Monday, July 27, 2015

Raya 2015.

Raya aku cam biasa la, biasa-biasa je tahun ni. Tahun ni turn beraya selayang. Agak suram sikit suasana raya sebab tahun pertama beraya tanpa mak mertua aku. Selalu time raya, memang arwah la yang sibuk buat juadah raya. Macam-macam makanan ada. Tahun ni biras aku yang masak. Aku tukang kacau je. Hehehe. Aku belum belajar lagi buat rendang and ketupat palas. Selalu kalau kat johor, ketupat biasa je dengan kuah kacang, lodeh n ayam masak merah. Itupun aku tak reti masak. Apatah lagi nak menganyam ketupat. Hahahah. Setakat ayam masak merah boleh la. Tapi belah laki aku biasa makan rendang and ketupat palas. So aku mampu tgk je la, dan tolong kacau kan rendang. 

Tahun ni aku beria sket beli baju raya. Semua aku beli from Instagram je. Senang keje. Gigih nak beli baju from Minaz and MMbasic. Nak beli Jovian and Rizalman tak mampu. So beli je mana yang mampu. 3 pasang je baju raya nya pun. Tapi berpeluh gak la nak kuar duit. Iols dasar kedekut. Hahaha. Tahun ni balas dendam sebab tahun lepas pakai baju raya kain cotton je. Eh, jap. Ooo ada satu baju designer, Melinda Looi. Tau tak baju Melinda Looi tu tu aku pakai sekali jek. Pastu dah tak pakai-pakai dah. Sebabnya baju x bf friendly. Mel kan still menetek sampai skrg. And sebab aku tak beli baju-baju designer cam Rizalman, Jovian tu adalah sebab baju nya semua tak bf friendly. Plus, harga tak mampu deknon. Selai 500, pengsan aku. Kalau beli from Minaz or MMbasic boleh dapat 2 helai. Yang penting baju bf friendly. 


Boleh tak aku je beria beli baju raya. Pastu baju raya laki aku tak beli pun. Baju Mel pun tak beli. Huahahahah. Sebabnya aku nak belikan Mel baju kebaya, sekali tgk mahal gila. RM89 hengget tuk baju kebaya secoet tu. Rasa cam tak berbaloi. Hahahaha. Pastu, susah pulah nak cari baju color matching ngan baju aku. Lagipun dah borong baju kasual sblm puasa lagi. Lagipun dok bajet mak aku leh siapkan baju Mel. Eh berapa banyak lagipun ni? Ah lantak. Tapi, cam biasalah, nan hado. Sudahnya dua malam sebelum raya gigih la ke jalan TAR cari baju Mel. Dapat lah selai baju kurung cotton n kebaya with reasonable price. Baju melayu ayah Mel memang langsung tak beli sebab katanya tak yah membazir. Baju melayu nya pakai sekali je. Tu pun hari pertama raya. Laki aku bukan nak sangat pakai baju melayu ke hulu ke hilir. Ingat Awal Ashaari ke nak pakai baju melayu walau dah seminggu raya. Hahaha. Bila tengok baju-baju melayu laki aku, banyak yang matching ngan baju aku. Kesimpulannya, tak payah beli. Jimat duit. Cam aku takpe, nanti baju-baju ni aku boleh pakai gi keje. Over sangat tau. Hahahaha.

Eh sekarang nak citer persiapan raya ke nak cerita raya? Hiksss.

Ok back to cerita raya. First raya kat rumah FIL aku kat Selayang. Then petang tu dah balik ke rumah nenek aku kat Sekinchan. Tahun ni tak beraya ke mana pun. Balik rumah nenek aku pun, tak gi mana-mana sebab nenek aki tak sihat. So mak aku tak leh nak beraya sangat la, takut tetamu datang takde orang kat rumah. Nak harap nenek aku memang dia tak sihat dah. Tak larat nak hidang-hidang makan semua. So disebabkan mak aku tak beraya, aku pun ikut la tak beraya jugak. Selalu follow mak aku je. Sedara mara belah mak aku, aku tak berapa kenal sangat. Silap-silap diorg pun tak kenal aku. Anak sape pulak datang beraya ni. Hahaha. Rumah nenek aku memang sentiasa ramai je orang datang. Jadi memang tunggu layan tetamu datang je la. 






