Friday, July 31, 2015

Mudah Terpedaya.

Aku ni memang mudah terpangaruh. Tangok la ni, tak memasal beli makeup. Padahal takde keperluan sangat pun. Aku pun bukan jenis nak bermakeup sangat sebab bila makeup ke tak makeup, muka aku sama je. Tapi dah nama nya pompuan, pantang tengok mende best sket mula la tergedik-gedik nak beli.

Ha ni la benda yang aku terbeli tu.

Survival Kit from Victoria Jackson. Member aku la ni yang beli dulu. Pastu tunjuk kat aku, terus aku suka. Sebabnya survival kit complete semua ada kat dalam tu. Dan paling best size nye kecik comel je. Senang nak masuk handbag. Tak payah nak mengangkut banyak-banyak benda. 

Kecik kan. Size tapak tangan je.
Tapi kecik-kecik pun memacam ada dalam tu.


Complete semua ada.
Mascara, eyeliner, browliner, blusher, eyeshadow, mini brush & lipgloss.

Korang tau berapa harga Survival Kit ni? RM139 je weh. Siap ada free gift. Dapat blusher. Member aku cakap murah sebab last time dia tgk kat Watson, set ni je dah RM200++. tak puas hati punya pasal, terus dia pegi watson petang semalam nak tengok harga kat Watson berapa. Siap bawak balik pamplet tunjuk kat aku.

Tu dia harganya, RM256.

Terus rasa tak bersalah beli mende ni sebab aku rasa murah. Harga ahli pun kalau beli kat kaunter tak dapat murah camtu. Aku dah lama jadi ahli. Masa tu promoter dia wat offer kat Watson. Siap makeup-makeup kan aku bagai. So disebabkan rasa bersalah masa tu, aku beli la blusher nya. Tak ingat berapa hengget. Dapat la free jadi ahli. Tapi kad nye tersimpan je la dalam wallet. Memang tak pernah guna pun. Makeup pun beli setahun sekali. Motif aku jd ahli pun tak tau kenapa. Blusher tu pun ade la guna sekali dua. Tapi aku suka gak blusher nya sebab senang pakai. Beli survival kit ni pun dapat free blusher tu. Blusher tu pun reganya RM150++. Tapi disebabkan aku dah ada, so aku bagi je la blusher tu kat kawan aku sebab dia tlg belikan survival kit ni tuk aku. Hehehe.

Masalahnya, bila masa nya aku nak makeup-makeup ni?

p/s: ni entry review tak berbayar. macam biasa, benda baik harus dikongsi bersama. ^_^

7 comments:

  1. wehhhh best gak survival kit ni. senang xyah nak mengangkut beg mekap ke hulu ke hilir.. ko beli kat Watson ke dpt harga RM139 tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade promoter dtg jual kat opis... kalau kat watson normal price tu...

      Delete
    2. waaaa bestnye.. pesal dia x dtg sini :D

      Delete
  2. wow! menarik survival kit ni. kalo travel memang wajib ada benda ni,, rm139 beli kat ne dear.. nak jugakkk... thehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. i beli sebab ada promoter dtg jual kat opis... kalau nak contact number ada la...

      Delete
    2. SIS...OPIS SY PON ADA GAK PROMOTER DTG HARI TU TP XBELI RASA NYESAL PULAK... ada contact number x..kot bleh dpt harga tu lagi...huhu

      Delete
  3. memang boleh tergoda dengan iklan ni. tp iman kena kuat lah. lipstik ada smp 2 ketui, blusher,eyeliner dlm beg mcm tak luak je.

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..