Saturday, July 11, 2015

Cerita Ramadhon 2015

Tahun ni cerita Ramadhan aku biasa-biasa je. Takde apa yang best pun. Ditambah pulak tahun ni azam-azam Ramadhan aku berlalu sepi begitu sahaja. Azam konon nak khatamkan Quran pun tak berjaya. Seminggu pertama je la rajin nak mengaji. Masuk minggu-minggu berikutnya memang kelaut. Pastu azam nak pergi tarawih pun x pergi. Bila dah kenyang berbuka tu, mata pun automatik layu semacam je. Takpelah, tunggu tahun depan surau kat rumah aku ni siap. Insyallah akan rajinkan diri pergi tarawih. Maklumlah surau dah dekat. Kalau malas lagi, tak tau la nak kata apa. Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan tahun depan. Aminn.

Cerita bab buka puasa pulak, tahun ni paling best sebab aku langsung tak masak lauk untuk berbuka. Huahaaa. Semua laki aku masak. Eh chop, ade sekali aku masak. Tu pun masak mee je. Laki aku x pandai buat mee goreng, plus mee goreng aku memang sedap. So aku offer la nak masak hari tu. Sekali tu je. Hari-hari lain semua laki aku masak. Seminggu pertama buka puasa kat rumah mak aku je. Masuk minggu kedua, kitaorang masak sendiri je kat rumah. Ade la sekali dua je berbuka puasa kat luar. Tak lalu la nak berbuka kat luar dengan nak bawak Mel lagi. Jap gi nak makan pun tak senang. Kalau kat rumah, boleh la leka kan dia tgk Upin Ipin atau kadang-kadang dia tidur time kitaorang ngah buka puasa tu. Nah aku jamu menu buka puasa kitaorang;

 Fav Drink aku di bulan puasa. Mango susu


 Ni buka puasa kat luar dgn kawan-kawan.

 First time buat siakap stim limau. Boleh tahan la.

 Buka puasa kat rumah nenek di Sekinchan

 Lauk yang laki aku masak. Time ni lagi 3 min lagi nak azan, aku
dok hidang lauk sekali bukak periuk nasi, nasi mentah lagi.
Laki aku la lupa nak tekan cook periuk nasi tu. Sabo je la nak.
Orang lelaki wat keje, camni la. Pasrah je la.

 Buka puasa dengan McD je. Teringin. Tapi lepas tu balik rumah
laki aku singgah kedai mamak beli nasi. Boleh?

Ha, ni je la yang aku masak sepanjang bulan puasa ni. Hahahah.



Citernya, bukan aku malas. Tapi sebab laki aku balik awal. Aku ni nak pergi amek Mel lagi, kul 6.30 baru sampai rumah. Nak tunggu aku masak, memang sorry naik lorry la. Dah laki aku balik awal, so dia la masak tak gitew. Keje aku hidang lauk je kat meja makan. Hihi.

Lagipun tahun ni aku busy dgn online biz aku. Dok sibuk siapkan order orang. Memang penat weh. Tambah nak raya, memang bertalu-talu la order. Pening kepala aku. Ingat senang ke. Dah la aku sorang yang buat keje. Nak layan cust, dok check duit. Kadang duit dah bercampur2 nak trace mana yang dah bayar ke belum. Dengan cust macam-macam kerenah. Tapi nak wat cemana, sebahagian rezeki aku kat situ. Duit part time online bisnes tu boleh la aku buat-buat beli baju Mel. Itupun mujur aku close order awal. Boleh la nak rehat-rehat sket. Kalau tak, serius cakap, memang tak sempat nak rehat pun. Henpon ni kena 24 jam kat tangan.

Macam ni keadaan kat station work aku. Ni pun kira dalam keadaan kemas jugak.
Ikutkan lagi dasyat lagi ni. Dengan si Mel pun sibuk nak tolong jugak.
Memang huru hara.



Sorang-sorang wat keje ni memang penat. Lagipun aku tak boleh nak concentrate. Kalau aku fokus je wat kerja ni, memang cepat je setel. Tapi dah nama pun part time. Memang time yang ade tu je la terpaksa korban. Nak bg perhatian kat Mel lagi, rumah lagi, kerja hakiki lagi. Ikutkan memang tak larat. Tapi tu la mcm aku kata tadi, sebahagian rezeki aku kat sini. Tak baik nak mengeluh. Cume lepas ni, aku kena pandai la planning time dengan betul.

Sekarang ni semua dah setel, aku ingat nak buat kuih raya pulak. Tengok la esok kalau rajin. Tah jadi ke tidak kuih raya aku tahun ni. Tiap-tiap tahun dok berangan je nak buat. Tapi, bayang kuih pun tak nampak. Harap tahun ni dapat la buat sket. Untuk kudapan sendiri je. Lagipun sape je nak dtg rumah. Heehehe.

Ok la, sampai sini dulu. Tunggu next entry kuih raya pulak. Bye.

4 comments:

  1. pelan2 manage masa mesti ok nnti

    ReplyDelete
  2. sama! laki den balik lagi awal biasa dia yang masak. Kita sampai rumah kekadang lagi beberapa minit nak berbuka pun ada. Kalau awal sampai adalah tolong masak atau pun kita yang maak tapi jarang-jarang sangat

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. hehehe.

    cantik bekas cawan

    (ok, puji lagi. tapi ikhlas tau)

    kbai.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..