Friday, May 15, 2015

Lambat.

Satu perkara yang aku benci ialah bila terjadi sesuatu kejadian yang bukan kehendak ko. Contoh macam pagi tadi. Aku dah bangun awal, siap awal konon nak sampai keje awal. Malangnya bila dah siap semua nak pegi kerja, cari-cari kunci rumah tak jumpa. Dammm, baru teringat kunci rumah tertinggal dalam kereta sebab semalam balik kerja aku bagi Mel main kunci tu sebab nak leka kan dia dalam kereta. Laki aku pulak dah pegi keje awal dan dia kunci grill sekali. Boleh pulak hari ni dia kunci grill tu siap solex bagai. Kalau tak, biasanya dia kunci pintu je. Kalau kunci pintu, memang takde masalah sebab boleh bukak dari dalam. Ni kalau dah solex, alamatnya berkurun la menunggu grill nak dibuka. Aku pun tak tau la mana pegi anak kunci solex spare. Ade hantu makan agaknya. Time nak guna time tu la takde. Bila tak guna, elok je dia tergantung kat tempat kunci tu.

Nak tak nak, terpaksalah laki aku balik jugak bukak kan pintu. Dan hasilnya, tahniah la cujen sebab dah tiga hari berturut-turut sampai opis kul 10. So minggu ni aku akan pastikan, aku gi kedai kunci wat 2 lagi kunci spare. Satu tinggalkan kat rumah mak aku. Satu lagi biarkan dalam rumah. Senang kalau apa-apa hal.

3 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. promote sikit.. solex dengan teknologi thumb print.. tak de masallah lagi kalau tertinggal kunci..
    guna jari pun boleh..

    (sila Klik) hehehe..

    btw cujen kena beware pasni.. biasa lah ada ank kecik kelam kabut sikit..

    ReplyDelete
  3. Assalam cujen,
    he3
    duluor perancangna dah tu
    tak boleh buek apo he3

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..