Thursday, July 30, 2015

4 Generasi




 Nenek, Mak, Mummy & Mel


Yay raya tahun ni berkesempatan amek gambar 4 generasi dengan nenek aku walaupun Mel tak memberi kerjasama sepenuhnya. Susah betul nak amek gambar anak dara sorg ni. Balik-balik mummy je beria. Takpelah janji ada gambarnya. Tapi lagi best kalau Mel ikut muka aku. Malangnya Mel ikut muka apaknya. Kalau tak dah sama dah semua. Eh tapi sama ke muka aku ngan mak n nenek aku tu?




Ni raya ketiga sebelum gerak balik Muar. Sempat bergambar dengan family belah mak aku walaupun tak cukup korum. Abang aku x balik and adik aku dah gerak pepagi. Tggal ni je la yang ada.






Aku suka sangat dress Pua Kumbu from MM Basic ni. Patut lah ramai orang berebut nak beli. Nasib baik aku sempat beli. Ikutkan memang tak dapat la sebab first day launch dah licin dah dress ni. Especially yang size petite. Size normal nya diorang komplen labuh sangat. Untuk ketinggian 165 ke atas. Aku ni rendang je kena amek size petite. Lagi satu memang tak kuasa la nak berebut-rebut gaduh semata-mata nak dapatkan selai dress. Tapi disebabkan permintaan terlalu banyak, dua tiga hari lepas tu MM Basic open order through whatsapp. Sepantas kilat aku whatsapp. Lepas 3 hari baru dapat reply and dapat la beli selai dress ni. Worth it la pada aku sebab selesa sangat. Full lining. Material pun ok. Ade side pocket lagi.  Size petite S tu ngam-ngam je aku. Korang kalau berkenan boleh follow Instagram MM Basic. Now diorang tengah open pre order untuk dress Pua Kumbu ni. Katanya lepas ni memang dah tak produce lagi dah. Kira ni paling last. Ha gi la order cepat. Aku promo free je ni. Bukan agent MM Basic pun. Benda baik harus dikongsi bersama. Kiranya dress Pua Kumbu ni antara must have item yang korang perlu ada dalam almari korang. Lantak la kalau ramai berbaju sama pun. Yang penting pas hati.

3 comments:

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..