Tuesday, May 12, 2015

Picnic

Aku ni nama je dok Putrajaya tapi tak pernah nak manfaatkan weekend aku dengan melawat tempat-tempat menarik kat Putrajaya ni. Kalau ada event apa-apa pun kat sini tak pernah nak join. Ade la sekali pergi Hari Belia tahun bila tah aku pun tak ingat. 2011 kot. Tu je la sekali. Pastu dua tiga kali pergi Taman Botani. Sekali dua pegi Taman Saujana Hijau. Tu pun sebab nak photoshoot je. Selebihnya aku dok rumah mentido atau shopping. Hiks. Rugi tau. Putrajaya ni banyak sangat tempat menarik yang ko boleh luangkan masa tuk beriadah dengan ahli keluarga. Dari dok terperap kat rumah tu, elok la keluar amek angin tenangkan fikiran.

Masa bujang dulu, aku memang tak rajin nak riadah-riadah camni. Aku suka pegi karaoke, shopping, lepak kedai mamak. Bila dah kawen and ada anak baru la ada perasaan nak beriadah. Since now Mel pun dah pandai jalan, aku lagi semangat nak bawak Mel jalan-jalan. So weekend lepas, kitaorang decide nak keluar amek angin. Lokasi pilihan aku kat Umai D'Cafe atau kat Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya. Aku memang suka lepak sini sebab kawasan nya tenang. Ade rumput boleh picnic. Mengadap tasik dan ada cafe kat situ. Namanya Umai Cafe. Kalau nak minum-minum petang, boleh la lepak kat Umai Cafe tu. Takpun bawak tikar, bentang kat rumput depan Monumen Alaf Baru tu. Ingat lagi dulu-dulu masa mul-mula dok Putrajaya ni aku mcm pernah dtg sini. Tapi tak silap masa tu belum ada lagi Umai Cafe tu. Ada Monumen tu je. Tahun 2005 tak silap. Dah 10 tahun berlalu rupanya. Patutlah banyak perubahan. Aku dulu pun datang time bujang, now bawak anak. Hihi. Ok la, takyah nak KLMJ sangat. Kita layan gambar yang tak seberapa ni.



Menu favourite aku kalau datang Umai Cafe ni. Cekodok pisang. Sedap jugak.
Kat Umai ni banyak menu simple-simple tuk minum petang. Nak makan berat-berat pun ada jugak.
Masa aku layan cekodok ni, laki aku dah bawak Mel gi main.
Aku layan cekodok pisang sorg-sorg.


Mel lost kejap tak tau nak buat apa. 

Suka nya dia



Sekarang ni takyah berangan la nak pakai kan aksesori. Habis dilempornya ke tanah. 
Kadang tu siap geram-geram mcm nak koyak kan topi tu.
Sabo je la aku.


Hari sabtu tu pegi kejap je sebab nak balik selayang lepas tu. Then ahad repeat balik ajak adik-adik aku sekali. Kita ber picnic kat situ.

 Kali ni bawak tikar sebab rumput tu tajam. Sakit bontot.

 Semalam Mel dok kejar ball orang, kali ni mummy bawak Mel punya ok



Hamboi Mel.


Yay, abang Pael dah sampai. Mel ada kawan





Kakak Piya ni nangis pulak.







Kat sini macam-macam ada. Meriah sangat. Dah kira mcm uptown Putrajaya la kiranya. Nak sewa basikal, kereta, motor, rollerblade semua ada. Basikal pun macam-macam jenis basikal ada. Bayo je la. Harga yang aku tau RM10 tuk 10 minit. Agak mahal jugak la pada aku. Kalau sekali sekala datang, pastu anak merengek nak main boleh la kot. Kalau tetiap minggu, kopak la duit mak kau. Dasar mak kedek. Hikss.

Ok till next week. If mummy free kita dtg lagi k Mel. Muahss.

4 comments:

  1. hoooo...

    boleh piknik rupanya kat situ

    ReplyDelete
  2. Wahhhh...best tgok.. .t le r juga g lepak2 situ bw azwa.

    ReplyDelete
  3. Assalam cujen,
    aloloooooooooo
    sonok mel dapat bebas yer :)

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..