Gambar ramai-ramai dengan family takde. Sebabnya lepas je balik ziarah kubur arwak MIL aku, abang ipar n kakak ipar dah kemana tah. Tak sempat nak bergambar dulu. Sudahnya kami 3 beranak je la yang bergambar. Planning nya nak ke studio amek gambar family, sekali ko tau berapa kedai gambar tu nak charge? RM380 kau. Mahal gileeee! Amek gambar bape keping, pastu cuci n frame skali RM300 lebih. Memang mahal sangat la pada aku. Terus cancel. Agak-agak la kan nak kaut untung lebih pun. Ke memang harga camtu aku je yang tak tau? Rasanya tahun lepas aku amek gambar family takde la sampai 300 pun. Lepas GST harga naik mendadak ke camne. Hampeh betul. Takpelah, amek sendiri je nanti. Lagipun tak cukup korum nak bergambar.

Petang dah balik Sekinchan. Syukur la jalam tak jammed. Letih jugak aku kalau jalan jammed. Nanti si Mel tak reti dok diam dalam kerata. Dia bukan boleh lama-lama duduk dalam car seat tu. Ade time nye memang dia mengamuk tak nak duduk dalam car seat. Nasib la kampung dekat-dekat je. Kalau kena balik kampung jauh cam Kelantan Kedah tu, pengsan aku. 




Berphotoshoot dengan Mel. Jangan tanya laki aku kemana. Dia kalau balik sini memang akan gi memancing tak kira la raya ke tak raya ke. Malas dah aku layan. Janji kau bahagia. Gituu. Mel je la teman mummy bergambar ok. 


Aku memang kesian ngan kucing-kcuing kat rumah nenek aku ni. Memang manjang kena gusti je dengan Mel. Nanti la aku citer kan keganasan Mel dengan kucing. Kesian meow-meow tu. Tapi yang aku heran sangat-sangat tu, kucing-kucing tu macam redho je Mel buat apa. Kena la gusti teruk macam mana pun, paling kuat meow tu semua mengiau je. Tak cakar langsung. Pastu tak serik pulak tu. Dah selalu kena gusti pun dok datang gesel2 kat Mel. Mel ni kalau kucing tu datang kat dia, ibarat org megantuk disorong bantal. Suka la dia. 

Orang yang paling banyak makan. Tengok la sampai tercabut butang dek perut buncit. Hihihi


Dan juga paling penat beraya. 

Ok la sambung next entry la raya kedua dan seterusnya. Muntah la korang baca update aku pasal raya. Huahahaha. Bye.

7 comments:

  1. ala.. nk tgk awak pakai baju yg paling kanan tu.. cantekk baju tu... untungnya Mel dapat menyusu badan lagi...

    ReplyDelete
  2. sangat glemer baju bunga ros tu... huhuhu.

    ReplyDelete
  3. alololo..tomeynya dia pakai baju kebaya... berani ekk dia oegang kucing.. tak geli langsung! hihi

    ReplyDelete
  4. hamboii, dah berkebaya mel raya this year..comel ok :)

    sedihhh, tak sempat nak grab puakumbudress raya hari tue...baru nak preorder, hrp2 dpt pakai raya haji nanti :(

    selamat hari raya to u & family

    ReplyDelete
  5. hri tu dh belek dh baju minaz tu, tp mcm susah nk cri baju match dgn laki n anak.. so tgk je la..

    kemain mel dgn bunga dia tu..

    ReplyDelete

Aku tak balas semua komeng..harap maklong..