Wednesday, July 8, 2015

Feeling Bad.


Status semalam di FB.

Semalam memang aku punya tahap kesabaran memang dah tahap zero dah rasanya. Memang hilang akal sekejap dibuatnya. Punca nya si Mel la yang buat perangai macam-macam. Ok ok i know, bukan salah Mel, but salah aku sendiri sebab jadi mak yang kurang sabar. Budak umur setahun cam Mel tu apa la dia yang dia paham kan. Tapi tu la, bila kemarahan menguasai diri, langsung tak boleh fikir.

Semalam aku MC. So dok berdua je dengan Mel kat rumah. Si Mel ni memang perangai dia lain macam sikit kalau tinggal berdua je dengan aku. Memang langsung tak boleh tinggal. Kena duduk je dengan dia. Aku nak bergerak pun langsung tak boleh, dia dok berpaut kat kaki. Bayangkan lah ko bangun nak amek remote pun dia tak bagi. Lepas tu melalak macam kena dera. Aku pulak sakit kepala, tambah pulak keadaan rumah aku yang dah tak serupa rumah tu. Memang naik angin la dibuatnya. Aku memang cepat stress kalau tgk rumah bersepah. Memang semalam tu puas la si Mel kena jerkah, jerit ngan aku. Tak cukup tu, aku pukul dia kat kaki. Cubit lagi. Memang la tak kuat, tapi terasa jugak la kot kat dia. Pastu dah geram sangat, takut terdera anak sendiri, aku biarkan dia dalam bilik. Tutup pintu. Amek kau, menangis teresak-esak sampai tido pun still tersedu-sedu lagi. Ya Allah. Aku pun tak tau la apa yang aku fikir. Stress gamaknya. Dengan puasa lagi. Tak bangun sahur pulak tu.

Si Mel ni pulak memang lasak. Langsung tak reti dok diam. Ade je kerja dibuatnya. Kalau terlepas pandang, boleh mendatangkan bahaya jugak la. Aku pulak ada kerja nak buat, tak boleh ngadap dia 24 jam. Tu yang datang stress. Last-last aku biarkan je semua, dok la baring je layan dia. Tu pun datang mengada dia jugak nak apa aku pun tak tau la. Memang menguji kesabaran.  

Kadang tu memang rasa bersalah sangat sebab marah kat anak yang tak tau apa-apa. Aku tau, memang time umur camni la budak tengah lasak. Sel-sel otak mula nak berkembang. Semua benda pun dia curious nak tau apa. Sepatutnya, time-time camni la aku kena bagi perhatian lebih. Layankan je kepala dia tu. Tapi, nak buat cemanaaaaa, aku memang tak sabar. Sebab tu aku tak boleh kalau laki aku takde. Kalau berdua je dengan Mel, memang teruk la Mel asik kena marah. Kalau laki aku ade, Mel tak kena marah sebab laki aku yang amek alih tempat dia. Laki aku yang kena marah. Huahahahhahahah. Lagi satu, aku memang cepat stress kalau keadaan rumah aku serabut. Serius memang cepat aku naik hantu bila rumah sepah. Dalam fasa sekarang ni, memang buat sepah je la kerja si Mel. Keluarkan barang dari kabinet dapur. Tumpahkan air. Baling barang. Pantang peti ais terbukak, sepantas kilat tangan dia dok capai benda dlm peti ais. Tak dan aku nak tutup dah berterabur semua. Belum lagi kalau aku kasi makanan kat dia. Semalam bagi tembikai, dia ramas dulu tembikai tu, pastu baru dia makan. Yang menjejes kat lantai tu dia jilat. Kau rasa??? Aku cam nak menangis tengok perangai Mel. Baju sehari 3-4 kali tukar. Aku mana boleh tgk anak aku comot-comot. Berbulu je mata aku. Tapi, pas tukar baju tak sampai sejam dah comot balik. Pakai kan bib kat dia, sepantas kilat dia lempor je bib tu. Cane tak stress weh??

