tuh....kat opis cleaner2 tu okey jek cujen...

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..