Aku rasa aku kena belajar la pejam mata je buat-buat tak nampak benda-benda bersepah tu. Atau biarkan je anak aku comot. Sebabnya aku rasa tu la salah satu punca aku asik nak marah. Cer aku biarkan je semua tu. Lantak la apa nak jadi kan. Yang penting otak anak aku berhubung dengan jayanya. Huhuhu. Tapi tu la, cam susah je. Takpelah, try la sket-sket. Sekarang ni pun rumah yang aku dok kemas sikit-sikit tu pun dah jadi macam tongkang pecah. Kalau aku ignore je tak tau la apa jadi. Now aku dah paham, kenapa rumah org yang ada anak kecik selalu bersepah. Bukan tak nak kemas, tapi tak lalu nak kemas. Kemas sesaat je dah bersepah balik. Huwaaaaa. Takpun, belum sempat nak kemas dah sepah. Dari sakit hati, biar lah sakit mata. 

Takpelah, bak kata kawan aku. Baguslah anak tak reti dok diam. Tu tanda dia bijak, aktif dan sihat. Dari dia lemau dok diam je. Tak aktif lansung kang, aku pulak yang risau. Ok ok, now aku la yang kena belajar sabar banyak-banyak. Dulu takde anak merentan-rentan nak anak. Now ada anak, ko nak stress pulak. Ko nak apa ni Cujen. Hihi. Kesian Mel dapat mak cam aku. Harap-harap esok aku tua, jangan la dia buat aku camtu pulak. Heee. Tau takot. 

Korang kalau ade tips camne nak menangani anak yang lasak dan camne nak jadi mak yang penyabar, share plisssss. Thank you uols. 

P/s: jangan kecam aku sbb entry ni. Hihi

Bila tengok muka anak time tido, terus rasa menyesal. You are a bad mommy cujen..bad mommy. Uwaaa :'(

7 comments:

  1. perangai awak ni sebijik macam iolls pantang betul tgk rumah bersepah tapi bila anak-anak dah buat rumah macam kapal pecah pasrah je. tapi bila mata berbulu tengok terjerit jugak kat anak-anak. nasiblah ada anak sulung dah reti buat macam-macam.

    kalau mama dia cakap :

    Rainaaaa kemas kat area sofa tu. kuti semua mainan. laju-laju lah si kakak kutip sambil si adik pun follow sama. adik nya ni baru setahun lebih tapi apa kakak buat dia nak ikut buat.

    sabar je lah

    ReplyDelete
  2. penah gak rase camtuu..
    lebeh2 lagi kalau kita nak masak..
    tapi dia dok paut2 kat kaki dan nanges..

    stress yang amattt..

    tapi cepat cepat pikir WARAS...
    ini anak aku baru setahun berapa bulan..
    nak marah pon tak guna..
    bukan dia paham sangat..

    so cool kan la diri tuu..

    ReplyDelete
  3. sama la Thaqif pun tengah aktif.berbuka puasa kami terpaksa buat makan ala bufet.lauk letak atas kabinet, amek cukup2 lauk je. skrg semua almari diikat ketat aka kunci, yg xde kunci memang biar kosong terus.

    ReplyDelete
  4. sabar babe. aku pun selalu stress dgn peel anak2. bila aku bising2 laki aku terus sound dulu masa takde anak sibuk nak anak. terpaksalah aku mendiamkan diri dan teruskan stress!

    ReplyDelete
  5. Rileksss.. anak kecik lagi.. hidup kene enjoy.. same je mcm bb sy yg 11bulan.. bb lagikan..xtau ape2.. layannkan aje..4 tahun kawen baru dpt anak ni.. nk marah pun xsmpai hati..

    ReplyDelete
  6. Rileksss.. anak kecik lagi.. hidup kene enjoy.. same je mcm bb sy yg 11bulan.. bb lagikan..xtau ape2.. layannkan aje..4 tahun kawen baru dpt anak ni.. nk marah pun xsmpai hati..

    ReplyDelete
  7. Rileksss.. anak kecik lagi.. hidup kene enjoy.. same je mcm bb sy yg 11bulan.. bb lagikan..xtau ape2.. layannkan aje..4 tahun kawen baru dpt anak ni.. nk marah pun xsmpai hati..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..